Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Cara Ambil Barang Di Pejabat Pos

$
0
0

Bukan semua orang pernah dan berpengalaman berurusan di Pejabat Pos. Apabila sudah dewasa, baru belajar pertama kali membeli barang secara online atau terpaksa mengambil barang di pejabat pos. Mahu tidak mahu terpaksa juga untuk ambil barang di pejabat pos. Maka terpinga pingalah anda mencari alamat pejabat pos dan terpinya pinga macam mana hendak mengambil barang. Apa yang anda tidak tahu itu hanyalah kerana tiada pengalaman. Setelah melaluinya pertama kali, saya pasti anda akan tahu.

Sebelum saya berkongsikan tentang cara mengambil barang di pejabat pos, izinkan saya berkongsikan sedikit tentang info info berkaitan dengan pejabat pos. Pejabat pos biasanya menjalankan bisnes mereka dalam 2 kategori iaitu perkhidmatan percuma dan berbayar. Yang percuma itu anda masukkan surat dalam peti pos dan pihak pos Malaysia akan menghantar surat pesanan tersebut dalam masa 1 minggu. Selalunya servis percuma begini lebih kepada penghantaran yang tidak urgent.

Contoh notis ambil barang pos laju di pejabat pos

Contoh notis ambil barang pos laju di pejabat pos (Gambar Hiasan) – image credit to http://www.irrayyan.com/

Bagaimana Mengambil Barang Di Pejabat Pos

Penghantaran barang segera dan urgent memerlukan pelanggan untuk menggunakan servis seperti Pos Laju dan Pos Express. Bayaran yang dikenakan mengikut berat atau saiz pakaging. Dan biasanya akan dipos hari itu juga jika anda serahkan barang sebelum pukul 12 dan jika selepas pukul 12 tengah hari barang diserah, maka ianya akan di sekalikan diproses untuk dihantar kepada pelanggan pada ke esokkan harinya. Selalunya 3 hari sudah sampai barang tersebut. Harap anda maklum berkenaan ini dahulu.

Dan jika barang sampai di rumah anda, barang yang kecil akan dimasukkan di peti surat rumah anda dan jika tidak (barang yang besar), ianya akan dipulangkan kembali ke pejabat pos. Dan pintu rumah anda biasanya akan dilekatkan notis pemberitahuan yang barang telah dihantar tetapi anda tiada di rumah dan meminta anda ambil barang pesanan anda di alamat pejabat pos yang telah dinyatakan pada notis surat yang diberikan kepada anda.

Anda perlu membawa notis surat berkenaan dan serahkan di “tingkap ambil barang” di pejabat pos. Mereka akan melihat dan “check no tracking” dan mengesan barang anda. Dan jika ditemui, maka barangan tersebut akan di serahkan kepada anda. Dan jika tiada, mereka akan meminta IC anda untuk membuat semakan samada ada barang anda yang ditinggalkan di pejabat pos dan kemudian serahkan barang kepada anda. Mudah cerita, jika anda mahu ambil barang di pejabat pos atau di pos laju, sila bawa IC dan juga surat notis pengambilan barang yang diberikan kepada anda. Tetapi ingat? Jika anda dapat notis pengambilan barang dari pejabat pos hari ini, anda perlu mengambil barang tersebut pada ke esokkan harinya dan bukan hari ini Sekian.

The post Cara Ambil Barang Di Pejabat Pos appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Trending Articles