Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all 971 articles
Browse latest View live

Ikan Tongkol Masak Sambal Yang Mudah

$
0
0

Ikan tongkol adalah ikan yang paling saya suka (favorite). Lagi lagi kalau dapat dimasak kari. Memang sedap sangat. Orang Johor memang sebut ikan ini sebagai nama “Ikan Tongkol”. Tetapi saya tidak tahu pula kalau orang sebelah utara seperti Pulau Pinang menyebutnya sebagai IKAN KAYU. Terasa pelik ketika pertama kali menyebutnya. Tetapi mula faham kenapa ianya disebut begitu. Ini kerana ikan tongkol isi dagingnya agak tebal dan keras seperti “kayu”. Munasabah juga. Lain tempat, lain bahasanya. Dan pada kali ini saya ingin berkongsikan resepi cara memasak ikan tongkol masak sambal. Anda suka?

Ikan tongkol yang saya suka sekali adalah masakan ikan tongkol masak kari, kemudian masak kicap, kemudian masak goreng begitu sahaja. Kalau pergi ke pasar, memang tidak sah kalau tidak membeli ikan tongkol sekali. Setakat sehingga ke hari ini, saya masih lagi tidak berasa bosan untuk makan ikan ini. Dan kebetulan, semalam isteri ada memasak ikan tongkol masak sambal. Memang sedap. Dua benda yang saya suka disatukan sekali iaitu ikan + sambal memang ummppphh.

Hidangan ikan tongkol masak sambal yang telah siap

Hidangan ikan tongkol masak sambal yang telah siap

Resepi Ikan Tongkol Masak Sambal

Setelah berkahwin mula belajar pergi pasar dan beli ikan. Dari pengalaman itulah saya mula menemui perkara yang saya sendiri tidak tahu sebelum ini. Rupa rupanya ada ikan tongkol putih dan juga ikan tongkol hitam. Pakcik yang menjual ikan tersebut ada menerangkan, ada yang sedap dan ada yang kurang sedap. Ada yang keras isinya dan ada yang sedikit kurang keras dan sebagainya. Pening juga saya memilihnya. Ianya baru pertama kali beli ikan tongkol sendiri. Tidak pernah pula emak ada beritahu yang ikan tongkol yang dibelinya itu jenis hitam atau putih.

Makan nasi dengan sambal ikan tongkol

Makan nasi dengan sambal ikan tongkol

Ada dua proses yang perlu anda ambil tahu sebelum buat ikan tongkol masak sambal ini. Ikan tongkol yang telah dibersih dan dipotong haruslah anda rebus terlebih dahulu sehingga agak agak masak. Buang air rebusan ikan dan toskan. Kemudian barulah anda memulakan masakan sambal merah anda yang sedap itu. Terpulang kepada anda bagaimana caranya. Lain orang lain cara mereka masak sambal. Selepas sambal sudah masak, masukkan ikan tongkol dan gaulkan sekali. Lepas beberapa ketika, siap masakan anda. Kalau anda hendak ikut resepi ini pun boleh.

Bahan Bahan

  • 4 hingga 6 ketul ikan tongkol putih/hitam
  • 3 keping asam keping
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • Sebatang serai
  • 15 tangkai cili kering (telah direbus)
  • Sedikit air

Cara Cara Memasak

  • Didihkan air dan rebus ikan tongkol dahulu sehingga empuk dan sedikit masak
  • Masukkan ke semua bahan kecuali ikan dan asam keping dan mesinkan (blender)
  • Masukkan sedikit minyak masak. Masukkan adunan cili yang telah di mesin
  • Sila masak cili (sambal) sehingga sudah kelihatan keluar minyak
  • Sila masukkan sedikit air, asam keping dan gula, garam secukup rasa
  • Masukkan ikan dan biar hingga ikan masak. Kacau gaul rata dan matikan api.

Mudah sahaja sebenarnya resepi ikan tongkol masak sambal ini. Anda boleh taip di Google dan cari resepi menu sambal ikan tongkol. Memang ada banyak. Macam macam cara masakan. Untuk anda yang sukakan masakan ikan tongkol cara lain, anda boleh cuba resepi Singgang Ikan Tongkol dan juga Ikan Tongkol Petai Berlada kalau mahu. Saya harap anda dapat ikuti resepi ikan tongkol ini dengan mudah. Selamat mencuba.


>>> Beli Ikan Tongkol Di Sini –  [ Click Here ] <<<

The post Ikan Tongkol Masak Sambal Yang Mudah appeared first on MyRujukan.


Panduan Membeli Unit Saham ASB Secara Online

$
0
0

Teringat saya ketika dahulu. Kalau hendak membeli saham ASB, memang kena ke kaunter ASB yang terdapat di bank bank Malaysia. Ambil nombor giliran, tunggu sehingga nombor dipanggil dan boleh mulakan urusan untuk membeli unit saham ASB. Itulah proses yang selalu digunakan. Selepas itu ada fungsi untuk membeli unit saham ASB secara online melalui online banking seperti Maybank2u dan juga CIMBclick. Memang memudahkan. Dan sejak awal tahun 2018, pihak PNB telah melancarkan portal untuk menyemak baki semasa ASB melalui internet dengan mudah dengan pelancaran website MyASNB. Inilah yang dinantikan oleh pemilik buku akaun pelaburan unit amanah di bawah PNB. Terbaik.

Dan kemudian laman portal website MyASNB menambah fungsi terbarunya iaitu anda boleh membeli unit saham ASB terus secara online melaluinya. Maka urusan penambahan unit ASB menjadi semakin mudah. Jadi kepada anda yang mahu membeli iaitu menambah unit amanah saham ASB, anda kini boleh terus melakukannya secara online melalui akaun online banking anda atau melalui portal website seperti MyASNB sendiri. Saya sendiri sudah melakukannya dan seronok melihat status semasa simpanan ASB saya melalui internet. Dapat membuat pemantaun jumlah pelaburan dan membuatkan kita lebih bersemangat untuk terus menyimpan.

Cara membuat pelaburan tambahan ASB di MyASB online

Cara membuat pelaburan tambahan ASB di MyASB online

Cara Beli Unit Saham ASB Online Melalui MyASNB

Ramai orang berasa sukar untuk menyimpan. Majoritinya kerana merasakan wang yang ada pun cukup cukup makan. Walaupun anda benarnya, saya pasti ramai bersetuju yang hutang pinjaman seperti loan kereta dan juga loan rumah anda pasti boleh bayar. Kerana apa? Kerana ada paksaan untuk membayarnya. Kalau itu yang anda perlukan, maka anda boleh memikirkan untuk mengambil pembiayaan ASB dari mana mana bank yang menawarkannya. Jadi anda akan belajar menyimpan secara paksa. Bila terpaksa bayar, itu bermakna anda akan terpaksa menyimpan. Kalau itu sahaja cara yang boleh membuatkan anda untuk menyimpan, maka pilihlah teknik tersebut.

Telah berjaya membuat pembelian unit saham ASB melalui MyASNB

Telah berjaya membuat pembelian unit saham ASB melalui MyASNB

Biasanya untuk masalah ASB ini, anda hanya dibolehkan membeli unit saham ASB pada ketika harga bekerja waktu pejabat. Contohnya seperti pukul 9 pagi sehingga 4 petang. Saya tidak pasti bagaimana keadaanya jika anda membeli unit ASB secara online. Apakah kena ikut waktu bekerja atau tidak. Kalau anda mencubanya dan di dapati gagal, ada kemungkinan anda perlu mencubanya pada waktu yang ditetapkan. Faham? Harap anda alert akan isu ini. Di bawah ini saya kongsikan dengan anda akan panduan cara untuk membeli saham ASB melalui MyASNB.

Cara Membeli Unit Amanah ASB Di MyASNB

  • MyASNB – sila login akaun ASB online anda (log masuk)
  • Sila klik pada “Portfolio” untuk memaparkan unit amanah yang anda ada
  • Sila klik pada “Pelaburan Tambahan” unit amanah yang mahu anda beli dan tambah
  • Sila klik “Seterusnya” pada notifikasi Pengisytiharaan PEP
  • Sila scroll ke bawah, sila tandakan tick pada kotak kecil dan kemudian klik “Seterusnya”
  • Masukkan nilai amaun unit amanah yang anda mahu beli. Minima RM100. Klik “Seterusnya”
  • Masukkan CAPTCHA yang dipaparkan dan kemudian sila klik “Seterusnya”
  • Semak semua info. Pilih akaun online banking. Tanda tick pada terma & syarat. Kemudian sila klik “Proceed To Pay”
  • Anda akan dibawa ke halaman akaun online banking anda. Selesaikan bayaran. Siap
  • Unit amanah terbaru akan ditambah ke akaun MyASNB anda. Selesai. Berjaya

Sekarang sudah semakin mudah untuk anda lakukan penambahan pembelian unit amanah ASB. Semuanya sudah boleh anda lakukan secara online. Cumanya buat masa ini proses penjualan dan pengeluaran ASB belum ada lagi yang secara online melalui internet. Mungkin kerana hendak membuatkan pemilik akaun ASNB berasa suka untuk menjual unit saham ASB mereka supaya menggalakan lebih pelaburan dan simpanan berbanding penjualan. Kalau itu sebabnya, saya setuju sangat. Saya sudah kongsikan caranya. Diharap anda tahu cara untuk membeli unit saham ASB (Amanah Saham Bumiputera) ini ya. Selamat mencuba.


JANGAN TAMATKAN LOAN ASB ANDA!!! Mari gunakan TEKNIK ASB untuk bayar ptptn dan beli rumah dengan mudah dan pantas dengan klik link di bawah ini. Cepat!!!

>>> Dapatkan ASB Genius Combo Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Panduan Membeli Unit Saham ASB Secara Online appeared first on MyRujukan.

Membuat Pengeluaran Akaun 2 KWSP Secara Online

$
0
0

Tahukah anda, simpanan dari potongan gaji anda yang masuk ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bahagi kepada 2 akaun. 70% masuk ke Akaun 1 dan baki 30% masuk ke Akaun 2. Pihak KWSP telah menetapkan yang akaun 1 tidak boleh dibuat apa apa pengeluaran kecuali anda sudah pencen bersara umur 55 tahun ke atas atau masuk kerja sebagai pekerja awam kerajaan. Anda hanya boleh membuat pengeluaran akaun 2 kwsp sahaja untuk perkara perkara yang dibenarkan sahaja. Salah satunya adalah untuk pengeluaran membeli rumah, membayar bulanan rumah atau mengurangkan baki pinjaman rumah termasuk yang lain lain. Adakah anda tahu.

Saya sendiri telah membuat pengeluaran akaun 2 kwsp saya beberapa kali di pejabat KWSP sendiri. Prosesnya agak memenatkan. Kena pergi ke pejabat KWSP minta borang. Kena pergi ke bank tempat anda ingin atau telah membeli rumah. Dapatkan borang permintaan untuk membuat pengeluaran akaun 2 kwsp dari pihak bank. Kemudian memohon kembali di pejabat kwsp dengan adanya borang dari bank sebagai bukti permohonan pengeluaran wang dari akaun 2 kwsp. Selepas itu tunggu kelulusan dan wang pun masuk ke akaun pembayaran loan rumah kita. Selesai. Nampak macam mudah, tetapi banyak kerja juga yang perlu dilakukan.

Sila login i-akaun di website rasmi KWSP

Sila login i-akaun di website rasmi KWSP

Panduan Pengeluaran Akaun 2 KWSP Melalui Website KWSP

Atas sebab itulah, pihak kwsp sendiri melalui website mereka ada menawarkan servis perkhidmatan untuk membuat pengeluaran akaun 2 kwsp secara online. Saya sendiri pun baru tahu. Itupun setelah rakan sendiri ada memberitahu berkenaan hal ini. Pelik juga apabila pihak staff kwsp sendiri tidak memaklumkan kepada saya sendiri ketika saya berurusan dengan mereka di kaunter pejabat mereka sebelum ini. Kata kawan saya, kalau sebelum ini pernah berjaya membuat pengeluaran wang dari akaun 2 kwsp, maka pada kali yang seterusnya kita sudah boleh melakukannya melalui internet dari website kwsp sendiri. 

Permohonan untuk membuat pengeluaran akaun 2 kwsp

Permohonan untuk membuat pengeluaran akaun 2 kwsp

Ini kerana pihak kwsp sudah mempunyai rekod pembelian rumah kita sebelum ini. Jadi tidak perlu untuk melalui proses yang biasa berulang kali seperti sebelum ini. Betul juga. Saya pun membuka website kwsp. Dan mencuba sendiri menu menu yang ada di dalam website kwsp setelah saya login. Rupa rupanya memang ada menu untuk membuat pengeluaran duit kwsp secara online. NAMUN!!! Hanya sesetengah bank sahaja yang ada di dalam sistem kwsp tersebut. Kalau nama bank anda ada, maka anda bolehlah terus apply untuk pengeluaran akaun 2 kwsp anda itu. Kalau tiada, maka anda kena lalui proses yang biasa iaitu memohon terus melalui pejabat kwsp.

Membuat pengeluaran akaun 2 kwsp secara online untuk bayar pinjaman perumahan

Membuat pengeluaran akaun 2 kwsp secara online untuk bayar pinjaman perumahan

Untuk pengetahuan anda, untuk anda membuat pengeluaran akaun 2 kwsp sekali lagi selepas pengeluaran anda sebelum ini. Sila pastikan anda membuat pengeluaran setahun selepas itu. Jika tidak, permohonan anda akan gagal serta merta. Ini kerana pihak kwsp meletakkan syarat seperti itu. Jadi anda kena kenalah tahu bilakah kali terakhir pengeluaran pengurangan baki pinjaman rumah yang anda lakukan sebelum ini. Kalau belum cukup setahun, anda kena tunggu dahulu. Kalau sudah, anda boleh lakukannya terus.

SMS peringatan untuk melakukan pengesahan cap ibu jari untuk pengeluaran kwsp

SMS peringatan untuk melakukan pengesahan cap ibu jari untuk pengeluaran kwsp

Cara Mohon Pengeluaran Akaun 2 KWSP Online

  • i-Akaun KWSP – sila login i-akaun kwsp anda. Jika belum daftar, sila baca login kali pertama kwsp ini.
  • Sila klik pada menu “Pengeluaran” dan kemudian klik “Permohonan Baru”
  • Pada Jenis Pengeluaran, sila pilih “Mengurang/Menyelesai Baki Pinjaman Perumahan” atau apa sahaja
  • Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah. Klik seterusnya sehingga selesai.
  • Dalam masa beberapa hari, anda akan mendapat SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari. Selesaikan urusan ini segera.
  • Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari berkerja. Done
Surat pengesahan berjaya membuat pengeluaran akaun 2 kwsp untuk bayar rumah

Surat pengesahan berjaya membuat pengeluaran akaun 2 kwsp untuk bayar rumah

Bagi saya pengeluaran akaun 2 kwsp untuk membayar apa apa berkenaan rumah tidaklah merugikan. Kita tahu yang simpanan kwsp anda itu adalah untuk jangka panjang iaitu wang untuk anda bersara pencen nanti. Tetapi rumah juga adalah penting. Ketika anda pencen, anda pasti mahu rumah anda sudah habis bayar. Jadi bagi saya ianya tidaklah merugikan pun kalau anda membuat pengeluaran akaun 2 untuk setelkan hutang rumah anda. Malah anda boleh gunakan teknik ini jika anda ada masalah kewangan untuk membayar hutang pinjaman rumah.

Di atas ini saya kongsikan dengan anda cara dan langkah langkah untuk membuat pengeluaran akaun 2 kwsp secara online melalui website kwsp. Ianya sangat mudah. Harap anda dapat ikutinya dengan mudah. Kalau anda masih kurang jelas, sila tonton video di atas ini. Harap ianya dapat membantu dan memahamkan anda. Selamat mencuba. Mudah sahaja. Lakukan urusan pengeluaran akaun 2 kwsp secara online. Tunggu dapat sms dari KWSP. Pergi ke kaunter kwsp untuk turunkan cap ibu jari sebagai bukti pengesahan. Itu sahaja. Bye.

The post Membuat Pengeluaran Akaun 2 KWSP Secara Online appeared first on MyRujukan.

Cara Install Telegram Untuk Komputer Windows

$
0
0

Jujur cakap, sebenarnya saya kurang menyukai untuk menggunakan aplikasi (apps) TELEGRAM untuk smartphone. Terasa kurang menarik untuk menggunakannya berbanding Whatsapp. Oleh kerana adik saya melakukan bisnes dropship online dan juga ada banyak group yang saya sukai dijalankan di Telegram, saya jadi terfikir juga kenapa ada orang yang berminat untuk menggunakan Telegram. Sudah lama sebenarnya saya install Telegram di handphone tetapi sangat jarang guna. Selidik punya selidik, rupanya ada kelebihan yang jika anda gunakan Telegram berbanding Whatsapp untuk tujuan tertentu. 

Salah satu kelebihan utama Telegram berbanding Whatsapp adalah kemampuan untuk memaparkan gambar dan juga video terus secara online tanpa perlu dimuat turun (download) terlebih dahulu. Contohnya adik saya menjalanka bisnes dropship beliau melalui Telegram. Beliau perlu untuk memuat naik (upload) banyak gambar. Dan ahli agen beliau pula dapat lihat gambar yang banyak di Telegram tanpa perlu download image terlebih dahulu dan ianya memang tidak akan memberatkan memori dan storage handphone masing masing.

Laman website Telegram untuk anda install Telegram untuk pengguna Windows

Laman website Telegram untuk anda install Telegram untuk pengguna Windows

Install Telegram Di Komputer Desktop Yang Menggunakan Windows

Kepada pengguna Whatsapp pasti bersetuju dengan hal ini. Banyak gambar image termasuk video yang perlu anda download masuk ke telefon pintar anda terlebih dahulu sebelum anda boleh melihatnya. Proses ini akan memakan ruang space storage memori kad anda. Kalau sudah penuh, anda terpada delete mana mana fail yang anda tidak inginkan. Kalau smartphone anda tidak hebat spesifikasinya, ianya boleh menyebabkan smartphone anda jadi perlahan, lembab, hang dan sebagainya. Setuju?

Aplikasi Telegram untuk Windows komputer

Aplikasi Telegram untuk Windows komputer

Tetapi Telegram tidak begitu. Ke semua gambar image, audio dan video di simpan secara online. Teknologi ini orang sebut ianya sebagai simpanan awan iaitu “Cloud Storage”. Pihak Telegramlah yang akan menyimpan semua fail ini. Dan ketika anda menggunakan dan melayari Telegram, maka image, audio dan video boleh anda muat turun (download) secara online dan tidak memberatkan telefon anda. Menarik bukan?

Panduan Pemasangan Windows Telegram

  • Telegram (Desktop) – klik link ini melalui komputer untuk membuka website Telegram
  • Sila klik “Get Telegram For Windows”. Ianya akan download aplikasi Telegram untuk Windows
  • Sila pasang (install) aplikasi berkenaan sehingga selesai. 
  • Sila klik “Start Messaging”
  • Anda akan diminta pilih negara dan isikan nombor telefon
  • Selepas itu sila klik “Send Code Via SMS”
  • Anda akan dapat mesej melalui sms. Ada kod yang dihantar
  • Sila isikan kod pada “Your Code”
  • Jika ianya betul, ianya akan berjaya dan automatik Telegram dibuka
  • Anda sudah boleh guna. Siap. Done

Dan satu lagi kelebihan Telegram andalah anda boleh membuka group dan invite seberapa banyak orang ke dalamnya. Whatsapp rasanya tidak boleh lebih dari 200 orang. Sedangkan Telegram, anda boleh jemput orang sampai 1000 pun masih tidak ada masalah.

Di atas ini saya kongsikan panduan tentang cara untuk anda install Telegram di komputer desktop anda yang menggunakan sistem Windows. Ianya mudah sahaja. Kalau anda masih kurang faham dan tidak jelas, tonton sahaja video di atas sebagai rujukan paling mudah. Anda sebenarnya boleh juga guna Whatsapp di komputer. Untuk kerja kerja online, saya sebenarnya lebih selesa gunakan komputer berbanding smartphone. Sebab itulah saya install Whatsapp dan juga Telegram di desktop pc komputer saya supaya memudahkan kerja. Sekarang saya sudah suka dua dua aplikasi ini. Selamat mencuba.

The post Cara Install Telegram Untuk Komputer Windows appeared first on MyRujukan.

Tukar Brake Pump Kereta Proton Saga BLM

$
0
0

Dah ada 3 minggu juga kereta Proton Saga BLM saya berbunyi di tayar. Perkara pertama yang saya terfikir adalah berkenaan bearing tayar yang mungkin sudah rosak. Selepas ke bengkel kereta, rupa rupanya yang rosak adalah “brake pump”. Bagi orang yang bukan berpengalaman dalam dunia automotif dan kenderaan, terasa jugalah tidak faham akan apa yang pomen tersebut cakapkan. Saya meminta beliau tunjukkan apa itu dan di mana brek pam tersebut dan meminta beliau terangkan apa masalahnya yang mengatakan ianya rosak.

Nasib baik pomen (mekanik) tersebut baik hati. Beliau tunjukkan lah bentuk brake pump tersebut dan kenapa ianya rosak dan perlu ditukar. Selepas beliau menunjukkan sedikit demo, maka fahamlah saya yang barang tersebut memang rosak dan perlu diganti yang baharu. Saya terus bersetuju sahaja kerana ianya melibatkan sistem brek kenderaan untuk memberhentikan kereta. Jadi ianya memang satu komponen yang penting.

Brake pump untuk kereta Proton Saga

Brake pump untuk kereta Proton Saga

Ganti Brake Pump Rosak Proton Saga Kepada Yang Baru

Sebenarnya apakah itu brake pump? Saya terangkan dari pemahaman saya ok. Saya terangkan berdasarkan pengalaman saya melihat sendiri demo bagaimana ianya berfungsi. Dalam sistem brek kereta di belakang, ianya mempunyai brek pad pada kiri dan kanan. Brek pad yang menyentuh kiri dan kanan di dalam tayarlah yang akan memberhentikan kereta. Tetapi siapa yang menolak brek pad ini? Sistem yang menolak brek pad inilah yang dinamakan sebagai brake pump. Jelas? Kalau hendak jelas, sila lihat gambar di atas ini.

Brake pump yang baru telah diganti untuk Proton Saga

Brake pump yang baru telah diganti untuk Proton Saga

Harga untuk menukar dan menggantikan brake pump ini termasuk kos pemasangan adalah RM85. Kebiasaanya, para pemilik kereta di nasihatkan untuk menukar brake pump kedua dua belah tayar sekaligus untuk memudahkan urusan pemantauan. Kalau tukar dua dua, maka kos keseluruhan adalah RM85 x 2 = RM170. Alat tersebut nampak kecil sahaja tetapi ianya adalah komponen yang penting. Selepas melihat sendiri cara pemasangan, rupanya ianya mudah sahaja untuk dilakukan sendiri. Malah anda boleh jimat banyak kos sekiranya anda lakukannya sendiri dari rumah.

Brek pam untuk Proton Saga

Brek pam untuk Proton Saga

Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan

  • Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
  • 11Street – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
  • Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini

Anda boleh dapatkan dan beli brake pump ini di kedai sparepart. Kalau anda tidak urgent, anda juga boleh membeli alat brake pump Proton Saga ini secara online. Rasanya alat brake pump untuk Proton Saga BLM saya ini mungkin sama sahaja dengan Proton Saga FLX dan juga Proton Saga yang baharu. Jadi kos untuk ganntian pasti sama atau lebih kurang sama. Macam yang saya katakan tadi, proses menukar brake pump tayar ini sangat mudah. Kalau anda boleh lakukan sendiri dari rumah, maka ada banyak penjimatan yang anda boleh lakukan. Kalau tidak, bawa sahaja ke kedai bengkel kereta dan bayar harga biasa.

Anda boleh lihat gambar di atas. Keadaan brake pump yang sudah lama dan rosak dengan brake pump yang masih baharu. Dan salah satu lagi komponen yang penting dalam sistem brek kereta adalah “brake pad“. Pastikan ianya tidak haus dan masih mempunyai pad yang boleh membrek kenderaan anda dengan baik. Sedikit peringatan pomen kepada kita. Fungsi brake pump sangat penting. Jika ianya rosak dan menyebabkan terkunci kerana karat, boleh jadi tayar kita terbrek terkunci sendiri. Kalau ianya berlaku kepada salah satu tayar, kereta kita akan terpusing dan ianya merbahaya kepada kita yang membawa kereta dengan laju atau membrek secara emergency. Jelas ya. Bye.


>>> Dapatkan Panduan Jaga Kereta Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Tukar Brake Pump Kereta Proton Saga BLM appeared first on MyRujukan.

Cara Mudah Masak Sambal Telur Hancur

$
0
0

Anda suka makan telur yang dimasak secara pecah hancur kecil kecil? Saya suka. Dan antara menu masakan telur hancur yang saya suka adalah telur hancur goreng biasa, telur hancur yang dimasukkan ke dalam nasi goreng, bihun goreng dan mee goreng, dan akhir sekali menu sambal telur hancur. Memang jarang makan, tetapi sesekali dapat rasa, memang sedap. Saya hanya berpengalaman menggunakan telur goreng yang dimasak hancur ke dalam nasi, bihun dan juga mee sahaja. Itu adalah favorite saya. Dan beberapa hari lepas, isteri ada membuat telur hancur yang dimasak secara sambal. Memang sedap.

Anda faham atau tidak apa yang saya maksudkan dengan “telur hancur” ini. Biasanya kalau anda mahu masak telur mata, anda pecahkan dalam kuali dan masak. Dapat satu hidangan telur yang kuning telurnya tidak pecah. Kalau anda mahukan telur goreng, biasanya telur akan dikacau dan digodak terlebih dahulu, kemudian dimasak. Kalau mahu telur rebus, maka anda masukkan telur yang tidak dipecahkan ke dalam air yang mendidih. Begitulah prosesnya. Untuk masak telur goreng secara hancur, anda masukkan telur ke dalam kuali dan anda kacau kacau sehingga ianya berkecai dan menjadi pecahan telur yang kecil kecil. kalau tidak faham, sila lihat gambar di bawah ini. Faham kan?

Memula sekali sila masak sambal cili kering yang merah terlebih dahulu

Memula sekali sila masak sambal cili kering yang merah terlebih dahulu

Resepi Sambal Telur Hancur

Itu untuk kes telur hancur yang digoreng. Kalau anda mahu buat sambal telur hancur bagaimana pula. Dari pemahaman saya, biasanya kita akan masak telur goreng secara hancur terlebih dahulu. Kemudian kita masak sambal merah yang menggunakan cili kering yang sudah dikisar macam biasa. Bila sudah masak cili sambal tersebut, barulah dimasukkan telur hancur tersebut. Itulah apa yang saya biasa buat kalau masak nasi, bihun dan mee goreng. Tetapi cara isteri saya berlainan dengan saya. Iaitu beliau masukkan telur yang dipecah terus ke dalam masakan sambal beliau. Rasa pelik sikit sebab pertama kali melihat kaedah tersebut. Tetapi rasanya sedap juga. Hehe.

Telur yang telah dipecahkan dimasukkan ke dalam cili sambal yang sedang dimasak

Telur yang telah dipecahkan dimasukkan ke dalam cili sambal yang sedang dimasak

Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak pernah membuat dan memasak sendiri sambal telur hancur. Mudah cerita tidak pernah tengok orang atau emak memasak sambal telur hancur secara depan depan. Jadi saya tidak pasti samada masakan sambal telur hancur yang isteri saya buat ini adalah sama dengan apa yang orang lain buat atau ada perbezaan cara membuatnya. Tidak kisahlah, yang pasti ianya sedap. Oleh kerana saya lihat sendiri isteri masak sambal telur hancur, jadi saya tahulah yang prosesnya sangat sangat mudah, ringkas dan cepat.

Website Untuk Beli Barang Keperluan Masak Dapur

  • Lazada – ada banyak produk memudahkan urusan dapur di sini
  • 11Street – ada banyak produk memudahkan urusan dapur di sini
  • Shopee – ada banyak produk memudahkan urusan dapur di sini
Hidangan sambal telur hancur yang telah siap dimasak

Hidangan sambal telur hancur yang telah siap dimasak

Bahan Bahan

  • Telur
  • Cili kering
  • Bawang Besar/kecil/merah
  • Garam
  • Gula
  • Minyak
  • Air

Cara Memasak

  • Sila potong cili kering kecil kecil. Rebus sehingga lembut
  • Blender cili kering yang telah direbus dengan sedikit bawang besar/kecil/merah
  • Panas minyak dan tuliskan kisaran cili kering yang sudah diblender
  • Masukkan sedikit gula dan garam dan masak sehingga naik bau
  • Masukkan sedikit air kalau mahu sambal anda menjadi lebih banyak
  • Dan ketika mendidih, pecahkan telur ke dalam sambal yang sedang dimasak

Panduan memasak sambal telur hancur ini adalah kaedah sendiri sahaja. Kalau anda mempunyai resepi yang berbeza dipersilakan. Kalau anda tahu cara memasak sambal maka anda lakukanlah mengikut resepi sendiri. Kemudian masukkan beberapa biji telur yang telah dipecahkan mengikut amaun yang anda mahukan. Kalau kurang faham tonton sahaja video di atas ini. Selamat mencuba.

The post Cara Mudah Masak Sambal Telur Hancur appeared first on MyRujukan.

Dropship Pakaian Muslimah Jenama EilaMaya

$
0
0

Salah satu kaedah untuk buat duit secara online dengan menjalankan perniagaan di internet menggunakan kaedah dropship. Dan salah satu produk dropship yang paling mudah dilakukan adalah dengan menjual baju pakaian wanita. Di artikel ini saya ingin memperkenal dan mengajak anda untuk menyertai program dropship pakaian muslimah kepada sesiapa diluar sana yang berminat. Pakaian wanita adalah produk yang hot dan mendapat permintaan yang tinggi. Baju muslimah memang mendapat permintaan pada bila bila masa dan ianya tidak terhad hanya kepada musim perayaan sahaja.

Di artikel ini saya ingin perkenalkan anda dengan pakaian muslimah seperti baju kurung dan juga jubah dari jenama EilaMaya. Satu brand yang baru meningkat naik. Tetapi jangan risau, selain dari brand baru ini, anda banyak lagi produk dropship pakaian muslimah yang diperkenalkan untuk anda sertainya. Maksudnya ada banyak pilihan untuk anda promosi, berniaga, berjual beli selain dari brand jenama EilaMaya ini. Senang berurusan dan tinggi komisen yang diberikan. Insyaallah.

Peluang dropship pakaian muslimah jenama EilaMaya

Peluang dropship pakaian muslimah jenama EilaMaya

Sertai Dropship Pakaian Muslimah Brand EilaMaya

Mungkin ada di antara anda yang masih baru iaitu tidak tahu macam mana hendak berniaga secara dropship. Prosesnya mudah sahaja. Perkara pertama yang anda perlukan adalah PRODUK! Oleh kerana anda berminat hendak berniaga menjual pakaian muslimah seperti baju kurung, baju jubah, baju blaus dan pelbagai lagi. Maka ini adalah tempat yang anda cari. Sebab itulah saya menulis artikel ini. Untuk mencari individu yang mahu berniaga dropship pakaian muslimah dan menjana komisen melalui iaitu ANDA!!!. Jangan risau pasal stok produk. Pihak Eilamaya akan bantu anda. Mudah cerita, masalah produk sudah selesai. Anda beli dari team Eilamaya. Jelas?

Dropship jubah muslimah corak bunga yang cantik

Dropship jubah muslimah corak bunga yang cantik

Apa anda kena buat. Sertai team Eilamaya. Join Whatsapp/Telegram yang diperkenalkan. Anda akan berkumpul sesama ahli agen yang lain seperti anda juga. Pihak Eilamaya akan upload produk yang boleh anda promosikan. Selepas itu anda gunakan gambar yang diberikan untuk anda promosikan mengikut cara dan kaedah yang anda suka seperti promote di Whatsapp, Telegram, Blog, Google +, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Dropship baju jubah brand Eilamaya

Dropship baju jubah brand Eilamaya

Semua info berkenaan harga produk dropship pakaian muslimah akan disediakan termasuk jumlah komisen yang akan diberikan. Apa yang bestnya dengan peluang dropship dari Eilamaya ini? Kebanyakkan adalah ready stok, stok akan dikemaskini (update) setiap hari. Ada banyak baju pakaian seperti Jubah, Baju Kurung, Top, Blouse dan bermacam lagi.

Dropship blouse baju muslimah kain lembut yang cantik

Dropship blouse baju muslimah kain lembut yang cantik

Macam saya katakan di awal lagi. Ada banyak stok pakaian. Ada dari yang Eilamaya punya dan dari lain lain jenama juga seperti dari supplier yang lain juga. Jadi anda tidak perlu tercari cari akan sumber pembekal dropship pakaian muslimah yang anda mahukan. Semuanya sudah ada di sini. Apa apa soalan yang anda mahu tanya, boleh tanyakan terus di dalam group Telegram. Pihak admin akan cuba menjawab seberapa segera yang boleh.

Anda juga boleh promosi kain pasang untuk dropship anda

Anda juga boleh promosi kain pasang untuk dropship anda

Sertai Telegram Dropship Pakaian Muslimah

Logo label bagi brand pakaian wanita muslimah dari jenama EilaMaya

Logo label bagi brand pakaian wanita muslimah dari jenama EilaMaya

Syarat untuk menjadi agen dropship pakaian muslimah ini adalah mudah. Ianya adalah percuma (free) tanpa dikenakan apa apa bayaran. Seorang yang jujur, amanah dan tidak mudah putus asa. Yang seronok menjadi agen dropship ini adalah, selain berniaga dan buat untung, anda juga boleh membeli pakaian untuk diri sendiri dengan harga dropship. Menarik bukan?

Website Untuk Membeli Pakaian Wanita (Untuk Pembeli)

  • Lazada – anda boleh beli baju pakaian muslimah cantik di sini
  • 11Street -anda boleh beli baju pakaian muslimah cantik di sini
  • Shopee – anda boleh beli baju pakaian muslimah cantik di sini
  • Zalora – ada banyak pakaian wanita yang cantik di sini termasuk baju blouse
  • FashionValet – ada banyak pilihan pakaian termasuk baju blouse yang trendy

Peluang untuk jadi agen dropship pakaian muslimah ini terbuka kepada lelaki mahupun wanita, suri rumah, pelajar, penganggur dan lain lain yang ingin menambah pendapatan. Mahukan baju blouse labuh yang comel comel, mengikuti trend design zaman terkini, berharga murah, mampu untuk dibeli, baju kurung, kebaya, jubah, baju ibu dan anak, skirt dan lain lain. Jangan risau, material kain adalah sangat selesa. Untuk anda apa info, sila sertai link telegram di atas ini ya. Selamat berbisnes online. Bye.

The post Dropship Pakaian Muslimah Jenama EilaMaya appeared first on MyRujukan.

Amalan Suami Isteri Baca Al-Quran Bersama

$
0
0

Teringat masa awal awal kahwin dulu, terasa seronok sahaja dapat melihat isteri membaca Al-Quran. Ibarat rumah tangga berasa barakah. Namun, sebelah pihak pun tidak boleh juga. Dua dua kena pandai baca Al-Quran sama sama iaitu suami dan juga isteri. Atas dasar tanggungjawab dan terasa bertanggungjawab untuk mendidik isteri dan juga anak nanti, maka saya mengambil langkah untuk pergi belajar membaca Al-Quran di sebuah pusat khas untuk orang orang dewasa mengaji. Jujur cakap, ini adalah hal penting untuk kehidupan di dunia dan juga di akhirat.

Alhamdulillah, berkenaan fasih membaca Al-Quran, isteri saya memang bagus. Cuma saya sahaja yang masih lemah penguasaan bacaan. Atas sebab itulah saya kena pergi belajar mengaji Al-Quran. Dan terlebih penting saya seorang suami. Yang memang wajib memberikan didikan ilmu agama kepada isteri dan juga anak. Nasib baik isteri memahami. Yang penting ada usaha dari seorang suami untuk cuba perbaiki mana yang kurang baik. Saya tidak berasa malu untuk mengatakan saya tidak fasih. Penulisan ini adalah untuk mendorong anda yang bergelar suami dan juga isteri untuk sama sama perbaiki mana yang kurang untuk kesejahteraan keluarga bersama.

Amalan baca Al-Quran di rumah bersama sama

Amalan baca Al-Quran di rumah bersama sama

Cara Mulakan Langkah Baca Al-Quran Di Rumah

Antara fadhilat membaca Al-Quran adalah mendapat syafaat diakhirat, mendapat ketenangan, mendapat ganjaran 10 pahala bagi setiap satu huruf Al-Quran dan lain lain. Ada banyak lagi kelebihan jika kita mengamalkan pembacaan Al-Quran. Kalau anda sedar yang anda kurang pandai, maka belajarlah. Masuk ke mana mana kelas pengajian untuk orang dewasa. Tidak usah malu. Zaman sekarang sudah semakin banyak pusat pusat pendidikan Islam bagi memberi peluang kepada orang ramai belajar tentang Islam dan membaca Al-Quran dengan mudah.

Dua buah buku iaitu Tajwid dan Tamhid untuk kelas mengaji Al-Quran

Dua buah buku iaitu Tajwid dan Tamhid untuk kelas mengaji Al-Quran

Bagi sayalah. Zaman sekarang sukar untuk mencari pasangan yang benar benar sempurna dalam pengetahuan agamanya. Baik lelaki mahupun perempuan. Jadi kekurangan masing masing dapat kita perbaiki dengan syarat masing masing mahu berubah dan faham akan peranan masing masing. Masing masing ada kekurangan samada isteri mahupun suami. Tidak pelik pun kalau si isteri yang mengajarkan Al-Quran kalau beliau lebih pandai dari suami. Cumanya yang lebih bagus kalau si suami itu sendiri yang pergi belajar berguru dari seorang ustaz yang mahir dalam pembacaan Al-Quran secara talaqqi. Selepas sudah baiki diri sendiri, boleh ajarkan kepada isteri dan juga anak.

Para pelajar sedang tekun mengulangkaji sebutan tajwid yang betul

Para pelajar sedang tekun mengulangkaji sebutan tajwid yang betul

Pernah tidak terfikir satu benda. Tidak ramai dari kita orang Islam yang sudah khatam Al-Quran. Dan dari yang pandai baca Al-Quran pula, tidak ramai yang cuba membacanya secara konsisten. Dan dari yang mampu membaca Al-Quran dengan istiqomah pula, tidak ramai yang memahami akan apa yang mereka baca. Cuba tanya diri sendiri, apakah kita telah mencuba untuk memahami akan apa yang disampaikan dan diceritakan di dalam Al-Quran? Kita fikirkan bersama ya. Amalan amalan yang mahu dijadikan amalan harian biasanya kena mula dengan langkah pertama. Iaitu mesti kena belajar baca Al-Quran dahulu dengan betul dari guru agama.

Selepas itu anda pasti dengan mudah untuk melazimkan lidah anda dengan kalimat ayat Al-Quran. Pasti seronok dapat membaca Al-Quran bersama sama suami isteri nanti untuk membentuk keluarga yang sakinah. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Walaupun anda seorang suami yang kurang tahu dan pandai dalam ilmu agama. Maka pergilah belajar. Untuk masalah pembacaan Al-Quran yang lemah, maka pergilah ke kelas belajar Al-Quran. Semua itu ada jalannya. Mahu atau tidak mahu sahaja. Berikan sedikit masa untuk pembelajaran agama. Selepas itu baru dapat bentuk keluarga sedikit demi sedikit. Semua ini terletak dibahu seorang yang bernama suami. Selepas belajar kena amal bersama sama. Assalamualaikum.


>>> Kelas Bimbingan Al-Quran Baghdadi Penang – [017-4836797] <<<

The post Amalan Suami Isteri Baca Al-Quran Bersama appeared first on MyRujukan.


Kegunaan Gimbal Untuk Smartphone Android

$
0
0

Kalau anda mula hendak berjinak jinak mahu merakam video dan di upload masuk ke Facebook atau YouTube, anda pasti akan perasan yang kualiti rakaman video anda kurang memuaskan. Dan hasil pencarian anda menemukan anda dengan “penstabil video” seperti perkataan EIS, OIS dan juga GIMBAL. Pada kali ini, saya ingin menuliskan perihal teknologi telefon pintar iaitu alat yang berkaitan dengan smartphone tentang bagaimana ianya boleh membantu membuatkan kualiti rakaman video anda semakin cantik hasil dari penggunaan alat yang bernama gimbal. Anda pasti hendak tahu akan kegunaan gimbal betul?

Kalau anda beli smartphone, dan anda lihat pada bahagian spesifikasi kamera, kadang kadang ada dituliskan Eis, Ois atau tiada. Kalau telefon pintar anda dituliskan ada fungsi Eis atau Ois, itu bermakna smartphone anda mempunyai fungsi untuk memastikan tangkapan gambar dan rakaman video anda menjadi lebih cantik akibat dari sistem penstabil imej dan juga video. Namun, ianya mungkin kurang mampu untuk memberikan persembahan yang paling terbaik dan memuaskan. Kalau anda tidak faham akan fungsi tersebut, sila rakam sati video pendek anda sedang bergerak samada berjalan atau berlari dengan turn on/turn off kan fungsi Eis/Ois tersebut. Anda akan nampak perbezaan hasil rakaman video tersebut.

Kegunaan gimbal untuk menstabilkan rakaman video smartphone anda

Kegunaan gimbal untuk menstabilkan rakaman video smartphone anda

Kegunaan Gimbal Dan Kelebihannya Ketika Merakam Video

Rakaman video tanpa Eis/Ois akan tidak stabil dan bergetar (shaky) kalau anda lakukan aktiviti yang memerlukan fizikal bergerak. Kalau anda hidupkan fungsi Eis/Ois, anda akan dapati rakaman video kelihatan stabil macam anda rakam video menggunakan kamera TV yang terbaik. Namun, bila kita bercakap tentang “smartphone”, ianya masih ada keterbatasan. Video mungkin nampak lebih baik dan stabil tetapi belum terbaik lagi. Sebab itulah diciptakan alat yang bernama “GIMBAL” ini. Alat ini akan membuatkan telefon pintar anda yang tiada fungsi Eis/Ois pun boleh menghasilkan rakaman video yang sangat stabil, lancar dan cantik ketika anda sedang melakukan aktiviti yang memerlukan berjalan, berlari, menaiki tangga dan sebagainya.

Apa kegunaan gimbal? Bagaimana gimbal bekerja? Smartphone anda akan dipasang pada gimbal. Dan gimballah yang akan memegang telefon anda. Segala pergerakan samada ke kiri/kanan, atas/bawah semuanya akan dikawal oleh gimbal. Gimbal adalah sebuah alat fizikal tetapi pergerakkannya menggunakan gerakan dengan sistem elektronik. Ketika anda menunduk ke bawah sedikit, gimbal akan secara automatik perlahan lahan mendongak ke atas sedikit. Ketika anda memegang gimbal ke atas, ianya akan secara automatik menunduk ke bawah sedikit. Gerakan secara automatik dan perlahan ini akan membuatkan rakaman video tidak bergetar (shaky) dan ianya menjadi lancar dan kelihatan baik.

Saya tidak mahu bercerita panjang. Anda lihat sendiri akan kesannya. Rakaman video di bawah adalah ketika berjalan dan berlari. Ketika memegang handphone menggunakan tangan, anda akan nampak hasil rakaman video tidak cantik. Ke atas, ke kiri, ke kanan, ke bawah secara tidak sekata. Dan selepas itu anda lihat perbezaan hasil rakaman video ketika menggunakan gimbal pula. Hasil rakaman video menjadi lancar, stabil dan cantik. Sedangkan rakaman video ini dilakukan menggunakan smartphone Xiaomi Redmi Note 4 yang mempunyai kamera yang kurang bagus malah tiada fungsi Eis mahupun Ois. Kenapa boleh dapatkan kualiti video yang baik? Semuanya kerana GIMBAL.

Contoh gimbal Freevision Vilta yang ada dijual melalui website Lazada

Contoh gimbal Freevision Vilta yang ada dijual melalui website Lazada

Website Untuk Membeli Pelbagai Jenis Gimbal Untuk Mobile

  • Lazada – ada banyak pilihan gimbal yang murah dan yang mahal berkualiti ada dijual di sini
  • 11Street – ada banyak pilihan gimbal yang murah dan yang mahal berkualiti ada dijual di sini
  • Shopee – ada banyak pilihan gimbal yang murah dan yang mahal berkualiti ada dijual di sini

Sekarang kita beralih kepada brand jenama Gimbal yang digunakan termasuk harganya. Ada banyak brand yang dijual di pasaran. Pertama sekali sila pastikan smartphone anda itu adalah iOS atau Android. Ini kerana setiap gimbal yang dijual mempunyai fokus kepada sistem yang berbeza. Kalau gimbal tersebut untuk iOS, maka hanya pengguna smartphone iPhone sahaja boleh beli. Kalau gimbal untuk Android, maka anda yang menggunakan handphone android boleh gunakannya. Jelas ya. Ini penting supaya anda tidak tersilap beli.

Berkenaan dengan harganya pula. Ada yang dijual murah dengan harga dalam lingkungan RM100-RM300. Biasalah, lagi mahal selalunya akan lebih baik. Jenama gimbal yang digunakan di dalam video ini adalah dari brand Freevision Vilta-M dan harganya dalam lingkungan RM500. Kalau anda jenis mahu serius untuk fokus buat duit dengan video di YouTube, maka dapatkan lah mana mana gimbal yang sesuai. Video yang cantik, kemas, kurang gegaran disukai oleh penonton video di YouTube. Harap anda faham akan kegunaan gimbal dan sebab kenapa anda perlu memilikinya jika mahu buat duit dengan hasil rakaman video anda. Cubalah.

The post Kegunaan Gimbal Untuk Smartphone Android appeared first on MyRujukan.

Kenapa Kena Update Software Android Yang Terkini

$
0
0

Saya ada perasan beberapa rakan dan kenalan rapat yang tidak pernah untuk menaiktaraf iaitu update software android mereka kepada yang versi yang terkini. Masalah utama mereka adalah tidak tahu atau tidak faham berkenaan “updates/upgrades” yang mereka perlu lakukan untuk smartphone mereka. Hasilnya, di dalam setting sistem android, akan ternampak notifikasi mesej ringkas berkenaan pilihan untuk menaik taraf tetapi di abaikan sama sekali. Bukan kerana tidak mahu tetapi kerana tidak tahu.

Masalah ini bukannya sesuatu yang pelik pun. Ini kerana ramai orang diluar sana yang bukan “kaki komputer” atau “kaki telefon”. Mereka tidak pernah berpengalaman untuk memasang (install) apa apa aplikasi sendiri. Tidak ada pengalaman atau pendedahan berkenaan software. Jadi tidak hairan kalau anda terjumpa mana mana komputer rakan apabila anda buka web browser mereka, ianya akan menampilkan paparan yang kurang sempurna. Semuanya kerana tidak tahu akan keperluan untuk melakukan proses update/upgrade software. Jelas?

Proses update software android untuk Xiaomi menggunakan ROM versi MIUI

Proses update software android untuk Xiaomi menggunakan ROM versi MIUI

Apa Itu Update Software Android Untuk Smartphone

Kepada anda yang kurang faham atau tidak tahu langsung berkenaan update software android ini. Mari saya berikan penerangan dan penjelasan secara ringkas dan semudah yang anda boleh faham dari pandangan saya sendiri. Sistem yang anda gunakan pada telefon pintar anda iaitu smartphone anda itu menggunakan sistem Android. Ianya adalah sebuah SOFTWARE.

Cara nak update MIUI ROM untuk Xiaomi smartphone

Cara nak update MIUI ROM untuk Xiaomi smartphone

Cuba anda buka mana mana aplikasi samada di komputer anda dan kemudian sila klik pada menu “About”. Anda akan nampak nombor siri yang mereka berikan. Nombor berkenaan adalah menunjukkan versi aplikasi tersebut paling terkini mendapat update. Nombor siri tersebut dapat memberitahu kita bilakah kali terakhir software tersebut mendapat kemaskini dan apakah bentuk upgrade yang telah diberikan.

Sama juga halnya dengan telefon pintar iaitu smartphone. Anda beli handphone anda pada 1 tahun lepas. Selepas itu anda melihat adanya notifikasi untuk anda update software android pada bahagiabn setting di menu “about”. Anda pelu klik untuk memulakan proses pemasangan (install) sistem yang terkini untuk mempertingkat kelancaran untuk menggunakan smartphone anda dan juga meningkatkan sistem keselamatan.

Proses Naik Taraf Update ROM Secara OTA

  • Turn On Wifi anda terlebih dahulu
  • Klik Setting
  • Klik About Phone
  • Klik System Update
  • Klik Check for Update
  • Jika anda, klik pada Reboot Now
  • Tunggu dia shutdown, proses install dan turn on semula. (Siap)

Sebagai contoh, pengguna smartphone yang anda gunakan itu mendapati yang smartphone tersebut tidak boleh melakukan setting tertentu yang sebenarnya sudah lama ada dan perlu ada bagi sesebuah smartphone. Maka pihak penyeluar akan memberikan upgrade setting terbaru pada model smartphone anda melalui sistem update yang terkini. Sebab itulah ada perlu untuk update software android jika terdapatnya upgrade yang diberikan. Jelas?

Website Untuk Membeli Smartphone

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan telefon pintar smartphone dijual di sini
  • 11Street – ada sangat banyak pilihan telefon pintar smartphone dijual di sini
  • Shopee – ada sangat banyak pilihan telefon pintar smartphone dijual di sini

Perkara paling penting untuk anda wajib lakukan update software android jika ada adalah kerana masalah keselamatan. Tahukah anda, telefon pintar zaman kini kerap melakukan transaksi jual beli online yang melibatkan kad kredit, kad debit dan juga maklumat login akaun tertentu. Kadang kala, sistem lama mungkin terbukti bermasalah dan telah berjaya diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab. Maka dengan update software terkini jika diberikan, maka anda lakukanlah proses upgrade naik taraf tersebut.

Saya pengguna smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Pro. Saya belinya sejak setahun lebih yang lalu. Sehingga kini, pihak Xiaomi masih kerap memberikan update software android mereka melalui custom ROM mereka iaitu MIUI. Sebagai pengguna, saya yakin dengan update mereka yang terkini dapat memberikan pengalaman menggunakan internet secara online yang lebih selamat dan meyakinkan. Biasanya proses update dilakukan secara On The Air (OTA) yang bermaksud secara online. Kalau masih kurang faham, tonton video di atas ini ya. Selamat mencuba.

The post Kenapa Kena Update Software Android Yang Terkini appeared first on MyRujukan.

Kedai Sport Rim Kereta Murah Pulau Pinang

$
0
0

Salah satu aksesori kereta yang popular di kalangan peminat kereta adalah sport rim. Bagi orang yang suka make up cantik cantik kereta mereka, menggunakan sport rim kereta yang kelihatan cantik adalah satu kemestian. Kalau anda beli kereta baharu model yang biasa, mungkin anda hanya mendapat rim kereta yang biasa sahaja dan perlu menggunakan “cap” penutup. Kalau anda beli kereta dari model yang sedikit bagus, anda pasti akan mendapat sport rim kereta yang cantik dan original. Dan biasanya, stok sport rim yang diberikan adalah bercirikan standard yang lebih kepada tahan lasak.

Sebab itulah kalau anda hendak mendapatkan sport rim kereta yang cantik yang memikat mata anda, mahu tidak mahu, anda kena keluarkan modal untuk membeli sport rim yang baharu. Sebenarnya, berapakah harga bagi sebuah sport rim kereta yang baru? Saya pernah berpengalaman membeli sport rim terpakai untuk kereta Perodua Viva saya dengan menggunakan sport rim kereta dari kereta Perodua Myvi. Nampak cantiklah sedikit kerana dapat menggunakan sport rim berbanding rim kereta yang biasa.

Antara sport rim kereta yang ada dijual di kedai aksesori kereta

Antara sport rim kereta yang ada dijual di kedai aksesori kereta

Beli Sport Rim Kereta Penang

Itu adalah ketika saya menggunakan Perodua Viva. Dan untuk kereta sekarang, saya menggunakan Proton Saga. Dan sehingga kini belum ada niat untuk menggunakan sport rim yang baru kerana sport rim yang ada pun masih baik. Beberapa minggu lepas saya ada pergi ke bengkel kereta untuk menukar tayar Myvi iaitu kereta isteri saya. Sempat jugalah pekerja kedai tersebut mempromosikan sport rim kereta yang ada di kedai bengkel mereka. Banyak yang cantik cantik.

Sport rim kereta jenama RAYS juga ada

Sport rim kereta jenama RAYS juga ada

Saya sempat jugalah menanyakan beberapa info berkenaan sport rim kereta pada pekerja kedai terbabit. Harga bagi sebuah sport rim kereta yang baharu adalah dalam lingkungan RM850 – RM1000. Ada yang lagi mahal bergantung kepada saiz rim dan jenis model kereta yang anda gunakan. Sport rim yang anda gunakan sekarang boleh anda jual semula (trade in) dengan harga dalam lingkungan RM200 – RM300. Mudah cerita, jika anda membeli sport rim yang baru dan menukarkan sport rim lama anda, kos keseluruhan adalah dalam lingkungan RM550 sahaja.

Ada satu syarat paling utama jika anda mahukan harga maksimum ketika trade-in! Iaitu sport rim kereta anda mestilah elok dan tidak bengkok bengkok. Nasihat dari pekerja kedai bengkel kereta tersebut adalah, jika anda membeli sport rim kereta yang baharu, mereka mencadangkan pemilik kereta memilih sport rim yang mempunyai batang rim yang terus menegak pada rim dan bukannya batang rim yang membengkok ke dalam. Ini adalah bertujuan bagi memastikan anda menggunakan sport rim kereta yang lebih tahan dan kurang bergelong jika anda melalui jalan yang berlubang dengan hentakkan yang agak kuat.

Pelbagai design sport rim untuk kereta yang dijual online di website Shopee

Pelbagai design sport rim untuk kereta yang dijual online di website Shopee

Website Untuk Membeli Car Sport Rim

  • Lazada – ada banyak pilihan sport rim untuk kereta dijual di sini
  • 11Street – kurang ada pilihan car sport rim yang dijual di sini
  • Shopee – ada banyak pilihan sport rim untuk kereta dijual di sini

Namun nasihat beliau itu adalah cadangan sahaja. Terpulang kepada anda mahukan jenis sport rim kereta yang bagaimana dan macam mana. Ada yang suka batang rim sedikit. Ada yang suka batang rim yang banyak dan sebagainya. Perlukah tukar tayar baharu selepas membeli dan menggunakan sport rim yang baru? Jawapannya tidak. Tayar kereta anda boleh guna dan pakai balik jika ianya masih baik. Tiada masalah.

Saya tidak pasti samada ada di antara anda yang membeli sport rim untuk kereta secara online di internet atau tidak. Anda boleh mencuba membelinya melalui link website yang saya kongsikan di atas ini. Kadang kadang rekaan design sport rim yang kita mahukan tiada di kedai tetapi ada dijual di internet. Boleh jadi juga. Beli, sampai di rumah, bawa ke kedai dan upah mereka pasangkan. Itu sahaja. Ada yang lebih murah dan ada yang lebih mahal menurut saya. Terpulang kepada anda. Selamat membeli dan menggunakan sport rim kereta yang baru. Di atas ini adalah rakaman sport rim untuk kereta yang dijual di sebuah kedai bengkel di Pulau Pinang. Bye.

The post Kedai Sport Rim Kereta Murah Pulau Pinang appeared first on MyRujukan.

Pertandingan Akhir Busker Challenge Mutiara FM

$
0
0

Semalam saya pergi ke pasaraya Mydin untuk membeli barang barang keperluan dapur macam biasa setiap bulan selepas gaji. Kemudian ternampaklah ada aktiviti seni sedang dilakukan. Ada pentas nyanyian dan sebagainya. Tidak lama kemudian ada beberapa kumpulan yang sedang menyanyi siap ada pengadil dan hadiah berbentuk piala lagi. Selepas di teliti betul betul pada banner yang terbentang luas di belakang tabir pentas, rupa rupanya hari itu ada diadakan pertandingan akhir nyanyian iaitu Busker Challenge yang dikendalikan oleh Mutiara FM.

Saya sebenarnya sendiri pun kurang tahu mengenai Mutiara FM. Selepas carian diinternet dilakukan, rupanya Mutiara FM adalah sebuah stesen radio berbahasa melayu yang dipancarkan ke seluruh negeri Pulau Pinang sahaja dan ianya adalah sebuah stesen radio di bawah kendalian Radio Televisyen Malaysia iaitu RTM. Ianya menyiarkan berita tempatan termasuk lagu lagu keluaran Malaysia. Saya sendiri yang sudah tinggal di negeri Pulau Pinang pun baru tahu kewujudan stesen radio ini. Patutlah nama dia adalah “MUTIARA” FM.

Pertandingan akhir Busker Challenge di pasaraya Mydin jalan baru Penang

Pertandingan akhir Busker Challenge di pasaraya Mydin jalan baru Penang

Pertandingan Busker Challenge Di Mydin

Dan apa itu Busker? Dari fahaman saya sendiri adalah, Busker ini bermaksud kumpulan/perseorangan yang menyanyi lagu di depan orang ramai secara persendirian dijalanan. Kalau di Penang, kawasan yang boleh anda lihat nyanyian live kumpulan busker adalah di tapak Padang Kota setiap malam. Saya pernah ke sana dan melihatnya secara live. Seronok juga mendengar nyanyian lagu malam malam secara live dan duduk ditepi sambil merasai angin sepoi sepoi bahasa yang meniup dari pantai. Perghh.

Dan tidak sangka pula ada pertandingan yang diadakan khas untuk penyanyi busker ini iaitu Busker Challenge. Memang sedap juga. Banyak lagu lagu terkini yang mereka bawakan secara santai menyikut gaya “busker”. Semasa saya menonton pertandingan Busker Challenge di Mydin jalan baru Penang ini. Pasaraya baru sahaja dibuka. Jadi masih tidak ramai orang. Pertandingan tersebut diadakan sampai ke petang dengan diadakan pertandingan yang lain lain juga. Menarik juga aktiviti yang diadakan di pasaraya Mydin. Kalau anda sudah biasa menyanyi karaoke lagu melayu dan ada bakat, silalah masuk.

Pasaraya yang berbentuk “pasar” yang ada menjual barang keperluan dapur dan juga barang makanan basah memang ada beberapa sahaja di Malaysia ini. Ianya adalah seperti Tesco, Econsave, Giant, Aeon dan juga Mydin. Jadi dengan adalah pasaraya Mydin dibuka di kawasan tempat saya, maka sudah tentulah pilihan terdekat dan memudahkan urusan beli barang setiap bulan adalah Mydin.

Website Untuk Beli Barang Keperluan Dapur

  • Lazada – ada banyak pilihan barang basah dan kering untuk dapur di sini
  • 11Street – ada banyak pilihan barang basah dan kering untuk dapur di sini
  • Shopee – ada banyak pilihan barang basah dan kering untuk dapur di sini
  • HappyFresh – ada banyak pilihan barang basah dan kering untuk dapur di sini

Kenapa saya suka Mydin? Pasaraya Mydin semakin lama semakin berkembang. Mungkin di tempat anda, kedai Mydin adalah kedai yang lama dan kecil. Di tempat saya ianya adalah sebuah pasaraya baru dan besar. Jadi ada perbezaannya. Yang paling saya suka adalah berkenaan pemilik Mydin yang beragama Islam. Kalau pemiliknya Islam, jadi sudah tentu tempat ibadatnya diberikan perhatian yang lebih baik dan selesa. Tempat sembahyang di Mydin Jalan Baru Penang bagi saya memang best.

Saya tidak sempat untuk melihat aktiviti pertandingan Busker Challenge itu lebih lama. Lagipun niat asal saya ke Mydin adalah untuk membeli barang dapur sahaja selepas mendapat gaji. Saya pernah juga menonton secara live langsung nyanyian busker ini iaitu di Padang Kota Penang. Tidak sangka juga ada aktiviti pertandingan untuk kumpulan atau perseorangan yang menyanyi secara busker ini. Satu aktiviti yang sihat dan aktiviti seperti ini dapat memberikan keceriaan kepada suasana di dalam pasaraya Mydin itu sendiri. Sedikit sedutan rakaman yang sempat saya rakam ketika pertandingan Busker Challenge ini di adakan di bawah anjuran MutiaraFM, RTM dan Mydin.

The post Pertandingan Akhir Busker Challenge Mutiara FM appeared first on MyRujukan.

Makan Di D’Fiesha Licious Steamboat & Grill

$
0
0

Beberapa hari sebelum hari gaji, entah kerana isteri selalu menyebutkan beliau mengidam dan terliur mahu makan steamboat. Sebenarnya secara jujur, saya sendiri belum pernah makan steamboat. Jadi tidak tahu bagaimana cara sebenarnya untuk makan. Memang tidak pandai pun. Maklumlah orang kampung. Isteri kata, beliau pernah mengajak saya ke kedai Seoul Garden beberapa kali, jadi begitulah cara makan steamboat. Selepas sudah faham, maka saya pun berjanji akan membawa isteri ke restoran makanan untuk makan steamboat. Saya tanya beliau mahu ke mana. Beliau mahu ke D’Fiesha Licious Steamboat yang terletak di Kepala Batas Pulau Pinang. Kami pun ke sana.

Kerana sudah gaji, saya pun bawalah isteri ke Kepala Batas untuk mencari kedai tersebut. Kami sampai pada pukul 9 malam di depan restoran D’Fiesha Licious Steamboat & Grill. Terkejut juga saya. Ini kerana kedai tersebut agak besar dan memang ramai orang. Saya kalau jenis kedai ramai ramai orang sangat memang kurang suka. Sebab terasa macam sesak dan lambat untuk menerima servis meja yang kosong. Namun, kalau kedai ada sangat ramai orang, itu menandakan yang makanan di kedai tersebut memang sedap. Sebab itulah orang datang. Betul juga kan.

D'Fiesha Licious Steamboat & Grill Kepala Batas Pulau Pinang

D’Fiesha Licious Steamboat & Grill Kepala Batas Pulau Pinang

D’Fiesha Licious Steamboat & Grill Penang

Oleh kerana ianya adalah untuk si isteri, sebagai suami yang mithali, kita bawa juga dan masuk jugalah. Dan ternyata memang ianya berlaku. Tiada meja. Bukan sebab tidak ada meja, tetapi semua meja telah penuh. Nasib baik ada pekerja yang bagus dan berdedikasi. Sanggup beliau carikan meja kosong dan berikan kami meja secepat mungkin agar tidak menunggu lama. Untuk servis layanan kepada pelanggan saya sangat suka. Memang terbaiklah D’Fiesha Licious Steamboat & Grill ini.

Makan steamboat di D'Fiesha Licious Steamboat & Grill

Makan steamboat di D’Fiesha Licious Steamboat & Grill

Kepada yang tidak pernah berpengalaman makan steamboat atau tidak tahu apa itu steamboat. Mari saya ringkaskan kepada anda secara apa yang saya faham. Hidangan makanan steamboat ini terdiri dari makanan berbentuk kuah yang perlu direbus masak dan juga panggang (grill). Ada mangkuk kuah samada kuah tomyam atau kuah sup di tengahnya. Anda perlu panaskan untuk mendidihkannya dan masukkan bahan makanan yang lain yang anda inginkan. Anda sendirilah yang kena masak makanan tersebut. Ada banyak bahan yang disediakan. Anda boleh pilih, ambil, masak dan makan.

Ini adalah aluminium foil yang dijual jika anda mahu buat grill steamboat yang biasa

Ini adalah aluminium foil yang dijual jika anda mahu buat grill steamboat yang biasa

Di restoran D’Fiesha Licious Steamboat, untuk bahan hidangan di dalam tomyam atau sup ini, antara bahan yang mereka sediakan seperti mee, bihun, kuey teow, maggi, sayur, fishball, udang, sotong, isi ketam dan banyak lagi. Anda ambillah anda mahu makan anda. Semua bahan hidangan adalah masih fresh segar. Anda ambil dan masukkan ke dalam kuah tomyam atau sup yang anda didihkan tadi. Jelas. Sedap.

Gas memasak jenis kecil portable yang sesuai untuk steamboat & grill

Gas memasak jenis kecil portable yang sesuai untuk steamboat & grill

Untuk hidangan panggang (Grill) pula, hidangan yang disediakan adalah seperti sotong, udang, daging, isi ayam dan sebagainya. Untuk isi daging dan ayam mereka sudah sediakan pelbagai jenis perapan yang ada. Anda ambil dan tinggal panggang sahaja. Dari pengalaman saya makan di D’Fiesha Licious Steamboat & Grill, bahan perapan mereka memang sedap. Memang berbaloi makan. 

Bagaimana dengan harga bayaran? Di Restoran D’Fiesha Licious Steamboat & Grill ini, mereka ikut kepala. Seorang dikira RM23.50. Kalau anda datang berdua, maknanya anda kena bayar RM23.50 x 2 = RM47.00. Bagi saya ianya memang murah dan berbaloi. Kalau anda makan di Seoul Garden, seorang dikira RM50. Kalau dua orang makan sudah kena RM100. Boleh dikatakan anda hanya perlu bayar setengah harga jika anda makan steamboat di D’Fiesha Licious Kepala Batas Penang ini.

Set lengkap peralatan steamboat termasuk grill yang bagus ada di Lazada

Set lengkap peralatan steamboat termasuk grill yang bagus ada di Lazada

Setelah selesai makan, saya dapati pelanggan mula berkurang setelah jam 10 malam ke atas. Kalau anda tidak suka bersesak mungkin boleh datang pada jam 9.30 malam dan ke atas. Namun waktu yang saya pergi itu adalah pada hari ahad iaitu hari minggu dan kebetulan pula semua orang sudah gaji. Mungkin sebab itulah ianya ramai orang. Mungkin hari biasa anda boleh datang awal. Hasil dari pengalaman ini, isteri ada mencadangkan kami membuat masakan steamboat sendiri di rumah. Saya setuju sahaja.

Website Untuk Membeli Peralatan Steamboat/Grill

  • Lazada – ada banyak pilihan peralatan steamboat/grill di sini
  • 11Street – ada banyak pilihan peralatan steamboat/grill di sini
  • Shopee – ada banyak pilihan peralatan steamboat/grill di sini

Selepas anda pergi makan di D’Fiesha Licious Steamboat & Grill, anda akan dapati proses penyediaan makanan untuk steamboat dan juga grill panggang bukanlah sesukar mana. Anda hanya perlukan gas memasak yang kecil, botol gas yang kecil, dulang dan mangkuk untuk steamboat dan grill, aluminium foil, dan juga bahan masakan, itu sahaja. Kalau anda bajet dan modal, buat sahaja hidangan steamboat di rumah. Lepas puas makan dan dapat berseronok dengan kaum keluarga untuk lebih meriah. Kalau anda mencari hidangan menu steamboat yang sedap dan murah di Penang malah halal, cadangan saya, sila ke Restoran D’Fiesha Licious Steamboat & Grill ini. Terbaik. Bye

The post Makan Di D’Fiesha Licious Steamboat & Grill appeared first on MyRujukan.

Cara Ganti Kepala Paip Sinki Yang Berkarat

$
0
0

Kali terakhir saya menukar kepala paip air singki adalah pada 5 bulan yang lepas. Dan isteri sudah memberi tahu yang kepala paip sinki perlu digantikan kepada yang baharu kerana masalah bocor yang menyebabkan kesan karat kepada mangkuk sinki. Atas dasar prihatin kepada rumah sewa yang juga adalah rumah orang lain, maka kita sebagai penghuni walaupun selaku penyewa, harus menjaga barang yang ada di dalam rumah itu dengan baik. Atas sebab itu, saya segera untuk pergi ke kedai hardware yang menjual barang dan produk kelengkapan rumah untuk baik pulih untuk mencari kepala paip sinki yang baharu.

Sebenarnya paip air sinki di rumah saya tidaklah rosak. Tetapi masalah terdapat bocor kecil dari paip berkenaan yang menyebabkan air menitis keluar kecil kecil. Bagi saya ianya bukan satu masalah besar pun. Masih boleh guna. Akan tetapi isteri memberitahu yang masalah tersebut membuatkan mangkuk sinki membentuk kesan karat padanya sedikit demi sedikit. Pepatah melayu ada kata, lebih baik mencegah daripada merawat. Betul juga. Nanti bila sudah terlalu karat, susah pula hendak menghilangkan kesan tersebut.

Kepala paip di sinki yang sudah berkarat dan bocor

Kepala paip di sinki yang sudah berkarat dan bocor

Tukar Kepala Paip Sinki Berkarat Kepada Yang Baru

Kenapa kepala paip sinki di dapur keluar air? Bila saya buka tengok di dalamnya, paip berkenaan sudah berkarat. Bila berkarat, ada kawasan getah yang menjadi penampan supaya air tidak terkeluar menjadi rosak. Getah penampan di dalamnya tidak lagi menjadi kenyal dan air boleh keluar sedikit demi sedikit. Kenapa jadi karat? Mungkin kerana saya sebelum ini telah membeli kepala paip sinki yang kurang berkualiti dan tidak tahan karat rasanya.

Beli kepala paip sinki yang baharu

Beli kepala paip sinki yang baharu

Saya pun ke kedai hardware dan mencari kepala paip sinki yang baru. Cari yang lebih berkualiti dan berharga mahal sedikit untuk lebih tahan lama. Setelah beli, bawa balik ke rumah dan terus menggantikan kepala paip sinki yang lama kepada yang baru. Mudah sahaja prosesnya. Sebab saya pernah melakukannya sebelum ini, jadi pengalaman seterusnya sudah menjadi sangat mudah. Kalau anda tidak tahu, sila lihat panduan yang saya kongsikan di bawah ini.

Panduan Menggantikan Kepala Paip Lama Kepada Baru

  • Sila matikan sumber air supaya air tidak terpancut ketika kepala paip ditanggalkan
  • Sila buka dan tanggalkan kepala paip sinki yang lama
  • Untuk kepala paip sinki baru, sila tanggalkan pancuran air terlebih dahulu
  • Kemudian lilitkan “seal tape” pada sambungan kepala paip
  • Pusingkan kepala paip sinki yang telah dibalut dengan seal tape sehingga ketat
  • Selepas itu baru pasangkan kembali pancuran air
  • Siap
Seal tape untuk membuat pengambungan paip air sinki

Seal tape untuk membuat pengambungan paip air sinki

Website Untuk Beli Barang Kelengkapan Paip

  • Lazada – ada banyak barang berkaitan paip dan white tape (seal tape) di sini
  • 11Street – ada banyak barang berkaitan paip dan white tape (seal tape) di sini
  • Shopee – ada banyak barang berkaitan paip dan white tape (seal tape) di sini

Kalau anda ke kedai hardware, jangan lupa membeli “seal tape” sekali. Ianya adalah sebuah gulungan helaian dari getah yang sangat nipis. Untuk membuat penyambungan paip kepada sumber tapaknya memang perlu gunakan seal tape ini. Ianya bagi memastikan sambungan tidak akan bocor dan air tidak akan keluar. Jelas ya.

Bagi orang yang di rumahnya dekat dengan kedai hardware memang senang sahaja. Kalau dikawasan anda tidak terdapat kedai tersebut, anda juga boleh membeli kepala paip sinki dan seal tape secara online dengan klik link di atas ini. Untuk maklumat anda, panduan dan rujukan cara ganti kepala paip sinki ini adalah sesuai untuk semua jenis keadaan kepala paip di rumah anda. Sama sahaja proses menukar dan memasangnya. Kalau masih kurang jelas, tonton video di atas ini. Selamat mencuba ya. Bye.

The post Cara Ganti Kepala Paip Sinki Yang Berkarat appeared first on MyRujukan.

Senarai Belanja Dapur Setiap Bulan Cara Berjimat

$
0
0

Sebenarnya, setiap keluarga mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau saya kata anda kena beli itu dan ini, saya pasti akan ada barang yang anda tidak bersetuju untuk membelinya setiap bulan. Kehdendak anda tidak sama dengan saya dan begitulah sebaliknya. Cumanya, mungkin saya boleh memberikan sedikit idea tentang senarai belanja dapur yang patut anda beli setiap bulan dan paling tidak ianya menjadi keperluan yang memadai dan mencukupi untuk keluarga anda dalam sebulan.

Biasanya bila kita bercakap tentang senarai belanja dapur, ianya bermaksud barang barang makanan untuk dimasak. Ini kerana, inilah dia benda yang sememangnya anda akan beli setiap bulan iaitu barang keperluan dapur. Kalau anda bersama pasangan anda jarang memasak di rumah, dan suka beli lauk pauk yang sudah siap masak dari luar, maka artikel ini bukan untuk anda. Anda sudah dikira dalam kategori pasangan yang mampu. Tetapi saya percaya, majoritinya akan makan makanan yang dimasak di rumah. Betul?.

Antara barang keperluan dapur yang dibeli setiap bulan

Antara barang keperluan dapur yang dibeli setiap bulan

Cara Menjimatkan Perbelanjaan Senarai Belanja Dapur Bulanan

Untuk makluman anda, untuk membeli belanja dapur setiap bulan. Anda akan perasan yang anda akan membeli sekurang kurangnya 2 benda penting. Yang pertama adalah bahan basah seperti ikan, ayam, daging, sotong, udang dan sebagainya. Dan yang kedua pula adalah barang kering seperti minyak masak, tepung, bawang, beras, sabun basuh dan sebagainya. Dan bajet untuk persediaan ini anda perlu sediakan pada setiap bulan Kedua dua benda/barang ini adalah bahan yang memang anda akan beli setiap bulan.

Membeli barang keperluan dapur jenis kering untuk nafkah makanan keluarga

Membeli barang keperluan dapur jenis kering untuk nafkah makanan keluarga

Tips yang pertama adalah, sila tentukan bajet barang basah dan barang kering yang anda mahukan berdasarkan kemampuan anda. Mudah cerita, anda kena belajar tetapkan bajet anda. Biasanya saya akan beli stok barang kering untuk sebulan sekaligus. Bajetnya adalah RM200 sebulan. Dan bahan basah pula saya akan beli 2 minggu sekali. Setiap kali pergi beli ikan, ayam dan sebagainya termasuk sayur, saya akan habis RM100. Maka sebulan barang basah akan habis RM200. Jumlah keseluruhannya adalah RM200 + RM200 = RM400.

Barang Keperluan Dapur Rumah (Kering)

Gas memasak, beras, tepung gandum, gula pasir, garam, ajinomoto, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk kurma, tin sardin, perencah sup bunjut, perencah tomyam, tin susu pekat manis, sabun basuh baju, sabun basuh cuci pinggan, bihun, bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kering, kulit kayu manis, kicap, sos cili, sos tiram, minyak masak, uncang teh, milo, biskut, roti, telur, maggie dan lain lain

Barang Keperluan Dapur Rumah (Basah)

Ikan, ayam, sotong, udang, daging, kerang, sayur sayuran, cili api, cili hijau/merah, santan, nugget, kunyit hidup, lengkus, asam jawa dan lain lain

Nota senarai barang dapur yang dilekatkan di pintu peti sejuk

Nota senarai barang dapur yang dilekatkan di pintu peti sejuk

Tips yang kedua adalah keperluan membuat senarai belanja dapur list barang yang mahu dibeli. Biasanya setiap bulan akan ada barang yang mungkin anda tidak perlu beli lagi kerana masih ada dan sebagainya. Jika sudah terbiasa beli, anda akan perasan yang anda akan kekal membeli barang dapur yang sama setiap bulan. Jadi tidak akan ada yang ter-miss atau tertinggal untuk dibeli. Bagi saya suami kena ambil peranan untuk membeli barang dapur ini lebih lebih lagi barang kering. Supaya dapat belajar dan tahu akan senarai keperluan dapur yang patut disediakan.

Stok makanan jenis basah yang saya sediakan sebagai nafkah makanan kepada isteri

Stok makanan jenis basah yang saya sediakan sebagai nafkah makanan kepada isteri

Tips yang ketiga adalah berkenaan harga. Kalau bolehlah, sila berbelanja barang dapur samada kering atau basah di kedai atau pasar atau pasaraya yang menawarkan harga yang murah. Kalau anda masih tidak tahu kedai mana yang murah, silalah kerap membeli barang di tempat yang berbeza. Anda akan perasan akan perbezaan harga. Di tempat saya ada pasaraya Mydin yang memang terkenal menawarkan harga murah. Jadi saya selali beli barang dan belanja dapur di situ untuk lebih penjimatan.

List senarai barang keperluan dapur jenis kering yang perlu dibeli

List senarai barang keperluan dapur jenis kering yang perlu dibeli

Tips yang terakhir adalah anda patut membeli barang secara pukal iaitu secara bundle yang banyak. Ada sesetengah barang memang dijual murah kalau anda beli 2 atau 3 atau 6 atau lebih secara banyak. Contohnya anda beli tisu gulung, pampers anak, botol spray nyamuk, minyak masak dengan botol besar dan sebagainya. Jangan takut untuk membeli botol yang besar kalau keluarga anda kuat menggunakan produk tersebut. Contohnya botol minyak masak dan sabun basuh. Anda akan perasan, kalau anda beli yang 1liter, harganya begini, kalau anda beli yang 3liter harganya begitu dan lain lain. Lagi besar lagi jimat. Kalau keluarga anda banyak guna, sila beli yang besar terus. Lebih jimat dan tahan lama.

Webiste Untuk Beli Dan Dapatkan Barang Dapur Secara Online?

  • Lazada – anda boleh berbelanja barang dapur secara online di sini
  • 11Street – anda boleh berbelanja barang dapur secara online di sini
  • Shopee – anda boleh berbelanja barang dapur secara online di sini
  • HappyFresh – anda boleh beli barang belanja dapur secara delivery sampai rumah

Kalau rumah anda ada kawasan tanah sedikit. Anda rajinkan lah diri menanam pokok yang bermanfaat dan berguna untuk masakan anda seperti pokok serai, pandan, cili api, bawang, kacang panjang, sayur dan sebagainya. Jadi tidaklah anda berasa tension terpaksa pergi ke kedai berulang kali hanya kerana mahu membeli barang yang sedikit cuma. Sedikit idea buat anda. Ada barang yang anda boleh beli secara pukal tanpa perlu ke kedai tetapi dijual murah. Caranya adalah dengan membeli barang secara online. Anda boleh membeli tuala wanita, tisu kotak, mee maggie dan sebagainya dengan mudah dan murah. Cubalah. Saya harap penulisan ringkas berkenaan senarai belanja dapur ini dapat memberikan sedikit idea berguna kepada anda. Bye.

The post Senarai Belanja Dapur Setiap Bulan Cara Berjimat appeared first on MyRujukan.


Servis Penyelenggaraan Coway Dan Menukar Filter

$
0
0

Boleh dikatakan apa sahaja barang buatan manusia pasti akan ada “servis penyelenggaraan” yang diperlukan untuk memastikan produk atau barangan tersebut terus boleh dipakai dan digunakan. Begitu jugalah halnya dengan produk penapis air coway. Semalam adalah kali pertama saya melihat sendiri bagaimana staff pekerja dari Coway membuat proses servis penyelenggaraan Coway. Beliau mencuci, mengelap dan membersih bekas botol filter untuk membuang kesan keruh dan karat yang berjaya ditapis. Saya melihat sendiri, memang air tadahan menjadi keruh pun.

Biasalah, syarikat penapis air pasti akan mempromosikan sesuatu itu menurut kepentingan bisnes model mereka. Mereka akan mengatakan itu ini dan akhirnya produk merekalah yang terbaik. Tetapi, apakah produk mereka memang terbaik? Bagi saya, jenama bukanlah faktor paling penting melainkan fungsi yang terdapat pada produk tersebut. Apakah ianya? Fungsi yang mahukan dari produk Coway ini adalah fungsi PENAPIS AIR. Dan YA, memang kebanyakkan penyakit datangnya dari masalah air yang kurang sihat.

Staff pekerja Coway sedang melakukan servis penyelenggaraan Coway

Staff pekerja Coway sedang melakukan servis penyelenggaraan Coway

Pengalaman Melihat Staff Coway Melakukan Servis Penyelenggaraan Coway

Kenapa kena air perlu ditapis? Zaman sekarang bukan macam zaman atok nenek kita dikampung. Zaman sekarang adalah zaman pencemaran. Air yang kita minum pun bukannya dari puncak gunung yang kemudiannya turun ke kaki bukit yang sememangnya bersih. Air yang kita minum adalah dari sumber air paip yang mana ianya datang dari kolam tadahan iaitu air yang dirawat. Apa yang syarikat air rawat? Mereka rawat membunuh kuman bakteria dengan menggunakan sejumlah klorin yang dianggap selamat untuk diminum oleh orang ramai.

Pandangan sisi reka bentuk penapis air Coway model Villaem

Pandangan sisi reka bentuk penapis air Coway model Villaem

Kemudian mereka menapisnya sehingga menjadi air yang terawat yang bersih. Namun walaupun sumbernya sudah bersih, bagaimana dengan proses penghantaran air ke rumah kita melalui paip? Ada keladak, ada karat, ada kesan klorin, ada logam berat dan sebagainya. Tidak percaya, tanya orang yang di rumah mereka pakai penapis air yang bukan jenama Coway. Apa kata mereka? Setiap beberapa bulan pasti mereka kena lakukan servis penyelenggaraan sistem penapis air mereka kerana kesan keruh dan karat yang terhasil.

Itu bermakna, air yang sampai ke paip rumah kita masih belum benar benar bersih. Saya pasti ada di antara rumah anda yang memang anda senantiasa mendapat air yang kotor dan tidak bersih bukan? Senang cerita air kelihatan keruh dan ada sedikit bau. Betul tidak. Kalau begitu keadaan air di rumah anda, adakah anda masih perlu untuk berdiam diri dan masih tidak mahu menggunakan sistem penapis air?

Produk penapis air Coway yang dijual secara online

Produk penapis air Coway yang dijual secara online

Website Yang Ada Menjual Produk Jenama Coway

  • Lazada – anda boleh mencari pelbagai produk Coway di sini
  • 11Street – anda boleh mencari pelbagai produk Coway di sini
  • Shopee – anda boleh mencari pelbagai produk Coway di sini

Apa yang bestnya dengan produk penapis air dari Coway ini? Untuk pengetahuan anda, produk penapis air Coway ini berfungsi menapis air sampai bersih dan juga mempunyai fungsi membunuh kuman bakteria. Jadi air yang anda minum adalah bersih dan selamat. Itu adalah yang pertama. Yang kedua pula ianya mempunyai fungsi air biasa, air sejuk dan air panas. Mudah cerita, anda sudah tidak perlukan lagi water heater untuk memasak air. Terus tekan di mesin Coway dan minum. itu sahaja. Sangat mudah.

Staff pekerja Coway yang datang ke rumah saya melakukan servis penyelenggaraan Coway sebanyak 2 bulan sekali. Setiap 2 bulan, mereka akan datang untuk servis mencuci mesin luaran dan dalaman. Dan setiap 6 bulan pula, mereka akan datang untuk lakukan penukaran botol “Filter”. Jika anda membeli secara hutang, maka proses servis penyelenggaraan Coway adalah selama anda berhutang dan ianya percuma. Jika anda membeli penapis air Coway secara cash, maka servis penyelenggaraan Coway adalah selama 1 tahun percuma. Tahun berikutnya kena buat bayaran lain khas untuk servis mencuci dan menukar filter. Selamat minum air yang bersih. Jom jaga kesihatan anda.

The post Servis Penyelenggaraan Coway Dan Menukar Filter appeared first on MyRujukan.

Kenapa Simpan Lauk Pauk Mentah Dalam Tupperware

$
0
0

Sejak dari zaman kecil hingga sebelum kahwin pun, saya memang terbiasa mengikut emak ke pasar pagi. Beliau akan beli ikan, ayam, daging, sotong, udang dan lain lain termasuk sedikit sayur. Selepas balik dari pasar, apa yang mereka lakukan? Mana mana lauk basah mereka akan siang terlebih dahulu dan kemudian masuk semula ke dalam beg plastik dan simpankannya di dalam peti sejuk semula. Tidak ada rasa yang pelik pun dengan perbuatan ahli keluarga terhadap lauk pauk yang di simpan. Malah tidak terfikir pun ada cara untuk simpan lauk pauk dengan mudah. Bagaimana caranya?

Beberapa kali juga terserempak dengan bekas makanan terutamanya plastik yang selalu melekat. Bila emak suruh ambil keluar ayam sahaja pasti akan berasa sukar. Kalau suruh ambil ikan pun sama. Sampai ada keadaan di mana plastik bekas makanan lauk pauk menjadi terkoyak jika ditarik berlebihan. Kadang kadang terfikir juga, apakah tiada cara untuk simpan lauk pauk dengan mudah dan sebagainya. Sebagai seorang lelaki, perkara sebegini saya kurang ambil berat kerana beranggapan ianya adalah perkara yang biasa biasa sahaja. Selepas berkahwin baru saya berubah. Bagaimana?

Simpan lauk pauk mentah dari pasar ke dalam bekas tupperware

Simpan lauk pauk mentah dari pasar ke dalam bekas tupperware

Cara Terbaik Simpan Lauk Pauk Mentah Dalam Peti Sejuk

Selepas berkahwin, isteri ada melihat di dalam Facebook berkenaan cara untuk menyimpan lauk lauk basah yang belum dimasak. Seperti ayam, daging, ikan, sotong, udang dan sebagainya di dalam bekas yang bernama “tupperware”. Semua dimasukkan ke dalam bekas tupperware selepas semuanya disiang dan dibersihkan. Bila hendak balik kerja, terus keluarkan mangkuk bekas berisi lauk dan masak. Mudah bukan. Ada sahaja kes bekas tupperware terlekat sesama sendiri. Tetapi masalah tersebut sangatlah kurang berlaku. Sangat mudah untuk diambil keluar dari peti sejuk.

Saya tahu, pasti akan ada orang yang beli belanja dapur di pasar kemudian balik rumah dan terus masukkan ke dalam peti ais untuk barang basah. Bukan salah pun. Tetapi tabiat sebegitu pasti menyusahkan anda betul? Susah yang bagaimana? Kalau anda letakkan lauk pauk di bahagian ais, banyak plastik akan melekat sesama sendiri. Saya pasti anda akan berasa sukar ketika hendak mengeluarkan lauk yang anda mahu masak. Untuk elakkan perkara sebegitu berlaku, maka anda perlu gantikan plastik kepada bekas tupperware. Tidak percaya! Cubalah.

Dapatkan mangkuk bekas tupperware yang cantik di Shopee

Dapatkan mangkuk bekas tupperware yang cantik di Shopee

Website Untuk Beli Bekas Makanan Atau Tupperware

  • Lazada – ada banyak produk bekas makanan/tupperware dijual di sini
  • 11Street – ada banyak produk bekas makanan/tupperware dijual di sini
  • Shopee – ada banyak produk bekas makanan/tupperware dijual di sini

Saya sendiri sudah mencubanya. Saya membeli seberapa banyak bekas tupperware yang cukup untuk memuatkan ikan, ayam, daging, sotong dan juga udang. Bila isteri mahu balik kerja, dan menyuruh saya keluarkan lauk tertentu dari peti ais, maka saya dapat keluarkannya dengan mudah. Satu petua ingin beritahu anda. Setiap lauk ada “manis” mereka yang tersendiri. Jadi jangan basuh lauk yang ingin anda masak itu. Maksud saya, kalau lauk tersebut masih keras, biarkan ianya defrost secara suhu bilik. Jangan paksakan lauk yang tengah keras dengan disiram air panas atau dengan air biasa dan sebagainya. Kalau boleh sila elakkan.

Sebab itulah kalau boleh, biarkan lauk yang masih keras itu anda keluarkan 2 jam lebih awal. Kemudian ambil dan baru basuh. Kemudian baru anda masak. Cubalah, pasti akan ada kelainan rasa ketika anda memasaknya. Ini saya cakap berdasarkan petua tips yang saya baca dan saya amalkan sendiri. Lauk yang keras, dan kita siram air untuk cepat kurang beku dan sebagainya biasanya tidak akan tahan lama dan mudah rosak. Kalau boleh sila elakkan ok. Dan sila gunakan bekas plastik seperti tupperware untuk anda simpan lauk pauk yang baru anda beli dari pasar pagi atau pasar malam. Selamat mencuba. Bye.

The post Kenapa Simpan Lauk Pauk Mentah Dalam Tupperware appeared first on MyRujukan.

Cara Tampal Roadtax Kereta Dengan Mudah

$
0
0

Masalah pelekat roadtax kita di Malaysia adalah didatangkan dengan pelekat berbentuk gam yang agak kuat. Dan roadtax tersebut pula tersangat lembut dan nipis sehingga boleh menyebabkan ianya terkoyak kalau anda tidak berhati hati menanggalkannya. Masalah ianya nipis dan mudah terkoyak, ianya masih lagi tidak mengganggu saya. Akan tetapi masalah gam yang kuat itulah perkara yang paling saya tidak suka lagi lagi ketika mana mahu menanggalkan pelekat roadtax lama dengan yang baru. Ada tinggal kesan gam yang sukar dihilangkan. Tahukah anda, rupanya terdapat cara untuk tampal roadtax kereta anda dengan mudah dan senang tanpa risaukan kesan tinggalan gam.

Kepada anda yang pernah menampal roadtax pada cermin hadapan kereta pasti sedar akan masalah ini. Ketika hendak lekat ke cermin pun susah apatah lagi ketika mahu menanggalkannya. Kesan gam yang teringgal dan melekat pada cermin sukar untuk dibuang. Guna minyak tanah pun susah. Last last bawa sahaja ke bengkel kereta dan mereka yang membuang kesan gam tersebut dengan menggunakan minyak tertentu. Dan saya suruh sahaja mereka tolong pasangkan pelekat roadtax cukai jalan saya pada cermin hadapan. Kena bayar semua jadi mudah. Tetapi bukan soal bayaran. Tetapi soal bagaimana mereka melakukannya.

Kesan gam yang tertinggal oleh kerana cara lekat roadtax yang tidak betul

Kesan gam yang tertinggal oleh kerana cara lekat roadtax yang tidak betul

Panduan Tampal Roadtax Tanpa Tinggal Kesan Gam

Menurut pekerja bengkel kereta terbabit, sudah ramai yang terkena dan alami perkara macam ini. Oleh kerana masalah tersebut adalah setahun sekali iaitu ketika menukar pelekat roadtax lama kepada pelekat roadtax yang baru, maka ianya kurang menjadi isu. Cara untuk mudah tampal roadtax dan mudah menanggalkannya setelah satu tahun kemudian adalah dengan menggunakan tinted kereta. Caranya adalah dengan mengepitkan depan belakang pelekat roadtax dengan tinted kereta yang kecil. Dan tinted tersebut barulah dilekatkan ke cermin hadapan kereta kita. Dengan cara ini, tiada kesan gam yang melekat pada cermin dan mudah ditanggalkan.

Cara tampal roadtax kereta yang tidak melekat gam

Cara tampal roadtax kereta yang tidak melekat gam

Cara yang kedua pula adalah dengan menggunakan pelekat roadtax khas. Anda boleh beli dan dapatkannya secara online. Ada banyak orang jual. Kaedahnya sama juga. Menggunakan helaian getah plastik yang seakan akan tinted kereta dan pelekat roadtax kereta anda dilekatkan padanya. Kalau hendak lebih faham, lihat sahaja gambar di bawah ini. Saya pasti anda akan mula faham apa yang saya ceritakan ini.

Contoh pelekat roadtax kenderaan yang banyak dijual di internet

Contoh pelekat roadtax kenderaan yang banyak dijual di internet

Website Untuk Beli Pelekat/Sticker Roadtax

  • Lazada – anda boleh mencari dan membeli roadtax sticker di sini
  • 11Street – anda boleh mencari dan membeli roadtax sticker di sini
  • Shopee – anda boleh mencari dan membeli roadtax sticker di sini

Anda lihat ketiga tiga gambar di atas ini. Anda pasti dapat memahami kerana teknik tampal roadtax ini adalah yang paling senang dan memudahkan. Pelekat roadtax anda lekat pada roadtax sticker. Dan sticker berkenaan yang mempunyai ciri ciri seperti tinted kereta dilekatkan pula pada cermin kereta anda. Mudah bukan?

Maaf, saya tidak sempat untuk merakam secara penuh bagaimana pekerja bengkel menampal pelekat roadtax pada cermin hadapan menggunakan sticker khas untuk cukai jalan. Tetapi begitulah cara dan kaedahnya. Rasanya selepas ini anda pasti sudah tiada masalah lagi dengan gam dari pelekat roadtax anda yang melekat pada cermin kereta anda. Guna sahaja cara ini. Ianya berkesan malah memudahkan. Selamat mencuba.

The post Cara Tampal Roadtax Kereta Dengan Mudah appeared first on MyRujukan.

Mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Di Hospital Kerajaan

$
0
0

Sakit sakit seperti demam, selsema, sakit kepala, muntah, insomnia, berat badan, darah tinggi, masalah haid, sukar mengandung, sakit pinggang atau apa apa sahaja yang tidak terlalu mendesak (urgent) dan tidak perlu masuk ke wad, maka anda akan dianggap sebagai pesakit yang perlu menerima rawatan sebagai pesakit luar. Jumpa doktor hari ini, siap diagnosis masalah kesihatan, ambil ubat dan boleh balik. Kepada anda yang memang sudah biasa masuk atau menerima rawatan di hospital kerajaan memang sudah tahu akan proses untuk mendapatkan rawatan pesakit luar. Bagaimana kepada anda yang belum pernah melalui proses tersebut. Pasti tidak tahu bukan?

Ini adalah masalah yang biasa kepada mana mana individu yang baru pertama masuk dan mahu menerima rawatan pesakit luar di hospital kerajaan. Saya sendiri sudah beberapa kali berurusan di hospital kerajaan kerana diri sendiri, menemani rakan dan juga isteri. Jadi tahu jugalah bagaimana proses untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital. Jadi artikel ini adalah sebagai panduan dan rujukan mudah kepada anda yang mungkin berasa cemas kerana tidak tahu hendak buat apa ketika masuk ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

Kaunter pendaftaran sebelum mula mendapatkan rawatan pesakit luar

Kaunter pendaftaran sebelum mula mendapatkan rawatan pesakit luar

Terima Rawatan Pesakit Luar Di Hospital Kerajaan

Sebenarnya apakah keistimewaan hospital kerajaan berbanding hospital swasta. Jawapan paling utama dan paling mudah hendak kita katakan adalah berkenaan kos rawatan. Tahukah anda, kos untuk menerima rawatan dihospital kerajaan hanyalah RM1 sahaja. Jujur cakap, kalau anda pergi klinik biasa pun, paling tidak anda akan berhabis berpuluh ringgit. Kalau anda pergi hospital swasta pula, anda akan berhabis ratusan ringgit untuk rawatan yang biasa yang tidak mencemaskan atau kritikal. Tetapi untuk hospital kerajaan, anda hanya perlu bayar RM1 sahaja. Terlalu murah bukan?

Nombor giliran menunggu untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar

Nombor giliran menunggu untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar

Secara umumnya, proses untuk menerima rawatan di mana mana hospital atau klinik samada kerajaan mahupun swasta adalah hampir sama sahaja. Kalau berbezanya hanya sedikit sahaja. Di bawah ini adalah langkah langkah yang perlu anda buat jika anda mahu mengambil rawatan di hospital kerajaan dari awal sehingga tamat.

Carta aliran cara menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik dan hospital

Carta aliran cara menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik dan hospital

Panduan Rawatan Pesakit Luar

  • Pendaftaran – semasa anda ke hospital. Ada ruangan pendaftaran. Anda akan diminta untuk mendaftarkan diri dahulu dengan meletakkan kad pengenalan anda pada bakul pendaftaran yang mereka sediakan pada kaunter hadapan mereka. Orang yang baru pertama kali datang ke hospital berkenaan, akan diminta untuk meletakkan kad pengenalan. Orang lama akan diminta untuk menulis nama, nombor IC untuk tujuan mencari rekod perubatan terdahulu kerana anda sudah ada fail yang disimpan. Tunggu sehingga nama anda dipanggil untuk membuat bayaran pula.
  • Bayaran – anda perlu bayar dahulu sebelum menerima rawatan. Bayaran yang mereka kenakan biasanya RM1 atau lebih mengikut kes anda. Selepas itu mereka akan berikan nombor giliran.
  • Nombor Giliran – selepas anda mendapatkan nombor giliran, anda perlu pergi ke kawasan menunggu untuk berjumpa doktor. Akan terdapat banyak bilik yang di dalamnya terdapat doktor. Sila tunggu sehingga nombor anda dipanggil untuk masuk ke bilik sekian dan sekian. Kalau anda tidak tahu mana ruangan menunggu untuk jumpa doktor, tanya sahaja dikaunter pendaftaran tadi.
  • Jumpa Doktor – Selepas nombor giliran dipanggil, anda akan masuk ke bilik dan berjumpa dengan doktor. Cerita masalah anda dan doktor akan berikan maklumat rawatan. Kalau masalah anda perlukan ubat, doktor akan berikan ubat. Kalau masalah anda perlukan rawatan susulan, doktor akan berikan surat temujanji untuk sesi perjumpaan dengan doktor pakar pada tarikh yang diberikan.
  • Ambil Ubat – jika anda mendapat surat untuk ambil ubat, maka selepas jumpa doktor, anda perlu pergi ke kawasan farmasi untuk ambil ubat. Tekan nombor untuk ambil nombor giliran. Selepas nombor dipanggil, berikan surat ubat dari doktor kepada pekerja farmasi. Mereka akan berikan ubat yang diminta kepada anda mengikut panduan dari surat ubat yang doktor berikan.
  • Tamat – Selepas ambil ubat, anda boleh balik. Selesai.
Ruangan menunggu giliran untuk rawatan pesakit luar untuk berjumpa doktor

Ruangan menunggu giliran untuk rawatan pesakit luar untuk berjumpa doktor

Kekurangan ketika mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital kerajaan adalah faktor lambat. Biasanya bukan kerana isu doktor yang lambat, tetapi kerana faktor ramai pesakit yang datang ke hospital untuk menerima rawatan. Biasalah, doktor sedikit, pesakit pula ramai. Memang kena tunggu giliranlah. Hendak lebih cepat terima rawatan, sila datang awal awal pagi atau pada waktu petang tepat pukul 2 petang. Mereka ada sesi pagi dan petang kerana faktor rehat untuk makan tengah hari. Apa apa pun servis perkhidmatan hospital kerajaan di Malaysia adalah sudah sangat terbaik. I Love Malaysia.

The post Mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Di Hospital Kerajaan appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Jana Komisen Dengan InvolveAsia

$
0
0

Saya selalu cakap, kalau anda benar benar serius mahu buat duit dengan affiliate Amazon, dan mencari alternatif yang serupa di Malaysia, maka anda perlu sertai program Affiliate InvolveAsia. Ianya adalah sebuah platfrom dari Malaysia yang mengumpulkan banyak website online shopping eCommerce samada dari Malaysia atau luar negara untuk anda buat duit dengan program affiliate dengan mudah. Dan di artikel ini, saya mahu menunjukkan kepada anda pengalaman saya menjana komisen dengan InvolveAsia setakat ini sebagai panduan dan rujukan buat anda. Jelas ya.

Pertama sekali, saya mempunyai target asal iaitu mahu membuat komisen dengan InvolveAsia sebanyak RM500 – RM1000 sebulan sebelum penghujung tahun 2018 ini. Ini adalah cita cita awal tahun saya terhadap peluang dan potensi buat duit online dari blog untuk tahun 2018 ini. Namun cita cita tersebut nampaknya kurang tercapai kerana saya telah beralih arah kepada peluang buat duit dengan YouTube video. Banyak masa telah dihabiskan untuk merealisasikan projek tersebut.

Contoh sebenar komisen yang saya jana dengan affiliate Zalora melalui InvolveAsia

Contoh sebenar komisen yang saya jana dengan affiliate Zalora melalui InvolveAsia

Bagaimana Saya Dapat Duit Komisen Dengan InvolveAsia

Namun, projek jana komisen dengan InvolveAsia sebanyak minima RM500 – RM1000 sebulan tidaklah berkubur. Ianya tetap akan diteruskan. Cuma terpaksa tunda dahulu. Mungkin akan di realisasikan pada tahun 2019. Dari pengalaman berblogging dan buat duit online, saya dapati jika kita seorang sahaja “admin” bagi projek tersebut, dan kita juga seorang blogger part time. Maka kesuntukkan masa menjadi faktor utama. Jadi perlu berikan perhatian satu satu perkara dahulu. Takut buat semua dalam satu masa, kita pula yang akan gagal. 

Ada banyak program affiliate eCommerce untuk anda jana komisen dengan InvolveAsia

Ada banyak program affiliate eCommerce untuk anda jana komisen dengan InvolveAsia

Ok berbalik kepada topik utama kita. Iaitu pengalaman saya menjana komisen dengan InvolveAsia. Apakah ianya baik dan bagus. Macam saya katakan tadi, saya belum lagi berjaya. Dan masih gagal dan terlalu jauh untuk mencapai target awal iaitu RM500 – RM1000 sebulan kerana komitmen yang lain. Akan tetapi saya memang telah bermula, dan memang telah berjaya mendapat wang hasil komisen dengan program affiliate InvolveAsia. Mudah cerita, program affiliate dari InvolveAsia ini bukan sebuah program yang menipu dan mereka memang membayar pesertanya, Jelas!

Mungkin ada yang masih samar dengan apa itu affiliate InvolveAsia. Mari saya jelaskan seringkas mungkin dan mudah faham. Website Lazada, Zalora, 11Street, Shopee, Agoda, Trivago, Airpaz, FashionValet dan sebagainya ini mempunyai program affiliate mereka. Kalau anda hendak sertai semua program affiliate dari semua website ini, apakah ianya sesuatu yang mudah kepada anda kerana terpaksa daftar satu satu terhadap wesbite ini? Saya pasti anda malas hendak register ke semua ini dan kena hafal banyak username dan password yang berbeza betul?

Panduan Jana Komisen Bersama InvolveAsia

  1. Sila daftar InvolveAsia di sini – [ Click Here ]
  2. Cari dan pilih website merchant online shopping yang ingin anda promosi
  3. Cari produk di sana yang anda selesa dan yakin boleh menjualnya
  4. Tuliskan artikel promosi mengenai produk tersebut
  5. Pastikan artikel produk review anda mempunyai sedikit asas seo yang baik
  6. Masukkan “link affiliate” anda ke dalam artikel anda
  7. Sila publish-kan artikel tersebut jika sudah siap

Sebab itulah InvolveAsia di cipta. Dengan mendaftar melalui program affiliate InvolveAsia. Dengan hanya satu akaun username dan password sahaja, anda dapat mengakses ke semua website eCommerce yang saya sebutkan di atas tadi dengan mudah. Anda boleh mempromosikan website tersebut dengan senang sahaja. Dengan hanya satu akaun sahaja, anda dapat memantau jumlah komisen dengan InvolveAsia yang anda terima. Dan anda akan dapat tahu, dari website manakah yang menyumbang komisen kepada anda. Mudah bukan?

Berapa jumlah komisen dengan InvolveAsia yang saya pernah terima. Tidak banyak setakat ini. Adalah dalam RM100 setiap bulan. Lagipun tidak banyak marketing promosi yang saya lakukan oleh kerana masa saya banyak saya fokus kepada projek YouTube channel. Seperti yang saya katakan tadi, insyaallah saya akan mula fokus untuk buat duit dengan InvolveAsia untuk tahun 2019 nanti. Dan rasanya target dan sasaran untuk mendapat komisen dengan InvolveAsia sebanyak RM500 – RM1000 sebulan bukannya mustahil. Boleh kita capai. Yang penting ada usaha. Bye.

The post Pengalaman Jana Komisen Dengan InvolveAsia appeared first on MyRujukan.

Viewing all 971 articles
Browse latest View live