Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Bagaimana Untuk Register Uber Di Malaysia

$
0
0

Semalam, ada keratan akhbar tentang penjelasan dari parlimen berkenaan syarikat UBer. Dan hasil dari pertanyaan dan jawapan yang diberikan, ketika ini sudah ada sekitar 60,000 yang sudah register uber di Malaysia termasuk Grabcar ini. Tetapi hanya sekitar 20% sahaja yang aktif menjadi pemandu uber. Apa yang ingin saya kongsikan di sini? Ianya adalah tentang begitu ramai yang berminat untuk menjana income sebagai pemandu kereta sewa atau teksi di bawah syarikat uber ini. Jadi jangan lepaskan peluang ini kalau anda benar benar berminat jana pendapatan sebagai pemandu kereta.

Untuk pengetahuan anda, ketika artikel ini ditulis, hanya kawasan tertentu seperti pusat bandar sahaja dalam rangkaian uber. Dengan kata lain, hanya dalam kawasan tertentu sahaja pemandu uber boleh cari makan dan buat duit. Contohnya di Johor Bahru, Melaka, Selangor, KL, Ipoh dan Pulau Pinang. Bukan keseluruhan negeri tetapi hanya kawasan bandar utama sahaja. Ini bermaksud, rangkaian jaringan masih lagi kecil buat masa ini.

Register uber sekarang untuk menjadi pemandu uber Malaysia

Register uber sekarang untuk menjadi pemandu uber Malaysia

Cara Register Uber Malaysia

Dan pada ketika inilah anda perlu register uber untuk mendaftarkan diri anda dengan sah untuk menjadi pemandu uber. Kita faham, anda mungkin sekarang tinggal di Terengganu misalnya. Tetapi anda berminat untuk register dengan uber dan terus mulakan kerja anda. Tetapi kawasan terengganu (contoh) masih belum lagi pihak uber buka cawangannya di sana. Tidak mengapa. Yang penting anda daftar dahulu. Apabila rangkaian uber sudah membuka cawangan di Terengganu, maka anda boleh terus mulakan kerjaya anda sebagai pemandu uber dengan cepat.

Bagaimana untuk mendaftar dengan uber? Sebenarnya proses pendaftaran sangat mudah iaitu mendaftar secara online sahaja. Anda boleh ikuti ringkasan register uber melalui step step di bawah ini iaitu;

  • Lawat website Uber Malaysia di sini untuk pendaftaran online – [ Click Here ]
  • Isikan semua maklumat diri anda yang di minta dengan betul
  • Sila upload gambar Nota Perlindungan Motor Insurans (Motor Cover Note). Ini adalah fail yang diperlukan untuk melayakkan anda menjadi pemandu uber. Di kertas surat fail ini terdapat nama anda, tahun kereta dan juga tarikh insurans kereta anda dikeluarkan. (lihat gambar di bawah)
  • Siap. Proses pendaftaran online selesai. Tunggu sehingga motor cover note yang anda upload tadi dari “pending” kepada “accepted/approve”
  • Anda perlu hadiri kelas “onboarding” yang dikendalikan oleh pihak UBer untuk sesi penerangan dan selepas itu anda boleh mula menjadi pemandu uber dengan mengambil trip
  • Info berkenaan onboarding dapat anda ketahui melaui email/sms
Insurance motor cover note untuk daftar menjadi pemandu uber

Insurance motor cover note untuk daftar menjadi pemandu uber

Selepas siap semua termasuk sesi berjumpa dengan pihak uber, anda sudah boleh mulakan pemanduan anda. Anda sudah boleh menerima jobs dari penumpang uber. Yang paling menarik dengan uber ini adalah anda boleh tunggu dari rumah sahaja. Jika mendapat notifikasi dari pelanggan uber, barulah anda ke lokasi dan mengambil penumpang. Itu sahaja. Dan untuk register uber boleh klik link di bawah ini. Kalau tidak pasti, boleh klik link Whatsapp untuk join dan sertai group dan saya tolong daftarkan untuk anda. Apa apa pun selamat berjaya.


>>> Daftar Jadi Pemandu Uber Di Sini – [ Click Here ] <<<

>>> Join Group Whatsapp Pemandu Uber Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Bagaimana Untuk Register Uber Di Malaysia appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Trending Articles