Salam kepada pembaca. Anda sedang tercari cari info berkenaan panduan membeli rumah pertama anda di Pulau Pinang? Saya akan kongsikan sedikit info yang saya tahu kepada anda. Pertama sekali, rumah jenis bagaimanakah yang ingin anda beli? Ada 2 kategori untuk anda beli rumah di Penang. Rumah pertama adalah dalam kategori “rumah mampu milik” iaitu kos rendah yang hanya dijual kepada golongan sasaran dan mempunyai tangga gaji yang layak untuk membeli rumah sebegini. Dan kategori rumah sebegini mendapat permintaan sangat tinggi untuk Pulau Pinang yang kecil ini. Oleh sebab itu, anda WAJIB dan perlu memohon melalui permohonan rumah mampu milik Pulau Pinang di Komtar.
Saya tidak berniat untuk bercerita lebih lanjut berkenaan rumah mampu milik Pulau Pinang. Dan kategori yang kedua pula adalah pembelian rumah baru atau sub-sale (sudah di duduki). Tidak kisah anda mahu membeli yang mana dan bagaimana. Pertanyaan saya adalah, apakah tujuan anda untuk membeli rumah pertama anda di Pulau Pinang ini? Adakah untuk di duduki untuk tinggal di rumah tersebut atau hanya untuk membuat aset untuk menjana pendapatan? Anda dalam kategori yang mana?

Tips membeli rumah pertama Penang
Tips Membeli Rumah Pertama Di Pulau Pinang
Kalau anda beli rumah di Penang untuk anda tinggal berkeluarga. Ada beberapa faktor yang perlu anda lihat. Kerana anda mahu tinggal lama di rumah tersebut seperti;
- Kemampuan bayaran bulanan pinjaman perumahan
- Berdekatan dengan sekolah, kedai runcit, pasaraya
- Pastikan rumah anda berdekatan dengan fasiliti seperti polis, hospital dan lain lain
- Kalau anda orang Malaysia, pastikan kawasan kejiranan anda mestilah majoriti orang Malaysia
- Kalau anda beli rumah bertingkat, pastikan anda faham dan mampu untuk bayaran “maintenance” nya
- Dekat dengan tempat kerja anda
Kalau anda beli rumah di Pulau Pinang hanya untuk dibuat aset seperti untuk disewa atau dijual kembali untuk mendapat untung, pastikan anda semak beberapa perkara seperti;
- Anda mampu membayara bulanan pinjaman perumahan
- Pastikan rumah tersebut dijual dengan harga bawah pasaran
- Pastikan pendapatan menyewa rumah nanti paling tidak hampir menyamai pinjaman rumah
- Berdekatan dengan tempat kerja seperti kawasan perindustrian kilang
- Kawasan yang mendapat permintaan tinggi untuk disewa
- Berdekatan dengan fasiliti penting seperti pasaraya, bank, dan kedai makan
Membeli rumah di Pulau Pinang secara asasnya tidak merugikan lagi lagi di dalam kawasan “Pulau”. Peluang kerja yang tinggi, gaji yang menarik, kepadatan penduduk tinggi, hiburan seperti pasaraya dan kawasan yang menarik yang banyak membuatkan rumah mendapat permintaan tinggi untuk dibeli samada untuk duduk tinggal sendiri atau untuk di buat aset untuk menjana pendapatan dalam bidang hartanah. Inilah ringkasan yang boleh saya berikan kepada anda yang mahu membeli rumah di Penang. Sekian
>>> Dapatkan eBook Panduan Rumah Lelong – [ Click Here ] <<<
>>> Dapatkan eBook Sifu Rumah Lelong – [ Click Here ] <<<
The post Panduan Ringkas Membeli Rumah Pertama Di Pulau Pinang appeared first on MyRujukan.