Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Proses Memohon Menjadi Pemandu Uber

$
0
0

Ramai betul yang cuba mempromosikan kerjaya sebagai pemandu uber ini. Kalau duduk bersembang dengan kawan kawan dikedai makan pun pasti kami akan bercerita tentang uber. Sampaikan rakan saya sendiri menelefon adiknya di kampung dan menyuruh beliau jana income dengan uber. Hanya perkenalkan dan sampaikan. Kalau berminat, boleh dan silakan mendaftar uber untuk menjadi pemandu uber.

Di Malaysia uber sebenarnya sudah lebih dari setahun. Tetapi namanya mula melonjak naik hanya dalam tahun 2016. Itupun sebab kes dan isu dengan syarikat teksi tempatan. Rasanya anda pasti tahu akan isu teksi dengan uber bukan. Tetapi tidak mengapa, pihak kerajaan pun melalui pembentangan bajet 2017 yang lalu pun telah menyuruh rakyat Malaysia untuk menambah pendapatan dengan menjadi pemandu uber. Itu bermakna, kerajaan pun sokong uber. Anda bila lagi.

Berjaya mendaftar menjadi partner pemandu uber

Berjaya mendaftar menjadi partner pemandu uber

Bagaimana Memohon Sebagai Pemandu Uber

Untuk pengetahuan anda, peluang kerjaya sebagai pemandu uber di Malaysia sangat terbuka luas. Ini kerana ketika ini (November 2016), kawasan yang pemandu uber boleh sampai dan pergi hanyalah sekitar bandar besar sahaja iaitu Johor Bahru, Selangor, KL, Ipoh dan Pulau Pinang. Bukan seluruh negeri ya. Tetapi hanya di bandar utama dan bandar besar sahaja. Jika uber mahu memperluaskan lagi kawasan capaian uber nanti, sudah tentu diperlukan lebih ramai yang berminat untuk menjadi pemandu uber.

Jadi bagaimana untuk menjadi pemandu uber ini? Langkah yang pertama adalah, anda perlu mendaftar secara online dan kemudian perlu “onboarding” iaitu singgah ke mana mana ofis terdekat uber untuk proses kelayakan dan pengesahan. Itu sahaja. Di bawah ini saya kongsikan secara ringkas apa yang perlu anda lakukan untuk mendaftar pemandu uber.

Proses Ringkas Pendaftaran Menjadi Pemandu Uber

  • Lawat website Uber Malaysia di sini untuk pendaftaran online – [ Click Here ]
  • Isikan semua maklumat diri anda yang di minta dengan betul
  • Sila upload gambar Nota Perlindungan Motor Insurans (Motor Cover Note). Ini adalah fail yang diperlukan untuk melayakkan anda menjadi pemandu uber. Di kertas surat fail ini terdapat nama anda, tahun kereta dan juga tarikh insurans kereta anda dikeluarkan. (lihat gambar di bawah)
  • Siap. Proses pendaftaran online selesai. Tunggu sehingga motor cover note yang anda upload tadi dari “pending” kepada “accepted/approve”
  • Anda perlu hadiri kelas “onboarding” yang dikendalikan oleh pihak UBer untuk sesi penerangan dan selepas itu anda boleh mula menjadi pemandu uber dengan mengambil trip
  • Info berkenaan onboarding dapat anda ketahui melaui email/sms
Insurance motor cover note untuk daftar menjadi pemandu uber

Insurance motor cover note untuk daftar menjadi pemandu uber

Tambahan lain untuk kelayakkan sebelum dipilih sebagai pemandu uber adalah, anda perlu juga mempunyai smartphone yang mempunyai internet dan sistem gps. Ini kerana ketika memandu kenderaan anda untuk mengambil penumpang, anda perlu melihat gps untuk menghantar penumpang dan internet untuk kiraan kos cas penghantaran yang dikenakan terhadap penumpang. Harap maklum.


>>> Daftar Jadi Pemandu Uber Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Proses Memohon Menjadi Pemandu Uber appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Trending Articles