Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Borong Minuman Vico Murah Terus Dari Kilang

$
0
0

Beli produk pek minuman vico – Anda penduduk yang tinggal di Pulau Pinang? Salah satu perkara yang saya suka dengan negeri Pulau Pinang adalah berkenaan sektor perkilangan. Selain dari memberikan peluang pekerjaan, ada sesetengah kilang di Penang ini setiap tahun akan menjalankan promosi beli produk barang terus dari kilang. Dan sudah tentu anda akan mendapat harga runtuh yang sangat mudah. Dan saya sendiri baru baru ini berpengalaman melawat kilang Maestro Swiss di Kawasan Perindustrian Mak Mandin Butterworth Penang. Syarikat ini mengeluarkan produk apa? Mereka mengeluarkan produk vico.

Anda pernah mendengar jenama VICO? Sudah tentu anda pernah mendengarkan jenama ini bukan? Saya berkesempatan buat pertama kali melihat sendiri bagaimanakah promosi dan jualan yang dilakukan terus dari kilang. Apakah benar ianya dijual dengan harga murah. Atau hanya sedikit murah atau terlalu murah. Kepada yang tidak tahu apa itu produk Vico, boleh lihat gambar di bawah ini. Itulah dia Vico. Sebuah produk minuman seperti “Milo” yang berasaskan koko dan malt. Harap jelas ya.

Harga jualan pek bungkusan minuman Vico di internet

Harga jualan pek bungkusan minuman Vico di internet

Borong Pek Minuman Vico Dengan Promosi Harga Runtuh 50%

Sebelum itu, tahukah anda berapakah harga jualan satu bungkusan besar paket minuman Vico ini di pasaraya? Harga bagi pek Vico 3 in 1 original dengan mempunyai 18 pek kecil di dalamnya dijual dengan harga RM13.90. Dan tahukah anda berapakah harga produk bungkusan minuman Vico 3 in 1 original yang dijual secara borong terus dari kilang Maestro Swiss Penang itu? Ianya cuma berharga RM6.00 sahaja. Mudah cerita, kalau anda beli terus dari kilang, anda bakal mendapat harga runtuh sebanyak 50% dari apa yang dijual di kedai atau pasaraya. Murah bukan?

Ramai tidak orang yang datang beli produk pek minuman vico ini? Sangat ramai. Ada 2 pek bungkusan vico yang dijual iaitu Vico 3 in 1 original dan juga Vico 3 in 1 Cereal Hi Fibre. Sudah tentu Vico 3 in 1 original yang paling laris sampai stok habis terus. Orang Malaysia kalau boleh minum hendak sedap. Yang minuman lebih sihat kurang berminat. Itulah realitinya. Dan siapa yang sampai lewat memang terpaksa membeli Vico 3 in 1 Cereal Hi Fibre sahaja.

Beli dan borong produk Vico terus dari Kilang

Beli dan borong produk Vico terus dari Kilang

Selain dari pek minuman vico. Produk berasaskan coklat juga banyak dijual dengan pelbagai rasa keluaran kilang tersebut. Anda suka minum minuman 3 in 1, suka makan coklat, memang jangan lepaskan peluang ini. Saya lihat ramai juga keluarga yang memborong produk Vico sampai penuh satu kotak. Siap ada yang bawa troli sendiri. Manakan tidak, harga murah sampai 50%. Siapa yang tidak mahu. Bila dah tahu macam ini, saya berpendapat promosi sebegini sangat menarik dan saya nasihatkan anda untuk pergi awal. Kalau tidak anda akan penat beratur panjang. Percayalah cakap saya. Selamat minum dan buat air Vico.


>>> Beli Pek Vico 3 in 1 Online Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Borong Minuman Vico Murah Terus Dari Kilang appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Trending Articles