Sebelum ini saya pernah menulis artikel dan berkongsikan dengan anda akan cara cara untuk membeli tiket wayang secara online menggunakan komputer. Dan selepas itu saya juga berkongsikan dengan anda cara beli tiket wayang guna apps smartphone. Tidak kiralah mana satu kaedah yang anda gunakan, selagi anda membeli tiket wayang melalui internet, maka anda akan mendapat resit pembelian yang disertakan sekali dengan kod QR CODE. Ramai yang bertanya saya bagaimana cara untuk guna dan scan tiket wayang tersebut. Jadi artikel ini saya ingin kongsikan dengan anda akan caranya ya.
Semalam saya telah berkesempatan untuk menonton filem luar negara yang bertajuk Mortal Engines. Memula saya hendak tengok Aquaman. Tetapi oleh kerana isteri berminat hendak tengok yang satu lagi, jadi saya bersetuju sahaja sebab kedua – duanya pun saya untuk tonton. Jadi saya berkesempatan untuk merakam dan menunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk scan tiket wayang anda yang mempunyai kod qr code tersebut. Dengan cara ini saya pasti selepas anda sendiri mencubanya, anda akan menyukainya kerana ianya memudahkan urusan anda.

Rupa sebenar kod QR CODE yang terpapar selepas anda beli tiket wayang online
Panduan Scan Tiket Wayang QR Code GSC
Saya memang sudah lama tidak membeli tiket wayang melalui kaunter. Penat terpaksa tunggu beratur dan bertanya samada masih ada kerusi kosong ataupun tidak (sudah penuh). Kalau sudah penuh dan masa tidak sesuai, terpaksa buang masa untuk batal dan balik rumah. Buang masa dan buang kos minyak kenderaan sahaja. Sekarang sudah ada kaedah beli tiket wayang secara online, jadi gunakan sahaja kaedah tersebut. Pawagam GSC pun sudah ada apps sendiri iaitu GSC Cinemas. Download dan guna sahaja.

Beli tiket wayang guna apps online guna aplikasi GSC Cinemas
Selepas anda membuat pembelian tiket wayang secara online menggunakan aplikasi GSC Cinemas misalnya. Anda akan dipaparkan dengan resit atau tiket wayang online. Dan pada resit/tiket tersebut akan dipaparkan sekali dengan kod QR CODE termasuk tarikh tayangan, hall yang mana dan kerusi nombor berapa. Jika tidak faham, sila lihat gambar pertama di atas. Itulah dia kod qr code. Apa yang perlu anda buat adalah anda screenshot/snapshot terlebih dahulu untuk memudahkan kerja anda nanti.

Sila scan tiket wayang qr code anda menggunakan skrin smartphone
Dan ketika anda pergi ke pawagam untuk masuk ke hall cinema. Akan ada staff GSC yang berdiri di sana untuk membuat semakan tiket wayang anda betul? Sebenarnya di situ akan ada 2 laluan. Satu laluan untuk orang yang beli tiket wayang di kaunter dan tiket mereka perlu dicheck terlebih dahulu. Satu lagi laluan adalah laluan automatik. Di situ terdapat skrin kecil untuk anda scan QR Code anda.
Mudah sahaja. Anda perlu buka gambar kod qr code yang anda snapshot tadi. Sila pastikan skrin smartphone anda terang. Set kan brightness level tinggi sikit. Kemudian hadapkan paparkan dan scan tiket wayang pada skrin pembaca kod qr code tersebut. Kalau ianya berjaya di scan, pintu palang akan terbuka dan anda boleh lalu masuk laluan tersebut. Mudah sahaja sebenarnya.
Kalau anda masih kurang jelas, tonton sahaja video di atas ini. Begitulah cara menggunakan kod qr code untuk masuk ke laluan automatik di pawagam. Setakat ini saya hanya berpengalaman membeli tiket wayang GSC secara online dan juga menggunakan sistem qr code mereka. Saya tidak pasti jika pawagam TGV Cinemas dan juga MBO Cinemas juga ada menyediakan servis perkhidmatan seperti ini. Kalau ada memang terbaik. Memudakan dan mempercepat urusan. Saya harap selepas ini anda sudah tahu cara untuk scan tiket wayang yang ada qr code ini ya. Selamat mencuba.
The post Cara Scan Tiket Wayang QR Code GSC Cinemas appeared first on MyRujukan.