Beberapa hari lepas saya menemani rakan untuk ke kedai yang menjual barangan elektrik. Dan produk barangan elektrik yang beliau mahu beli itu adalah “air purifier”. Susah hendak menyebutnya. Biasanya jarang orang beli benda ini. Memang ada jual. Cuma kurang faham akan kepentingannya dan keperluannya untuk digunakan di rumah. Dan sebab sebab kenapa rakan saya mahu membeli mesin air purifier ini adalah kerana terdapatnya permintaan dari pelanggan yang ingin menyewa rumah homestay beliau. Dan ini adalah kali pertama beliau menerima pelanggan yang mahukan benda ini di homestay beliau. Kenapa?
Ceritanya begini, ada orang mahu duduk rumah homestay beliau selama 2 minggu katanya. Dan sebelum duduk, pelanggan melawat sekejap homestay tersebut. Dan kemudian memberikan komentar yang rumah homestay tersebut terdapat habuk pada dinding dan sebagainya. Bagi kebanyakkan orang biasa, rasanya habuk kecil seperti itu adalah hal yang biasa sahaja. Bukan kotor, bukan bersepah pun homestay tersebut. Semuanya bersih kecuali habuk habuk kecil. Namun permintaan pelanggan tersebut ada sebabnya kerana beliau mempunyai asma dan mudah terkena penyakit disebabkan habuk. Barulah rakan saya faham.

Mesin air purifier murah dari penapis udara jenama Sharp
Sebab Kena Pasang Alat Mesin Air Purifier
Tidak melengahkan masa, hari itu juga rakan saya mengajak saya untuk menemani beliau membeli mesin air purifier. Beliau bertanyaan pendapat saya dan membuat kajian dan carian di internet. Hasilnya beliau tahu di mana hendak membeli mesin air purifier tersebut. Kami pun pergi ke kedai elektrik SenQ (SenHeng) dan bertanyakan pendapat sales person di sana. Beliau menerangkan kami apa fungsi air purifier, kenapa ianya perlu digunakan dan spesifikasinya sekali. Setelah faham akan perbezaan ciri ciri setiap air purifier, rakan saya membuat keputusan untuk memilih mesin air purifier dari jenama Panasonics.
Pada mulanya rakan saya ingin mendapatkan mesin air purifier dari jenama Sharp dan ianya berharga murah iaitu di dalam RM300 sahaja. Namun ciri ciri yang ada hanyalah berkebolehan untuk menapis udara dan membunuh kuman sahaja. Sedangkan mesin air purifier dari jenama Panasonic yang berharga RM450 itu menawarkan ciri ciri tambahan iaitu membuang bau busuk dan berkebolehan untuk menapis udara dalam ruang jarak yang lebih jauh. Mudah cerita macam inilah, produk A boleh cover kawasan sejauh 20m persegi, produk B pula boleh cover kawasan seluas 30m persegi. Macam itulah. Jelas ya.

Harga Panasonic Air Purifier PSN-FPXJ30AHM
Website Yang Menjual Produk Barang Perkakas Elektrik
- Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan perkakas elektrik di sini
- 11Street – anda boleh mencari produk, barang dan perkakas elektrik di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan perkakas elektrik di sini
- SenHeng – anda boleh mencari produk, barang dan perkakas elektrik di sini
Untuk orang yang ada asma, rasanya anda pun tahu. Iaitu mereka sangat sangat sensitif dengan habuk. Mereka mudah selsema, mudah sesak nafas, terkena penyakit dan sebagainya. Jadi kalau ada mesin air purifier ianya memang bagus untuk mereka. Atas sebab pertama kali rakan saya menerima pelanggan seperti ini, beliau terus membeli mesin air purifier ini untuk jangka panjang. Paling tidak, selepas ini jika terdapat pelanggan seperti ini lagi, maka homestay beliau sudah ada mesin air purifier dan menjadi pilihan kepada yang mempunyai masalah asthma.
Apa yang saya ceritakan ini adalah tentang pengalaman rakan saya membeli alat yang bernama air purifier ini. Dalam bahasaMalaysia kita sebut ianya sebagai penapis udara. Selain dari menapis udara, ianya juga disertakan fungsi seperti menapis kuman dan juga bau busuk. Kalau rumah anda ada ciri ciri seperti itu, memang kena belilah mesin air purifier ini. Kalau rumah anda ada kucing dan bulu kucing merata rata, sila beli alat ini. Ianya memang bagus. Dapat elak penyakit yang kita tidak mahu ianya terkena pada kita atau anak anda. Kalau hendak mudah, beli sahaja mesin air purifier secara online melalui internet melalui link di atas ini. Selamat menjaga kebersihan. Bye.
The post Perlukah Pasang Mesin Air Purifier Di Rumah appeared first on MyRujukan.