Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Kedai Yang Menjual Remote TV Baharu

$
0
0

Rasanya rata rata rumah orang di Malaysia sekarang sudahpun menggunakan televisyen jenis skrin leper seperti LCD TV dan juga LED TV. Dan sudah tentulah tv sebegini akan didatangkan sekali dengan remote tv. Apabila kerap dipicit dan digunakan atau ada anak anak kecil yang memicit dengan kuat atau main baling baling, maka remote tv akan sampai masanya akan rosak. Dan saya pernah alami sendiri remote tv rosak kerana butang di remote tv tercabut kerana dikopek oleh anak buah yang masih kecil. Mahu tidak mahu terpaksalah mencari kedai yang ada menjual remote tv dari jenis yang sama model.

Sebelum anda mencari dan membeli remote tv yang baru. Sila pastikan remote tv lama anda itu menang benar benar sudah rosak. Tidak perlulah anda membazirkan wang jika remote tv anda tidak berfungsi kerana bateri sudah habis atau lain lain perkara. Mari baca artikel ini iaitu cara check remote tv samada rosak atau tidak. Selepas anda pastikan ianya memang benar benar tidak berfungsi selepas menggantikan bateri yang baru, barulah anda pergi mencari dan membeli remote tv yang baru.

menjual remote tv yang original

menjual remote tv yang original

Kedai Yang Ada Menjual Remote TV Baru

Untuk pengetahuan anda, remote tv untuk setiap model TV ada yang berbeza. Ada tv yang boleh gunakan apa apa sahaja remote tv murah di pasaran seperti universal remote tv atau multi-purpose remote. Ada tv yang perlu gunakan remote tv dari jenis model atau brand yang sama. Kalau tv anda jenis boleh pakai apa apa remote tv, maka kos gantian adalah murah. Kalau tv anda dari jenis kena pakai remote tv yang sama dan juga original, maka terpaksalah anda keluarkan modal yang agak besar.

Website Yang Ada Menjual Remote TV Rumah

  • Lazada – ada banyak pilihan remote tv yang asli original di sini
  • 11Street – anda juga boleh mencari remote tv rumah anda di sini
  • Shopee – banyak penjual yang menjual remote tv di sini

Sebelum ini saya pernah menggunakan lcd tv 42 inci dari brand Philips. Selepas remote tv rosak, saya perlu membeli remote tv yang baru dan juga original yang seingat saya ianya berharga RM70. Sebenarnya remote tv agak sukar untuk rosak kecuali ianya kerap terjatuh, memberikan anak anak kecil bermain atau menggunakan bateri remote yang murah dan tiada jenama. Kalau anda boleh elakkan 3 penyebab utama ini, saya pasti remote tv rumah anda akan tahan lama.

Di mana hendak mencari kedai yang ada menjual remote tv rumah anda? Pertama sekali sila pergi ke kedai yang anda membeli tv sebelum ini. Kalau tiada, sila cari di kedai yang menjual tv rumah anda dari brand model yang sama. Kalau tidak jumpa juga, saya sarankan anda untuk mencari dan membeli remote tv secara online. 3 Website di atas ini ada menjual remote tv yang anda mahukan. Saya harap anda berjaya jumpa dengan remote tv dari brand model yang sama dengan apa yang anda pakai dan gunakan di rumah anda. Selamat mencuba.

The post Kedai Yang Menjual Remote TV Baharu appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Trending Articles