Baru baru ini adalah sedikit “viral” di kalangan blogger melayu tentang kenyataan seseorang di laman sosial media berkenaan isu “buat duit dengan blog”. Beliau berpendapat yang blogging adalah ketinggalan zaman, orang sudah tidak baca blog, yang masih berblogging pula adalah orang lama (old timer) dan menafikan kebolehan blog sebagai salah satu medium yang boleh buat duit. Kesimpulan ringkas yang kita dapat faham adalah, beliau seolah oleh mempertikai kemampuan blogger yang menggunakan platform blog mereka untuk menjana income pendapatan melaluinya. Adakah pandangan beliau itu berbentuk “sarcasm” atau beliau memang betul betul memaksudkannya. Saya kurang pasti.
Tidak mengapa, ianya bukan satu masalah besar pun. Setiap orang mempunyai hak masing masing dalam memberikan pendapat. Malah pendapat beliau ini pun bukannya salah 100% pun. Ada benarnya juga. Cuma ianya kurang tepat. Itu sahaja. Kalau “beliau” bercakap demikian kerana beliau tidak pernah menjadi seorang blogger, maka kita tidak hairan pun pandangan sebegitu. Ramai sahaja orang diluar sana yang bertanyakan soalan dan berpendapat sedemikian. Kalau beliau pernah menjadi blogger, mungkin beliau mempunyai pengalaman buruk iaitu tidak berjaya buat duit dengan blog beliau sendiri.

Menafikan potensi boleh buat duit dengan blog
Ringkasan Penjelasan Berkenaan Buat Duit Dengan Blog
Saya sendiri sebagai seorang blogger dan apabila membaca kenyataan (statement) sebegitu tidaklah berasa cepat melatah. Ada beberapa juga saya mendapat pertanyaan demikian dari orang awam melalui email atau Whatsapp. Mereka mahu tahu macam mana boleh buat dan dapat duit dari blog. Selepas diterangkan secara ringkas dan mudah faham, barulah mereka FAHAM owh rupa rupanya dari situlah punca bagaimana blogger boleh buat dan dapat duit dari blog. Selepas sudah faham, maka persepsi negatif pun hilang. Itu sahaja kisahnya.
Saya pernah ke bank kerana mahu mengeluarkan (withdraw) duit yang saya dapat dari Google. Yang membuat saya tersenyum adalah pihak pengawal bank (security guard) bertanya kepada saya tentang apa yang saya hendak buat. Saya cakaplah saya hendak keluarkan duit yang saya terima dari internet. Hendak tahu apa yang pakcik guard cakap? “Eh betulkah boleh dapat duit dari internet? Bukan scam ke?”. Saya hanya tersenyum sahaja.
Jangan cakap pakcik guard yang keliru. Pihak bank pun ada yang keliru juga. Ketika saya mahu keluarkan duit dari Bank Rakyat, mereka bertanya saya dapat kiriman duit dari siapa. Saya cakap saya dapat duit dari Google. Muka mereka berkerut. Mereka tanya lagi macam mana saya boleh dapat duit dari Google. Saya cakaplah saya buat duit dengan blog dengan menyertai Program Google Adsense. Owh dengan blog rupanya. Dalam sistem bank memang ada kiriman duit dari Google kepada saya. Jadi mereka perlu berikan kepada saya. Teringat saya kisah itu. Tersenyum saya.
Sedikit penjelasan dari saya ya. Apabila anda membuat carian di engin carian Google. Apa yang Google paparkan di sana? Ianya memaparkan jawapan dari pertanyaan pengguna internet. Dan hasil paparan adalah dalam bentuk senarai blog/website. Anda klik blog/website tersebut, anda baca kandungannya, anda faham dan anda jumpa dengan apa yang anda cari dan mahu. Kalaulah dikatakan yang blog tidak relevan dan tiada orang baca blog itu adalah salah. Mungkin ya orang sudah kurang membaca, tetapi platform blog masih kekal relevan kepada ianya memberikan jawapan apa yang anda ingin tahu.
Platform baru yang lebih efisyen? Ya memang sudah ramai yang gunakan sosial media seperti Facebook dan sebagainya. Tetapi benda benda macam ini ianya juga seperti hujan ditengah hari. Ketika ianya popular, maka ramailah yang gunakannya. Ketika sudah bosan, maka kuranglah orang yang gunakannya. Sosial media boleh wujud yang baharu dan tutup. Tetapi platform blog masih kekal di sana sejak dulu sampai sekarang sejak adanya internet. Selagi engin carian seperti Google masih ada, selagi itulah blog kekal relevan.
Saya bersetuju dengan pendapat platform lain lebih efisyen. Namun setiap platform ada fungsi dan peranan mereka masing. Ianya bukan sama. Cuba tanya diri sendiri, bila anda ingin mencari apa apa jalan dan jawapan kepada masalah anda, apakah anda mencarinya di Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya. Ya memang ada, tetapi saya pasti majoriti akan gunakan engin carian bagi memberikan jawapan yang diinginkan. Kalaulah engin carian seperti Google, Yahoo atau BING masih anda gunakan sehingga kini, maka blog akan terus relevan dan ada pembacanya.
Ok, kepada anda diluar sana yang bukan blogger atau baru menjadi blogger baru dan masih samar samar tidak tahu macam mana blogger boleh buat duit dengan blog, sila baca artikel ini ya [ Cara Blogger Dapat Duit Dari Blog ]. Penulisan artikel tersebut hanya ringkasan sahaja. Yang penting anda dapat faham serba sedikit tentang dunia blogging dan macam mana mereka jana duit melaluinya. Saya harap penjelasan ini dapat membuka sedikit mata anda. Buat duit dengan blog bukanlah satu mitos atau angan angan seorang blogger untuk dapat duit dari blog mereka. Akan tetapi ianya adalah satu realiti yang kami blogger memang boleh dan berjaya dapat duit dari blog kami. Itu sahaja yang kami ingin kabarkan. Selamat berblogging
The post Betulkah Buat Duit Dengan Blog Adalah Satu MITOS? appeared first on MyRujukan.