Anda pernah dengar akan perkataan “frozen food”? Ianya adalah makanan yang telah disejuk beku dan boleh dimasak dan digunakan dengan segera. Seperti roti canai frozen, pau frozen, donut frozen dan juga karipap frozen. Dan pada minggu lalu saya berkesempatan untuk mencuba rasa karipap jenis sejuk beku. Dan saya sendiri pada awalnya tidak menyangka yang ianya adalah karipap jenis sejuk beku. Makan dan rasa sedap dan tidak komplen. Bila isteri masak dan tiba tiba hidangkan karipap yang masih panas panas terus tanyakan bila masa beliau buat kuih karipap?
Kata isteri, beliau bawa balik karipap frozen dari kampung semasa kami balik kampung naik kapal terbang. Emak yang kasi. Sempat pulalah emak kasi dan beliau muatkan dalam beg bagasi kami. Sejujurnya saya hanya berpengalaman makan roti canai jenis frozen ini. Kalau kuih karipap memang belum pernah lagi. Terfikir juga yang inti karipap bolehkah tahan lama. Tetapi karipap jenis frozen yang saya makan memang terasa ini karipapnya.

Hidangan kuih karipap frozen yang telah siap dimasak
Pengalaman Masak Dan Makan Kuih Karipap Frozen
Saya pernah dan berpengalaman membuat karipap inti kentang ayam. Proses membuatnya agak sukar. Bukan sebab susah untuk ikuti resepinya. Tetapi susah sebab proses untuk menyiapkannya agak leceh dan memenatkan. Kena uli doh kuih karipap memang penat. Kena buat inti karipap pula leceh sebab memakan masa yang agak lama. Kena potong ubi kentang, kena masak kari ubi kentang tersebut dan kemudian barulah dimasukkan ke dalam doh doh kulit karipap yang telah disiapkan. Baru siap.
Kalau tanya saya, bagaimanakah cara untuk membuat karipap frozen? Jawapannya saya tidak tahu. Kerana saya memang tiada pengalaman dalam hal hal untuk membuat makanan jenis sejuk beku (frozen food) ini. Tetapi anda boleh mencuba dapatkan panduan melalui link yang saya berikan di bawah ini. Rasanya anda boleh pelajari teknik hasilkan doh untuk frozen food dari panduan di situ.

Anda boleh membeli karipap frozen secara online di Shopee
Website Untuk Beli Alat Membuat Karipap
- RahsiaLoaf – anda boleh belajar cara buat donut frozen di sini
- RahsiaBun – anda boleh belajar cara buat pau frozen di sini
- Lazada – anda boleh mencari dan beli alat pencetak karipap di sini
- 11Street – anda boleh mencari dan beli alat curry puff di sini
- Shopee – anda boleh mencari dan beli karipap frozen di sini
Antara banyak banyak jenis karipap, kuih karipap apa yang saya paling suka? Semua jenis inti karipap saya suka. Cumanya yang paling saya suka adalah inti sardin. Ini kerana saya sendiri memang suka makan ikan sardin. Dan yang kedua adalah inti kentang.
Di mana hendak dapatkan kuih karipap sejuk beku ini? Emak saya cakap beliau beli di kedai kedai yang memang ada menjual makanan frozen food. Kalau di tempat anda tiada, jauh atau susah hendak cari, mungkin anda boleh order dan beli karipap frozen secara online di internet melalui link yang saya kongsikan di atas ini. Saya sudah semak. Setakat carian saya tadi, memang ada orang yang menjual kuih karipap frozen di sana. Saya tidak sempat untuk tangkap gambar sebenar bagaimana rupa bentuk bungkusan karipap frozen yang saya bawa dari kampung. Yang sempat saya lakukan adalah merakam pengalaman saya masak karipap frozen ini kuali. Sedap!!!
The post Masak Dan Makan Karipap Frozen Yang Sedap appeared first on MyRujukan.