Pakej loan ASB di perkenalkan adalah bagi membantu golongan bumiputera mempunyai mekanisma mudah untuk menyimpan wang. Hari persaraan biasa terbahagi kepada 2 simpanan. Satu simpanan dalam bentuk wang pencen dan satu lagi dalam bentuk simpanan kwsp. Umum mengetahui yang simpanan duit kwsp kebanyakkan rakyat Malaysia sebenarnya tidak mencukupi. Ini adalah realiti. Dan simpanan hari tua iaitu pencen bagi golongan bumiputera adalah yang paling teruk sekali. Dengan realiti ini, pihak kerajaan memperkenalkan pembiayaan ASB sebagai memudahkan pelaburan untuk tujuan simpanan jangka panjang. Bagaimana dengan bayaran bulanan loan ASB? Adakah tinggi?
Selain dari tindakkan kerajaan bagi membantu bumiputera. Tahukah anda yang pembiayaan ASB (loan ASB) adalah pelan tindakkan bagi membantu anda yang sukar untuk menguruskan simpanan sendiri. Tidak ramai dari kita yang mempunyai hati yang kuat untuk mampu menyimpan untuk jangka panjang. Nasib baik ada pencen atau simpanan kwsp. Kalaulah tiada, entah apa yang akan terjadi kepada kita semua ini ketika bersara dan sudah tidak bekerja nanti. Ambillah peluang ini untuk membuat simpanan dengan cara membuat bayaran bulanan loan ASB secara yang anda mampu.

Contoh bayaran bulanan loan ASB setiap bank untuk pembiayaan sebanyak RM50000
Cara Banding Bayaran Bulanan Loan ASB Paling Terendah
Ada yang bertanya kepada saya, bank manakah yang menawarkan pelan atau pakej bayaran bulanan loan ASB yang paling murah iaitu yang paling rendah. Ya, leceh juga hendak pergi ke satu satu bank untuk semak kadar bayaran balik loan asb yang mereka tawarkan. Kadang kala hendak semak di website mereka sendiri pun agak sukar. Cara untuk melihat bank manakah yang menawarkan bayaran bulanan pembiayaan ASB yang paling murah dan rendah adalah dengan melihat kadar interest yang mereka kenakakan.
Di Malaysia buat masa ini hanya bank sahaja yang menawarkan pembiayaan ASB iaitu Maybank, CIMB, RHB dan juga BSN. Dari apa yang saya lihat, Bank BSN menawarkan kadar interest yang paling rendah dari bank bank lain. Namun, perbezaan harga bayaran bulanan loan ASB setiap bank tidaklah begitu ketara. Katakan anda mahu membuat pinjaman pembiayaan ASB sebanyak RM50K, maka bayaran bulanan loan ASB anda lebih kurang dalam RM330 – RM340 untuk tempoh pinjaman selama 20 tahun. Jadi perbezaan bayaran balik bulanan ASB tidaklah berbeza mana.
Website Untuk Banding Loan/Pembiayaan ASB
- LoanStreet – ini adalah salah satu website yang membuat perbandingan pakej ASB
- Masukkan jumlah pinjaman ASB, jumlah tahun pembiayaan termasuk gaji kasar anda
- Kemudian sila klik pada “Filter”. Website akan terus memaparkan jumlah bayaran bulanan yang dikenakan
Saya faham, ada orang diluar sana yang memang mementingkan penjimatan walaupun berbeza RM10 untuk pinjaman loan mereka. Jadi di atas ini saya kongsikan video ringkas bagaimana anda boleh membuat semakan bayaran bulanan loan ASB terus melalui website perbandingan loan ASB. Jadi di situ nanti anda akan tahulah mana yang menawarkan kadar interest pinjaman yang terendah sekaligus memberikan pakej pembiayaan ASB yang paling menjimatkan.
Namun apa yang dipaparkan di dalam website hanyalah berdasarkan maklumat ketika mana ianya diambil dan direkodkan. Berdasarkan gambar di atas ini, pakej pembiayaan ASB dari bank BSN adalah yang paling rendah dan menjimatkan. Saya kurang pasti samada bayaran bulanan loan ASB yang dipaparkan terkini dan terbaru atau tidak. Untuk tujuan pengesahan, sila semak sendiri di cawangan bank yang berdekatan tentang interest yang mereka kenakan. Harap faham ya. Selamat mencuba.
The post Mencari Bayaran Bulanan Loan ASB Paling Murah appeared first on MyRujukan.