BUKU mempunyai peminatnya tersendiri. Walaupun sekarang sudah zaman digital. Walaupun sekarang ramai orang beralih kepada kemudahan smartphone. Percayalah, masih ramai juga yang lebih suka membaca kandungan dalam bentuk buku berbanding membacanya pada skrin kaca telefon pintar untuk topik topik yang khas. Cumanya trend membeli buku itu sedikit sudah berubah. Kalau dulu orang suka ke kedai buku untuk membeli buku. Sekarang lebih ramai berminat membeli buku melalui kedai buku online sahaja kerana terdapat banyak pilihan, mudah carian dan tidak perlu membuang masa dan tenaga.
Saya sendiri berpengalaman banyak kali ke kedai buku sebelum ini. Selalunya kita akan membeli buku apa yang terpapar dan ada dijual di kedai buku terbabit. Itu sahaja. Kalau ada buku yang dimahukan, terpaksa bertanya kepada staff di sana samada buku tersebut available ataupun tidak. Kemudian mereka akan membuat carian. Semua proses ini mengambil masa. Namun saya setuju proses ini juga ada keseronokkannya yang tersendiri. Terpulang kepada anda.

Antara koleksi buku yang saya pernah beli
Website Kedai Buku Online Paling Best
Tetapi apabila sudah membeli sendiri buku yang dimahukan secara atas talian internet, saya sendiri sudah mula jatuh hati kerana kemudahan yang ditawarkan. Hanya buka website, taip kata kunci (keyword) nama buku tersebut. Kalau terpapar, maka adalah. Kalau tidak terpapar, maka tiadalah. Hanya semudah itu sahaja. Dan selepas itu pula saya boleh untuk melihat pelbagai lagi buku buku lain dengan mudah.
Di sini saya ingin perkenalkan kepada anda sebuah website kedai buku online yang terkenal dan popular di Malaysia dalam bahasa melayu (Malaysia). Bahasa lain pun ada. Cumanya ianya fokus lebih kepada orang melayu, Islam dan Malaysia lah. Saya sendiri sudah banyak kali membeli buku yang saya mahukan di website kedai buku online ini. Berminat?

Website kedai buku online bookcafe
Antara senarai buku yang saya pernah beli adalah seperti buku dalam kategori Islamik, Motivasi, Kewangan, Isu Semasa, Konspirasi dan lain lain. Ada banyak genre yang saya suka baca. Lihat keadaanlah. Dan buku terbaru yang saya beli adalah buku “Bebas Hutang” iaitu tentang bagaimana menguruskan kewangan dan pinjaman bank supaya kita dapat hidup dengan tenang.
Cara Beli Buku Online
- BookCafe.my – sila register dan login terlebih dahulu.
- Buat carian buku di bahagian carian (search) atau klik mana mana buku yang terpapar yang anda suka
- Jika anda suka dan mahu beli buku tersebut, sila klik “ADD TO CART”
- Kemudian sila klik “CHECKOUT”
- Pada bahagian “Billing and Shipping Address”, sila isikan maklumat alamat rumah dengan betul dan tepatdan kemuduan sila klik “Continue”
- Pada bahagian “Shipping Options” sila pilih mana mana servis pengeposan yang anda mahukan dan kemudian sila klik “Continue”
- Pada bahagian “Payment Options”, sila pilih kaedah pembayaran. Kemudian sila klik tandakan “tick” pada “I accept the Terms & Conditions” dan akhir sekali sila klik “SUBMIT MY ORDER”
- Anda akan dibawa ke halaman untuk membuat pembayaran online sehingga selesai.
Hanya setelah pembayaran berjaya selesai, barulah pesanan anda akan diproses untuk dihantar mengikut kurier servis yang anda pilih sebelum ini. Selesai.
Buku yang anda beli ini biasanya akan diposkan dengan berhemah berdasarkan pengalaman saya membeli di kedai buku online Bookcafe sebelum ini. Mereka akan balut dengan plastik bubble yang dapat melindungi buku dari rosak dan basah terkena air. Terbaik. Masa penghantaran pula biasa dalam 2-3 hari bekerja sudah sampai ke rumah bergantung kepada keadaan kalau tiada ada apa apa masalah yang berlaku semasa proses penghantaran. Setakat ini saya berpuas hati membeli buku melalui kedai buku online Bookcafe ini. Terbaik!!!
The post Kedai Buku Online Bahasa Melayu Terbaik appeared first on MyRujukan.