Kali terakhir saya menukar kepala paip air singki adalah pada 5 bulan yang lepas. Dan isteri sudah memberi tahu yang kepala paip sinki perlu digantikan kepada yang baharu kerana masalah bocor yang menyebabkan kesan karat kepada mangkuk sinki. Atas dasar prihatin kepada rumah sewa yang juga adalah rumah orang lain, maka kita sebagai penghuni walaupun selaku penyewa, harus menjaga barang yang ada di dalam rumah itu dengan baik. Atas sebab itu, saya segera untuk pergi ke kedai hardware yang menjual barang dan produk kelengkapan rumah untuk baik pulih untuk mencari kepala paip sinki yang baharu.
Sebenarnya paip air sinki di rumah saya tidaklah rosak. Tetapi masalah terdapat bocor kecil dari paip berkenaan yang menyebabkan air menitis keluar kecil kecil. Bagi saya ianya bukan satu masalah besar pun. Masih boleh guna. Akan tetapi isteri memberitahu yang masalah tersebut membuatkan mangkuk sinki membentuk kesan karat padanya sedikit demi sedikit. Pepatah melayu ada kata, lebih baik mencegah daripada merawat. Betul juga. Nanti bila sudah terlalu karat, susah pula hendak menghilangkan kesan tersebut.

Kepala paip di sinki yang sudah berkarat dan bocor
Tukar Kepala Paip Sinki Berkarat Kepada Yang Baru
Kenapa kepala paip sinki di dapur keluar air? Bila saya buka tengok di dalamnya, paip berkenaan sudah berkarat. Bila berkarat, ada kawasan getah yang menjadi penampan supaya air tidak terkeluar menjadi rosak. Getah penampan di dalamnya tidak lagi menjadi kenyal dan air boleh keluar sedikit demi sedikit. Kenapa jadi karat? Mungkin kerana saya sebelum ini telah membeli kepala paip sinki yang kurang berkualiti dan tidak tahan karat rasanya.

Beli kepala paip sinki yang baharu
Saya pun ke kedai hardware dan mencari kepala paip sinki yang baru. Cari yang lebih berkualiti dan berharga mahal sedikit untuk lebih tahan lama. Setelah beli, bawa balik ke rumah dan terus menggantikan kepala paip sinki yang lama kepada yang baru. Mudah sahaja prosesnya. Sebab saya pernah melakukannya sebelum ini, jadi pengalaman seterusnya sudah menjadi sangat mudah. Kalau anda tidak tahu, sila lihat panduan yang saya kongsikan di bawah ini.
Panduan Menggantikan Kepala Paip Lama Kepada Baru
- Sila matikan sumber air supaya air tidak terpancut ketika kepala paip ditanggalkan
- Sila buka dan tanggalkan kepala paip sinki yang lama
- Untuk kepala paip sinki baru, sila tanggalkan pancuran air terlebih dahulu
- Kemudian lilitkan “seal tape” pada sambungan kepala paip
- Pusingkan kepala paip sinki yang telah dibalut dengan seal tape sehingga ketat
- Selepas itu baru pasangkan kembali pancuran air
- Siap

Seal tape untuk membuat pengambungan paip air sinki
Website Untuk Beli Barang Kelengkapan Paip
- Lazada – ada banyak barang berkaitan paip dan white tape (seal tape) di sini
- 11Street – ada banyak barang berkaitan paip dan white tape (seal tape) di sini
- Shopee – ada banyak barang berkaitan paip dan white tape (seal tape) di sini
Kalau anda ke kedai hardware, jangan lupa membeli “seal tape” sekali. Ianya adalah sebuah gulungan helaian dari getah yang sangat nipis. Untuk membuat penyambungan paip kepada sumber tapaknya memang perlu gunakan seal tape ini. Ianya bagi memastikan sambungan tidak akan bocor dan air tidak akan keluar. Jelas ya.
Bagi orang yang di rumahnya dekat dengan kedai hardware memang senang sahaja. Kalau dikawasan anda tidak terdapat kedai tersebut, anda juga boleh membeli kepala paip sinki dan seal tape secara online dengan klik link di atas ini. Untuk maklumat anda, panduan dan rujukan cara ganti kepala paip sinki ini adalah sesuai untuk semua jenis keadaan kepala paip di rumah anda. Sama sahaja proses menukar dan memasangnya. Kalau masih kurang jelas, tonton video di atas ini. Selamat mencuba ya. Bye.
The post Cara Ganti Kepala Paip Sinki Yang Berkarat appeared first on MyRujukan.