Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all 971 articles
Browse latest View live

Buat Duit Dengan Menjadi Ejen Affiliate Lazada

$
0
0

Anda mahu buat duit dengan program affiliate Lazada? Tetapi tidak tahu bagaimana hendak daftar dengan program affiliate Lazada dan tidak tahu bagaimana untuk melakukan promosi produk Lazada. Baiklah, saya akan kongsikan dengan anda akan semua perkara yang anda hendak tahu. Inilah peluang untuk anda menjadi ejen affiliate Lazada dan menjana komisen dengannya. Malah anda berpeluang mempromosi lebih banyak produk selain Lazada sekaligus. Mudah cerita, selain mempromosi dan buat duit dengan affiliate Lazada, anda juga boleh buat duit dengan affiliate program lain juga. Berminat?

Ada orang kata ini adalah bisnes “sen sen” sahaja. Kerana komisen yang anda dapat mungkin dalam nilai sen atau ringgit sahaja. Mereka lupa, itu nilai untuk satu jualan. Kalau puluhan jualan? Kalau pelbagai produk anda promosikan? Sudah tentu ianya banyak. Sebagai ejen affiliate Lazada, anda sebenarnya membuka peluang untuk anda dapat sen sen atau ringgit ringgit dalam konteks yang besar dan banyak dalam tempoh yang lama. Kalau ada orang tanya bentuk dan jenis pendapatan pasif itu macam mana. Jawapannya affiliate Lazada ini adalah salah satu dari konsep pendapatan pasif tersebut.

Jumlah komisen Lazada setakat ini bersama InvolveAsia

Jumlah komisen Lazada setakat ini bersama InvolveAsia

Cara Menjadi Ejen Affiliate Lazada

Program affiliate Lazada adalah salah satu projek pendapatan pasif yang sangat menarik. Ramai orang tidak berapa hendak faham akan maksud pendapatan pasif yang menarik ini. TAHUKAH anda yang artikel promosi yang anda lakukan di blog anda akan kekal sampai bila bila di engin carian Google. Jadi bila bila masa pun pasti akan ada orang yang akan klik artikel dan kemungkinan besar akan ada yang akan beli di Lazada melalui link affiliate anda dan anda akan dapat komisen hak anda. Itu baru satu artikel. Kalau anda buat banyak artikel promosi.

Di bawah ini adalah ringkasan akan bagaimana untuk menjadi ejen affiliate Lazada dan buat duit dengan mempromosikan produk yang ada di Lazada Malaysia.

Peratusan komisen jika anda buat duit sebagai ejen affiliate Lazada

Peratusan komisen jika anda buat duit sebagai ejen affiliate Lazada

Cara Buat Duit Sebagai Agen Affiliate Lazada

  • Daftar menjadi agen affiliate Lazada di sini – [ InvolveAsia ]
  • Pergi ke Lazada Malaysia di Sini – [ Lazada Malaysia ]
  • Cari produk yang anda minat untuk promosi.
  • Tulis cerita ringkas berkenaan produk tersebut. 
  • Dalam artikel tersebut masukkan “LINK AFFILIATE” produk tersebut. Jika tidak tahu bagaimana hendak cari link tersebut, sila baca artikel ini – [ Cari Link Affiliate Lazada ]
  • Dalam artikel tersebut juga sila masukkan kod baucer untuk menarik pembeli untuk membeli kerana baucer dapat memberikan tawaran harga lebih murah kepada pembeli. Baca artikel berkenaan baucer di sini – [ Cara Mendapatkan Baucer ]
  • Buat artikel promosi produk lazada banyak banyak untuk peluang lebih cerah

Semua orang kenal Lazada. Kalau anda mampu menulis review yang bagus dan berkesan memang terbaik. Ada rakan blogger yang menjana ratusan ringgit dengan menulis review produk lazada di blog beliau. Tetapi dengan syarat kenalah jadi ejen affiliate Lazada dahulu. Saya sendiri berjaya menjana income dengan Lazada. Tidak percaya? Lihat bukti komisen milik saya yang saya dapat. Kalau hari hari ada orang beli dari kita, anda rasa bagaimana? Seronok bukan? Kalau anda berminat, cepatlah daftar sekarang juga.

Bukti dapat duit dari Involve Asia masuk akaun bank

Saya bukanlah seorang blogger yang hebat. Tetapi berjaya jana setiap bulan paling kurang RM100 sebagai ejen affiliate Lazada pun sudah memadai. Dapatlah tambah sedikit duit dapur. Mungkin ada yang kata “alahh.. rm100 jerr…”. Ya memang RM100 sahaja tetapi ini baru dari 1 program affiliate. Buat duit online ini ada banyak sumber. Jadi kalau dipelbagaikan lagi sumber sudah tentulah bukan RM100 sahaja sebulan yang anda boleh dapat. Malah lebih dari itu pun boleh. Cumanya bagi saya, kalau anda buat duit dengan program affiliate Lazada ini, paling tidak ini adalah langkah pertama anda untuk belajar, tahu dan faham bagaimana pendapatan online itu terjana. Selamat mencuba.

The post Buat Duit Dengan Menjadi Ejen Affiliate Lazada appeared first on MyRujukan.


Cara Muat Turun Penyata KWSP Secara Online

$
0
0

Sekarang sudah zaman internet. Banyak urusan sudah boleh dan perlu dilakukan secara online. Maka kita kenalah tahu cara cara untuk menguruskan dokumen secara online juga. Contohnya pada beberapa bulan lepas saya ada membuat temu janji untuk mengetahui tentang pelaburan unit trust melalui kwsp. Dan selepas itu untuk proses seterusnya, saya telah diminta untuk memberikan penyata kwsp terus melalui Whatsapp sahaja. Banyak kerja pula hendak buat kerana terfikir hendak ke pejabat kwsp, print penyata kwsp melalui kiosk, kena scan dan barulah boleh hantar kwsp statement tersebut melalui Whatsapp. Rupa rupanya saya boleh muat turun penyata KWSP sahaja secara online. Anda tahu?

Mula mula sekali anda perlulah ada akaun i-KWSP. Kenalah register melalui website kwsp terlebih dahulu. Selepas berjaya register dan login, di dalam portal website kwsp inilah nanti anda boleh muat turun penyata KWSP dalam bentuk digital dengan mudah. Fail muat turun (download) biasanya dalam bentuk “PDF” dan boleh dihantar melalui Whatsapp dengan mudah. Malah KWSP juga sekarang sudah mempunyai aplikasi apps KWSP mereka tersendiri. Jadi anda sudah tentu dengan lebih mudah boleh download kwsp online statement dengan senang.

Sila klik pada My Account untuk melihat penyata EPF anda

Sila klik pada My Account untuk melihat penyata EPF anda

Download Muat Turun Penyata KWSP Online

Kadang kala saya hendak tergelak juga tentang proses permohonan apa apa secara online ini. Ianya memang memudahkan. Malah tidak sangka yang suatu hari nanti proses permohonan loan, kad kredit, pelaburan dan sebagainya boleh dilakukan melalui Whatsapp. Kalau ada pihak yang mahu membuat semakan penyata kwsp, maka kita dengan mudah boleh berikan mereka salinan penyata kwsp yang boleh dimuat turun melalui smartphone aplikasi dengan mudah. Tidak perlu lagi berpenat untuk ke pejabat KWSP untuk menguruskan sesuatu yang boleh diselesaikan secara online.

Saya tidak pasti samada anda tahu atau pun tidak iaitu anda boleh membuat semakan penyata kwsp secara online. Semakan boleh terus dibuat melalui portal website kwsp itu sendiri. Dan dari website kwsp jugalah anda boleh membuat download penyata kwsp anda. Mudah bukan? Di bawah ini saya kongsikan step step unntuk anda memuat turun kwsp estatement.

Ini adalah cara untuk muat turun penyata KWSP anda

Ini adalah cara untuk muat turun penyata KWSP anda

Panduan Download KWSP eStatement

  • i-Akaun – sila login akaun kwsp anda di sini terlebih dahulu
  • Sila klik menu “My Account”.
  • Sila scroll ke bawah akan ada menu “Print/Download Statement”.
  • Sila pilih samada mahu summary atau detail statement dan klik “Download”.
  • Kotak dialog “Download” akan keluar terpapar. Ianya akan memaparkan “Click here to download Penyata Semasa Tahun in PDF format”
  • Anda kena klik pada “here” dan proses muat turun penyata KWSP akan berlaku.
  • Siap

Bagaimana? Mudah bukan? Fail ini adalah dalam bentuk pdf format dan ianya boleh dibaca dengan mudah pada telefon pintar smartphone anda. Dan kalau hendak send fail dokumen ini melalui Whatsapp pun memang mudah. Hanya klik attach dan pilih fail pdf tersebut.

Untuk lebih faham, tonton sahaja video di atas ini. Saya sudah tunjukkan bagaimana cara untuk muat turun download penyata KWSP anda dengan mudah. Nasihat saya, selalu selalulah lihat simpanan kwsp anda sudah ada berapa. Kalau anda betul betul bekerja dalam sektor swasta dan mengharap wang simpanan kwsp untuk menyara anda apabila telah pencen nanti, sila pastikan simpanan adalah mencukupi sehingga paling kurang 20 tahun selepas bersara. Sila baca artikel ini untuk lebih faham – [ berapa simpanan kwsp wajib ada ]. Saya harap panduan muat turun penyata KWSP ini adalah lebih kepada anda mahu melihat dan merancang kewangan anda pada masa depan supaya lebih baik ya. Bye.

The post Cara Muat Turun Penyata KWSP Secara Online appeared first on MyRujukan.

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Ikan Bilis Simple

$
0
0

Nasi Lemak adalah salah satu makanan dan menu hidangan yang menjadi lambang kepada negara Malaysia. Kalau bersarapan pagi di Malaysia, bungkusan nasi lemak boleh dikatakan mudah didapatkan di mana mana kedai makan. Semua bangsa di Malaysia majoritinya pasti suka makan nasi lemak. Namun, bukan semua nasi lemak sedap dan kena dengan tekak selera masing masing. Malah ada sesetengah tempat kedai memang berjaya menyediakan rasa nasi lemak yang menyelerakan. Adakah anda pernah memasak dan membuat sendiri nasi lemak di rumah anda? Inginkan resepi nasi lemak dari kami?

Secara asasnya, kandungan bungkusan atau satu set hidangan nasi lemak yang di anggap lengkap mestilah mempunyai Nasi Lemak, Sambal, Telur Rebus, Ikan Bilis, Kacang Tanah dan juga Timun. Kalau anda lihat bahan bahan yang dimasukkan ke dalam hidangan lengkap nasi lemak sebenarnya berkhasiat juga. Ada karbohidrat, lemak, nutrien, garam, protein dan juga vitamin. Cumanya cara pengambilan dan cara pemakanan yang salah itulah menyebabkan hidangan nasi lemak telah disalah ertikan sebagai makanan yang menggemukkan.

Bahan bahan asas persediaan membuat nasi lemak

Bahan bahan asas persediaan membuat nasi lemak

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Yang Ringkas Dan Mudah

Bagi saya, hidangan nasi lemak dikira sebagai “sedap” jika paling kurang ianya berjaya menghasilkan 2 benda sedap yang utama di dalam nasi lemak. Yang pertama nasi itu sendiri haruslah rasa berlemak, tidak melekat iaitu sebutir sebutir dan juga berbau wangi. Dan yang kedua pula adalah sambal itu sendiri. Gabungan rasa nasi lemak yang sedap dan juga sambal yang sedap akan membuatkan ianya cukup untuk menikmati rasa hidangan nasi lemak yang sedap.

Pernah saya singgah di salah sebuah kedai makan di R&R Perak pada waktu pagi. Sekali makan rasa hendak lagi. Bukan sebab lapar. Tetapi sebab rasa nasi sahaja pun sudah sedap. Ianya membuatkan kita sebagai pelanggan senantiasa terfikir hendak rasa makan lagi kalau singgah di gerai makan berkenaan. Sebab itulah kenapa saya katakan yang nasi lemak dan juga sambal memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan rasa yang sedap.

Di artikel ini bukanlah saya ingin mengajar anda cara cara untuk membuat nasi lemak yang sedap. Sebab rasa sedap itu adalah perkara subjektif. Yang mahu saya kongsikan di sini adalah cara cara untuk membuat nasi lemak asas, simple dan mudah bagi anda yang baru pertama kali hendak belajar membuat dan memasak nasi lemak di rumah. Jadi bolehlah ikut resepi nasi lemak ini. Ianya simple sahaja.

Bahan Bahan Nasi Lemak

  • Beras
  • Bawang merah dipotong halus
  • Halia
  • Serai
  • Daun pandan
  • 1 bungkus santan
  • Air
  • Minyak masak

Cara Memasak Nasi Lemak

  • Sila tumiskan serai terlebih dahulu di dalam kuali
  • Kemudian masukkan bawang merah dan halia. Tumis sehingga naik bau
  • Kecilkan api dan masukkan beras yang sudah dicuci terlebih dahulu. Gaulkan
  • Bahan tumisan ini kemudian dipindah masuk ke dalam periuk nasi elektrik
  • Masukkan air, santan, daun pandan dan mula memasak

Bahan Bahan Sambal Ikan Bilis

  • Bawang kisar
  • Bawang besar dipotong halus
  • Cili kisar
  • Ikan bilis yang telah digoreng
  • 1 keping gula melaka
  • Asam jawa
  • Air
  • Gula/Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cara Memasak Sambal Ikan Bilis

  • Sila panaskan minyak masak di dalam kuali
  • Masukkan bawang kisar dan tumis sehingga naik bau
  • Masukkan cili kisar. Tumis sehingga masak iaitu keluar minyak
  • Kemudian masukkan 1 keping gula melaka dan air asam jawa
  • Masukkan air bagi mendapatkan jumlah sambal yang diinginkan
  • Masukkan sedikit gula dan garam sebagai perasa
  • Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar
  • Dan paling akhir barulah masukkan ikan bilis goreng. Siap

Kalau anda lihat resepi nasi lemak ini, ianya ada “bumbu” yang dipersiapkan dari awal. Tujuannya adalah untuk memberikan “rasa” kepada nasi lemak yang dimasak. Dan kalau anda melihat resepi sambal ikan bilis goreng pula, ikan bilis yang telah digoreng dimasukkan pada akhir sekali proses memasak sambal dilakukan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan rasa rangup ikan bilis tersebut.

Hidangan resepi nasi lemak ringkas yang telah siap dimasak

Hidangan resepi nasi lemak ringkas yang telah siap dimasak

Saya harap anda berjaya memasak nasi lemak simple dan sambal ikan bilis simple ini tanpa masalah. Dan untuk memudahkan anda mengikuti resepi nasi lemak mudah ini, saya kongsikan juga resepi di atas ini melalui panduan bervideo. Jadi anda dapat tonton dan ikuti dengan mudah. Ingat ya, resepi ini adalah resepi ringkas asas sahaja ya. Nanti kalau anda sudah pandai dan berjaya buat dengan rasa sedap, anda sendiri boleh ubah mengikut selera anda untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap lagi. Selamat mencuba. Bye.

The post Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Ikan Bilis Simple appeared first on MyRujukan.

Apa Yang Best Di IKEA Batu Kawan Pulau Pinang

$
0
0

Saya memang tidak pernah ke IKEA. Dan ketika mendapat tahu yang pihak IKEA mahu membuka cawangan terbaru mereka di utara Malaysia dan memilih Pulau Pinang sebagai pilihan mereka. Terus saya gembira. Gembira kerana dapat melihat sendiri perabot dan produk rekaan IKEA di depan mata. Dan sepanjang pembinaan kedai IKEA di Bandar Cassia Batu Kawan, memang sudah 3 kali ke sana. Tetapi ketiga tiga kalinya tidak dibenarkan masuk kerana IKEA belum dibuka secara rasmi. Dan beberapa hari lepas berkesempatan untuk ke IKEA batu kawan selepas rakan mengajak kami ke sana. Terus setuju ikut.

Untuk pengetahuan anda, kedai perabot IKEA di Pulau Pinang terletak di Bandar Cassia di Batu Kawan. Kalau anda pernah ke pasaraya Design Village di Batu Kawan, saya pasti anda dengan mudahnya melihat bangunan IKEA batu kawan yang tersergam besar betul betul di tepi jalan laluan highway. Mudah cerita, kalau anda pergi ke Bandar Cassia atau Batu Kawan, rasanya anda tidak akan tersesat untuk ke IKEA kerana bangunannya memang besar dan mudah dilihat dari jauh. 

Pelbagai design barang kelengkapan rumah menarik ditawarkan di IKEA batu kawan

Pelbagai design barang kelengkapan rumah menarik ditawarkan di IKEA batu kawan

Pengalaman Ke IKEA Batu Kawan Penang

Bila bercakap tentang IKEA, rasanya semua orang pasti tahu akan perkara yang viral berkenaan IKEA iaitu makanan yang mereka jual di kantin IKEA. Biasanya menu “meatball” merekalah yang paling mendapat viral paling banyak. Ada orang cakap sedap dan sebagainya. Pihak IKEA pandai mereka bentuk “jalan jalan” dalam kedai IKEA itu sendiri. Anda terpaksa melihat ke semua produk yang mereka pamirkan dan akhir sekali ketika anda sudah penat dan mahu keluar, anda terus dihidangkan dengan “kantin IKEA”. Bila lihat ramai orang makan, sudah tentu anda pun mahu makan juga betul?

Pokok dan bunga perhiasan dari IKEA

Pokok dan bunga perhiasan dari IKEA

Dan ketika selepas habis makan, anda mahu turun keluar, rupa rupa anda akan melalui satu kawasan yang menjual produk barangan berharga murah dari IKEA. Hanya selepas itulah anda benar benar merasai yang anda betul betul sudah keluar dari bangunan IKEA. Ini adalah apa yang saya rasa. Mungkin ada jalan “shortcut” yang saya tidak perasan ada di sana. Bagi saya, ini adalah kaedah marketing yang agak berjaya untuk meningkatkan jualan produk jenama IKEA.

Reka bentuk katil dan perabot IKEA

Reka bentuk katil dan perabot IKEA

OK, sebenarnya apa yang ada di dalam pasaraya IKEA tersebut. Mudah cerita, semuanya adalah berkenaan barang barang dan produk berkenaan kegunaan di rumah. Mudah cerita lagi, kalau anda baru beli rumah, dan anda mahu penuhkan rumah anda dengan perabot baru, maka IKEA adalah pilihan anda. Boleh dikatakan semua barang pasti ada.

Rekaan dapur memasak IKEA

Rekaan dapur memasak IKEA

Ketika masuk ke mula pintu hadapan IKEA, kita akan disajikan dengan rekaan dan juga perkakas perabot bilik tidur dari IKEA. Kemudian perabot dapur, meja, kerusi, ruang tamu, cermin, pasu, pokok bunga, hiasan dinding, hiasan bilik air, kain tuala, barangan pinggan mangkuk, cawan, lampu hiasan dan banyak lagi. Sukar untuk saya ceritakan semuanya. Rasanya gambar gambar yang saya kongsikan di dalam artikel ini boleh menjawab persoalan anda.

Rekaan kerusi dan meja makan dari IKEA

Rekaan kerusi dan meja makan dari IKEA

Seperti saya katakan tadi, kalau anda beli rumah dan mahu mencari perabot dan barang perhiasan rumah, kedai IKEA memang pilihan yang paling sesuai. Lagi kalau anda seorang yang suka menggunakan peralatan yang tampak moden, stylish, ringkas, cantik, minimalis, ada gaya dan tampak mewah tetapi dengan harga mampu milik, maka IKEA adalah pilihan anda.

Gudang barang kelengkapan rumah IKEA di Penang

Gudang barang kelengkapan rumah IKEA di Penang

Saya ada tanya kepada kawan, apa beza pusat IKEA batu kawan dengan kedai IKEA yang lain lain yang ada di Malaysia ini. Dia cakap, kebanyakkan konsep adalah lebih kurang serupa. Yang berbeza mungkin adalah pilihan. Sesetengah pasaraya IKEA menawarkan lebih banyak rekaan design dan juga pilihan. Itu sahaja. Tetapi jangan bimbang, mana mana kedai IKEA yang anda masuk pun anda pasti akan berpuas hati dengan penampilan rekaan perabot keluaran IKEA. Memang sesuai untuk mencuci mata.

Antara makanan yang dibeli dari kafe IKEA

Antara makanan yang dibeli dari kafe IKEA

Adakah saya akan kembali lagi ke IKEA batu kawan? Jawapannya adalah YA. Saya merasakan yang pasaraya IKEA adalah tempat yang sesuai untuk membawa ibu bapa mencuci mata. Mana tahu jika ada mana mana produk IKEA yang mereka berminat ingin beli. Rekaan semua cantik cantik. Dan biasanya si isterilah yang lebih suka berjalan jalan ke sana.

Website Online Shopping Popular Malaysia

  • Shopee – website online shopping popular di Malaysia
  • Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
  • 11Street – website online shopping antara yang popular di Malaysia

Mungkin sesetengah orang zaman kini lebih selesa membeli perabot rumah di internet. Jika itu pilihan anda, rasanya anda juga boleh mencari produk IKEA secara online dengan klik link di atas ini. Saya sudah membuat carian dan memang ada. Cumanya, pilihan yang ada adalah terhad. Memang berbeza sangat. Kalau anda ke kedai IKEA sendiri, anda boleh melihat dan survey berpuluh puluh atau ratus jenis pilihan yang ada. Terlalu sangat banyak pilihan yang anda. Bagi saya, pengalaman saya ke IKEA batu kawan memang sangat berbaloi dan tidak mengecewakan.

Saya juga sempat merakamkan beberapa snapshot video di dalam pasaraya IKEA batu kawan. Anda lihat sendirilah. Saya pasti anda akan rasa geram dengan rekaan perabot hiasan dalam rumah yang mereka tawarkan. Memang cantik cantik. Kedai IKEA batu kawan dibuka dari 10 pagi – 10 malam setiap hari. Cuma nasihat saya selaku rakyat Malaysia, silalah jaga tinggah laku anda. Jangan buat kotor dan menyepahkan barang barang IKEA. Kita jadi rakyat yang bertamadun sedikit. Kerana kecewa melihat gambar barangan IKEA bersepah, rosak dan kotor oleh segelintir individu yang kurang beretika. Setakat pengalaman saya ke IKEA batu kawan beberapa hari lepas, ianya bersih, rapi, kemas dan juga cantik. Terbaik IKEA Pulau Pinang.

The post Apa Yang Best Di IKEA Batu Kawan Pulau Pinang appeared first on MyRujukan.

Kenapa Saya Beli Kamera Aksi Eken H6S Di Lazada

$
0
0

Salam kepada pembaca. Mungkin ada di antara anda sebagai pembaca blog ini sudah tahu yang saya telah mula aktif sebagai YouTuber sejak dari tahun lepas. Dan dari sejak itu, bahan bahan content material dalam bentuk video yang akan diupload ke dalam YouTube semuanya 100% adalah dari rakaman kamera menggunakan smartphone. Dalam dalam proses tersebut, maka adalah beberapa cabaran yang agak sukar merakam video ketika menggunakan smartphone. Hasilnya, saya telah membuat keputusan untuk membeli sebuah kamera aksi dari jenama dan model Eken H6S.

Tadi di atas saya ada sebutkan beberapa cabaran yang saya hadapi ketika merakam menggunakan kamera dari smartphone betul? Cabaran yang pertama adalah ketika mahu merakam video di jalan jalan. Bayangkan anda pegang telefon di jalan jalan dan rakam dalam tempoh yang lama? Sudahlah berat, rasa pelik pula. Bateri smartphone pun cepat habis. Jadi kurang sesuai dan tidak praktikal. Cabaran kedua ketika merakam ketika memandu. Tidak kisahlah samada memandu kereta atau motosikal. Memang bahaya.

Kamera aksi Eken H6S paling asas

Kamera aksi Eken H6S paling asas

Review Eken H6S Dari Lazada

Cabaran yang ketika pula adalah ketika memasak. Susah hendak merakam masakan sambil memegang smartphone. Kalau ada alat pemegang atau “stand” pun jadi berat. Risiko kalau telefon termasuk ke dalam masakan ketika memasak dan banyak lagi cabaran cabaran cabaran yang lain. Bertambah lagi tidak sesuai kalau anda mahu merakam babak aksi yang memerlukan anda seperti menaiki basikal, menunggang motosikal, berlari, berenang dan sebagainya. Atas alasan alasan seperti inilah kenapa saya membeli Eken H6S. Ok faham ya.

Ok sekarang timbul persoalan, kenapa saya memilih Eken H6S? Kenapa tidak kamera aksi yang lain seperti GoPro, Yi, SJCam dan lain lain? Pilihan saya yang pertama adalah bajet. Oleh kerana bajet untuk membeli action camera adalah di bawah RM500, maka kamera aksi brand EKEN telah disenarai pendek sebagai salah satu pilihan. Jenama kamera aksi lain di bawah RM500 pun ada. Cuma EKEN adalah salah satu darinya.

Pembelian satu set Eken H6S dengan kotak

Pembelian satu set Eken H6S dengan kotak

EKEN ada banyak jenis seperti H9R, H8R, H7R, H6S seperti yang saya beli ini, H5S dan banyak lagi. Kenapa Eken H6S? Salah satu sebab yang lain kerana fungsi “EIS” iaitu Electronic Image Stabilization. Saya telah menggunakan smartphone yang ada fungsi EIS dan juga telah menonton sendiri di YouTube tentang peranan EIS. Maka sebab yang kedua ini adalah saya mahukan sebuah kamera aksi yang mempunyai sistem penstabil yang dapat memberikan rakaman video yang tidak bergoyang keterlaluan. Barulah hasil video dapat ditonton dengan selesa.

Sebab yang ketiga tidak lain tidak bukan kerana rakan rakan. Saya ada mengajak rakan rakan teman sekerja untuk bersama sama aktif buat duit dengan video di YouTube. Hampir ke semua rakan yang saya ajak telahpun membeli action camera mereka yang tersendiri. Ada yang murah dan ada yang mahal. Namun hanya saya seorang yang masih belum membuat keputusan untuk membeli kamera aksi lagi. Disebabkan ketiga tiga sebab inilah akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli juga kamera aksi dari jenama Eken dari model H6S.

Aksesori yang diberikan sekali dengan Eken H6S

Aksesori yang diberikan sekali dengan Eken H6S

Website Untuk Membeli Action Camera

  • Lazada – saya membeli kamera aksi saya di sini
  • Shopee – ada banyak pilihan action camera di sini
  • 11Street – antara web online shopping yang boleh dicuba

Saya membeli Eken H6S ini dari Lazada Malaysia. Biasanya kalau beli barang secara online adalah lebih murah berbanding kalau beli di kedai. Oleh kerana terdapat aksesori disekalikan di dalam pembelian, maka saya memilih membeli Eken H6S ini di internet. Antara peralatan tambahan yang saya beli adalah 2 biji bateri dan 1 memori card class 10 sebanyak 64GB. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan 99% action camera memang tidak ada storan dalaman (internal storage) terbina di dalamnya. Jadi anda kena beli siap siap storan luar (memory card) supaya tidak membuang masa anda.

Maaf ya, penulisan artikel ini bukan untuk review lanjut berkenaan action camera dari Eken H6S ini. Tetapi hanya review asas berkenaan apa yang anda dapat ketika membeli Eken H6S ini. Video di atas ini adalah video buka kotak (unboxing) yang boleh anda tonton dari Eken H6s ini. Mesti anda hendak tahu samada saya berpuas hati atau tidak selepas menggunakan Eken ini sebentar. Jawapan ringkas saya, saya amat berpuas hati. Kos yang saya habiskan untuk mendapatkan Eken H6S dengan 1 memory card bersaiz 64GB dan 2 biji bateri tambahan adalah sebanyak RM400 sahaja. Saya pasti ianya murah dan mampu untuk anda memilikinya. Bye.

The post Kenapa Saya Beli Kamera Aksi Eken H6S Di Lazada appeared first on MyRujukan.

Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Patuh Syariah Online

$
0
0

Saya tidak pasti kenapa masih ramai orang Islam yang masih belum menukar akaun kwsp biasa iaitu simpanan konvensional kepada akaun kwsp patuh syariah. Mungkin kerana tidak tahu, tidak berkesempatan untuk ke pejabat kwsp atau tidak rela untuk mendapat dividen kwsp yang sedikit dari biasa. Kalau ini sebabnya, anda sebenarnya memang kurang peka dengan isu semasa dan soal haram haram. Atas asbab ingin memudahkan urusan untuk membantu menukar akaun kwsp kepada akad shariah kepada pemegang akaun kwsp. Pihak kwsp memperkenalkan fungsi boleh tukar akaun kwsp kepada patuh syariah menerusi online sahaja.

Mesti akan ada yang bertanya, kenapa pihak kwsp tidak menukar sahaja akaun simpanan kwsp pemegang akaun muslim dari konvensional kepada patuh syariah. Bukanlah lebih mudah. Rupanya ada penjelasan dari pihak kwsp. Mereka tidak boleh sewenang wenangnya menukar akaun semasa kepada yang baru tanpa persetujuan pemegang akaun. Ini semua terikat dengan undang undang. Pemilik akaun boleh mengambil tindakkan mahkamah. Kerana ada sahaja orang muslim yang tidak bersetuju untuk akaun mereka ditukarkan kepada patuh syariah. Mungkin kerana berpendapat yang dividen kwsp patuh shariah adalah sedikit kurang berbanding akaun konvensional biasa.

Permohonan simpanan shariah diluluskan

Permohonan simpanan shariah diluluskan

Proses tukar akaun kwsp kepada patuh shariah melalui i-akaun kwsp online

Proses tukar akaun kwsp kepada patuh shariah melalui i-akaun kwsp online

Cara Tukar Akaun KWSP Shariah Online

Jadi atas sebab inilah kenapa hanya pemegang akaun simpanan kwsp sahaja yang berhak menukar akaun mereka kepada patuh syariah. Jadi untuk meningkatkan jumlah simpanan kwsp biasa kepada patuh syariah ini, maka pihak kwsp memperkenalkan fungsi baru untuk menukar akaun kepada syariah compliant secara online dan boleh dilakukan dengan mudah hanya melalui akaun kwsp online masing masing. Saya sendiri sudah login i-Akaun kwsp isteri saya dan memang ya terdapat fungsi untuk memohon akaun simpanan kwsp yang patuh syariah. Cubalah.

Di bawah ini saya kongsikan panduan bagaimana untuk anda menukar akaun kwsp anda yang biasa kepada patuh shariah. Yang paling utama sekali anda hendaklah mempunyai akaun kwsp online terlebih dahulu. Kalau belum ada, sila pergi ke pejabat kwsp, sila ke mesin kiosk dan aktifkan nombor telefon anda. Dan kemudian sila register akaun i-Akaun kwsp secara online dengan klik daftar kali pertama. Teruskan proses sehingga selesai ya. Dan selepas itu barulah boleh login akaun kwsp online anda secara biasa dengan mudah.

Permohonan simpanan shariah diluluskan

Permohonan simpanan shariah diluluskan

Panduan Tukar Akaun KWSP Shariah

  • i-Akaun KWSP – sila login akaun kwsp online anda
  • Sila lihat menu bar di bahagian atas. Sila klik “Simpanan Shariah”
  • Sila klik “Register Here” untuk mula memohon penukaran akaun konvensional kepada patuh syariah
  • Teruskan proses sehingga selesai. Done.
  • Untuk lebih faham, tonton sahaja video di bawah ini ya.

Tahniah kepada anda kerana berjaya menukar akaun kwsp yang konvensional kepada patuh syariah yang halal lagi baik. Kenapa perlu tukar kepada yang patuh syariah. Tiada jawapan lain melainkan kerana anda hendak bersihkan sumber wang simpanan pencen anda dan juga mahu memastikan wang dividen kwsp yang anda dapat itu nanti adalah halal.

Anda setuju atau tidak kalau saya katakan ramai dari kita memang mahukan sumber rezeki, simpanan dan pelaburan itu adalah halal dan bersih dari riba. Namun ramai dari kita tidak kuat kerana bimbang tidak mendapat dividen tinggi dan akhirnya hanya menutup mata sahaja akan sumber dividen yang kurang bersih. Kos sara hidup, kepayahan dan lain lain sebab inilah kerana manusia kurang peka terhadap halal haram. Sekarang dengan adanya fungsi untuk tukar akaun kwsp kepada yang halal secara online dan mudah pula dilakukan. Maka tiada lagi alasan untuk tidak bersegera untuk memilih yang halal bila ianya sudah ada. Selamat mencuba. Bye.

The post Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Patuh Syariah Online appeared first on MyRujukan.

Cara Membuat Nasi Hujan Panas Simple

$
0
0

Masa pertama kali kenal dengan nasi hujan panas adalah ketika waktu kecil. Emak masak ketika itu. Terus jatuh cinta dengan rupa dan rasa. Apa yang ada pada rupa dan rasa nasi hujan panas? Rupanya datang dari butir butir nasi yang warna warni lagi cantik. Rasa pula datangnya dari rasa sedap, wangi dan dimakan bersama dengan ayam masak merah dan juga daging masak kari. Ke semua kombinasi ini memang menaikkan selera bagi saya.

Baru baru ini ketika hari raya haji, isteri ada bertanya hendak masak apa. Maklumlah kami berdua tidak balik ke kampung kerana faktor kerja dan masa cuti yang sangat pendek. Akhirnya isteri membuat keputusan hendak membuat dan memasak nasi hujan panas. Saya sebagai suami terus setuju sahaja. Lagipun ianya adalah antara menu makanan favourite saya. Dan memang kenalah kalau ianya menjadi juadah ketika hari raya. Ada special sedikit.

Nasi hujan panas dengan ayam masak merah

Nasi hujan panas dengan ayam masak merah

Resepi Nasi Hujan Panas Mudah Tetapi Sedap

Namun ianya adalah adalah sesuatu yang baru bagi kami. Baru pertama kali hendak buat. Bacalah resepi cara membuat nasi hujan panas di internet. Hasil bacaan pelbagai resepi dapatlah faham akan asas asas penyediaan nasi hujan panas itu macam mana dan bagaimana. Maka saya belilah bahan bahan yang diminta dan menolong isteri dalam penyediaan tersebut. Hasilnya, alhamdulillah menjadi bagi saya. Sedap.

Maaf ya, dalam artikel ini saya hanya akan berkongsikan resepi cara membuat nasi hujan panas. Lauk seperti Ayam Masak Merah, Daging Masak Kari dan lain lain anda baca di artikel yang lain ya. Supaya tidak bercampur aduk. Ok jom masak.

Bahan Bahan

  • Planta
  • Minyak sapi
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
  • 1 cawan susu cair
  • Beras yang sudah dibasuh
  • 3 helai daun pandan
  • Air Masak
  • Garam
  • Pewarna merah, hijau, kuning

Cara Cara Memasak 1

  • Masukkan 2 sudu planta dan 2 sudu minyak sapi ke dalam kuali yang panas
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumiskan
  • Masukkan 1 cawan susu cair
  • Masukkan 2 cawan air masak
  • Masukkan beras yang sudah dibasuh
  • Masukkan 3 helai daun pandan yang diikat
  • Sedikit garam sebagai perasa
  • Biarkan mendidih sekejap

Cara Cara Memasak 2

  • Kemudian alihkan bahan dalam kuali ke dalam periuk nasi elektrik
  • Biarkan nasi dimasak sehingga masak
  • Selepas nasi masak, angkat dan gaul rata
  • Titiskan pewarna merah, hijau, kuning
  • Masak nasi dalam periuk nasi elektrik sekali lagi dalam 5-10 minit
  • Angkat dan gaulkan sekali lagi
  • Proses menggaul akan menyebabkan warna pewarna bercampur campur
  • Siap.

Nampak macam leceh dan rumit di dalam menyediakan nasi hujan panas ini. Jangan risau, selepas anda lakukannya sendiri saya pasti anda akan berpendapat yang ianya rupa rupanya mudah sahaja. Tidak percaya, sila tonton video di bawah ini.

Video di atas ini saya rakam bagi kemudahan anda untuk mengikuti resepi cara memasak nasi hujan panas ini. Hanya ada 3 proses sahaja. Proses pertama menyediakan bahan asas di dalam kuali. Proses kedua memasak di dalam periuk nasi elektrik. Dan proses terakhir adalah proses meletakkan pewarna. Siap. Itu sahaja. Wangi pada nasi hujan panas ini datangnya dari bahan yang digunakan seperti planta, minyak sapi dan juga daun pandan. Saya sendiri sebagai lelaki walaupun pertama kali cuba membuat nasi hujan panas ini pun rasa resepi ini mudah diikuti. Selamat mencuba. Bye.

The post Cara Membuat Nasi Hujan Panas Simple appeared first on MyRujukan.

Beranak Di Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan

$
0
0

Isteri saya ada masalah kesuburan. Dan kami pernah membuat checkup kesihatan bersama tentang kesuburan. Yang akhirnya membuatkan saya sebagai suami kena buat pemeriksaan ujian air mani dan isteri pula kena buat pembedahan laparoscopy. Dan bila semua proses kami lalui berjaya temui penyebabnya, maka akhirnya isteri di sahkan hamil. Aminn. Dan kisah inilah yang akhirnya membawa anda membaca kenapa isteri saya perlu bersalin di Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan. Dan saya pasti anda hendak tahu tentang bagaimana keadaan kalau beranak bersalin di hospital ini bukan?

Seperti biasa, kalau isteri ingin bersalin, biasanya mereka akan minta untuk berpantang di rumah ibu bapa mereka betul? Walaupun bukan semua orang berbuat demikian, pasti ramai yang memilih cara ini betul? Mudah kerana ada ibu yang faham tentang anak perempuan mereka dan boleh membantu apa yang patut. Sama jugalah dengan situasi kami. Rumah ibu bapa mertua saya terletak di Besut Terengganu. Dan sudah tentulah hospital kerajaan yang paling terdekat tempat bersalin yang kami pilih pada awalnya sudah tentulah di Hospital Besut Terengganu. Tetapi terpaksa dibatalkan. Kenapa?

Bersalin di Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan

Bersalin di Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan

Wad Bersalin Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan

Rupa rupanya, di sebabkan isteri termasuk dari kalangan wanita yang mempunyai masalah “kesuburan”, maka isteri kena bersalin di mana mana hospital yang mempunyai pakar. Tempat bersalin Hospital Besut tidak ada doktor pakar. Maka 2 pilihan hospital terdekat yang boleh kami pilih iaitu Hospital Kuala Terengganu dan juga Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan. Yang paling dekat adalah Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan yang jarak perjalanan hanya 50 minit perjalanan berbanding 2 jam lebih jarak masa pemanduan kalau hendak bersalin di Hospital Kuala Terengganu di Terengganu.

Jadi, keputusan akhir pemilihan kami adalah HUSM Kubang Kerian Kelantan kerana faktor adanya doktor pakar dan juga jarak masa perjalanan yang lebih cepat. Kami sebenarnya sudah pergi ke dua dua hospital ini dan secara peribadi, saya dan isteri bersetuju kawasan parking dan ruang lobi di Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan lebih selesa berkali kali selesa berbanding Hospital Kuala Terengganu. Ini pendapat kamilah. Mungkin berbeza dengan tanggapan anda.

Wad Baiduri dan Wad Topaz adalah wad untuk wanita mengandung

Wad Baiduri dan Wad Topaz adalah wad untuk wanita mengandung

Singkatan kepada Hospital Universiti Sains Malaysia ini adalah HUSM ya. Nanti kalau orang sebut beranak atau bersalin di “HUSM” anda janganlah terkeliru pula. Hospital ini terletak di Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Jarak perjalanan dari Besut ke HUSM Kubang Kerian ini hanya 40KM sahaja. Kerana tidak boleh bawa kereta laju laju kerana jalan kampung dan bukannya highway, maka masa pemanduan bolehlah kita letakkan sebagai 1 jam perjalanan untuk pemanduan yang biasa biasa.

Ada orang tanya adakah Hospital Universiti Sains Malaysia ini hospital kerajaan mahupun swasta. Maaf saya tidak boleh berikan jawapan tepat kerana kurang tahu. Cuma dari apa yang saya faham, ianya adalah hospital separa kerajaan yang bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia dan ianya adalah hopsital untuk pelajar perubatan USM. Maka anda boleh pilih samada untuk bersalin dengan cara awam/kerajaan atau dengan cara swasta. Tempat dewan bersalin adalah sama 100%. Yang berbeza adalah pilihan wad selepas bersalin. Itu sahaja.

Kelahiran cahaya mata kami di HUSM Kubang Kerian Kelantan

Kelahiran cahaya mata kami di HUSM Kubang Kerian Kelantan

Untuk anak pertama ini, saya dan isteri bersetuju untuk memilih bersalin dihospital kerajaan kerana 2 faktor utama iaitu faktor bajet dan juga pengalaman. Insyaallah kalau diberikan rezeki anak kedua pula, kami memilih yang hospital swasta pula. Jadi isteri akan tahu apakah rasanya dan bagaimanakah keadaannya kalau bersalin antara kerajaan dan juga swasta. Sudah tentulah yang berbayar mahal lebih baik. Cuma dari apa yang saya faham, perbezaan hanya pada pemeriksaan awal, bilik berehat/tidur selepas bersalin yang lebih selesa dan boleh memilih doktor untuk yang berbayar mahal/swasta. Dewan tempat bersalin adalah sama sahaja.

Bil Wad Dan Bersalin Di HUSM Kelantan

Berapa kos untuk bersalin di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan untuk orang awam yang bekerja swasta? Untuk isteri saya kerana tinggal di wad selama 3 malam, kosnya adalah RM102 sahaja. Rasanya ianya lebih murah dari itu kalau tidur semalaman dan anda pula sebagai pekerja kerajaan. Ini kerana ketika membuat bayaran bil hospital, mereka ada bertanya samada saya bekerja kerajaan ataupun tidak.

Resit Beranak Di Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan

Resit Beranak Di Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan

Saya tidak pasti bagaimana dengan wad bersalin di hospital lain. Di HUSM Kubang Kerian Kelantan ini, di aras Wad Baiduri dan juga Wad Topaz iaitu kawasan tempat wanita hamil ditempatkan, terdapat bilik khas untuk berehat dan tidur untuk keluarga menunggu. Bagi saya ianya sangat berguna lagi lagi kepada ahli keluarga yang datang jauh. Bilik tersebut ada untuk orang lelaki dan juga wanita. Siap ada bilik sembahyang, bilik air, kipas dan juga aircond. Satu servis yang dikira sangat bagus. Wad bagi ibu hamil pula termasuk dewan bersalin, saya boleh katakan yang Hospital Universiti Sains Malaysia ini sudah menawarkan yang paling terbaik dan selesa. Tahniah.

The post Beranak Di Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan appeared first on MyRujukan.


Pengalaman Menjawab Exam Online Latihan Separa Perubatan

$
0
0

Salah satu bidang kerjaya di dalam kerajaan yang paling mendapat permintaan bagi orang perempuan/wanita adalah “kejururawatan”. Dan memang biasanya akan ada bukaan jawatan kosong bagi mengisi bidang tersebut setiap tahun. Dan para calon akan dikehendaki untuk menduduki peperiksaan online iaitu exam latihan separa perubatan. Bagi yang pertama kali menduduki exam online latihan separa perubatan ini pasti berasa bingung akan bentuk soalan yang mungkin akan ditanya. Adakah perlu ketahui hal hal isu semasa yang berkaitan dengan penyakit atau bagaimana. Jadi saya akan tolong anda rungkaikan masalah berkaitan contoh contoh soalan yang mungkin akan ditanya nanti.

Sebelum itu anda kena faham dahulu. Kemasukkan “latihan separa perubatan” ini adalah untuk kemasukkan lepasan SPM dan juga Diploma. Kalau anda lepasan SPM, maka exam online anda itu nanti adalah untuk menduduki jawatan bagi latihan separa perubatan bagi sesi Diploma. Dengan kata lain, kalau anda lulus peperiksaan online ini dan lepas proses ujian temuduga separa perubatan, maka anda akan menduduki latihan separa perubatan bagi sesi diploma iaitu anda belajar sambil bekerja. Sebab itu nanti anda akan mendapat elaun khas setiap bulan. Saya sudah lalui pengalaman menjawab exam bagi latihan separa perubatan ini dan jujur cakap ianya adalah susah.

Contoh latihan separa perubatan untuk lepasan diploma

Contoh latihan separa perubatan untuk lepasan diploma

Bentuk Soalan Latihan Separa Perubatan

Pertama sekali, dari pengalaman saya menjawab exam online, hampir tiada soalan mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hampir tiada soalan mengenai nama nama menteri dalam kementerian kesihatan. Tetapi ianya adalah betul bagi kes dan pengalaman saya. Mungkin exam online anda ada soalan berkaitan tersebut. Jadi tidak salah kalau anda ambil tahu mengenai info tersebut. Cumanya dari pengalaman saya sendiri, soalan berkaitan penyakit adalah kesemuanya. Soalan seperti penyakit bawaan nyamuk, tikus, babi, burung, hepatitis, darah, organ tubuh manusia, bayi, kulit dan sebagainya.

Jangan risau, kebanyakkan soalan berkaitan penyakit bukanlah terlalu susah. Akan tetapi agak susah juga. Lagi lagi bagi kita yang bukan aliran sains kesihatan dan tidak terbiasa membaca info info mengenai penyakit dan isu isu semasa berkaitan penyakit.

Tetapi anda jangan risau. Di sini saya ingin berkongsikan dengan anda sebuah buku panduan dalam bentuk ebook (pdf) yang boleh anda baca menggunakan komputer dan juga smartphone. Di dalam panduan ini dikumpulkan contoh bentuk bentuk soalan yang mungkin akan ditanya masa anda exam online latihan separa perubatan nanti. Ianya bukan soalan bocor, soalan ramalan mahupun soalan sebenar ya. Ianya hanyalah sebagai alat bantu study untuk anda ketahui soalan soalan yang berkaitan penyakit dan isu isu semasa yang patut anda tahu. Bagi saya anda memang perlu dapatkan panduan ini.

Sebagai tambahan persediaan. Saya sendiri telah rakamkan contoh soalan yang ditanya ketika calon menjawab peperiksaan online latihan separa perubatan ini pada sesi lalu. Ingat ya, soalan yang ditanya dan dijawab oleh calon pada setiap sesi exam online adalah berbeza. Cumanya anda bolehlah tonton sendiri bagi mendapatkan idea bentuk soalan yang ditanya pada calon lepas/lalu. Jadi anda tahulah kategori soalan jenis apa yang akan ditanya.

Cuma sekali lagi suka saya ingatkan, dapatkan panduan contoh soalan latihan separa perubatan ini dan buatlah persediaan awal. Dari pengalaman saya sendiri untuk soalan latihan separa perubatan untuk lepasan SPM bagi kertas pengetahuan am ini ada sebanyak 30 soalan. Dan masa yang diberikan pula adalah selama 30 minit sahaja. Itu bermakna, satu soalan adalah selama 1 minit sahaja. Hendak baca, fikir dan jawab dalam 1 minit. Kena cepat. Semuanya bergantung kepada ilmu pengetahuan dan persediaan yang anda lakukan. Apa apa pun saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada anda dan semua para calon latihan separa perubatan kerajaan ini. Selamat berjaya. BYE!!!


>>> Dapatkan Ebook Separa Perubatan Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pengalaman Menjawab Exam Online Latihan Separa Perubatan appeared first on MyRujukan.

Buy Muslim First (BMF) Bukan Kempen Boikot

$
0
0

Isu Buy Muslim First (BMF) – Saya adalah orang melayu. Dan orang melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Ini adalah pendapat saya dan saya sendiri berpendapat yang kebanyakkan orang melayu berpendapat seperti saya dan ada segelintir yang berbeza pendapat dengan apa yang saya tulis ini. Sebenarnya sudah sangat lama dan dari dulu lagi memang “orang melayu” sudah lama membeli barang dan produk keluaran dan buatan orang bukan islam (non muslim). Boleh dikatakan orang melayu memang membeli barang orang bukan Islam sejak dulu lagi tanpa apa apa masalah. Kenapa? Sebab kesedaran kurang.

Mungkin ada yang akan bertanya. Tidak kisahlah samada non muslim atau muslim sekalipun. Adakah salah membeli barang atau produk keluaran bukan melayu/bukan Islam? Jawapannya adalah tidak salah. Dan dalam Islam, ianya dibenarkan asalkan benda itu adalah HALAL. Barang makanan atau produk barangan sekalipun, asalkan halal, maka boleh beli walaupun adalah dari bukan Islam. Jadi soalan pertama ini sudah terjawab. Jawapannya tiada masalah. Ok.

Produk bumiputera muslim

Produk bumiputera muslim

Buy Muslim First (BMF) Support Produk Melayu Bumiputera Muslim

Jadi kenapa isu buy muslim first ini timbul? Bagi saya ianya lebih kepada mainan politik. Namun adalah 2 sisi yang perlu kita lihat. Sisi pertama adalah “politik” dan sisi yang kedua adalah “kesedaran orang melayu”. Bila sebut politik, maka anda fahamlah, orang politik mungkin hendak menarik sokongan, maka dicetuskan perbalahan kaum dan agama. Tujuan mereka adalah betul tetapi niat di dalam hati mungkin berbeza. Kita sebagai orang awam bergaduh semasa sendiri sedangkan masing masing adalah orang Malaysia.

Kesedaran orang melayu? Seperti yang saya katakan di awal awal tadi bahawa orang melayu memang sudah lama memang membeli barang dan produk keluaran non muslim pun tanpa masalah. Jadi di sini tidak timbul isu rasis pun. Cumanya dari sudut positif, kesedaran orang melayu beragama Islam di dalam kempen buy muslim first (BMF) ini sebenarnya adalah sesuatu yang positif. Salah satu faktor bisnes perniagaan orang melayu di Malaysia lemah kerana kekurangan sokongan orang melayu sendiri terhadap barang dan produk buatan muslim itu sendiri.

Produk sos tiram Adabi muslim yang sebenar berwarna kuning

Produk sos tiram Adabi muslim yang sebenar berwarna kuning

Orang melayu kekurangan dari segi dana kewangan, kempen pengiklanan, design label, kualiti produk dan sebagainya kerana masalah dana yang kecil. Semua ini dapat diselesainya dengan adanya support dari orang melayu sendiri. Sudah tentulah industri makanan dan produk barangan keluaran melayu bumiputera dan juga muslim dapat ditingkatkan dengan adanya sokongan dari orang melayu Islam sendiri betul tidak? Bukankah kempen buy muslim first ini sebenarnya adalah bagus?

Jadi apa yang tidak bagusnya dengan isu buy muslim first ini? Yang tidak bagusnya adalah peranan media sosial yang mengambil kesempatan dari isu ini dengan mengalih perhatian kepada berita berita yang bercorak negatif seperti mengatakan kempen buy muslim first ini adalah kempen boikot produk non malay/non muslim dan sebagainya.

Mee kuning keluaran melayu bumiputera untuk support kempen buy muslim first

Mee kuning keluaran melayu bumiputera untuk support kempen buy muslim first

Kita perlukan berita yang positif memberi pencerahan bahawa kempen buy muslim first ini adalah kempen menggalakkan orang melayu Islam mengutamakan produk barangan buatan melayu Islam. Kalau tiada produk yang setanding dengan apa yang dijual oleh non muslim, maka boleh sahaja membeli produk barangan non muslim asalkan ianya tertakluk dalam kategori halal.

Contoh saya pergi kedai ingin membeli Roti Gardenia tetapi tiada. Yang ada adalah roti Massimo, maka saya belilah roti Massimo. Kalau kedua dua roti Gardenia dan Massimo ada, maka atas semangat buy muslim first (BMF), maka saya pilih roti Gardenia. Itulah maksudnya. Adakah itu bermaksud boikot? Kalau orang melayu Islam mengutamanya produk barangan keluaran melayu muslim itu dikatakan boikot, bagaimana pula dengan bukan melayu/non muslim yang kebanyakkan memang membeli produk barangan buatan bangsa mereka sendiri?

Kempen buy muslim first (BMF) di Facebook

Kempen buy muslim first (BMF) di Facebook

Bagi saya, orang melayu Islam di Malaysia adalah bangsa majoriti. Sudah lama rendah taraf ekonomi mereka. Orang bukan melayu/non muslim pun sudah bosan dengan tagline membantu melayu dan sistem tongkat kepada orang melayu betul? Jadi bagi saya kempen buy muslim first ini sebenarnya adalah bagus. Bila bangsa majoriti iaitu melayu dapat ditingkatkan ekonomi mereka, maka sudah tentu ekonomi Malaysia juga akan naik dan orang bukan melayu/non muslim juga dapat merasa faedahnya. Jadi jom sama sama support dan sokong kempen buy muslim first ini. BYE!!!

The post Buy Muslim First (BMF) Bukan Kempen Boikot appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Membeli Tiket Bas Online Dengan Mudah

$
0
0

Beberapa minggu lepas adik lelaki dari KL ada menelefon saya. Katanya tiket bas balik kampung ke Kluang Johor sudah habis. Sedangkan beliau memang hendak sangat sangat balik ke kampung. Dan stesen bas paling terdekat yang ada untuk ke Kluang adalah dari Melaka. Dan sudah tentulah saya dan beliau tidak mungkin akan ke stesen bas Melaka semata mata untuk membeli tiket bas ekspress. Cara yang paling mudah dalam kes seperti ini adalah dengan membeli tiket bas online. Anda pernah membeli tiket bas secara online?

Masalahnya adalah saya tidak pernah membeli tiket bas secara online menggunakan smartphone. Memang tidak pernah. Dan kejadian ini memerlukan saya untuk membeli tiket bas online dengan cepat dan segera kerana dibimbangi tiket bas di stesen bas Melaka pun akan habis. Saya terus memuat turun iaitu download aplikasi “BusOnlineTicket” pada handphone dan memasangnya. Dan kemudian menjalankan apps tersebut. Rupa rupanya aplikasi tersebut membolehkan kita membeli tiket bas, tiket keretapi dan juga tiket feri. Sangat menarik bagi saya. Sekarang kita cuba beli tiket bas. Mudah atau tidak.

Beli tiket bas online guna aplikasi BusOnlineTicket

Beli tiket bas guna aplikasi BusOnlineTicket

Beli Tiket Bas Online Dengan Aplikasi BusOnlineTicket

Paparan aplikasi BusOnlineTicket untuk smartphone ini agak mudah. Saya yang baru pertama kali install dan guna ini pun sudah boleh faham step by step untuk pembelian tiket bas online ini. Hanya perlu pilih destinasi mahu bertolak, pilih destinasi ketibaan, pilih mahu naik bas ekspress yang mana, pilih masa bertolak pada pukul berada dan hanya perlu setuju dengan harga tiket yang ditawarkan. Malah ada pilihan untuk membeli tiket bas secara pergi dan balik sekali. Memang menarik dan mudah.

Sila print cetak tiket bas anda di kaunter boarding pass sebelum boleh naik bas

Sila print cetak tiket bas anda di kaunter boarding pass sebelum boleh naik bas

Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui yang mungkin bagi sesetengah orang ianya agak menjengkelkan iaitu berkenaan cas tambahan ketika anda perlu membeli tiket bas online melalui aplikasi smartphone ini. Iaitu berkenaan caj pemproses, caj insurans dan juga caj ketika mahu print tiket bas anda semasa di stesen bas nanti. Namun bagi saya, cas tersebut masih boleh dikira murah kerana ianya memudahkan urusan saya tanpa saya perlu hadir sendiri di stesen bas tersebut.

Tiket bas yang telah berjaya dicetak

Tiket bas yang telah berjaya dicetak

Panduan Beli Tiket Bas Dengan BusOnlineTicket

  • BusOnlineTicket – anda boleh masuk ke website ini untuk membeli tiket atau muat turun dan install aplikasi ini.
  • Sila klik “Search Trip”.
  • Origin – Sila cari stesen bas mana anda hendak naik bas
  • Destination – Sila pilih stesen bas mana ingin anda pergi.
  • Depart – Sila pilih tarikh untuk anda bertolak dan kemudian sila klik “One Way Trip” jika perjalanan anda adalah sehala.
  • Anda akan dipaparkan dengan jenis bas, masa bas tertolak dan harga tiket yang dikenakan.
  • Sila klik bas dengan masa bertolak mana yang anda berkenan.
  • Anda akan dipaparkan dengan kekosongan kerusi (seat) yang ada dan sila pilih.
  • Kemudian sila klik “Guest :  Details”.
  • Sila isikan Nama Penuh, Nombor Telefon dan Email. Kemudian sila klik “Payment”.
  • Pada bahagian payment ini sila klik “iPay88” dan klik “PAY”.
  • Kemudian pada payment option sila pilih FPX.
  • Kemudian pada select bank sila pilih bank online banking anda dan klik “Proceed”.
  • Sila selesaikan proses pembayaran sehingga selesai.
  • Tahniah anda berjaya membeli tiket bas secara online.
Tunggu ketibaan bas anda

Tunggu ketibaan bas anda

Contoh. Ketika saya sendiri kali kedua membeli tiket bas ini secara online menggunakan apps BusOnlineTIket. Harga tiket bas adalah RM46.70. Caj memproses pembelian secara online adalah RM2.34. Caj insurans kalau berlaku kemalangan adalah RM2.50 sahaja. Jadi kos keseluruhan adalah RM51.54. Kalau anda tolak harga tiket, kos caj yang terlibat hanyalah RM4.84 iaitu lebih kurang RM5 sahaja. Rasanya lebih murah berbanding anda kena tuang minyak motor atau kereta untuk ke stesen bas untuk membeli tiket bas betul?

Selepas anda berjaya membeli tiket bas online. Anda akan mendapat nombor kod tiket. Anda tidak boleh menaiki bas tanpa tiket bas. Jadi yang perlu anda buat adalah, sila hadir ke stesen bas lebih awal dari masa anda bertolak. Kemudian sila ke kaunter tiket bas (kaunter boarding pass) dan meminta mereka untuk cetak print tiket anda. Anda kena berikan nombor kod tiket anda dan tiket bas anda akan di cetak dan diserahkan kepada anda. Jadi dengan tiket bas itu barulah anda dibenarkan untuk menaiki bas ekspress balik kampung. Berapa kos untuk cetak tiket bas online anda? Hanya RM1 sahaja. Mudah bukan? Jadi anda sudah tahu. Apa lagi. Jom beli tiket bas secara online. BYE!!!

The post Pengalaman Membeli Tiket Bas Online Dengan Mudah appeared first on MyRujukan.

Beli Komputer Desktop Second Hand Murah Di Shopee

$
0
0

Benda “baru” sudah pasti ianya yang paling baik dan tidak mudah rosak. Namun benda terpakai atau kita sebut ianya sebagai “second hand” bukanlah sesuatu yang teruk. Lagi lagi kalau ianya antara yang masih baik, pengguna sebelum telah mengguna dan menjaganya dengan baik. Maka ada kemungkinan barang terpakai pun boleh bertahan lama. Begitulah halnya dengan kisah komputer desktop second hand. Rata rata komputer desktop baharu pasti ianya berharga RM1000 paling kurang tidak termasuk dengan skrin monitor untuk pemproses CPU kelas rendah. Untuk CPU desktop jenis terpakai pula, anda boleh dapatkan dengan harga serendah di bawah RM500. Berminat?

Saya tidak pasti samada anda perasan atau tidak. Kalau di rumah anda atau ditempat kerja anda menggunakan komputer, anda pasti sedar yang komputer dapat bertahan lama sehingga lebih dari 5 tahun lamanya. Malah di tempat kerja saya sediri, komputer yang digunakan rasanya telah berfungsi lebih dari 5 tahun lamanya. Malah ianya “hidup” berjam jam lamanya dari pagi hingga ke malam dan sebaliknya. Mudah cerita dalam keadaan yang berhawa dingin, ianya memang dihidupkan 24 jam tanpa masalah.

Komputer desktop second hand yang digunakan berfungsi baik

Komputer desktop second hand yang digunakan berfungsi baik

Komputer Desktop Second Hand Elok Atau Tidak

Kalau komputer di syarikat yang diletakkan dalam bilik berhawa dingin dapat berfungsi 24 jam selama berbulan bulan tanpa masalah, sudah tentulah komputer yang diletakkan di rumah yang dibuka bila diperlukan dapat hidup lebih lama lagi jangka hayatnya. Jadi isu isu seperti menggunakan komputer desktop second hand tidak bagus bukanlah satu isu yang besar. Kalau dapat mana mana komputer desktop terpakai yang berkualiti, berjenama sudah pasti ianya bukan lah satu kebimbangan.

Pakar technician komputer biasa boleh mengesan jika papan induk motherboard untuk komputer desktop second hand itu masih baik atau tidak. Dan mereka juga boleh mengetahui samada cakera keras iaitu hardisk juga mempunyai masalah “bad sector” atau tidak. Jika kedua duanya masih elok, maka tidak ada masalah langsung untuk membeli mana mana komputer terpakai yang dibaik pulih. Ini kerana biasanya untuk pc berfungsi dengan baik tanpa masalah memang hanya perlu melihat kepada 2 benda ini sahaja paling asas iaitu motherboard dan juga hardisk.

Biasanya komputer desktop second hand yang dibaik pulih akan di jenamakan semula dengan nama panggilan komputer desktop refurbished. Jadi anda janganlah keliru dengan perkataan “refurbished” itu ya. Itu hanya bermaksud ianya adalah second hand, terpakai, telah di baik pulih dan sebagainya.

Dan kadang kala ada orang terkeliru dengan maksud pernah dibaik pulih seolah olah itu adalah produk yang pernah rosak dan tidak elok. Sila jangan salah faham begitu. Jika anda mengenali komputer, anda akan faham yang komputer desktop terdiri binaan dari sambungan setiap komponen untuk membentuk apa yang kita sebut sebagai komputer pc.

Beli komputer desktop second hand refurbished di Shopee

Beli komputer desktop second hand refurbished di Shopee

Website Online Shopping Popular Malaysia

  • Shopee – website online shopping popular di Malaysia
  • Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
  • 11Street – website online shopping antara yang popular di Malaysia

Ianya terdiri dari CPU, GPU, RAM, HARDISK, POWER SUPPLY dan juga MOTHERBOARD. Mana mana komponen dari komputer desktop baru yang rosak, ianya hanya perlu diganti komponen yang rosak itu tadi sahaja dan komputer dapat berfungsi semula dengan baik. Tetapi bila sudah pernah ganti komponen yang rosak kepada yang baharu, maka status komputer tidak boleh disebut sebagai komputer baharu melainkan ianya disebut sebagai “refurbished”. Faham ya.

Di mana hendak beli komputer desktop second hand ini? Mudah sahaja. Anda beli sahaja secara online melalui link yang yang kongsikan di atas ini. Mudah hendak cari, survey harga dan ianya akan dipos ke rumah anda. Dengan cara ini anda dapat berjimat dan memiliki sebuah komputer desktop jika anda tidak mempunyai bajet yang besar. Dan sangat sesuai kepada pelajar yang memang memerlukan komputer untuk tugasan kerja menaip assignment. Selamat membeli. Bye.

The post Beli Komputer Desktop Second Hand Murah Di Shopee appeared first on MyRujukan.

Pertama Kali Tempah Dan Naik GRAB

$
0
0

Saya pernah naik GRAB beberapa kali sebelum ini tetapi di atas tempahan orang lain. Maksudnya, orang lain yang booking GRABCar tetapi saya bersama sana naik kereta tersebut. Dan beberapa minggu lepas saya berkesempatan mencuba sendiri cara untuk book GRAB menggunakan smartphone dan bagaimana hasilkan. Ada cerita yang ingin saya kongsikan sebagai pengalaman pertama dan barulah saya faham akan kaitan berita berita mengenai isu panas antara teksi dengan Grab ini. Penulisan ini adalah pandangan peribadi dari sudut pandang saya sebagai pengguna.

Kisahnya isteri saya baru sahaja melahirkan anak. Dan beliau memilih untuk berpantang di Terengganu. Jadi saya perlu berulang alik melawat isteri dan anak dari Penang dan Terengganu setiap 2 minggu sekali dalam masa 2 bulan. Untuk beberapa kali balik kampung mertua memandu menaiki kereta sendiri memang kurang bagus dari segi tenaga dan juga kos. Yang pada akhirnya saya memilih untuk naik bas ekspress sahaja.

Tempat menunggu untuk book dan naik GRAB di Penang Sentral

Tempat menunggu untuk book dan naik GRAB di Penang Sentral

Pengalaman Naik GRAB Dengan Aplikasi Smartphone

Cuma selepas balik dari kampung dan sampai ke stesen bas butterworth di Penang Sentral. Maka saya perlukan kereta teksi untuk mengambil dan menghantar saya ke rumah. Pertama kali dulu saya memilih untuk menaiki teksi dan caj yang dikenakan adalah RM27. Memang mahal. Tetapi oleh kerana saya memang sudah lama bertahun tahun tidak naik teksi, maka saya anggap itu adalah harga semasa yang biasa dikenakan pada hari ini.

Dan selepas balik kampung mertua pada kali kedua, kali ini saya memilih untuk naik GRAB pula buat pertama kali. Anda tahu berapa caj yang dikenakan? Caj GRAB hanyalah RM12 SAHAJA. Kalau campur toll pun baru RM13.50 sahaja. Memang murah dan menjimatkan. Malah perbandingan caj tambang teksi dengan Grab berbeza hampir 50% bezanya. Dari segi pandangan pengguna, sudah tentulah mahukan yang murah dan lebih selesa. Tidak hairanlah kalau pemandu Grab mendapat permintaan berbanding teksi.

Antara perkhidmatan e-hailing yang ada di Penang Sentral

Antara perkhidmatan e-hailing yang ada di Penang Sentral

Bukanlah penulisan ini untuk memburukkan pemandu teksi. Penulisan ini adalah dari sudut pandang pengguna awam. Biasanay manusia mana mana pun akan memilih tambang yang murah dan menjimatkan. Kereta teksi biasanya adalah kereta yang sudah lama dan usang yang lebih dari 10 tahun. Sedangkan pemandu GRAB diwajibkan menggunakan kereta bawah 10 tahun kalau tidak silap saya. Maka sudah tentu keselamatan dan keselesaan ada di kereta Grab.

Saya sempat bertanya kepada pemandu Grab akan pandangan mereka kenapa pemandu teksi tidak berhijrah menggunakan aplikasi seperti Grab. Jawapannya adalah kemungkinan mereka orang lama yang tidak terbiasa untuk menggunakan teknologi seperti Grab/Uber/MyTeksi ini. Namun pertanyaan ini mungkin berat sebelah sebab tidak bertanya dari pihak pemandu teksi pula kenapa mereka hendak kekal dengan cara sebegitu.

Cara Guna Apps GRAB Pada Smartphone

  • [ GRAB ] –  sila klik link ini kalau anda belum pasang (install) aplikasi GRAB
  • Selepas buka aplikasi GRAB, sila login dan topup kredit terlebih dahulu. Topuplah dalam RM50 untuk memudahkan urusan.
  • Memula sekali sila pastikan data internet dan sistem GPS dibuka terlebih dahulu.
  • Kemudian sila klik “Car” pada menu GRAB. Ianya akan terus memaparkan peta lokasi semasa anda dan juga kereta GRAB yang berada berhampiran anda.
  • Pada “I’m Going To…”, sila klik, taipkan dan pilih destinasi yang anda mahu pergi.
  • Selepas itu sila klik “Book JustGrab”.
  • Sistem GRAB akan mencari pemandu GRAB terdekat dan memilih mereka untuk mengambil anda.
  • Anda akan dapat lihat siapakah Nama Pemandu, Jenis Kereta dan Nombor Plat Kenderaan untuk memudahkan anda mengetahui jika kereta GRAB anda sudah sampai atau belum.
  • Selepas pemandu GRAB ambil dan drop anda di destinasi anda, kredit dalam apps GRAB anda akan ditolak dengan caj tambang yang dikenakan. Itu sahaja.
  • Selamat mencuba.

Di bawah ini saya ada membuat rakaman pendek bagaimana saya menggunakan aplikasi GRAB untuk membuat tempahan (booking) untuk naik GRAB dengan mudah dan senang. Tidak perlu menunggu tepi jalan kalau kalau ada teksi yang lalu untuk kita naik. Terus boleh tempah GRAB dari rumah dengan mudah. Yang penting ada smartphone, anda internet dan ada apps GRAB. Itu sahaja.

Teknologi memang memudahkan. Pengalaman saya kena bayar teksi RM27 dan juga GRAB sebanyak RM13 untuk jarak perjalanan yang sama memang membuatkan saya untuk terus menggunakan GRAB. Tambahan pula di dalam sistem GRAB ada diberikan mata “points” yang boleh dikumpulkan dan digunakan untuk tempahan GRAB yang seterusnya untuk lebih penjimatan. Siapa yang tidak mahu penjimatan bukan? Sudahlah mudah, murah pula. Jom guna GRAB. Bye!!!

The post Pertama Kali Tempah Dan Naik GRAB appeared first on MyRujukan.

Homestay Aqil Penang Luas Dan Selesa

$
0
0

Saya pasti anda pernah tidur di bilik hotel dan juga tidur di rumah homestay. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Namun kalau bajet dan juga keselesaan jadi pengukur utama, rasanya rumah homestay lebih berbaloi untuk wang anda. Sebab itulah di sini saya ingin perkenalkan anda dengan Homestay Aqil. Ianya adalah sebuah “homestay” yang berada di negeri Pulau Pinang dan mengambil nama sempena nama anak lelaki beliau. Aqil itu sendiri bermaksud yang baik budi, bijaksana, dapat dipercaya dan pintar.

Homestay Aqil ini terletak di seberang pulau (mainland) dan bukannya di dalam pulau (inland). Jadi di sini tahulah anda kalau anda mahu tidur di seberang atau di dalam pulau Pinang itu sendiri. Kalau anda mahu tidur di dalam Pulau Pinang, maka homestay ini kurang sesuai untuk anda. Kalau anda ingin tidur di seberang kerana terdapat kerja atau aktiviti di seberang, maka homestay ini memang untuk anda. Jadi anda kena tahu dahulu kerja dan aktiviti anda nanti kena tinggal di mana. Bagi saya ini adalah faktor pertama pemilihan rumah homestay iaitu berkenaan lokasi. Lokasi homestay ini terletak di Jalan Baru, Penang.

Permandangan hadapan rumah teres homestay Aqil

Permandangan hadapan rumah teres homestay Aqil

Apa Yang Best Dengan Rumah Homestay Aqil

Faktor kedua pula adalah berkenaan harga. Homestay Aqil menawarkan kadar caj semalaman sebanyak RM160 sehari. Seperti biasa, masuk pukul 2.00 petang dan keluar pada pukul 12 tengah hari ke esokkan harinya. Anda masuk lewat pun bayaran dikira sehari. Rasanya mana mana hotel dan homestay lain pun polisi sebegini adalah lebih kurang sama sahaja. Melainkan anda masuk terlalu lewat seperti selepas 12 tengah malam dan kemungkinan pemilik homestay boleh berlebih kurang tentang harga bayaran yang dikenakan. Keluar dari rumah homestay tetap sama iaitu 12 tengah hari. Yang lain adalah atas budi bicara pemilik homestay.

Ruang tamu Aqil Homestay yang luas dan selesa

Ruang tamu Aqil Homestay yang luas dan selesa

Sekarang anda sudah tahu lokasi dan juga harganya. Faktor ketiga adalah berkenaan kemudahan yang ada di dalam homestay Aqil ini. Rumah homestay ini mempunyai 2 bilik. Bilik utama menawarkan katil jenis queen dan bilik kedua menawarkan 2 katil bujang. Kedua dua bilik ini mempunyai penghawa dingin dan juga kipas. Jadi tidaklah anda merasa panas pada malam dan siang hari. Ruang tamu seperti biasa, ada kerusi sofa dan juga smart TV yang siap dengan sambungan internet. Jadi itu bermaksud anda juga boleh melayari internet dengan selesanya. Mudah cerita lihat sahaja senarai amenities dan spesifikasi yang ada di dalam homestay ini.

Bilik master bedroom yang selesa

Bilik master bedroom yang selesa

Kelengkapan Dalam Homestay Aqil

  • 2 bilik tidur (1 katil queen + 1 bilik ada 2 katil single)
  • 1 biji aircond setiap bilik
  • 1 bilik mandi + water heater
  • 1 tandas
  • dapur memasak luas (ada heater water, rice cooker, dapur memasak, mesin basuh, peti sejuk)
  • 1 meja makan
  • 1 set sofa
  • 1 smart tv + 8MB internet streamyx

Walaupun homestay Aqil ini hanya mempunyai 2 bilik sahaja namun keluasan rumah ini adalah besar. Ruang tamu adalah besar. Jadi kalau tidur di rumah tamu pun memang sangat sangat selesa kalau anda berkeluarga ramai. Dapur untuk memasak pun luas. Sangat sesuai kepada anda yang mahu masak memasak bersama sama dengan ahli keluarga yang lain.

Bilik kedua menawarkan 2 katil single

Bilik kedua menawarkan 2 katil single

Cara Tempah/Booking Homestay Aqil

  • [ Aqil Homestay ] – sila taipkan nama homestay ini ketika membuat carian.
  • [ Ajir – 012-4497372 ] – boleh call untuk tempahan secara manual.
  • boleh terus booking homestay ini secara online untuk memudahkan anda.
  • digalakkan tempah secara online untuk proses yang cepat dengan klik link di atas.
Peralatan memasak di Aqil Homestay serba lengkap

Peralatan memasak di Aqil Homestay serba lengkap

Keseluruhan rumah adalah berlantaikan mozek termasuk bilik mandi. Hanya bilik sahaja berlantaikan lantai jenis vinyl yang lembut bercorakkan kayu. Dengan bayaran RM160 semalaman kalau tidur dihotel pasti hanya selesa untuk 2-3 orang sahaja. Tetapi dengan homestay Aqil, 6 orang pun masih sangat selesa. Malah kereta anda boleh diparking depan rumah dengan 2 biji kereta siap berpagar. Untuk keluarga muslim, homestay ini bersebelahan dengan masjid. Memang sangat sesuai untuk keluarga muslim.

Bilik mandi di homestay Aqil menawarkan kepuasan berganda

Bilik mandi di homestay Aqil menawarkan kepuasan berganda

Rumah Aqil Homestay dekat dengan apa? Sudah semestinya ianya berdekatan dengan pasaraya Mydin jalan baru, UiTM permatang pauh, Politeknik permatang pauh, Bandar Sunway, Bandar Perda, Jambatan Pulau Pinang, Highway Kulim, Highway Bertam dan juga sangat dekat dengan Hospital KPJ. Mudah cerita homestay ini terletak berdekatan dengan tempat tempat penting yang memudahkan urusan anda untuk ke sana sini untuk pelbagai urusan. Yang pasti anda akan berpuas hati dengan penginapan anda bersama homestay Aqil. BYE!!!

The post Homestay Aqil Penang Luas Dan Selesa appeared first on MyRujukan.

Cara Daftar Kelahiran Bayi Baru Lahir

$
0
0

Sebagai ibu bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata, banyak perkara yang kami kurang faham dan kurang jelas. Ingatkan selepas bayi kami dilahirkan, pihak hospital yang akan menyerahkan surat beranak. Rupanya tidak. Ada proses yang perlu dilalui dan dilakukan iaitu “daftar kelahiran bayi”. Sebelum isteri dibenarkan keluar, pihak hospital akan menyerahkan surat kelahiran dan lain lain dokumen yang diperlukan ketika membuat pendaftaran kelahiran anak di mana mana Jabatan Pendaftaran Negara iaitu di JPN. Kali ini saya ingin berkongsikan pengalaman saya sendiri sebagai rujukan anda.

Semasa pihak hospital menyerahkan surat kelahiran, pihak doktor atau nurse yang menyerahkan surat tersebut ada mengingatkan kami untuk membuat pendaftaran kelahiran bayi dalam masa 60 hari. Kalau terlewat membuat pendaftaran, akan ada denda caj yang dikenakan. Berapa kadar bayaran denda caj lewat yang dikenakan bolehlah anda buat carian di internet kerana saya sendiri berjaya membuat daftar kelahiran bayi kami dalam masa 1 bulan.

Daftar kelahiran bayi di Jabatan Pendaftaran Negara JPN

Daftar kelahiran bayi di Jabatan Pendaftaran Negara JPN

Panduan Daftar Kelahiran Bayi Di JPN

Di surat kelahiran ada dikepilkan sekali arahan arahan persediaan dokumen yang perlu disediakan sebelum membuat pendaftaran kelahiran di JPN. Masing masing dokumen perlu disediakan dokumen asli original dan juga yang telah dibuat salinan (fotokopi). Tidak perlu membuat cop pengesahan kecuali jika diminta. Hanya perlu bawa salinan asal dan juga copy. Isteri tidak perlu ikut pun tidak mengapa. Hanya bawa IC isteri dan juga salinan IC tersebut. Itu sahaja.

Ambil nombor giliran pada pilihan kelahiran

Ambil nombor giliran pada pilihan kelahiran

Pada kali ini saya ingin berkongsikan panduan dari pengalaman saya sendiri tentang bagaimana saya daftar kelahiran bayi di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia iaitu JPN untuk dijadikan rujukan buat anda.

Cara Buat Surat Beranak Anak Baru Lahir

  • Kad Pengenalan Suami Isteri (Original & Copy)
  • Sijil Kelahiran dari hospital (Orginal & Copy)
  • Sijil Nikah (Orginal & Copy)
  • Buku Pink/Merah (Orginal & Copy)

Sila sediakan keempat empat dokumen yang saya senaraikan di atas ini ya. Sila bawa dokumen asal dan juga salinan sekali. Sila ke pejabat JPN dan ambil nombor giliran dan tekan butang “Kelahiran”. Saya tidak pasti dengan butang nombor giliran di pejabat JPN yang lain. Kalau di JPN Besut Terengganu, untuk mendaftar kelahiran bayi memang kena tekan butang tersebut jika mahu membuat pendaftaran kelahiran bayi.

Lengkapkan borang daftar kelahiran

Lengkapkan borang daftar kelahiran

Tidak ada apa apa yang pelik yang dilakukan ketika proses daftar kelahiran bayi. Hanya serahkan dokumen yang diminta dan tunggu sehingga proses pendaftaran selesai dilakukan. Akhir sekali anda akan mendapat “SIJIL KELAHIRAN” anak anda iaitu SURAT BERANAK. Selesai. Pihak JPN akan memberikan nota kecil yang mengandungi nombor kad pengenalan anak anda dan nombor siri untuk pengambilan kad pengenalan anak anda nanti.

Selepas daftar kelahiran bayi akan dapat sijil kelahiran

Selepas daftar kelahiran bayi akan dapat sijil kelahiran

Anda boleh mengambil kad pengenalan anak anda selepas 2 bulan selepas proses daftar kelahiran bayi selesai. Proses menunggu nombor giliran di JPN atau di mana mana premis kerajaan memang lama. Ianya adalah normal di Malaysia. Lagi lagi bila kaunter yang menguruskan adalah sedikit yang orang awam yang menunggu untuk mendapatkan khidmat pula ramai. Akan tetapi bila sampai giliran kita, proses untuk siap daftar kelahiran bayi anda sekejap sahaja. Rasanya dalam 10 minit pun sudah siap. Tidak begitu lama. Apa apa pun saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda yang baru sahaja mendapat zuriat baharu. Selamat menjadi ibu bapa. BYE.

The post Cara Daftar Kelahiran Bayi Baru Lahir appeared first on MyRujukan.


Melabur Unit Trust Terus Melalui i-Invest KWSP

$
0
0

Berita gembira terbaru dari KWSP adalah, mereka telah memperkenalkan sistem pelaburan baru untuk ahli KWSP membuat pelaburan unit trust terus secara online melalui i-Akaun KWSP sendiri. Saya pernah menulis artikel bertajuk Pengeluaran KWSP 1 Untuk Unit Trust sebelum ini di sini. Saya ceritakan pengalaman saya berjumpa dengan agen Public Mutual untuk mendengar dan menandatangani surat kebenaran bagi membuat pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP untuk diguna dan dilaburkan di dalam unit trust. Proses yang memakan masa dan agak leceh sebenarnya. Tetapi dengan adanya i-Invest KWSP, maka proses tersebut dapat dipendek dan dipercepatkan.

Sebenarnya, apa itu i-Invest KWSP? Apabila anda login akaun simpanan KWSP anda melalui i-Akaun secara online, anda akan dapat melihat menu tab baru yang bertulis “i-Invest”. Dan apabila anda klik pada menu “i-Invest” tersebut, anda akan dibawa ke halaman berkenaan perincian unit amanah yang boleh anda beli dan labur menggunakan wang simpanan kwsp dari akaun 1 anda. Ianya akan secara automatik akan memaparkan berapakah jumlah wang dari akaun 1 kwsp anda boleh diguna untuk membeli dan melabur di dalam unit dana amanah. Jelas ya.

Ini adalah fungsi i-Invest KWSP untuk membeli dana unit trust

Ini adalah fungsi i-Invest KWSP untuk membeli dana unit trust

Beli Dana Amanah Secara Online Melalui i-Invest KWSP

Jadi anda akan secara automatik akan tahu berapakah wang yang boleh anda guna untuk membeli mana mana unit amanah yang ada. Yang perlu anda buat adalah, membuat semakan unit trust yang ada tentang apakah prestasinya. Anda boleh melihat prestasi harga setiap unit trust, boleh memilih unit trust yang rendah risiko, medium risiko dan berisiko tinggi. Macam biasa, yang rendah risiko rendahlah potensi keuntungan. Yang tinggi risiko, maka tinggi jugalah potensi keuntungannya. Mudah cerita, dengan adanya i-Invest KWSP ini, maka mudahlah anda untuk membeli mana mana unit trust tanpa melalui agen lagi.

Apa tujuan i-Invest KWSP ini? Pasti akan ada yang bertanya tentang tujuan melabur dalam unit amanah ini betul tidak? Sebenarnya kalau anda hendak terus membiarkan wang simpanan kwsp anda disimpan dan terus dilabur dan diuruskan oleh kwsp pun boleh. Tiada masalahpun. Cumanya, pengenalan i-Invest KWSP ini adalah untuk memberi peluang kepada pemilik wang simpanan di dalam akaun 1 kwsp untuk berpeluang menggunakan wang simpanan tersebut untuk dilaburkan ke dalam dana unit trust yang lain yang “mungkin” mampu memberikan pulangan yang lebih dari apa yang kwsp berikan setiap tahun. Itulah tujuan utamanya.

i-Invest KWSP memaparkan jumlah dana amanah yang dibeli rugi atau untung

i-Invest KWSP memaparkan jumlah dana amanah yang dibeli rugi atau untung

Contoh mudah begini. Pihak kwsp telah memberikan pulangan dividen sebanyak 5.9% setahun untuk tahun 2018. Tetapi tahukah anda, banyak juga dana unit trust selain kwsp yang mampu memberikan pulangan dividen serendah 10% setahun? Malah ada yang lebih lagi dari itu. Bukankah lebih baik kalau anda dapat ambil sedikit wang simpanan di dalam akaun 1 kwsp anda untuk dilaburkan pula ke dalam unit dana amanah yang lain? Bukankah ini juga mampu membantu meningkatkan jumlah simpanan kwsp anda?

Saya sebelum ini pernah membeli 3 unit trust berbeza menggunakan wang dari akaun 1 kwsp. Dengan melalui i-Invest KWSP ini, saya dapat melihat unit dana yang dibeli dan prestasinya sekali. Saya dapat melihat 2 unit trust telah memberikan keuntungan dan satu lagi masih rugi. Maka dengan wang dari akaun 1 kwsp yang masih ada dan boleh dilaburkan, saya boleh menambah lagi unit trust yang sudah sedia dibeli sebelum ini atau membeli mana mana unit trust yang baru. Semua itu boleh dilakukan dengan mudah sekali melalui panel i-Invest KWSP.

Saya telahpun mencuba sendiri membeli 1 lot unit amanah terbaru melalui porrtal i-Invest KWSP. Prosesnya agak memudahkan kerana ianya sudah siap siap memaparkan berapakah jumlah wang yang layak dan boleh kita gunakan untuk membeli unit amanah yang ada. Hanya buat carian unit trust berdasarkan kriteria yang kita mahukan, dan kemudian terus tekan butang “buy” untuk membuat pembelian. Ikuti step yang dianjurkan sehingga selesai. Uni trust yang dibeli tidak terus berjaya dibeli. Ianya akan diproses dalam beberapa hari untuk disemak dan diluluskan. Selepas ianya diluluskan oleh pihak kwsp, anda sudah boleh lihat unit amanah yang anda beli di portal i-Invest KWSP anda nanti. Seronok..


>>> Dapatkan eBook Melabur Unit Trust Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Melabur Unit Trust Terus Melalui i-Invest KWSP appeared first on MyRujukan.

Beli Komputer Desktop Core i5 Refurbished Di Shopee

$
0
0

Sebelum ini saya ada membeli komputer desktop second hand murah di Shopee sebagai penyelesaikan segera terhadap komputer Dell lama saya yang rosak. Maklumlah kita mahu buat kerja kerja suntingan video editing untuk YouTube. Dan kalau tiada komputer memang susah. Namun ada sedikit kecewa kerana prestasi komputer desktop dengan CPU Core2 Duo tidak dapat memberikan prestasi diharapkan. Maka saya sekali lagi membeli komputer desktop dari model CPU lain iaitu Core i5 pula. Kenapa pilihan saya adalah desktop Core i5? Kenapa mesti desktop dan bukannya laptop?

Sebenarnya dari dulu lagi, kalau ada apa apa kerja urusan melibatkan penggunaan komputer, saya lebih sukakan komputer desktop berbanding laptop. Bagi saya ianya terasa bebas dan memudahkan saya. Malah sifat komputer desktop yang boleh dinaik taraf dengan mudah pada bila bila masa itulah yang menjadi pilihan saya. Terlebih lebih lagi apabila saya boleh menarik papan keyboard dan tetikus mouse dengan mudah ketika melakukan kerja kerja suntingan video. Lainlah kalau kerja anda melibatkan pergerakkan diluar rumah, maka laptop adalah pilihan anda.

PC Desktop Core i5 Refurbished Dari Shopee

PC Desktop Core i5 Refurbished Dari Shopee

PC Desktop Core i5 Untuk Kerja Editing Video

Zaman sekarang, kebanyakkan komputer refurbished yang dijual akan menggunakan CPU dari Core2 Duo, Core2 Quad, Core i3, Core i5 dan juga Core i7. Jujur cakap saya sudah pakai lama model komputer yang menggunakan cpu dari Core2 duo ini dan ianya memang boleh membuat apa apa tugasan kerja tanpa masalah. Setakat anda hendak main games biasa dengan setting medium biasa atau melayari internet memang tiada masalah langsung.

Aksesori komputer tambahan yang diberikan

Aksesori komputer tambahan yang diberikan

Cumanya apabila sampai kepada penggunakan untuk suntingan video iaitu video editing, maka CPU dan GPU yang lebih berkuasa diperlukan. Atas sebab inilah kenapa saya mahukan sebuah komputer jenis desktop Core i5 pula. Namun pemilihan saya bukanlah kerana jenama Core i5 itu sendiri. Ini kerana cpu Core i5 yang saya pilih ini masih menggunakan 2 teras sama seperti Core2 duo juga. Apabila perbandingan dibuat, maka keputusan menunjukkan prestasi Core i5 adalah 2.5 kali lebih berkuasa dari Core2 duo yang saya sedang pakai sekarang. Maka itu sudah memadai.

Sistem komputer menunjukkan ianya memang menggunakan CPU Core i5

Sistem komputer menunjukkan ianya memang menggunakan CPU Core i5

Ada banyak pilihan komputer desktop Core i5 dijual di Lazada mahupun Shopee. Ada yang murah dan ada yang mahal untuk komputer jenis second hand/refurbished ini ya. Jangan pelik kerana perbezaan harga walaupun ianya adalah dari cpu Core i5 juga. Ini kerana setiap cpu yang dihasilkan adalah dari generasi berbeza. Mungkin Core i5 anda adalah dari first generation, 2nd generation, 3rd generation atau yang lebih baru. Jadi inilah yang akan membuatkan perbezaan harga.

Dapatkan komputer desktop Core i5 murah di Shopee

Dapatkan komputer desktop Core i5 murah di Shopee

Website Online Shopping Popular Malaysia

  • Shopee – website online shopping popular di Malaysia
  • Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia

Mesti akan ada yang tanya kenapa tidak beli komputer baru sahaja. Ya saya akan beli komputer yang baharu di masa akan datang. Cuma masalah bajet buat masa sekarang menyebabkan saya memilih alternatif untuk mendapatkan komputer desktop refurbished terlebih dahulu untuk keperluan mendesak sekarang. Setiap manusia keperluan mereka berbeza. Ada benda yang lebih penting untuk saya dahulukan buat masa sekarang berbanding membeli komputer yang baru. 

Video di atas ini adalah komputer desktop Core i5 yang telah selamat sampai di rumah. Saya buat video unboxing buka kotak supaya anda boleh lihat sendiri bagaimana bentuk dan rupa komputer desktop jenis refurbished yang saya beli dari laman eCommerce beli belah online Shopee. Komputer masih cantik, elok dan berfungsi ketika ianya dipasangkan. Bila buat semakan spesifikasi pada My Computer, ya ianya memang sebuah komputer desktop dengan cpu dari Core i5. Terbaik. Selamat berkhidmat. Bye!!!.

The post Beli Komputer Desktop Core i5 Refurbished Di Shopee appeared first on MyRujukan.

Dapat RM500 Sebulan Dari YouTube Channel

$
0
0

Kepada yang mengikuti perkembangan saya di dalam blog ini pasti tahu tentang saya sekarang sudah mula fokus untuk buat duit dari YouTube channel betul? Setahun pertama dulu, saya fokus untuk mencapai target mendapat 1000 subscribers. Alhamdulillah tercapai. Dan setahun berikutnya saya meletekkan sasaran untuk mendapat RM500 sebulan dari YouTuba channel sendiri sebelum penghujung tahun 2019. Dan alhamdulillah ianya juga berjaya dicapai pada bulan lepas buat pertama kali. Maka sasaran saya yang terbaru adalah ingin mencapai minima sekurang kurangnya mendapat RM700 sebulan sebelum penghujung tahun ini.

Beberapa hari lepas ketika keluar dan balik dari makan bersama isteri. Isteri sempat bertanya, berapakah pendapatan yang saya dapat dan jana dari YouTube channel saya. Saya katakan saya dapat RM500 sebulan. Isteri terkejut dan seolah olah tidak percaya. Ditanya banyak kali sehingga jelas. Beliau tanya apakah duit RM500 sebulan dari YouTube sahaja atau dari blog atau dari affiliate dan lain lain. Saya kaya “YA!”, dapat dari 1 channel YouTube sahaja.

Dapat RM500 sebulan earning sebulan dari Adsense YouTube

Dapat RM500 sebulan earning sebulan dari Adsense YouTube

Jana Income RM500 Sebulan Dengan YouTube Channel

Mudah cerita, yang beliau hendak tahu apakah duit sebanyak RM500 sebulan yang saya dapat itu campur campur dari “buat duit online” yang lain atau semata mata dari 1 channel YouTube sahaja. Saya katakan, “Ya.. abang dapat RM500 sebulan dari 1 akaun YouTube channel abang sahaja”. Isteri buat muka pelik sebab macam tidak percaya. Beliau ingatkan saya hanya dapat RM100-RM200 sebulan dari YouTube.

Youtube studio memaparkan channel saya mendapat RM500 sebulan

Youtube studio memaparkan channel saya mendapat RM500 sebulan

Untuk menghilangkan confuse, saya tunjukkan sendiri akaun YouTube channel saya pada bahagian “revenue”. Terang terang tulis RM500. “Jadi bulan ni abang akan dapat RM500 lah ya”.. Saya jawab “iya… sayang…”. Tiba tiba beliau menjadi semangat untuk membantu saya menghasilkan content video untuk YouTube channel kami yang lain. Saya tersenyum sahaja di atas semangat tiba tiba beliau itu.

Untuk pengetahuan anda, saya mempunyai 2 akaun YouTube channel. Yang pertama adalah akaun YouTube channel saya sendiri yang saya jelaskan saya berjaya dapat RM500 sebulan dari situ. Dan akaun YouTube channel yang kedua adalah akaun kami berdua iaitu antara saya dan isteri. Dan kandungan video adalah fokus kepada masak masak.

Duit dari YouTube terus masuk akaun bank

Duit dari YouTube terus masuk akaun bank

Jadi isteri tiba tiba bersemangat untuk membantu saya menghasilkan video yang beliau masak. Kadang kala beliau rakam sendiri masakan beliau dan saya akan sunting dan upload ke YouTube channel masak masak kami berdua. Masakan dan editing video kami tidaklah sehebat mana. Hanya biasa biasa. Tetapi saya memegang fahaman begini iaitu kami mulakan dahulu apa apa video yang boleh kami hasilkan. Kalau ada bajet lebih nanti barulah kami akan upgrade perkakas kami untuk menghasilkan kualiti video yang lebih baik.

Untuk menghasilkan video yang baik kita memerlukan kamera yang mempunyai rakaman yang jelas, cantik dan mempunyai resolusi tinggi. Dan kita juga memerlukan sebuah komputer berkuasa tinggi yang dapat menggunakan software suntingan video yang terbaik. Ada 2 benda ini, video boleh dihasilkan dengan cantik.

Ada orang tanya, macam mana hendak buat RM500 sebulan dari pengiklanan YouTube. Bagi saya resepi dia mudah sahaja. Kena rajin upload video. Itu sahaja. Kita tidak akan tahu video manakah yang akan mendapat jumlah tontonan tinggi. Yang penting teruskan upload. Bila ada banyak video, penonton akan sedar yang YouTube channel kita adalah aktif. Maka ianya akan menyumbang kepada jumlah subscriber yang tinggi. Nanti adalah mana mana video yang mungkin berjaya “ranking” dengan baik di hasil carian YouTube dan menerima views yang tinggi. Dan views yang tinggi pula akan menyumbang kepada hasil pendapatan earning yang terjana. Jadi macam mana nak dapatkan RM500 sebulan yang pertama? Teruskan upload video baru dan jangan putus asa. Selamat mencuba. Bye.


>>> Subscribe YouTube Channel Saya – [ Click Here ] <<<

The post Dapat RM500 Sebulan Dari YouTube Channel appeared first on MyRujukan.

Dekoder MyTV Untuk Siaran TV Digital

$
0
0

Mungkin masih ramai yang masih tidak faham dan tidak jelas kenapa kena beli dan dapatkan dekoder MyTV untuk siaran tv terbaru. Dan kenapa TV analog lama tidak boleh digunakan. Dan ada sesetengah TV LCD/LED biasa pun ada yang tidak boleh tonton siaran tv terkini. Kenapa? Bagi sesetengah orang, peralihan ini seperti menyusahkan. Dan bukan semua orang akan dapat dekoder MyTV secara percuma. Yang tidak dapat, kena keluar duit pula untuk tujuan hanya untuk menonton televisyen. Kenapa?

Begini ceritanya. Sejak dari dulu, siaran yang anda tonton di kaca tv anda samada tv anda jenis besar berat, jenis skrin flat, jenis lcd, plasma atau led adalah menggunakan siaran jenis “ANALOG”. Masalah analog ada kekurangan untuk memberikan gambar yang lebih jelas dan juga tajam tidak dapat diberikan. Dan masalah ini dapat di atasi jika siaran tv kita yang lama ini iaitu siaran jenis analog ditukarkan kepada siaran jenis digital.

Dekoder MyTV murah yang rakan saya beli

Dekoder MyTV murah yang rakan saya beli

Pasang Dekoder MyTV Di Kedai Makan

Apabila siaran signal tv jenis digital dipancarkan dari menara pemancar tv, maka hanya tv yang boleh menerima siaran berbentuk digital sahaja boleh menerima siaran tersebut. TV yang boleh menerima siaran tv digital yang di dalamnya terbina perkakasan elektronik bernama “DVB-T2”. Mana mana tv yang anda beli ada tulis berkebolehan untuk memainkan siaran digital pasti ada tulis boleh menerima siaran berbentuk DVB-T2.

Sebelum ini saya ada membeli smart tv jenama Philips dan memang ada dipaparkan menyokong format DVB-T2. Jadi ketika kerajaan menamatkan siaran analog seluruh Malaysia pada Oktober 2019, tv saya tetap boleh ditonton kerana berkebolehan menerima dan membaca signal jenis digital. Bagaimana pula dengan orang yang tv mereka adalah jenis tv lama dan tidak menyokong format DVB-T2? Memang tidak boleh tonton tv langsung. Ini adalah fakta.

Hanya ada 2 sahaja cara penyelesaian yang boleh anda lakukan. Yang pertama adalah anda kena beli TV yang baru. Tetapi saya pasti bukan semua orang ada duit hendak tukar dan beli tv baru betul? TV digital paling murah dan berjenama pun sudah berharga RM600 tidak silap saya yang bersaiz 32 inch.

Cara yang ke-2 adalah lebih praktikal, munasabah dan lebih murah. Anda masih boleh menggunakan TV lama anda. Cuma anda kena gunakan sekali dengan “DECODER MYTV“. Untuk pengetahuan anda, dekoder MyTV ada pelbagai jenama, saiz dan juga harga. Ianya tidak semestinya ada tulis “MyTV” maka ianya adalah decoder yang betul. Apa apa sahaja pun boleh. Asalkan ianya menyokong format DVB-T2.

Antara MyTV dekoder yang support DVB-T2 di Shopee

Antara MyTV dekoder yang support DVB-T2 di Shopee

Website Online Shopping Popular Malaysia

  • Shopee – website online shopping popular di Malaysia
  • Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia

Dengan kata lain, semasa anda membeli dan mendapatkan dekoder MyTV buatan China yang murah misalnya, sila pastikan ianya ada dituliskan menyokong iaitu support format DVB-T2 maka bolehlah anda beli. Apa tujuan dan kegunaan dekoder ini? Tujuan dia adalah untuk menerima siaran digital melalui dekoder MyTV anda dan kemudian baru dipancarkan ke tv lama anda. Jadi anda sudah boleh tonton siaran digital tanpa masalah tanpa kena tukar tv baru. Ini untuk bajet yang rendah. Ini caranya.

TV di kedai makan emak mertua rakan saya tidak boleh ditonton sejak kerajaan menutup siaran tv analog. Jadi beliau beli sahaja dekoder MyTV di kedai tv atau kedai elektrik dan pasang. Selesai pasang, memang boleh tonton semua rancangan tv tanpa masalah. Cuma yang menariknya dengan siaran digital adalah, paparan siaran adalah lebih jelas, terang dan juga tajam. Mudah cerita cantiklah. Berapa harga dekoder MyTV ini? Beli sahaja secara online. Banyak yang bawah RM100. Beli sekali Tv antenna indoor digital yang support siaran digital ya. Murah sahaja. Dalam puluh puluh ringgit sahaja. BYE!!!.

The post Dekoder MyTV Untuk Siaran TV Digital appeared first on MyRujukan.

Kolam Memancing Udang Galah Di Permatang Pauh

$
0
0

Sebenarnya ini adalah kali kedua saya menemani rakan saya untuk membawa anak beliau untuk memancing udang. Si bapa kurang berminat. Tetapi si anak suka memancing. Orang yang tidak tahan menunggu lama dan mudah bosan pasti aktiviti memancing bukanlah hobi buat beliau. Bagi orang yang boleh menunggu lama, sudah pastilah aktiviti memancing apa sahaja hidupan laut adalah untuk mereka. Dan pada kali ini saya menemani rakan dan anak beliau untuk ke kolam memancing udang galah. Anda berminat?

Sebenarnya saya sendiri tidak berpengalaman pun memancing udang kolam. Tetapi sejak ikut sekali rakan dan anak beliau memancing udang galah, memang terasa yang aktiviti ini adalah sebuah aktiviti yang sihat. Kenapa? Pertama sekali ianya adalah sebuah aktiviti yang dapat merapatkan hubungan antara bapa dan anak. Dan yang kedua, anak dapat belajar sesuatu dalam dunia luar berkenaan haiwan berbanding anak zaman moden yang terlalu dengan smartphone. Memancing juga dapat mendidik diri untuk bersabar. Tetapi memancing yang sederhanalah. Bukan pagi, petang, siang, malam asyik memancing sahaja.

Harga memancing udang galah

Harga memancing udang galah

Pengalaman Memancing Udang Galah Dalam Kolam

Apa yang membuatkan aktiviti memancing udang adalah berkenaan tangkapan udang. Rupanya udang juga boleh dipancing menggunakan mata kail ikan yang biasa. Baru tahu yang udang juga seperti ikan. Apabila memakan umpan, kalau kena, memang tersangkut terus pada mata kail. Maklumlah tidak pernah nampak udang menggigit makanan macam mana. Jadi ada jugalah perasaan ingin tahu itu. Bila dapat sahaja, terus angkat dan dimasukkan ke dalam bubu khas untuk mengumpulkan udang.

Dan yang lebih menarik dengan aktiviti memancing udang ini adalah, hasil tangkapan udang boleh kita bawa balik atau dijual semula kepada pemilik kolam udang dengan harga yang telah ditetapkan oleh mereka. Pasti anda hendak tahu di manakah kolam memancing udang galah ini berada bukan? Kolam memancing udang galah ini berada di tepi jalan dan betul betul bertentangan dengan pasar malam di Permatang Pauh. Kos bayaran untuk memancing adalah RM20 1 jam, RM35 untuk 2 jam dan RM50 untuk 3 jam. Joran dan umpan disediakan. Mudah cerita anda bawa diri dan duit sahaja.

Memancing udang galah dalam kolam

Memancing udang galah dalam kolam

Kepada yang mungkin tidak pernah berpengalaman memancing udang di dalam kolam, mari saya cerita ringkas untuk anda. Kolam memancing udang ini adalah kolam buatan. Panjang kolam ikut pemilik mahu membuat kolam yang besar atau panjang yang bagaimana. Anda akan diberikan joran memancing siap mata kail dan juga umpan untuk udang yang mahu anda pancing nanti.

Website Untuk Beli Barang Alatan Memancing Ikan/Udang

  • Lazada – ada banyak produk untuk memancing ikan dan udang di sini
  • Shopee – ada banyak produk untuk memancing ikan dan udang di sini

Kolam udang galah ini tidaklah dalam mana akan tetapi anda tidak akan nampak udang tersebut. Saya tidak tahu apa yang pemilik kolam buat untuk membuatkan anda dan saya memang tidak akan dapat melihat udang di dalam kolam. Mungkin kerana warna air yang keruh atau memang telah diletakkan pewarna atau apa sahaja. Tetapi logiklah, sebab kalau anda nampak udang tersebut sudah tentulah anda akan pancing mata kail dan umpan di situ. Jadi tidak terasalah feel “memancing” kalau main tipu. Ianya dibuat sama macam anda pancing udang atau ikan di sungai. Seperti itulah.

Kerusi ada disediakan. Boleh duduk sementara menunggu udang terkena mata kail. Sebenarnya dalam apa apa memancing pun, kesabaran tinggi memang diperlukan. Hanya orang yang boleh duduk tunggu berjam jam lamanya boleh melakukan aktiviti sebegini. Yang mudah bosan memang tidak boleh. Kalau tanya kepada pemancing, apa yang mereka suka sangat dengan memancing, kebanyakkan akan menjawab perasaan feel memancing terbaik ketika dapat merasa umpan mengena. Kepada anda yang kaki pancing dan suka tangkap udang, port memancing udang galah di Pulau Pinang bolehlah anda ke sini. BYE.

The post Kolam Memancing Udang Galah Di Permatang Pauh appeared first on MyRujukan.

Viewing all 971 articles
Browse latest View live