Di rumah anda, anda suka makan kicap dari brand jenama apa? Kalau saya, saya hanya suka kicap dari jenama Jalen dan juga Cap Kipas Udang. Biasanya saya akan beli kicap dari 2 jenama ini. Ada sebab. Kalau untuk masakan berasaskan kicap contohnya ikan tenggiri masak kicap, saya lebih suka kalau gunakan Kicap Manis Jalen. Kalau untuk terus di makan begitu sahaja bersama nasi, saya suka gunakan Kicap Manuis Cap Kipas Udang. Kalau anda perasan, ada kicap yang dibeli menggunakan penutup botol jenis kepit besi. Anda terpaksa membuka penutup botol kicap tersebut menggunakan sebuah alat atau ada teknik yang boleh digunakan.
Biasa botol Kicap Manis Cap Kipas Udang memang diberikan 2 penutup sekaligus. Satu dari jenis yang besi dan satu lagi dari jenis plastik. Selepas anda membuka penutup botol kicap yang besi itu, anda perlu pasang penutup botol kicap jenis plastik yang diberikan sekali. Soalannya, apakah anda tahu bagaimana hendak membuka penutup botol kicap tersebut? Mahu tidak mahu, anda memang perlu ada cara, tips, teknik atau alat untuk membukanya. Anda tahukah caranya?

Jenis penutup botol kicap jenama Habhal Cap Kipas Udang
Alat Pembuka Penutup Botol Kicap
Sebenarnya penutup botol kicap jenis penutup besi bukan hanya kicap sahaja. Ianya banyak digunakan pada penutup botol untuk air pepsi, cola cola, air gas bikarbonat dan sebagainya. Anda boleh mengukuti tips atau teknik yang banyak dikongsikan di internet melalui video di YouTube. Namun saya pasti, ramai yang akan gagal melakukannya kerana kekuatan jari dan tangan setiap orang berbeza. Jadi mahu tidak tahu, anda memang kena ada alat untuk membuka penutup botol khas untuk kicap. Di mana hendak beli?

Contoh alat pembuka penutup botol kicap yang pelbagai jenis
Website Untuk Beli Pembuka Penutup Botol
- Lazada – anda boleh mencari alat dan barang keperluan dapur di sini
- 11Street – anda boleh mencari alat dan barang keperluan dapur di sini
- Shopee – anda boleh mencari alat dan barang keperluan dapur di sini
Alat untuk buka penutup botol kicap ada banyak dijual di kedai hardware, kedai yang menjual barang peralatan dapur memasak dan kedai kedai murah seperti kedai RM2. Kalau susah sangat, anda beli sahaja melalui internet. Atau anda cari dan beli melalui website Lazada dengan menaip kata kunci “Bottle Opener”. Saya pasti anda akan menjumpai apa yang anda cari dan mahukan dengan mudah. Malah ada banyak pilihan pula.
Sila lihat gambar pertama di atas dan juga video di atas ini. Anda pasti faham penutup jenis apakah yang saya maksud kan di dalam artikel ini. Di dalam video ini juga saya kongsikan cara cara bagaimana saya membuka penutup botol kicap dengan mudah dengan menggunakan alat khas yang sesuai. Ianya memang mudah. Lagi mudah kalau anda mempunyai alat untuk tujuan tersebut. Harap anda dapat mengikuti dengan mudah ya. Selamat mencuba.
The post Cara Membuka Penutup Botol Kicap Yang Baharu appeared first on MyRujukan.