Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Mencari Barangan Bayi Di Baby Expo Pisa Penang

$
0
0

Seperti biasa dan sama macam pasangan berkahwin yang lain. Kalau isteri sudah mengandung, sudah membuka buku merah. Itu tandanya sebagai suami sudah perlu mula memikirkan tentang keperluan yang patut untuk disediakan untuk bayi yang bakal lahir. Dan kebetulan di Pulau Pinang ini ada diadakan “Baby Expo”, maka kami tidak melepaskan peluang untuk ke sana buat pertama kali. Bukan niat hendak beli tetapi lebih kepada survey barang dan harga barangan baby. Biasanya ini adalah bakal anak pertama kami dan ini adalah pengalaman pertama kami untuk belajar tentang keperluan bayi.

Di Pulau Pinang ini, biasanya acara Baby Expo ini akan diadakan dan dijalankan di Penang International Sports Arena (PISA). Tetapi nama tersebut sudah tidak digunakan lagi dan sekarang ianya telah dijenamakan dari PISA kepada SPICE Arena Indoor Stadium atau singkatan kepada Spice Arena. Dan kedua dua nama ini merujuk kepada tempat yang sama sahaja. Kalau anda baru pertama kali ke sini, ianya adalah sebuah stadium tertutup. Dan di dalam stadiumlah pihak baby expo ini menjalankan promosi menjual barang bayi ini. Jadi jangan bimbang dengan keadaan panas. Sudahlah tertutup, ada penghawa dingin (aircond) pula.

Pintu masuk ke TLM Baby Expo Spice Arena Penang

Pintu masuk ke TLM Baby Expo Spice Arena Penang

Apa Yang Menarik Di Baby Expo Penang

Macam yang saya katakan tadi, ini adalah kali pertama kami ke Baby Expo Penang sejak ianya diadakan sejak bertahun tahun lalu. Memang ramai orang yang singgah ke sana. Apa yang mereka promosi di sana? Ada bermacam macam produk dan barangan bayi dijual di sana. Antara produk barangan bayi menarik yang sempat saya lihat adalah seperti mesin penstril botol susu, botol susu, breast pump, kain barut/bedung, lampin, pampers, susu tepung, stroller, katil baby, baju baby, car seat untuk bayi, pentas tangkap gambar bayi, kasut dan lain lain keperluan bayi yang anda inginkan. Bagi saya karnival jualan barangan bayi seperti ini memang patut diadakan setiap tahun.

Ruang dalam di Baby Expo di Spice Arena Pulau Pinang

Ruang dalam di Baby Expo di Spice Arena Pulau Pinang

Apakah jualan di Baby Expo ini murah? Saya tidak pasti. Sebab? Saya tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan “EXPO” ini. Adakah ini karnival acara menjual barangan baby dengan harga murah murah. Atau ini adalah karnival acara yang menyatukan ke semua brand jenama baby untuk memudahkan para ibu bapa mencari barang baby untuk bayi mereka dengan mudah? Jadi ada 2 tujuanlah. Saya tidak pasti acara seperti ini lebih kepada yang mana?

Buaian baby jenis elektrik dan moden ada dijual di expo baby

Buaian baby jenis elektrik dan moden ada dijual di Baby Expo

Kalau Baby Expo ini tujuannya adalah untuk mempromosikan barangan bayi dengan harga murah, maka murahlah produk dan barang bayi yang anda akan beli nanti. Kalau ianya lebih kepada perkumpulan pelbagai jenama barangan bayi bagi memudahkan ibu bapa mencari apa yang mereka mahu, maka harga barang baby tidak akan murah kerana peniaga penjual akan menanggung kos sewa tapak kedai, upah pekerja, upah pengangkutan dan sebagainya. Jadi kita sebagai pembeli pun kena fahamlah.

Antara produk barangan bayi yang dijual melalui karnival barangan bayi

Antara produk barangan bayi yang dijual melalui Baby Expo

Website eCommerce Terbaik Malaysia

  • Lazada – website yang paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia
  • 11Street – kedua terbaik selepas Lazada
  • Shopee – antara yang mula popular selepas 2 website di atas ini

Saya dan isteri sempat di promote barang seperti “breast pump” oleh penjual. Harganya dalam lingkungan RM750. Kami tidak beli, hanya survey sahaja. Dan selepas beredar dari tempat tersebut, saya terus membuat carian produk berkenaan di Lazada melalui smartphone. Anda tahu berapa harganya? Cuma RM480 sahaja. Di sini sudah nampak ketara perbezaan harga. Bagi saya, mungkin saya silap. Baby Expo yang dijalankan ini ditempat saya tidaklah bertujuan menjual barangan bayi dengan harga murah, tetapi lebih kepada lubuk dan pusat perkumpulan pelbagai brand jenama barangan baby untuk memudahkan ibu bapa mencari dan membeli barangan bayi dengan mudah. 

Hasil perbandingan harga di Lazada membuatkan saya sedikit terkejut. Kalau harga barangan yang beratus ringgit dan perbezaan harga dalam RM50 mungkin boleh diterima. Namun perbezaan harga sehingga hampir RM300 adalah terlalu. Namun contoh ini adalah dari satu kedai sahaja. Mungkin lain kedai mereka memang menjual dengan harga munasabah dan lebih murah. Dari nasihat rakan yang pernah mempunyai anak kecil, mereka memang menyarankan kita membeli produk dan barang baby secara online sahaja kerana lebih murah. Contohnya pampers, beli sahaja di Lazada secara banyak banyak lebih murah dan senang. Ada benda yang boleh dibeli secara online dan ada beli patut untuk dibeli di kedai. Terpulang lah. Ini adalah pengalaman saya ke Baby Expo Pulau Pinang ini. Bye.

The post Mencari Barangan Bayi Di Baby Expo Pisa Penang appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Trending Articles