Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Daftar Webhosting Terbaik Malaysia Yang Popular

$
0
0

Kepada blogger baru atau lama, tetapi kini baru mahu beralih arah kepada menggunakan domain sendiri iaitu hosting berbayar pasti akan membuat carian berkenaan webhosting terbaik yang ada di Malaysia ini bukan? Ada sesetengah dari anda mungkin akan menggunakan web hosting dari luar negara. Namun bilangan adalah kecil dan atas faktor tertentu. Yang pasti majoriti lebih suka menggunakan pihak hosting dari dalam Malaysia. Dan saya akan perkenalkan anda dengan webhosting yang boleh anda fikirkan untuk anda beli domain dan hosting. Mari baca.

Pertama sekali, apa tujuan anda untuk berblogging. Ini sangat penting sekali. Kerana ianya akan memberikan kesan kepada pilihan anda akan kenapa anda perlu menggunakan webhosting sekian dan sekian. Untuk info anda, webhosting terbaik ini juga seperti broadband. Sama sahaja. Ada orang ambil pakej maxis, celcom, digi atau uMobile bukan? Kenapa ada pelbagai pilihan? Setiap orang pasti berbeza pilihannya berdasarkan keperluan dan kemahuan, betul?

Salah satu pakej dari webhosting terbaik ServerFreak

Salah satu pakej dari webhosting terbaik ServerFreak

Senarai Webhosting Terbaik Malaysia Berdasarkan Blogger Malaysia

Bagi anda yang blogger baru yang hanya mahu mempunyai blog untuk belajar cara berblogging dan masih tidak tahu akan perkara teknikal seperti trafik, SEO, plugin dan sebagainya, saya lebih menyarankan anda untuk menggunakan pakej webhosting yang murah tetapi praktikal. Pakej web hosting perlu di bayar secara tahunan. Dan selalunya yang murah anda boleh dapatkan dengan harga RM70 sahaja iaitu domain dan juga hosting sekali. Praktikal bermaksud ianya dipercayai dan ramai blogger menggunakannya.

Bagi anda yang berpindah kepada domain dan hosting berbayar kerana mahu bergerak ke arah yang lebih professional selalunya lebih menekankan arah kepada trafik yang lebih tinggi. Maka pilihan webhosting yang sederhana mahal adalah perlu. Seperti yang saya katakan tadi, webhosting juga seperti broadband. Ianya ada kuota BANDWIDTH data yang perlu anda lihat untuk kemasukkan trafik ke dalam blog/website anda.

3 Pakej Penyedia Webhosting Terbaik Di Kalangan Blogger Malaysia

ServerFreak – Sudah bertahun menggunakan perkhidmatan dari hosting ini dan ianya digunakan ramai blogger Malaysia yang hebat hebat. Harga boleh dikatakan sedikit mahal dan digunakan ramai blogger lama

NetKL – Saya juga mempunyai banyak website dibawah hosting ini. Kalau anda mahu hosting yang praktikal digunakan tanpa masalah dan “MURAH”, anda boleh memilih hosting ini. Juga popular dikalangan blogger

Exabytes – Salah satu penyedia web hosting yang boleh dikatakan professional dan banyak melabur dalam pengiklanan untuk menjadi web hosting terbaik Malaysia

Di atas ini saya perkenalkan anda dengan beberapa webhosting terbaik Malaysia yang popular dan paling banyak di gunakan oleh blogger Malaysia. Apa yang perlu anda buat adalah klik sahaja nama web hosting yang saya perkenalkan, lihat harga dan lihat pakej yang mereka berikan. Jika berminat, anda hanya perlu membuat bayaran secara online untuk membeli domain dan juga hosting. Selepas itu anda boleh membaca artikel Cara Install WordPress cPanel untuk memasang sistem wordpress kepada domain anda. Ini kerana anda sendiri yang harus memasang wordpress sebelum anda boleh mengunakan website anda. Selamat mencuba.

The post Daftar Webhosting Terbaik Malaysia Yang Popular appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971