Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Philips Food Processor Versi HR7776

$
0
0

Sejak berkahwin, isteri selalu juga melihat posting artikel berkenaan masakan dan makanan. Dan antara yang beliau suka tonton adalah alat alat yang memudahkan urusan kerja di dapur. Beliau siap buat senarai lagi akan produk barang barang yang beliau mahu beli dan dapatkan secara pelan pelan. Antara produk barangan yang beliau target untuk dapatkan adalah alat pemproses makanan. Kata beliau, selepas ini kalau ada alat pemproses makanan, bolehlah beliau buat nugget ayam, nugget daging dan lain lain urusan dapur dengan mudah. Alih alih semalam produk philips food processor telah ada di rumah. Bilalah beliau order.

Beliau telah order dengan sepupu beliau dan produk philips food processor telah dipos ke rumah kami melalui penghantaran melalui keretapi KTMB. Jujur saya memang tidak pernah tahu atau terfikir yang kita boleh pos barang menggunakan keretapi. Yang saya tahu biasanya orang pos barang guna keretapi kalau mereka hendak pos barang besar seperti motosikal. Rupanya barang barang peralatan rumah pun boleh dipos dan dinaikkan dengan keretapi. Jadi pergilah isteri saya pada petang tersebut ke stesen keretapi dan ambil barang tersebut. Besar rupanya kotak philips food processor ini.

Senarai yang isteri buat untuk target beli food processor

Senarai yang isteri buat untuk target beli food processor

Pemproses Makanan Philips Food Processor HR7776

Kotak philips food processor ini baru sampai. Memang besar. Jadi tidak hairanlah kalau ianya dipos pakai naik keretapi. Harga bagi satu set barangan pemproses makanan jenama Philips ini adalah RM1000. Dan sebenarnya ini adalah kali pertama saya melihat produk food processor ini. Setelah buka kotaknya, ada banyak produk produk kecil yang lain. Yang paling utama adalah “mesin” itu sendiri yang agak besar. Ianya hampir sama sahaja dengan mesin blender cili yang lain. Cuma yang untuk food processor ini ianya lebih besar. Maklumlah tugasan lebih banyak dan lebih berat.

Kotak Philips food processor HR7776

Kotak Philips food processor HR7776

Dari apa yang saya nampak, produk pertama ianya sama seperti blender biasa. Tugasan untuk blender mengisar cili. Yang kedua adalah produk untuk buat air jus. Jadi bolehlah perah buah buahan untuk buat air minuman jus. Produk yang ketiga adalah untuk melakukan tugasan memotong halus halus buah dan sayuran. Produk ke empat untuk tugasan membuat kek. Jadi bolehlah uli telur, tepung kek dan yang sewaktu dengannnya. 

Ada CD video diberikan sekali untuk tontonan cara menggunakan alat pemproses makanan Philips ini

Ada CD video diberikan sekali untuk tontonan cara menggunakan alat pemproses makanan Philips ini

Produk kelima boleh buat dan uli doh tepung untuk buat donut, roti dan yang sewaktu dengannya. Dan produk kelima adalah untuk tujuan mencincang iaitu untuk memotong halus halus daging lembu, daging ayam yang sesuai untuk tugasan membuat bebola daging, bebola ayam, nugget dan sebagainya. Ini adalah berdasarkan apa yang saya sendiri pegang, lihat dan cuba cuba pasang.

Mesin utama untuk philips food processor ini

Mesin utama untuk philips food processor ini

Saya dan isteri belum berkesempatan mencubanya. Bolehlah anda anggap ini sebagai review ringkas atau sesi “unboxing” untuk produk philips food processor. Nanti kalau ada yang ingin membeli alat pemproses makanan brand Philips dari siri HR7776 nanti, maka inilah dia gambar dan video sebenar dari kami ya.

Set lengkap Philips Avance Collection Food Processor HR7776

Set lengkap Philips Avance Collection Food Processor HR7776

Oleh kerana barangnya agak banyak. Saya mencadangkan kepada anda yang ingin mendapat alat food processor seperti ini, sila pastikan dapur anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletak dan menyimpan ke semua alat alat tersebut dalam satu tempat supaya mudah dicari dan digunakan jika perlu nanti. Kalau tidak anda akan tertekan hanya untuk mencarinya sahaja nanti.

Website Untuk Beli Food Processor Online

  • Lazada – anda boleh mencari alat pemproses makanan berjenama di sini
  • 11Street – anda boleh mencari alat food processor terbaik di sini
  • Shopee – anda boleh mencari alat pemproses makanan terbaik di sini

Berbaloikah menghabiskan RM1000 untuk philips food processor ini? Ianya bergantung kepada anda sebenarnya. Apa yang anda mahukan. Kalau anda rajin memasak, suka memasak, suka mencuba resepi baru dan membuat menu menu baru, maka alat seperti ini memang akan membantu memudahkan urusan dapur anda. Jika tidak, rugi sahaja beli mahal mahal tetapi tidak digunakan.

Brand jenama Philips memang terkenal di Malaysia. Saya pasti lampu di rumah anda dari jenama Philips. Seterika di rumah saya pun menggunakan jenama Philips. Saya belikan isteri saya pengering rambut (hair dryer) pun dari jenama Philips. Baru baru ini saya ada beli smart LED TV pun dari jenama Philips. Boleh dikatakan yang produk elektrik buatan brand Philips memang terbukti tahan lama dan tahan lasak. Tidak rugi membelinya. Sebab itulah walaupun saya terkejut dengan harga philips food processor yang agak mahal, tetapi saya akur jugalah kerana isteri saya memilih produk dari jenama yang diyakini semua orang. Philips terbaik.

The post Philips Food Processor Versi HR7776 appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971