Rasanya semua orang pasti suka makan ikan. Yang menjadi masalah adalah bukan semua ikan disukai oleh orang kerana rasa yang berbeza. Oleh kerana lidah dan kesukaan orang adalah berbeza, maka sudah pastilah orang akan membeli, memasak dan makan ikan yang hanya disukai oleh mereka sahaja. Di rumah emak masak. Di kedai makan, kedai yang masak. Kalau anda kena masak ikan sendiri yang baru dibeli dari pasar, adakah anda tahu cara menyiang ikan yang betul? Pernah atau tidak pernah menyiang ikan?
Bagi orang yang pernah melihat beberapa kali cara orang menyiang ikan mungkin dapat mengagak cara melakukannya. Tetapi ianya tetap tidak sama kalau anda masih belum pernah menyiang ikan sendiri. Lagi payah kalau anda memang tidak pernah melihat sendiri cara menyiang ikan walaupun dari emak anda. Kalau ini berlaku, memang anda sendiri tidak tahu hendak mula dari mana. Lagi susah kalau baru hendak belajar cara siang ikan selepas berkahwin. Tidak mengapa asalkan anda mahu belajar itu sudah cukup baik.

Proses menyiang ikan yang pertama adalah membuang sirip dan ekor yang tajam
Bagaimana Cara Menyiang Ikan
Secara asasnya, proses menyiang ikan adalah proses untuk membuang isi perut ikan. Itu sahaja. Memang jarang orang makan dan masak ikan dengan isi perut dan usus usus ikan sekali yang mungkin ada tahi ikan dan sebagainya. Jadi memang perlu dan patutlah proses menyiang ikan tersebut. Ingat ya, proses untuk siang ikan adalah untuk membuang isi perut ikan termasuk ususnya sekali.
Step Pertama Siang Ikan – buang sirip ikan samada ditepi, atas dan bawah termasuk ekor dengan gunting atau pisau. Biasanya sirip ini bersifat tajam. Kalau tidak, ketika makan dikhuatiri ianya tajam dan melukakan mulut anda. Kalau anak anda makan lagi bahaya.

Selepas itu sila belah perut ikan dari bawah mulut ikan
Step Kedua Siang Ikan – sila potong dari bawah mulut ikan sehingga ke bawah perut ikan. Boleh gunakan gunting atau pisau. Nasihat saya, sila lakukan ini di atas papan pemotong sayur/ikan ya.

Membuang isi perut ikan adalah cara menyiang ikan yang betul
Step Ketiga Siang Ikan – sila buang insang dan juga isi perut ikan. Proses ini adalah proses membuang mana mana bahagian ikan yang memang tidak akan dimakan selepas dimasak nanti. Selepas anda buang insang dan isi perut ikan, memang akan kosong di bahagian perut ikan. Tidak ada perut, usus dan juga tahi.
Step Keempat Siang Ikan – sila cuci bahagian ikan luar dan dalam (bahagian insang dan isi perut) sehingga bersih dan tiada darah. Selesai.
Proses dan langkah langkah untuk menyiang ikan sebenarnya mudah sahaja. Cumanya ianya mungkin sukar bagi anda yang baru pertama kali hendak belajar cara siang ikan. Lagi lagi kalau anda ada perasaan geli dan takut dengan darah.
Saya telah kongsikan setiap step cara menyiang ikan dengan gambarnya sekali untuk memudahkan anda. Kalau masih belum jelas, tonton sahaja video yang sempat saya rakamkan ini untuk anda di atas ini. Ada yang bertanya, kalau beli ikan dipasar, bolehkah suruh pekerja di sana siangkan ikan sekali? Jawapannya terpulang kepada penjual tersebut. Biasanya mereka boleh siang dan potong ikan kalau anda beli ikan yang besar. Kalau ikan kecil kecil memang mereka tidak akan layan. Biasalah ikan kecil murah harganya, ikan besar mahal harganya. Lagi mahal ikan anda beli, lagi untung mereka. Maka bolehlah mereka layan anda lebih. Biasalah.
The post Step By Step Cara Menyiang Ikan Yang Mudah appeared first on MyRujukan.