Website agen taobao – Sebenarnya ramai yang mencari cara bagaimana hendak membeli di Taobao. Saya sebelum ini sendiri pun kerap mempromosikan ebook Taobao untuk anda belajar cara yang betul dan selamat membeli di website taobao. Di sebabkan website taobao dalam bahasa cina, dan tiada tetapan bahasa english, jadi memang perlu pun anda membeli ebook tersebut. Tetapi sebenarnya ada cara lain kalau anda berminat untuk mendapatkan barang dari China Taobao itu. Anda hendak tahu?
Semua orang tahu beli barang di Taobao adalah paling murah. Masalah timbul kerana bahasa. Untuk pengetahuan anda, di Malaysia, ada beberapa website agen taobao yang menjadi orang tengah kepada website seperti Taobao itu. Mereka mengenakan cas untuk membantu anda membeli barang di Taobao. Tetapi harga selepas dikenakan cas tetap masih lagi murah berbanding dengan apa yang dijual di Malaysia ini.
Website Agen Taobao Di Malaysia
Ada 2 jenis agen taobao yang ada di Malaysia. Satu website agen taobao yang memerlukan anda “copy” link url address produk di Taobao yang anda suka dan “paste” di website agen taobao tersebut. Mereka akan semak barangan tersebut dan menolong anda untuk belikan barang tersebut. Majoriti agen taobao Malaysia ini adalah orang cina Malaysia. Jadi mereka tahu bahasa dan boleh bantu anda belikan barang tersebut.
List Website Agent Taobao Malaysia
- EzBuy Malaysia – Saya berpengalaman beli barang di EzBuy. Sebuah website agen taobao terpercaya
- AeroBeans – Website agent taobao yang menolong anda belikan barang
- BakaShopping – Website agent taobao yang menolong anda belikan barang
- SgShop – Website yang hampir serupa fungsinya dengan EzBuy
- Buy2Taobao – Website yang hampir serupa fungsinya dengan EzBuy
- XpressGate – Website agent taobao yang menolong anda belikan barang
- Eazyla – Website agent taobao yang menolong anda belikan barang
Website agen taobao yang ke-dua pula adalah dari jenis “website online shopping”. Mereka import dan upload gambar barangan dari website Taobao dan masukkan ke website mereka. Jadi anda tidak perlu lawat website taobao. Anda hanya perlu lawat website agen taobao Malaysia tersebut sahaja seperti EzBuy Malaysia. Mereka sudah siap siap convert harga ke dalam ringgit Malaysia (RM). Jadi anda boleh terus membeli di EzBuy seakan akan anda membeli terus di Taobao. Mudah bukan. Berminat? Sila klik link yang saya kongsikan di atas ini. Selamat mencuba.
The post Senarai Website Agen Taobao Malaysia appeared first on MyRujukan.