Sebulan sebelum hari raya Aidilfitri lagi isteri telah mengingatkan saya tentang keperluan untuk menukar duit kepada wang kertas bagi digunakan ketika hari raya. Sejujurnya saya memang tidak pernah melakukan hal tersebut. Ini kerana sebelum ini saya masih bujang dan kurang mengambil berat akan angpow duit raya. Apa yang ada di dalam dompet, itulah yang saya berikan sebagai duit raya. Memang tersangat jarang saya tukar duit raya untuk hari raya kecuali kalau emak ada suruh. Itupun saya hanya minta tukar di kedai runcit sahaja. Dan selepas berkahwin, isteri ada mengingatkan suruh tukar duit raya di bank. Saya terus bersetuju sahaja.
Dan pada hari tersebut, saya terfikir hendak ke bank untuk tukar duit raya pada awal awal pagi. Dan kebetulan rakan saya pun hendak menukar dan mendapatkan duit raya pada hari dan jam yang sama. Jadinya kami telah berjanji mahu sama sama pergi ke bank untuk tujuan tersebut. Namun si isteri meminta untuk saya menghantar beliau ke tempat kerja. Jadi saya terpaksa menunda untuk menukar wang duit raya pada jam yang telah kami janjikan sebelum ini.

Tukar duit raya kertas di kaunter Maybank
Cara Tukar Duit Raya Kertas Di Bank
Namun rakan saya terus pergi pada jam yang dijanjikan dan beliau bertanyakan kepada saya berapakah jumlah wang yang mahu saya tukar. Saya nyatakan sekian dan sekian dan beliau menukarkannya untuk saya. Di ringkaskan cerita, saya masih lagi belum berkesempatan dan berpengalaman untuk tukar duit raya sendiri di bank. Apa yang saya tuliskan ini adalah dari penyampaian pengalaman rakan saya untuk anda baca. Harap maklum ya.
Sebenarnya apakah tujuan tukar duit raya di bank ini? Pada hari raya kita yang dewasa, sudah berkerja dan sudah berkahwin, biasanya akan memberikan wang duit raya kepada budak budak betul? Berapa wang yang anda mahu beri setiap budak budak tersebut? Katakan anda mahu beri RM1 kepada setiap budak. Ada berapa anak saudara anda? Katakan ada 100 orang. Jadi persoalannya, adakah anda mempunyai wang RM1 sebanyak 100 keping? Sudah tentu tidak ada betul?
Oleh sebab itu, anda perlu ke bank untuk menukarkan wang RM100 atau RM50+RM50 anda kepada RM1 sebanyak 100 keping. Anda boleh sahaja tukar duit raya anda itu di kedai kedai biasa. Namun bukan semua kedai ada ringgit yang sama dan mempunyai masa untuk melayan kita. Jadi, bank lah tempat yang paling sesuai untuk anda menukar wang anda.

Tukar duit raya terus melalui mesin ATM di Maybank (Gambar Hiasan) – image credit to https://www.facebook.com/kay.budin
Saya kata pada kawan saya di bank, saya mahu tukar wang RM300 kepada RM1 sebanyak RM100 dan RM5 sebanyak RM200. Jadi saya akan mendapat RM1 sebanyak 100 helai dan RM5 sebanyak 40 helai. RM5 akan saya berikan kepada anak anak saudara dan RM1 saya berikan kepada budak budak yang datang beraya di rumah. RM300 ini saya khaskan untuk budak budak. Wang duit raya untuk ibu bapa itu lain cerita pula.
Untuk maklumat anda, pihak bank biasanya akan menetapkan tarikh untuk anda tukar duit raya. Bank tidak akan melayan permintaan saat akhir (last minit). Biasanya mereka menggalakkan anda menukar duit raya dari 9.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi sahaja. Proses ini perlu anda lakukan melalui kaunter sahaja dan ada sesetengah bank yang menyediakan mesin khas untuk menukar bank note wang kertas anda kepada wang kertas yang anda inginkan. Jadi lepas ini kalau tiba musim perayaan, anda tahulah yang anda sebenarnya boleh tukar duit raya di bank sahaja selepas ini. Yang penting kena datang awal ok. Bye.
The post Pengalaman Kawan Tukar Duit Raya Di Bank appeared first on MyRujukan.