Bulan lepas saya ada bertemu dengan seorang pegawai perubatan dalam bidang “Dietitian” di hospital kerajaan. Hasil pertemuan tersebut ada membincangkan tentang masalah berat badan yang berlebihan. Selalunya ukuran yang digunakan sebagai rujukan adalah Body Mass Index (BMI). Kalau terlebih dari BMI akan dianggap sebagai overweight. Dan kalau terlebih dari overweight akan dianggap sebagai obesiti tahap pertama dan seterusnya. Dan apabila kita bercakap tentang cara hendak kuruskan badan, sebutan yang betul adalah “mengurangkan berat badan”. Ianya adalah tentang cara mengurangkan dan bukan menguruskan. Badan yang kurus belum tentu sihat. Kita mahukan badan yang sihat. Mind set kena ubah.
Kenapa saya cakap badan yang kurus belum tentu sihat? Ini kerana ianya tetap bergantung kepada pola dan corak pemakanan seharian kita. Ada orang makan banyak tetapi tetap kurus. Ada orang makan sederhana banyak tetapi badan cepat naik dan menjadi gemuk. Ianya bergantung kepada metobolisma badan iaitu agen pembakar lemak di dalam badan kita. Bila berjumpa dengan doktor pakar pemakanan, apa yang mereka suruh adalah kita ubah dahulu corak pemakanan kita seharian. Kalau sebelum ini tidak penah atau jarang bersarapan, maka selepas ini kena mula bersarapan walaupun kecil. Kenapa?

Klinik Dietitian untuk panduan diet di hospital kerajaan
Panduan Mengurangkan Berat Badan Secara Santai
Saya terkejut dengan isu sarapan ini. Rupanya ianya penting. Saya tanya, kalau saya hendak mengurangkan berat badan, bukankah lebih baik kalau saya “sikit” makan. Maksudnya kalau saya tidak sarapan pasti lebih baik. Jawapan dietician tersebut mengatakan yang kaedah tersebut adalah salah. Yang betul kena sarapan walaupun sedikit. Kenapa? Apabila kita mengambil makanan pada waktu pagi selepas bangun tidur, ianya akan menghasilkan metabolisma badan untuk mula bekerja. Metabolisma inilah yang akan membakar makanan apabila kita makan pada waktu tengah hari. Kalau tidak makan pagi, metabolisma rendah. Makan tengah hari, ianya lambat proses dan badan boleh menjadi gemuk. Wah ilmu baru.
Cumanya, kalau bersarapan, janganlah makan makanan yang berat seperti mee goreng, nasi goreng dan sebagainya. Cukup makan makanan yang ringkas seperti biskut, kuih muih, nasi lemak yang kecil, bijiran OAT, dan kurangkan minuman manis. Dan pada waktu tengah hari pula makan seperti biasa cuma pengambilan nasi dikurangkan dan kuah kuah yang dimasukkan ke dalam sepinggan nasi sila kurangkan pengambilan makanan yang berminyak tetapi lebihkan sayur dan buah buahan.
Mudah cerita, kalau sebelum ini makan tengah hari nasi sepinggan, sila kurangkan nasi. Jangan langsung tidak ambil nasi pula. Kalau sebelum ini suka bubuh kuah kari dan lemak yang banyak, selepas ini sila bubuh kuah sedikit dan lebihkan kuah berbentuk sup. Dan selepas ini sila tambahkan sayur dan lebihkan buah buahan. Teknik mengurangkan berat badan ini adalah untuk membuatkan kita agar dapat mengubah corak dan pola pemakanan kita secara santai dan ringan. Tidak perlu ubah keterlaluan. Selalunya yang ubah keterlaluan akan gagal di dalam pelan diet mereka. Percayalah.
Kalau makan malam pula, kalau anda selalu makan lewat, cuba latih diri makan sebelum pukul 8.00-8.30 malam. Sebelum tidur pukul 12 misalnya, kita memang digalakkan untuk perut rehat paling kurang 4 jam sebelum tidur. Ini sangat membantu untuk mengurangkan berat badan. Kalau makan lewat, makanan belum hadam dan kita terus tidur, memang makanan yang kita makan akan terus menjadi lemak yang disimpan di dalam badan yang menyumbang kepada pertambahan berat badan. Makanan sepatutnya ditukar kepada tenaga tetapi tidak dapat dilakukan kerana kita sudah tidur. Jadi seeoloknya makan sebelum pukul 8 malam dan makan dalam kuantiti (portion) yang sedikit.

Kena pilih susu low fat berbanding full cream untuk mengurangkan berat badan
Mesti ada di antara anda yang amalkan diet sihat dengan meminum susu bukan? Susu lemak manis di dalam tin sila elak kalau boleh. Untuk orang diet sila amalkan susu tepung. Kalau anda suka beli susu cecair di dalam kotak, sila pilih yang betu. Susu “Fresh” dengan “Full Cream” sila elak. Dua susu ini ada banyak lemak di dalamnya. Untuk anda yang mahu diet memang tidak sesuai. Anda kena beli susu yang ditulis sebagai “Low Fat” atau “Skim”. Doktor cakap susu biasa bukan tidak boleh, tetapi untuk anda yang mahu diet mengurangkan berat badan memang kurang sesuai. Anda mahu kurangkan lemak tetapi memilih susu yang tinggi lemak, jadi salahlah. Faham ya.
Salah satu benda yang boleh memberikan motivasi kepada anda untuk mengurangkan berat badan adalah dengan membeli alat penimbang berat badan untuk rumah anda. Saya sendiri ada beli penimbang berat badan ini di rumah. Tujuannya adalah untuk memantau kenaikkan dan penurunan berat badan bila bila masa sahaja. Selepas sebulan saya akan timbang berat badan saya samada kekal, turun atau naik. Tidak mahal mana. Bawah RM100 pun ada banyak. Beli sahaja melalui link di bawah ini.
Website Untuk Membeli Peralatan Kelengkapan Diet Rumah
- Lazada – ada banyak pilihan peralatan senaman untuk rumah di sini
- 11Street – ada banyak pilihan peralatan senaman untuk rumah di sini
- Shopee – ada banyak pilihan peralatan senaman untuk rumah di sini
Nasihat doktor pakar pemakanan, sila jangan extreme di dalam pelan diet kita. Maksudnya kalau sebelum ini makan nasi, tiba tiba tidak makan nasi. Memang boleh kurus dan mengurangkan berat badan tetapi tidak lama. Sebab apa? Sebab kita orang Malaysia memang makan nasi. Yang betul adalah, bila kita kena ambil nasi dan berapa banyak nasi yang perlu kita ambil. Mudah cerita, ambil sahaja nasi tetapi di dalam kuantiti kecil dan lebihkan yang lain seperti ikan, ayam, sayur dan buah buahan. Jelas? Kalau anda berasa lalu, saya cadangkan anda untuk gantikan beras putih di rumah anda dengan beras perang. Mahu? Kalau lalulah. Doktor cakap nasi beras perang kurang membuatkan kita cepat menjadi gemuk.
Doktor cakap, ada orang 2-3 bulan sudah turun berat badan dengan banyak. Ini tidak bagus. Nanti naik balik semula berat badan naik lebih banyak berbanding sebelum ini. Ada orang 6 bulan pun baru turun 1-2 kilo, ini tidak apa dan lagi bagus. Sebab? Kita lebih suka anda ubah corak dan pola pemakanan anda supaya anda SIHAT. Bukan sebab hendak kurus. Kalau anda amalkan gaya hidup pemakanan yang sihat, maka sudah tentu anda akan kurus secara semulajadi secara perlahan lahan. Hendak kurus cepat sebab tidak makan nasi atau hendak ubah corak pemakanan supaya sihat dan boleh mengurangkan berat badan secara perlahan lahan. Tanpa senaman pun boleh. Cuma kalau anda bersenam, maka target anda untuk mengurangkan berat badan akan menjadi lebih cepat. Jom amalkan corak pemakanan yang sihat. Bye.
>>> Dapatkan eBook Formula Kurus Di Sini – [ Click Here ] <<<![]()
The post Cara Mengurangkan Berat Badan Tanpa Bersenam appeared first on MyRujukan.