Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Pengalaman Isi eFiling Cukai Pendapatan LHDN

$
0
0

Masa mula mula awal kerja sebagai juruteknik (technician) dulu memang tidak pernah dapat surat tentang cukai pendapatan pun. Setiap tahun kerja pasti pada bulan 3-5 akan bising oleh senior senior tentang samada dah “declare” cukai pendapatan atau belum. Memang saya “blur” ketika itu. Mana tidaknya, saya tidak pernah pula sejak kerja dapat apa apa surat dari HR majikan tentang keperluan untuk mengisi borang eFiling secara online. Dengar cakap cakap abang senior ketika itu pula tentang kalau tidak ishtihar pendapatan yang patut kena cukai, dan kalau di dapati bersalah, boleh dikenakan tindakkan seperti denda dan sebagainya.

Selepas beberapa tahun bekerja dan gaji sudah ditangga yang patut kena bayar cukai. Maka saya sudah menerima surat “EA Form”. Borang EA Form ini adalah surat yang dikeluarkan oleh majikan dan diberikan kepada pekerja mereka untuk melihat makumat penuh berkenaan jumlah gaji kasar tahunan, jumlah bonus, jumlah caruman kwsp tahunan, jumlah perkeso tahunan dan berapa jumlah potongan cukai bulanan (PCB) yang telah dibayar kepada LHDN.

Ini adalah borang EA Form untuk anda isi cukai pendapatan di website eFiling LHDN

Ini adalah borang EA Form untuk anda isi cukai pendapatan di website eFiling LHDN

Isi eFiling Cukai Pendapatan Online

Di Malaysia, institusi yang ditugaskan mengutip segala bentuk cukai termasuk cukai pendapatan adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Dan di dalam website rasmi LHDN terdapat link untuk anda mengisi maklumat gaji dan potongan gaji melalui link yang bernama “E-Filing”. Maksudnya anda mengisi dan mengishtiharkan pendapatan anda. Semua ini mudah dilakukan dengan adanya EA Form yang anda terima dari majikan anda jika anda bekerja makan gaji.

Ada 3 perkara besar yang perlu anda isi ke dalam sistem online eFiling LHDN. Yang pertama adalah pendapatan kasar tahunan anda. Yang kedua adalah jumlah perbelanjaan tahunan anda termasuk potongan kwsp + perkeso. Dan yang ketiga adalah jumlah cukai pendapatan tahunan yang telah dikenakan terhadap anda iaitu ditulis sebagai PCB.

Cukai pendapatan individu yang bekerja makan gaji adalah e-BE

Cukai pendapatan individu yang bekerja makan gaji adalah e-BE

Biasanya selepas anda mengisi paling kurang 3 maklumat terbesar ini, sistem eFiling akan terus mengira dan memberikan ringkasan cukai pendapatan anda samada terlebih bayar atau terkurang bayar. Ini adalah bahagian kedua yang paling penting selepas anda mengisi eFiling dengan lengkap. Kenapa?

Kalau anda terkurang bayar, itu bermaksud potongan cukai (PCB) yang dikenakan terhadap pendapatan anda di dalam setahun adalah tidak mencukupi. Maka anda perlu membuat bayaran tambahan sekiranya tidak mencukupi.

Kalau cukai pendapatan (income tax) terlebih bayar, maka baki potongan cukai (PCB) akan dipulangkan semula kepada anda secara online banking. Selepas pengesahan dilakukan oleh LHDN dan mereka akan membuat bayaran kepada anda dan terus masuk ke akaun bank anda.

Semasa anda mengisi eFiling LHDN perlu betul dan tepat. Jika ada mana mana penipuan yang anda lakukan, dan jika anda dipilih untuk disemak oleh LHDN dan anda tiada bukti untuk menyokong penipuan anda, maka anda akan dikenakan tindakkan berupa denda dan sebagainya. Contoh mudah begini, di dalam EA Form anda dituliskan gaji kasar tahunan anda adalah RM50K. Tetapi anda isi eFiling sebagai RM40K. Ini adalah salah satu bentuk kesalahan. Jelas ya.

Pertama kali isi eFiling cukai pendapatan LHDN memang susah pada awalnya. Lama lama jadi mudah sahaja. Boleh dikatakan 50% maklumat yang anda perlu isi di dalam sistem eFiling maklumatnya terdapat dalam borang EA Form anda. Yang selebihnya anda kena isi sendiri berdasarkan perbelanjaan anda seperti bayaran insurans, bayaran internet, belian smartphone, belian komputer, bayaran zakat, perbelanjaan ibu bapa dan sebagainya. Dan semua ini akan dikira oleh eFiling dan membuat keputusan samada ada terlebih bayar atau terkurang bayar PCB. Anda sudah ishtihar cukai pendapatan anda?

The post Pengalaman Isi eFiling Cukai Pendapatan LHDN appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971