Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Pengalaman Membeli Rumah Pertama Di Bandar Seri Impian

$
0
0

Salam kepada pembaca. Apa yang ingin saya kongsikan adalah pengalaman pertama kali saya ketika membeli rumah. Apa perasaan saya ketika itu. Dan apa yang saya lakukan. Sebenarnya kisah kenapa saya membeli rumah adalah kerana seorang rakan sekerja. Dan ketika saya kenal dengan beliau dan saya mendapat tahu yang beliau sudah berjaya membeli 3 biji rumah. Ianya membuatkan saya terfikir tentang masa yang telah saya bazirkan sebelum sebelum ini iaitu kenapa saya masih belum terfikir hendak membeli rumah. Dan inilah sebab utama kenapa akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli dan memiliki rumah di Bandar Seri Impian Kluang Johor.

Rumah ibu bapa saya terletak di Taman Sri Lambak (T6). Dan projek perumahan terbaru dan terbesar di Kluang sedang rancak dibangunkan di Taman Seri Impian ketika itu. Dan ketika balik ke kampung di Kluang Johor. Saya terus tidak membuang masa dengan melawat tapak pembinaan rumah dan akhirnya bertemu dengan agen yang mengendalikan projek perumahan tersebut iaitu pihak Matrix Concept Sdn Bhd. Dan salah seorang agen beliau membawa saya ke rumah contoh dan menerangkan selengkapnya kepada saya.

Salah satu rumah di Bandar Seri Impian ketika dalam pembinaan

Salah satu rumah di Bandar Seri Impian ketika dalam pembinaan

Membeli Rumah Di Bandar Seri Impian Kluang Johor

Bajet rumah mengikut kemampuan saya ketika itu adalah saya hanya mahukan rumah yang berharga RM150K dan ke bawah. Dan projek rumah yang sedang dibina ketika itu adalah rumah teres 1 tingkat yang berharga RM148K telah dibuka untuk dijual kepada pembeli. Dan ketika itu rumah sedang di dalam pembinaan. Sebagai orang yang pertama kali membeli rumah, sebenarnya saya agak risau juga dengan projek perumahan yang masih di dalam pembinaan. Mana tahu sudah lulus loan pinjaman rumah, sudah kena mula bayar tetapi rumah pula terbengkalai. Ini yang menjadi kebimbangan saya ketika itu.

Jujur cakap, saya pergi seorang sahaja ketika itu. Tidak ada ilmu beli rumah langsung. Zero knowledge. Bila diterangkan kos kos yang terlibat di dalam pembelian rumah, saya jadi bingung. Bingung kerana tidak faham dan berasa pelik dengan kos kos yang terlibat. Mudah cerita, saya kena keluarkan wang yang agak banyak. Bukan salah pemaju. Tetapi salah diri sendiri yang tidak ada ilmu asas tentang kos kos yang perlu kita sediakan dan keluarkan ketika mahu membeli rumah.

Untuk pengetahuan anda, biasanya ada 3 kos paling besar ketika anda mahu membeli rumah. Kos yang pertama adalah kos bayaran muka iaitu downpayment. Kalau pihak bank hanya mahu berikan pinjaman loan rumah setinggi 95%, maka baki lagi 5% anda perlu keluarkan sendiri. Kalau pihak bank hanya mahu beri pinjaman setinggi 90% sahaja, maka baki wang 10% perlu anda sediakan. Jelas? Dalam kes saya, oleh kerana rumah berharga RM148K dan pihak bank boleh berikan pinjaman perumahan setinggi 95%, maka saya perlu sediakan wang muka downpayment sebanyak RM148K x 5% = RM7400. Jelas?

Kos yang kedua pula adalah kos peguam. Kos peguam biasanya dalam lingkungan RM5K-RM6K untuk anda yang membeli rumah pertama. Kalau beli rumah kedua akan terus naik menjadi RM10K dan ke atas. Ianya bergantung kepada harga rumah yang anda beli. Mudah cerita, kalau anda adalah pembeli rumah pertama, anda akan dapat harga kos peguam yang lebih rendah. Adakah memang kena dan perlu bayar kos peguam ini ketika membeli rumah. Jawapannya adalah memang kena. Merekalah yang akan uruskan dokumen pembelian rumah.

Kos yang ketiga adalah insurans/takaful. Di dalam surat perjanjian pembelian rumah akan tertulis MLTT/MRTT dan sebagainya. Itu adalah insurans di dalam pembelian rumah. Ada yang wajib, dan ada yang tidak. Biasanya semua orang kena ambil dan patut ambil. Kalau pemilik rumah membeli rumah atas namanya, kalau berlaku kematian, maka rumah anda akan dikira sudah selesai bayar. Kalau tiada, anda mati, rumah masih berhutang, tidak ada siapa mahu sambung bayar. Maka rumah akan kena lelong oleh pihak bank. Kos insurans rumah berharga ribuan bergantung kepada harga rumah yang anda beli.

Setelah dijelaskan yang saya kena keluarkan wang sekian dan sekian banyak. Maka memang rasanya sesiapa pun pasti tiada wang simpanan yang begitu tinggi. Jadi alternatifnya, pihak pemaju mahu melihat akaun simpanan kwsp ada berapa. Dan wang kwsp dari akaun 2 boleh dikeluarkan sebagai modal untuk membeli rumah. Dan setelah dikiraan dibuat dan ianya mencukupi. Maka proses permohonan loan pinjaman rumah dilakukan dan saya berjaya.

Reka bentuk model rumah yang dijual di Bandar Seri Impian

Reka bentuk model rumah yang dijual di Bandar Seri Impian

Rumah akan diserahkan kepada pemilik rumah dengan diberikan kunci rumah sebagai tanda penyerahan. Namun sebelum itu, anda pelu keluarkan bajet untuk kos pemasangan meter paip air dan juga meter elektrik. Kos yang saya kena seingat saya adalah RM250 untuk kedua dua pemasangan tersebut dan ambil masa 1 minggu untuk siap. Selepas itu barulah boleh ambil kunci rumah dan masuk ke rumah baru.

Taman Seri Impian telah ditukar namanya menjadi Bandar Seri Impian. Kenapa? Kerana kawasan perumahan ini sudah menjadi kawasan perumahan yang besar di Kluang Johor. Dan taman ini nanti akan mempunyai masjid terbesar kluang, stesen minyaknya sendiri dan juga sebuah pasaraya yang akan dibina nanti. Jadi tidak hairanlah kalau namanya ditukarkan menjadi Bandar Seri Impian.

Ebook Panduan Membeli Rumah/Hartanah

Kawasan saya pernah bertanya kepada saya. Berapa lama tempoh bayaran balik pinjaman loan rumah yang saya buat. Saya terkedu dengan soalan beliau keranap saya tidak tahu. Selepas saya semak semula perjanjian jual beli rumah, rupanya loan pinjaman rumah saya adalah sepanjang 40 tahun. Terkejut saya. Ini terjadi adalah salah saya juga kerana tidak tahu apa apa ketika mahu membeli rumah. Kalau boleh janganlah beli rumah lama sangat tempoh bayaran baliknya. Kalau boleh paling lama pun 35 tahun sahaja. Penat mahu bayar bulanan rumah lama lama.

Jadi apa ilmu yang anda boleh dapatkan dari pengalaman pertama kali saya membeli rumah di Bandar Seri Impian Kluang Johor ini? Anda kena ada dan sediakan modal untuk 3 perkara terbesar iaitu downpayment, kos guaman dan kos insurans rumah. Anda juga kena sediakan kos untuk pemasangan meter elektrik dan juga air. Dan selepas itu, pinjaman rumah paling lama buatlah sependek yang boleh namun ikut kemampuan anda ya. Tambahan dari saya, sila pilih pembiayaan rumah dari jenis Islamik ya. Bye.

The post Pengalaman Membeli Rumah Pertama Di Bandar Seri Impian appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971