Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Cara Tampal Roadtax Kereta Dengan Mudah

$
0
0

Masalah pelekat roadtax kita di Malaysia adalah didatangkan dengan pelekat berbentuk gam yang agak kuat. Dan roadtax tersebut pula tersangat lembut dan nipis sehingga boleh menyebabkan ianya terkoyak kalau anda tidak berhati hati menanggalkannya. Masalah ianya nipis dan mudah terkoyak, ianya masih lagi tidak mengganggu saya. Akan tetapi masalah gam yang kuat itulah perkara yang paling saya tidak suka lagi lagi ketika mana mahu menanggalkan pelekat roadtax lama dengan yang baru. Ada tinggal kesan gam yang sukar dihilangkan. Tahukah anda, rupanya terdapat cara untuk tampal roadtax kereta anda dengan mudah dan senang tanpa risaukan kesan tinggalan gam.

Kepada anda yang pernah menampal roadtax pada cermin hadapan kereta pasti sedar akan masalah ini. Ketika hendak lekat ke cermin pun susah apatah lagi ketika mahu menanggalkannya. Kesan gam yang teringgal dan melekat pada cermin sukar untuk dibuang. Guna minyak tanah pun susah. Last last bawa sahaja ke bengkel kereta dan mereka yang membuang kesan gam tersebut dengan menggunakan minyak tertentu. Dan saya suruh sahaja mereka tolong pasangkan pelekat roadtax cukai jalan saya pada cermin hadapan. Kena bayar semua jadi mudah. Tetapi bukan soal bayaran. Tetapi soal bagaimana mereka melakukannya.

Kesan gam yang tertinggal oleh kerana cara lekat roadtax yang tidak betul

Kesan gam yang tertinggal oleh kerana cara lekat roadtax yang tidak betul

Panduan Tampal Roadtax Tanpa Tinggal Kesan Gam

Menurut pekerja bengkel kereta terbabit, sudah ramai yang terkena dan alami perkara macam ini. Oleh kerana masalah tersebut adalah setahun sekali iaitu ketika menukar pelekat roadtax lama kepada pelekat roadtax yang baru, maka ianya kurang menjadi isu. Cara untuk mudah tampal roadtax dan mudah menanggalkannya setelah satu tahun kemudian adalah dengan menggunakan tinted kereta. Caranya adalah dengan mengepitkan depan belakang pelekat roadtax dengan tinted kereta yang kecil. Dan tinted tersebut barulah dilekatkan ke cermin hadapan kereta kita. Dengan cara ini, tiada kesan gam yang melekat pada cermin dan mudah ditanggalkan.

Cara tampal roadtax kereta yang tidak melekat gam

Cara tampal roadtax kereta yang tidak melekat gam

Cara yang kedua pula adalah dengan menggunakan pelekat roadtax khas. Anda boleh beli dan dapatkannya secara online. Ada banyak orang jual. Kaedahnya sama juga. Menggunakan helaian getah plastik yang seakan akan tinted kereta dan pelekat roadtax kereta anda dilekatkan padanya. Kalau hendak lebih faham, lihat sahaja gambar di bawah ini. Saya pasti anda akan mula faham apa yang saya ceritakan ini.

Contoh pelekat roadtax kenderaan yang banyak dijual di internet

Contoh pelekat roadtax kenderaan yang banyak dijual di internet

Website Untuk Beli Pelekat/Sticker Roadtax

  • Lazada – anda boleh mencari dan membeli roadtax sticker di sini
  • 11Street – anda boleh mencari dan membeli roadtax sticker di sini
  • Shopee – anda boleh mencari dan membeli roadtax sticker di sini

Anda lihat ketiga tiga gambar di atas ini. Anda pasti dapat memahami kerana teknik tampal roadtax ini adalah yang paling senang dan memudahkan. Pelekat roadtax anda lekat pada roadtax sticker. Dan sticker berkenaan yang mempunyai ciri ciri seperti tinted kereta dilekatkan pula pada cermin kereta anda. Mudah bukan?

Maaf, saya tidak sempat untuk merakam secara penuh bagaimana pekerja bengkel menampal pelekat roadtax pada cermin hadapan menggunakan sticker khas untuk cukai jalan. Tetapi begitulah cara dan kaedahnya. Rasanya selepas ini anda pasti sudah tiada masalah lagi dengan gam dari pelekat roadtax anda yang melekat pada cermin kereta anda. Guna sahaja cara ini. Ianya berkesan malah memudahkan. Selamat mencuba.

The post Cara Tampal Roadtax Kereta Dengan Mudah appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971