Hari itu saya sempat menemani seorang rakan yang ingin mencari sepasang baju kot. Katanya hendak dipakai ketika majlis penyampaian sijil tamat pendidikan iaitu majlis konvokesyen. Saya pun setuju dengan temankan beliau. Dan ketika di pasaraya, beliau mengajak saya untuk ke kedai yang menjual pakaian pakaian terpakai. Saya sendiri terkejut kerana ada banyak juga pilihan baju kot terpakai di kedai tersebut. Samada saya baru tahu atau memang tidak tahu bahawa ada juga kedai “bundle” yang dibuka di dalam pasaraya.
Saya tanya beliau, kenapa tidak beliau beli baju kot baharu sahaja. Bukankah lebih cantik dan lebih baharu. Kata beliau, majlis penyampaian sijil tamat pendidikan di Universiti hanya berlangsung sehari sahaja. Dan beliau tidak memerlukan set lengkap baju kot yang lawa lawa, cantik cantik untuk ke majlis tersebut. Baju kot hanya perlu dipakai sehari dan selepas itu tidak akan dipakai pada masa hadapan kecualilah kalau dapat kerja hebat hebat yang hari hari kena pakai baju kot. Itu lain cerita. Beli baru terus baru berbaloi.

Contoh baju kot lelaki yang banyak dijual di pasaraya
Pakai Baju Kot Untuk Ke Majlis Konvokesyen
Saya setuju dengan pandangan beliau. Terpulang. Itu adalah hak dan pandangan masing masing. Sebagai kawan saya hanya ikutkan sahaja. Selepas cari di kedai bundle tersebut, beliau kurang berkenan. Bukan sebab tidak bagus atau tidak cantik. Tetapi kerana faktor harga. Baju kot terpakai pun masih mahal harganya. Walaupun ianya dikira masih murah berbanding membeli baju kot yang baru, ianya masih agak mahal kerana kedai tersebut berada di dalam pasaraya. Jadi anda faham faham sahajalah harganya. Tuan kedai perlu membayar kos sewa kedai yang agak tinggi.

Baju kot dan blazer murah yang dijual di kedai pakaian terpakai bundle
Ada orang tanya apa beza antara baju kot dengan baju blazer lelaki. Bagi saya ianya ada berbeza sedikit. Baju kot biasanya mempunyai keluasan kawasan leher baju yang kecil dan berbutang lebih banyak. Sedangkan baju blazer mempunyai kawasan leher baju yang lebih luas dan mempunyai butang baju yang sedikit. Oleh kerana rakan saya akan menyertai majlis rasmi untuk ambil penyampaian sijil dan bukannya majlis perniagaan, maka sudah tentu baju kot lebih sesuai berbanding baju blazer. Jelas? Betulkan saya kalau saya silap.
Rakan saya akhirnya ke kedai pakaian bundle yang terletak di kedai biasa dan bukannya di dalam pasaraya shopping complex. Beliau gembira kerana beliau jumpa apa yang beliau cari iaitu satu set baju kot sekali dengan seluar. Harganya tidak sampai RM50 pun. Sangat murah. Beliau beli dan esoknya pergi ke majlis konvokesyen dengan memakai baju kot tersebut. Terbaik

Contoh baju kot blazer murah yang ada dijual secara online
Website Untuk Beli Pakaian Termasuk Baju Kot/Blazer
- Lazada – anda boleh mencari pakaian baju kot blazer di sini dengan mudah
- 11Street – anda boleh mencari pakaian baju kot blazer di sini dengan mudah
- Shopee – anda boleh mencari pakaian baju kot blazer di sini dengan mudah
- Zalora – anda boleh mencari pakaian baju kot blazer di sini dengan mudah
Saya tidak pasti bagaimana dengan universiti yang rakan saya masuk belajar ini. Ketika di zaman saya semasa di UiTM, mereka benarkan kami memakai baju kot hitam atau baju melayu hitam untuk majlis konvokesyen. Rasanya senang hendak mencari baju melayu berwarna hitam. Kalau beli baru pun berbaloi sebab boleh dipakai bila bila masa. Kalau hanya dibenarkan pakai “baju kot” sahaja, mungkin atas sebab itulah rakan saya memilih untuk mencari dan membeli baju kot yang murah murah sahaja. Terpakai pun tidak mengapa. Bagaimana dengan anda?
The post Kisah Baju Kot Untuk Majlis Konvokesyen appeared first on MyRujukan.