Salam kepada pembaca. Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya menulis tentang cara memulakan bisnes online untuk tahun 2018 ini. Apakah persediaan yang anda lakukan untuk meningkatkan bisnes dan perniagaan online anda? Sudah mempunyai hala tuju? Sudah tahu apa yang patut anda rancangkan dan lakukan. Saya sendiri sedang mencari mana mana lubuk duit yang bersesuaian yang boleh dan mampu saya lakukan. Kalau boleh tahun 2018 akan menjadi tahun yang berjaya buat anda dan saya.
Bila kita sebut tentang bisnes online iaitu satu perniagaan yang dijalankan melalui internet. Kita tidak dapat lari dari keperluan mengetahui akan beberapa aspek pengiklanan. Kita berniaga di internet. Dan pelanggan kita adalah yang menggunakan internet. Jadi sudah tentu anda perlu menguasai beberapa teknik (skill) paling tidak dalam beberapa program pengiklanan online. Hanya dengan skill pengiklanan yang berkesanlah anda mampu menghubungkan produk jualan anda dengan bakal pembeli anda.

Perkara perkara sebelum memulakan bisnes online (Gambar Hiasan)
Bagaimana Memulakan Bisnes Online Dengan Betul
Bahasa mudah yang boleh saya berikan begini. Kalau anda menjual di kedai. Anda buka kedai, pelanggan nampak kedai anda. Mereka faham anda jual apa. Dan mereka singgah ke kedai anda. Jika produk anda dijual melalui internet pula, anda rasa bagaimana pelanggan anda boleh kenal dan nampak kedai online anda? Pernah anda terfikir akan perkara ini. Sebab itu anda perlu belajar akan beberapa perkara tentang pemasaran online. Saya kongsikan dengan anda akan isu ini melalui beberapa tips di bawah ini iaitu;
Perkara Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Jika Ingin Berniaga Online
Kuasai Media Sosial – Sila upload produk anda di Facebook, blog/website, Instagram, Whatsapp dan sebagainya. Memperbanyak cabang saluran medium tempat orang ramai berkumpul akan membuatkan produk anda terdedah kepada lebih ramai bakal pembeli
Belajar Facebook Ads – Kalau anda mempunyai kedai online di page Facebook. Cuba keluarkan sedikit bajet anda untuk kos pemasaran online melalui Facebook Ads. Saya pasti anda akan terkejut dengan ramainya pelanggan yang berjaya anda bawa dan tarik ke dalam kedai online anda
Belajar Buat Blog – Bagi saya, jika anda seseorang yang serius mahu berniaga dan mempromosikan produk melalui blog/website, adalah lebih baik buat blog dengan menggunakan domain dan hosting berbayar. Ianya nampak lebih professional dan dipercayai. Untuk pakej murah, cadangan saya, anda beli sahaja domain/hosting di NetKL.
Belajar Google Adwords – Kalau anda lebih selesa mempromosikan produk anda melalui blog atau website, anda kena belajar kuasai Google Adwords. Nasihat saya, sila ke Seminar Google Adword Malaysia untuk anda belajar cara menggunakan Adwords dengan betul dari pakar yang berpengalaman.
Belajar Buat Minisite – Jika anda hanya mempunyai 1 produk sahaja dan memang laku keras, adalah lebih baik anda menggunakan “minisite” untuk mempromosikan produk anda. Ianya lebih sesuai. Hendak dapatkan minisite ini, anda boleh dapatkan di sini. – Pakej Minisite
Bina Kedai Online – Kalau anda mempunyai produk yang sangat banyak dan pelbagai, cadangannya anda perlu membina shopping cart dari pakej eCommerce yang banyak ditawarkan di internet. Dengan adanya kedai online, anda boleh menjual produk anda dengan tersusun. Malah anda dengan mudah boleh membina agen yang akan mempromosikan produk anda dengan mudah.
Email Marketing – Salah satu teknik promosi OTAI yang paling lama dalam dunia internet tetapi hanya sedikit sahaja orang yang mengambil berat tentang kelebihan mempromosikan produk melalui email. Mari baca artikel ini untuk lebih faham tentang email marketing. – Kepentingan Pemasaran Email
Selalunya, itulah dia beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui dan tidak boleh elak dari menguasainya jika anda benar benar mahu meningkatkan hasil jualan dan keuntungan bisnes anda. Dalam blog ada banyak perkongsian ilmu tentang bisnes. Anda boleh membacanya. Saya harap perkongsian artikel ini dapat membuka mata anda tentang bagaimana memulakan bisnes online dengan cara yang betul dan langkah langkah yang perlu anda ada untuk berjaya dalam dunia bisnes online. Bye.
The post Cara Memulakan Bisnes Online Anda Untuk Tahun 2018 appeared first on MyRujukan.