Di Malaysia sekarang sudah ramai pakar saham “melayu” yang suka berkongsikan ilmu pelaburan bursa saham Malaysia kepada bangsa melayu. Saya sendiri mendapati ianya sudah mula ramai namun kebanyakkan menjalankan sesi perkongsian saham secara kecil kecilan. Dan saya sendiri berpengalaman menghadiri seminar asas saham anjuran Dato Dr Nazri Khan dan juga Tuan Haji Asri Ahmad. Dan setelah hadiri kedua dua tokoh hebat iaitu mentor pakar saham dari kalangan orang melayu ini, pasti akan ada yang bertanya kepada saya tentang perbezaan kedua dua mentor ini iaitu Nazri Khan vs Asri Ahmad.
Pertama sekali, antara Nazri Khan vs Asri Ahmad kesamaan mereka adalah dari kepakaran mereka yang diiktiraf. Ya seperti yang saya katakan di atas tadi, sekarang sudah mula ramai orang melayu yang mula terlibat dan menjadi pakar dalam pelaburan saham. Namun kebanyakkan mereka ini pakar kerana pengalaman semata mata. Dato Dr Nazri Khan dan juga Tuan Haji Mohd Asri Bin Ahmad selain dari pakar, mereka sebenarnya telah mendapat pengiktirafan dan mempunyai kelayakkan untuk mengajar dalam bidang pelaburan saham.

Nazri Khan vs Asri Ahmad
Sifu Pakar Saham – Nazri Khan VS Asri Ahmad
Mudah cerita, kalau anda mahukan mentor saham yang pakar dan TERBUKTI PAKAR kerana mempunyai kelayakkan yang diiktiraf, maka 2 tokoh ini adalah terbaik untuk rujukan anda. Contoh mudah begini, anda ada 2 orang rakan. Rakan pertama anda pandai dalam berenang. Beliau pandai kerana pengalaman kerana selalu sering berenang. Dan rakan kedua anda pula memang pandai berenang juga tetapi mempunyai sijil pakar berenang kerana pernah belajar dari pakar. Antara kedua ini, mana yang anda berasa selamat untuk anda tuntut ilmu berenang? Sudah pasti dari rakan yang kedua betul? Jadi anda faham apa yang saya maksudkan dengan perkataan “terbukti pakar + mempunyai kelayakkan yang diiktiraf?”.

Seminar ilmu pelaburan saham percuma dari Dato Dr Nazri Khan
Dato Dr Nazri Khan – saya pernah hadir sebanyak 3 kali akan seminar asas pelaburan saham kendalian beliau di Pulau Pinang. Dari apa yang saya nampak, beliau memang pakar dalam analisis kewangan dan juga pasaran saham di Bursa Malaysia dan juga papan saham luar negara. Tegas dalam penyampaian dan juga santai. Secara peribadi saya nampak beliau ke arah mahu mengajak lebih ramai peserta untuk ambil peluang buat duit dengan papan saham luar negara seperti Nasdaq.
Tuan Haji Mohd Asri Ahmad – baru hadir sekali ke seminar asas saham kendalian beliau. Nampak beliau lebih menumpukan peluang dalam pasaran saham Malaysia. Nampak tegas dalam penyampaian dan mahukan anak bangsa iaitu melayu supaya sedar akan peluang dalam pasaran saham di Malaysia. Mahu anak melayu serius ambil peluang meningkatkan kewangan diri dan keluarga.

Kelas belajar ilmu pelaburan saham dari Mohd Asri Ahmad
Tetapi ingat ya, seminar antara Nazri Khan vs Asri Ahmad yang saya hadir ini hanyalah asas sahaja. Iaitu seminar yang lebih kepada pencerahan dan penerangan tentang potensi buat duit dengan pasaran saham dan juga termasuk sesi penerangan salah faham tentang dunia saham. Untuk belajar menjadi pakar dan berjaya untuk menjana untung dalam pasaran saham, maka anda diperlukan untuk hadir ke dalam kelas belajar saham kendalian mereka. Ada modal yang perlu anda keluarkan.
Kedua dua mentor saham ini mengenakan bayaran sebanyak RM4000 (lebih kurang) untuk kelas belajar melabur saham kendalian mereka yang dijalankan selama 3 hari. 3 hari ini anda akan belajar tentang Asas Saham, Fundamental Analisis, Teknikal Analisis dan Cara Mula Melabur Saham. Akan ada banyak ilmu, rujukan dan juga tips yang akan diberikan khas untuk anda yang masuk belajar saham. Ianya memang berbaloi. Sebelum hadir ke kelas saham ini, anda kenalah buka akaun cds dahulu. Ingat, jangan lupa ok.
Ada yang kata RM4000 itu mahal. Anda kena ingat. Ilmu anda boleh gunakan sampai bila bila. Kalau anda buat untung, anda akan membuat untung sampai bila bila. Jadi RM4000 itu nanti anda tidak terasa pun ianya mahal kerana ianya bermanfaat kepada anda. Melabur dalam ilmu tidak rugi. Dengan ilmu pelaburan saham itu nantilah yang akan membimbing anda cara bagaimana untuk mengurangkan risiko kerugian dan meningkatkan potensi untung berkali ganda dalam pasaran saham. Kalau tanya saya secara peribadi, antara Nazri Khan vs Asri Ahmad yang mana lebih bagus dan best. Jawapannya dua duanya bagus dan best. Kalau boleh sila belajar dari kedua dua sifu saham ini. Lebih banyak ilmu maka lebih bagus anda akan jadi dalam pelaburan saham. Setuju? Bye.
>>> Dapatkan eBoook Asas Labur Saham Di Sini – [ Click Here ] <<<![]()
The post Pengalaman Hadir Seminar Nazri Khan VS Asri Ahmad appeared first on MyRujukan.