Saya adalah salah seorang yang menyukai ayam. Ayam masak apa sekalipun pasti saya makan. Yang paling saya tidak suka pada ayam adalah pada bahagian kepala, leher, kaki dan juga punggung. Yang lain semuanya ok. Bila isteri hendak bekerja pagi, dan saya sebagai suami pula kena kerja malam, jadi isteri terfikir hendak masak apa untuk dijadikan makanan tengah hari untuk beliau dan juga saya. Akhir sekali, beliau mencadangkan untuk membuat dan memasak ayam masak kicap sahaja. Saya setuju. Sebagai suami, saya hanya mahu memudahkan kerja sahaja. Masak simple simple pun ok.
Setuju atau tidak kalau saya katakan kaedah cara memasak iaitu resepi penyediaan ayam masak kicap setiap orang adalah berbeza. Itulah keunikkan masakan dan makanan. Lain orang lain rasa mereka. Bila saya lihat dan membantu isteri memasak ayam masak kicap, saya boleh tahu yang ianya adalah teknik yang berbeza dari biasanya. Tidak kisahlah berbeza macam mana, asalkan ianya adalah sedap pada lidah saya.

Hidangan ayam masak kicap yang telah siap
Resepi Ayam Masak Kicap Sedap
Kenapa tajuk artikel ini adalah tentang ayam masak kicap yang dimasak sekali menggunakan cili mesin? Inilah keunikkan resepi ini. Bahan asasnya adalah cili kering yang sudah dikisar. Sila baca artikel ini untuk ketahui cara membuat cili kisar. Cili mesin atau cili kisar ianya merujuk kepada benda yang sama sahaja. Cuma lain sebutan sahaja. Dan masakan ayam kicap ini akan menggunakan cili mesin bagi memberikan rasa sedikit pedas. Kata isteri saya, kalau tidak ada rasa pedas tidak sedap.

Ayam masak kicap sedap yang sedia untuk dimakan
Mula mula saya lihat isteri sedang memasak sambal memang ingatkan beliau hendak membuat ayam masak sambal. Last last beliau tuangkan kicap manis. Owh memang hendak masak ayam kicap rupanya. Memang lain orang lain caranya. Yang penting sedap dan menjadi. Jadi di bawah ini saya kongsikan dengan anda cara bagaimana isteri saya memasak dan membuat ayam masak kicap mengikut resepi beliau sendiri.
Bahan Bahan
- Ayam
- Serbuk kunyit
- Garam
- Gula
- Bawang merah, besar, putih (dikisar)
- Bawang merah dipotong halus
- Cili kisar (cili mesin)
- Kicap manis
- Asam jawa (dilarutkan sedikit dengan air)
- Sayur sayuran (daun sawi, tomato dan lain lain)
Cara Memasak
- Sila goreng ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam terlebih dahulu
- Pada kuali yang lain, sila masukkan bawang yang telah dikisar termasuk cili kisar. Tumis sehingga agak masak.
- Kemudian curahkan kicap manis mengikit kesesuaian.
- Tambahkan sedikit air asam jawa dan sedikit air.
- Kemudian masukkan sedikit gula dan garam.
- Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.
- Masukkan hirisan bawang merah
- Akhir sekali masukkan sayur sayuran yang anda mahukan
- Siap
Website Untuk Beli Kicap Manis
- Lazada – anda boleh mencari pelbagai jenis brand kicap manis di sini
- 11Street – anda boleh mencari pelbagai jenis kicap manis di sini
- Shopee – anda boleh mencari pelbagai jenis jenama kicap manis di sini
Di dalam blog ini, masakan berasaskan kicap yang saya pernah kongsikan adalah ikan tenggiri masak kicap. Dan pada kali ini saya kongsikan pula resepi ayam masak kicap untuk anda.
Daging ayam ini bolehlah kita katakan ianya adalah makanan global. Rasanya satu dunia pun suka makan ayam. Dan ianya di olah dan dijadikan menu dengan pelbagai hidangan rasa. Dan jenis kicap yang isteri saya gunakan tadi adalah campuran dari kicap manis jalen dan juga adabi. Resepi ayam masak kicap yang saya kongsikan ini adalah sebagai panduan memasak sahaja untuk dijadikan sebagai rujukan. Dan anda sendiri boleh mengolah mengikut kesesuaian citarasa anda sendiri ya. Selamat mencuba.
The post Ayam Masak Kicap Menggunakan Cili Mesin appeared first on MyRujukan.