Di Malaysia memang terdapat banyak syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran barang seperti dokumen dan juga parcel. Rasanya semua orang kenal dan tahu dengan perkhidmatan kurier dari Pos Laju Malaysia. Memang popular. Namun ada juga kurier servis yang popular seperti Pos Laju misalnya GDEX dan juga Skynet. Saya sendiri sudah beberapa kali menerima bungkusan barangan dari penghantar yang menggunakan servis GDEX Express. Dan pada kali ini, saya ingin berkongsikan bersama anda bagaimana cara untuk semak dan check GDEX tracking number untuk anda mengesan keberadaan semasa barang yang dipos kepada anda. Jelas?
Semalam saya telah menerima satu panggilan yang katanya dari GDEX Express. Puas juga saya berfikir dari mana bungkusan parcel itu datang. Rasanya saya tidak ada beli barang di Lazada atau mana mana website online shopping. Staff GDEX rupanya sudah 2 kali ke rumah saya untuk menghantar barang. Dan dua dua kali itu tidak ada orang di rumah. Memang betul. Pada hari kedua mereka telefon saya, dan saya sempat angkat, saya ketika itu sedang berada di klinik dan memang tidak boleh menerima dan ambil bungkusan tersebut. Dan saya terus membuat temujanji ketika juga yang saya akan ambil (pick up) bungkusan barang parcel tersebut di pejabat GDEX sendiri.

Gudang pusat pengagihan barangan GDEX Express Penang
Check GDEX Tracking Number Melalui Website GDEX
Saya terus ke lokasi gudang GDEX yang dinyatakan untuk ambil sendiri bungkusan tersebut. Kalau anda hendak ambil barang di office GDEX, pastikan anda berikan 3 maklumat iaitu Nama, No Kad Pengenalan dan juga GDEX tracking number iaitu nombor tracking dari GDEX. 3 maklumat ini diperlukan sebagai keselamatan sahaja supaya barang yang disampaikan adalah kepada penerima yang betul. Kalau berlaku penipuan, maka pihak GDEX boleh membuat pengesanan semula berdasarkan maklumat yang mereka minta. Bolehkah wakilkan orang lain ambil barang kita? Jawapannya boleh. Hanya berikan 3 maklumat ini sahaja.

Bungkusan parcel GDEX sudah diterima
Beberapa hari lepas saya ada menerima pertanyaan tentang perkhidmatan penghantaran dan pengeposan barang ini. Beliau mendapat pesanan barang dihantar kepada beliau. Tetapi tiada nombor tracking yang diberikan daripada penghantar. Beliau tanya kepada saya, bolehkah beliau ambil barang tersebut di gudang kurier servis tanpa tracking number. Jawapannya tidak boleh. Sebab apa? Setiap barang disusun di dalam gudang telah diletakkan di satu satu tempat berdasarkan tracking number. Ianya bertujuan untuk memudahkan mencari barang tersebut jika diminta oleh pelanggan. Kalau pun boleh, ianya atas budi bicara staff di sana.
Akhir cerita, pihak penghantar mencari juga surat nombor tracking dan berikan kepada beliau. Jadi dengan adanya nombor tracking, barulah beliau boleh check dan semak akan keberadaan barang tersebut berada di mana dan apakah sudah sampai ke destinasi gudang untuk diedar atau belum. Jadi samalah halnya dengan sistem GDEX Express. Anda tetap kena ada GDEX tracking number kalau anda hendak ambil sendiri di cawangan mereka kalau berlaku kelewatan atau apa apa masalah.

Sila masukkan GDEX tracking number di ruangan ini
Cara Semak (Check) Nombor Tracking GDEX
- GDEX Malaysia – sila masuk ke website ini. Lihat pada “E-Tracking”
- Sila masukkan GDEX Tracking No pada ruangan kotak Consignment Note Numbers dan klik “Track”
- Akan ada tetingkap popup terpapar dengan info maklumat berkenaan barang anda sudah sampai ke mana
- Jika ianya sudah sampai ke destinasi terdekat rumah anda. Itu bermakna ianya sudah sampai
- Biasanya GDEX akan buat penghantaran 2 kali jika ianya gagal pada kali pertama ke rumah anda
- Kalau dua kali gagal, maka anda perlu ambil sendiri (pick up) di gudang mereka
- Kalau ada orang di rumah, anda boleh terus menerima bungkusan parcel
Bagaimana hendak tahu samada pesanan barangan anda dari GDEX sudah sampai ke destinasi anda atau belum? Yang pertama anda kena ada GDEX tracking number terlebih dahulu. Kalau anda beli barang secara online misalnya dari Lazada, 11Street, Shopee dan sebagainya. Pihak penjual akan mengemaskini (update) pesanan anda dengan dibekalkan sekali dengan nombor tracking. Jadi anda dapatkan nombor tracking dari situ dan anda boleh semak check secara online. Kalau anda beli secara online melalui Facebook, Whatsapp, Telegram, Instagram dan sebagainya, sila minta dari penjual terbabit. Faham ya.
Kaedah ini bukan GDEX sahaja yang pakai. Mana mana kurier service memang menggunakan kaedah seperti ini. Hampir sama sahaja. Mereka memberikan anda nombor tracking supaya anda dan mereka boleh sama sama mengesan status lokasi barang bungkusan tersebut sudah sampai ke mana. Kalau hendak lagi mudah, anda muat turun sahaja aplikasi apps GDEX pada smartphone anda dan terus semak melalui telefon anda. Kaedah di atas ini adalah untuk anda semak GDEX tracking number menggunakan website rasmi GDEX ya. Harap anda faham. Bye
The post Cara Semak GDEX Tracking Number Untuk Ambil Barang appeared first on MyRujukan.