Salam kepada pembaca. Apa itu pakej E-Commerce? Ianya bermaksud perniagaan atas talian internet atau dalam bahasa mudah adalah berniaga secara online. Dan anda juga akan terjumpa perkataan “website eCommerce”. Ianya bermaksud kedai online, online store, shopping cart, eCommerce store dan sebagainya. Apa apa pun nama panggilannya. Ianya tetap sama iaitu merujuk kepada website yang dibina untuk menjadi online store bagi menjual produk anda untuk pembeli membeli melaluinya.
Jadi persoalan pertama, apakah anda perlu melanggan pakej E-Commerce untuk membina kedai online? Jawapannya tidak. Sebenarnya anda boleh membina online store secara percuma. TETAPI!!!! Anda harus bertanggung jawab kepada domain, hosting, bandwidth, cPanel, urusan teknikal dan sebagainya jika ada masalah yang berlaku. Anda bertanggung jawab menyelesaikannya 100%. Adakah anda bersedia untuk situasi tersebut.
3 Penyedia Pakej E-Commerce Di Malaysia Yang Terbaik
Atas sebab itulah wujudnya pakej E-Commerce yang berbayar untuk anda mendapatkan kedai online anda. Ada yang mengenakan pakej langganan secara bulanan atau tahunan. Tetapi saya faham, bagi anda yang masih baru mencuba cuba untuk mempunyai eCommerce store sendiri pasti tidak mahu menggunakan pakej E-Commerce yang mahal mahal. Yang murah sudah memadai. Lagi lagi kepada anda yang masih baru dalam dunia bisnes online.
Kita berbalik kepada tajuk utama iaitu tentang senarai cadangan pakej E-Commerce di Malaysia yang perlu anda lihat untuk survey pakej eCommerce yang manakah yang menarik dan sesuai dengan anda untuk membina online store milik anda. Mari lihat perkongsian di bawah ini iaitu;
- Shopify – Sistem website e-commerce dari luar negara yang sangat POPULAR dan telah membuka perkhidmatannya di Malaysia
- SiteGiant – Salah satu website e-commerce yang popular di Malaysia. Sistem terbaik setakat ini
- EasyStore – Di Miliki oleh Exabytes iaitu website hosting yang ternama di Malaysia

Contoh sebenar saya bina online store dengan platform Easystore
Dari ke semua senarai pakej E-Commerce yang saya kongsikan dengan anda di atas ini. Yang saya pilih adalah dari pakej Easystore. Saya telah membina online store milik sendiri dengan Easystore. Dan saya amat berpuas hati dengan fungsi dan lain lain kelebihan yang ada. Lagi pula bayaran langganan pakej eCommerce Easystore ini tidak begitu mahal iaitu RM39 dan RM69 sebulan. Terpulang kepada anda mahukan pakej yang mana. Mari bina kedai online sekarang juga. Selamat berjaya.
The post Senarai Pakej E-Commerce Di Malaysia appeared first on MyRujukan.