Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Sedap Juga Makan Spaghetti Goreng Simple

$
0
0

Dalam keluarga saya memang kami tidak pernah makan “spaghetti“. Kalau sebut pun terasa macam menu masakan luar negara sahaja. Terasa janggal. Apa yang saya terfikir ketika pertama kami melihat hidangan spaghetti di kaca tv? Saya menganggap ianya adalah seperti mee tetapi cara masakan dan hidangannya agak berlainan dengan mee kuning yang biasa di Malaysia. Kalau mee kuning digoreng keseluruhan. Sedangkan mee spaghetti pula hanya dituang kuah ke atasnya sahaja. Tidak dimasak sekali secara keseluruhannya. Pelik dari segi itu sahaja. Terfikir juga, tidakkah mee spaghetti dibuat dan dimasak sebagai spaghetti goreng seperti mee biasa. Itu yang saya terfikir sebelum ini.

Dan selepas saya berkahwin, isteri mula memasak dan menghidangkan menu spaghetti. Ianya adalah menu makanan yang bagi saya sedikit janggal dan itu kami pertama saya belajar mahu makan spaghetti. Hidangan spaghetti yang isteri buat ketika itu adalah spaghetti bolognese. Dan selepas itu pula beliau juga pernah membuat dan menghidangkan kepada saya spaghetti carbonara. Ketika kali pertama makan sejujurnya saya kurang suka. Terasa pelik kerana ianya berbeza dengan mee goreng yang biasa dimakan.

Hidangan spaghetti goreng yang telah siap dimasak dan di hidang

Hidangan spaghetti goreng yang telah siap dimasak dan di hidang

Resepi Spaghetti Goreng Mudah Dan Sedap

Setelah beberapa kali isteri membuat menu yang sama dan saya juga tidak kisah mencubanya beberapa kali, lidah mula terasa sesuai dengan hidangan tersebut. Malah boleh dikatakan yang sekarang saya sangat suka makan spaghetti. Dan sejak kebelakangan ini, isteri ada mencuba resepi terbaru. Saya tidak pasti samada resepi ini beliau hanya cuba cuba reka sendiri atau memang adanya resepi spaghetti seperti ini. Iaitu resepi spaghetti goreng. Saya terkejut juga pada mulanya. Sebenarnya memang ada ke resepi cara memasak spaghetti dengan cara menggoreng seperti mee kuning biasa.

Kenapa saya tidak percaya pada mulanya. Ini kerana kebiasaanya kalau isteri saya hendak memasak spaghetti, biasanya akan ada bahan bahan untuk membuat kuah bolognese atau carbonara. Oleh kerana kedua dua bahan tersebut tiada. Maka beliau mengambil keputusan untuk menggoreng sahaja spaghetti tersebut. Sebab itulah pada mulanya saya terfikir yang resepi spaghetti goreng yang beliau mahu buat itu adalah resepi rekaan sendiri sahaja sebab kekurangan bahan dan hendak mahu cepat. 

Bahan – Bahan

  • minyak masak
  • spaghetti
  • bebola daging
  • serbuk lada hitam
  • serbuk cili
  • bawang putih dan bawang besar
  • tomato
  • isi ketam
  • sayur bayam

Cara Memasak

  • Sila panaskan minyak masak
  • Sila masuk bahan tumiskan (bawang putih & lada hitam yang ditumbuk halus)
  • Masukkan bebola ayam atau hirisan ayam
  • Masukkan isi ketam. Gaul dan goreng ke semua bahan di atas
  • Masukkan spaghetti dan gorengkan
  • Masukan serbuk cili
  • Masukkan sayur bayam dan teruskan goreng
  • Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan goreng
  • Siap
Pek bungkusan spaghetti jenama kimball boleh anda dapatkan di Lazada

Pek bungkusan spaghetti jenama kimball boleh anda dapatkan di Lazada

Website Untuk Membeli Pek Bungkusan Spaghetti

  • Lazada – anda boleh mencari pelbagai jenama spaghetti di sini
  • 11Street – anda boleh mencari pelbagai brand spaghetti di sini
  • Shopee – anda boleh mencari pelbagai jenis spaghetti di sini

Oleh kerana beliau hendak cepat pergi kerja, saya setuju sahaja menu hidangan spaghetti goreng yang beliau mahu buat itu. Mudah dan cepat. Kalau mee goreng biasa saya memang suka, jadi rasanya tiada masalah kalau makan spaghetti goreng. Itu adalah apa yang saya terfikir. Selepas siap masak dan makan. Jujur cakap saya memang suka sangat. Entah kerana rasanya saya lebih sukakan spaghetti goreng lebih berbanding mee goreng sebab terasa lebih sihat dan lebih berkhasiat.

Saya sempat menolong isteri untuk memasak spaghetti goreng tersebut. Bahan bahan untuk menyediakannya adalah mudah sahaja. Lihat resepi yang saya kongsikan di atas ini. Kalau anda masih kurang jelas, tonton sahaja video yang saya kongsikan ini. Kalau anda seorang peminat mee goreng, saya pasti anda juga akan suka makan spaghetti goreng ini walaupun baru pertama kali makan. Kalau anda tanya bila ianya sesuai dimakan, saya cadangkan ianya di makan pada bila bila masa. Bahan yang saya gunakan adalah simple dan ringkas sahaja. Terpulang anda mahu masuk dan tambah bahan apa mengikut selera anda. Selamat mencuba.

The post Sedap Juga Makan Spaghetti Goreng Simple appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Trending Articles