Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Top Affiliate Program Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

$
0
0

Hari ini kita akan membincangkan “top affiliate program” yang selalu dipromosikan oleh blogger Malaysia untuk buat duit dengan program affiliate. Kepada anda yang jarang atau masih baru dengan dunia affiliate, pasti hendak tahu apakah program affiliate yang selalu dipromosi oleh blogger buat duit online ini. Tujuan lain adalah untuk memberi gambaran dan juga membantu anda untuk mendapat idea akan program apakah yang patut anda sertai untuk jana pendapatan seperti blogger blogger Malaysia yang lain.

Semasa saya baru mula mula berblogging dan baru hendak belajar buat duit dengan program affilliate, saya sendiri keliru apakah program yang patut saya promosikan. Hinggakan saya merasakan produk yang harus promosi untuk buat duit tersa seperti TERHAD. Jadi dengan perkongsikan top affiliate program ini, saya mengharapkan ianya sedikit sebanyak membantu anda mendapat idea akan program affiliate Malaysia yang boleh anda promosi untuk buat duit dengan blog anda sendiri. Menarik bukan?

Contoh top affiliate program berbentuk kerjaya kerajaan

Contoh top affiliate program berbentuk kerjaya kerajaan

Senarai Top Affiliate Program Dari Malaysia 

Dunia program top affiliate di Malaysia tidaklah sebesar mana dengan top affiliate program dari luar negara. Oleh kerana majoriti blogger Malaysia terutamanya blogger melayu menulis dalam bahasa Malaysia, maka mencari produk affiliate Malaysia untuk dipromosikan dalam blog adalah suatu benda yang sangat penting tentang buat duit online melalui blog. Maka dengan perkongsian program affiliate dari Malaysia dapat memudahkan mana mana blogger yang bergantung kepada pasaran Malaysia.

Di bawah ini saya kongsikan senarai top affiliate program dari Malaysia yang patut anda cuba iaitu ;

Affiliate Tim Infokerjaya – Produk dari program kerjaya kerajaan. Ada sangat banyak dan lebih dari 10 produk yang boleh anda promosikan

Affiliate Buku Malaysia – Sebuah program top affiliate yang memberikan peluang blogger Malaysia atau internet marketer untuk buat duit online dengan mempromosikan produk berbentuk buku fizikal keluaran penulisan buku Malaysia

Involve Asia – Satu lubuk buat duit yang besar untuk anda yang suka mempromosikan produk fizikal seperti program dari Lazada, Zalora, Hermo, Rakuten, Ensogo dan banyak lagi

Klikjer – Satu lubuk produk digital terbesar dan terpopular dikalangan blogger Malaysia yang suka mempromosikan produk yang berasaskan “ebook”.

OnPay Solution –  Produk ini adalah produk yang bertujuan untuk menjadi sistem pengurusan produk affiliate yang menjadi alternatif bagi orang Malaysia untuk mendapatkan sistem yang jauh lebih murah dari binaan dan ciptaan luar negara. Ada banyak program affiliate yang boleh anda sertai dari pelanggan yang menggunakan sistem ini jika anda “PANDAI CARI”..

Sebenarnya ada banyak lagi lubuk top affiliate dari Malaysia yang boleh anda daftar dan sertai. Tetapi dari apa yang saya kongsikan di atas ini pun sudah agak banyak peluang buat duit online yang anda boleh promosikan. Kadang kadang jika anda menumpukan dengan mempromosikan hanya satu program affiliate sahaja pun sudah memadai dan lebih baik sebenarnya. Contohnya anda promosikan produk buku Malaysia. Dan anda buat banyak artikel promosi untuk bermacam buku. Jadi anda ada peluang yang tinggi untuk jana income melalui affiliate buku. Namun itu cadangan saya sahaja. Apa pun selamat buat duit dengan top affiliate program dari Malaysia. Bye

The post Top Affiliate Program Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971