Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

SmartTAG Tamat Dan Diganti Dengan RFiD Touch n Go

$
0
0

Dunia sekarang menuju ke arah lebih moden, lebih laju, lebih mudah dan wireless. Dan salah satu sistem yang popular di Malaysia dan terpaksa dirombak adalah sistem palang lebuh raya highway. Adalah sesuatu yang normal dan di ketahui ramai bahawa Touch N Go adalah sistem paling utama dalam sistem berpalang di lebuh raya highway Malaysia. Anda mempunyai pilihan samada mahu membayar kos laluan highway menggunakan wang tunai (cash) atau menggunakan sistem Touch n Go atau sistem SmartTAG yang lebih mudah. Tahukah anda yang selepas ini pihak Touch n Go akan menamatkan jualan alat SmartTAG untuk beralih kepada RFiD Touch n Go.

Semenjak pembayaran laluan lebuh raya highway ditamatkan. Sistem Touch n Go menjadi sistem pembayaran paling dominan. Dan kemudian sedikit demi sedikit fungsi Touch n Go digunakan secara meluas. Sebab itulah sistem berpalang untuk masuk ke kawasan parking kenderaan di pasaraya pun sudah mempunyai kaedah bayaran menggunakan kad Touch n Go. Selepas ini, ianya akan menjadi lebih mudah dan lebih pantas dengan pengenalan RFiD Touch n Go pula. Sebenarnya apa beza antara alat yang bernama SmartTAG dengan RFiD ini?

SmartTAG Touch N Go yang sudah ditamatkan jualan untuk memberi laluan kepada teknologi RFiD Touch n Go

SmartTAG Touch N Go yang sudah ditamatkan jualan untuk memberi laluan kepada teknologi RFiD Touch n Go

Pengenalan RFiD Touch n Go Selepas SmartTAG

Kalau anda perasan, semasa anda melalui laluan berpalang seperti di toll gate lebuh raya, anda akan diminta untuk scan kad Touch n Go anda betul? Dan kalau anda mempunyai alat yang bernama SmartTAG, anda boleh lalui laluan berpalang tetapi tanpa perlu bersusah payah untuk scan kad Touch n Go kerana ianya mempunyai sistem scan bercirikan laser LED. Tetapi dengan penggunaan RFiD Touch n Go, anda boleh melalui laluan khas untuk pengguna RFiD Touch n Go tanpa palang. Sistem RFiD Touch n Go boleh terus mengesan kenderaan anda dan kredit Touch n Go akan ditolak (deduct) serta merta.

Paparan Touch n Go dompet digital eWallet

Paparan Touch n Go dompet digital eWallet

Mungkin ada yang masih keliru. Sistem penggunaan kad Touch n Go tetap diteruskan. Cumanya, jualan alat yang bernama “SmartTAG” tidak lagi dijual atau disokong oleh pihak Touch n Go. Pihak Touch n Go mahu perkenalkan sistem baharu iaitu RFiD Touch n Go. Dengan sistem baru ini, sistem bayaran palang yang ada di lebuh raya highway akan dikurangkan atau ditamatkan. Mudah cerita, selepas ini kawasan laluan tempat bayar toll akan menjadi tanpa palang (gateless) iaitu tol elektronik.

Muat Turun Aplikasi Touch ‘n Go eWallet

Pihak Touch n Go juga telah perkenalkan dompet digital iaitu Touch n Go eWallet yang boleh anda muat turun (download) melalui GooglePlay untuk pengguna smartphone Android dan juga di AppStore untuk pengguna smartphone iOS iPhone. Dan aplikasi digital dari Touch n Go membolehkan anda memautkan kad Touch n Go (TnG) untuk menyemak baki semasa kad Touch n Go anda melalui smartphone secara online. Mudah bukan?

Tahukah anda, di negara negara maju memang menggunakan teknologi RFiD ini. Jadi sistem toll mereka memang tiada pagar palang yang akan naik atau turun. Mereka lalu sahaja lebuh raya highway dengan mudah. Selepas itu sistem aplikasi digital akan menunjukkan jumlah potongan wang yang berlaku secara pantas. Mudah bukan? Malah anda boleh menggunakan sistem Touch n Go eWallet itu nanti untuk membuat bayaran bill, membeli barang, transfer duit dan sebagainya. Mudah cerita, akan ada lebih banyak penggunaan RFiD Touch n Go yang akan diperkenalkan nanti termasuk Touch n Go eWallet. Harap anda jelas sedikit sebanyak tentang perkara ini.

The post SmartTAG Tamat Dan Diganti Dengan RFiD Touch n Go appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971