Sebenarnya masih ramai yang keliru dan terpinga pinga tentang bagaimana hendak membuka akaun jual beli saham di Bursa Malaysia. Ini kerana anda tiada kefahaman asas tentang pelaburan saham. Jadi untuk artikel pada kali ini, izinkan saya untuk bercerita serba sedikit berkenaan akaun yang anda perlu ada untuk memulakan langkah pertama melabur dalam saham. Cumanya untuk topik ini, saya mahu fokus tentang cara buka akaun cds mplus sebagai contoh untuk rujukan anda. Saya harap ianya mudah difahami anda anda boleh mula segera membuka akaun saham selepas ini.
Ada 2 akaun yang anda perlu tahu dan WAJIB ada kalau hendak mula melabur saham. Yang pertama adalah “Akaun CDS” dan yang kedua adalah “Akaun Trading”. Tanpa kedua dua akaun ini anda memang tidak boleh mula melabur saham. Akaun CDS adalah seperti akaun simpanan akaun bank anda. Tempat itulah tempat anda simpan wang anda untuk digunakan membeli dan menjual saham. Cumanya akaun CDS adalah untuk akaun untuk jual beli saham. Dan akaun ini samada diluluskan atau tidak adalah dibawah kendalian Bank Negara Malaysia. Faham ya.

Ini adalah paparan trade platform MPlus online guna komputer
Pengalaman Buka Akaun CDS MPlus Penang
Akaun trading pula adalah akaun tempat anda berjual beli saham. Contoh mudah, kalau anda hendak beli barang online, tempatnya adalah Lazada dan Shopee betul? Dan anda kena ada akaun Lazada/Shopee untuk membeli barang betul? Samalah dengan saham. Anda kena ada akaun trading untuk berjual beli saham. Cumanya akaun trading ini biasanya kita sebut ianya sebagai platform. Di Malaysia platfrom untuk trade saham ada macam macam antaranya adalah seperti iTrade CIMB dan juga MPlus sebagai contoh. Fokus penulisan kali ini adalah untuk buka akaun cds mplus ya. Jelas?

Pejabat urusan Mplus Pulau Pinang
Baru baru ini saya baru sahaja register untuk buka akaun cds mplus. Kalau sebelum ini saya membuka akaun cds cimb dan kini mahu beralih kepada Mplus pula. Kenapa? Sebenarnya CIMB iTrade telah bertukar kepada jenama baharu iaitu GCS iTrade CIMB. Perubahan nama kerana ada berlaku pertukaran kerjasama kalau tidak silap saya. Tetapi platform tetap sama dan tiada apa apa perubahan. Hanya penjenamaan sahaja. Saya telah gunakan platform trade saham dari CIMB lebih 3 tahun lamanya dan saya sehingga kini masih sangat suka. Tidak ada apa apa masalah pun sebenarnya.
Cumanya, akibat hendak belajar dan berguru dengan lebih ramai pakar saham, maka saya perlu bertukar kepada platform MPlus. Dari pemerhatian saya, ramai pakar pelabur bursa Malaysia menggunakan platform MPlus untuk mereka berjual beli kaunter saham. Dikatakan platform Mplus mempunyai paparan dan indikator yang lebih untuk membantu para pelabur membuat keputusan yang cepat dan tepat ketika membeli mana mana kaunter saham. Jadi kalau hendak ikut guru tersebut, kita kenalah pakai dan guna trade platform yang sama betul tidak?

Pengalaman buka akaun cds mplus
Tetapi antara alasan yang paling popular kenapa bertukar kepada platform trading mplus kerana cas fee jual beli saham adalah yang paling murah berbanding platform trade saham yang lain yang ada di Malaysia ini. Kalau anda dan saya hanya mempunyai modal melabur saham yang kecil, sudah tentulah kita mahukan tempat jual beli saham yang mengenakan cas yang paling murah betul? Itulah antara 2 alasan terbesar kenapa saya bertukar dari CIMB kepada MPlus.
Ada satu benda yang mahu saya jelaskan agar anda tidak terkeliru. Sebenarnya nama lain bagi MPlus adalah “Malacca Securities” dan juga “M+”. Jadi kalau anda ada terlihat atau terbaca nama ini, janganlah terkeliru. Ianya merujuk kepada brand yang sama sahaja. Jelas ya.
Kepada anda yang sedang mencari dan mahu membuka akaun cds mplus di Penang ini dan berada di bawah seorang remiser/remizer melayu muslim, jom bersama kami. Pejabat M+ ini terletak di simpang ampat seberang Pulau Pinang. Anda boleh hadir ke pejabat dan sila bawa salinan kad pengenalan/IC dan juga bayaran wang sebanyak RM10. Hendak buka akaun cds mplus untuk jual beli saham pun hanya bayar RM10 sahaja pun ramai yang tidak ambil peluang. Labur scam skim cepat kaya ramai dan mampu pula. Harap anda tidak tergolong dalam golongan tersebut.
The post Cara Buka Akaun CDS MPlus Pulau Pinang appeared first on MyRujukan.