Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Sampul Duit Raya – Adat, Sedekah Atau Budaya

$
0
0

Salah satu adat dan telahpun menjadi budaya di kalangan “orang melayu” di Malaysia adalah kemestian untuk bersedekah dalam bentuk memberikan duit raya. Dan biasanya kanak kanak atau orang bujang yang belum berkahwinlah yang akan dapat. Orang orang yang sudah berkahwin akan mempersiapkan sampul duit raya untuk dimasukkan wang. Kalau dulu orang masukkan duit syiling. Zaman sekarang rasanya orang akan memasukkan wang kertas paling minima pun RM1. Jangan masukkan kertas nota bertulis ucap selamat hari raya sudahlah.

Sebenarnya saya sendiri pun tidak pasti samada perbuatan memberikan duit raya ketika hari raya ini adat atau budaya. Hendak kata ianya adalah adat saya tidak pasti. Hendak katakan ianya adalah budaya memang dari dulu zaman kita kecil kecil pun sudah ada budaya pemberikan sampul duit raya kepada kanak kanak yang datang bertandang makan kuih raya di rumah kita. Anak anak dari sanak saudara pun tuan rumah akan berikan duit raya dan sebaliknya juga.

Beli sampul duit raya terbaru di Lazada

Beli sampul duit raya terbaru di Lazada

Beli Sampul Duit Raya Online

Rasanya kaum lain di Malaysia pun ada mengamalkan budaya seperti ini. Contohnya orang cina juga akan berikan sampul duit raya kepada kenalan dan saudara mereka yang mereka sebut ianya sebagai “angpow”. Namun aktiviti sihat ini memang digalakkan dalam Islam kerana ianya termasuk sebagai salah satu bentuk bersedekah. Sudah pasti anak anak kecil yang mendapat duit raya akan berasa gembira di hari raya.

Saya pernah menonton satu ceramah agama berkenaan hari raya. Sebenarnya hari raya adalah hari menyambut kejayaan. Ianya memang sepatutnya dirayakan dengan suasana gembira dan bukannya tangisan berduka lara. Kita umat Islam telah berjaya menunaikan ibadah fardu iaitu keperluan wajibnya berpuasa dalam sebulan. Oleh kerana kejayaan itu, maka diraikanlah hari kemenangan ini dalam 2 hari. Jadi aktiviti pemberian duit raya memang sebuah amalan yang bagus diamalkan dan dipraktikan sampai bila bila.

Dapatkan sampul duit raya terkini di Shopee

Dapatkan sampul duit raya terkini di Shopee

Jadi di mana hendak dapatkan sampul duit raya ini? Biasanya bila menjelang bulan puasa, menang akan terdapat banyak kedai runcit, kedai pakaian, bazar ramadhan, pasaraya akan ada menjual sampul duit raya ini. Malah ada yang berikan secara percuma. Rasanya tidak susah pun hendak mencari sampul duit raya ini ketika bulan ramadhan.

Website Untuk Beli Kad/Sampul Duit Raya

  • Lazada – anda boleh mencari pelbagai jenis sampul raya di sini
  • 11Street – anda boleh mencari pelbagai jenis sampul raya di sini
  • Shopee – anda boleh mencari pelbagai jenis sampul raya di sini

Cumanya nasihat saya, sila buat persiapan awal. Contohnya anda mahu berikan wang kertas untuk duit raya nanti. Bila hendak dekat hari raya, memang biasanya akan berlaku masalah tidak cukup wang kertas untuk tukar. Nasihat saya, sila cepat cepat tukar duit raya di bank. Anda akan mendapatkan note wang kertas yang baru dan banyak dengan mudah. Contohnya anda ingin menukar wang kertas RM100 kepada RM1 sebanyak 100 helai. Maka di banklah yang paling mudah.

Kalau anda betul betul susah ingin mencari sampul duit raya dimana mana kerana masalah tempat atau masa. Beli sahaja kad atau sampul duit raya ini secara online melalui link website di atas ini. Saya dah check, memang ada sangat banyak pilihan yang ada. Cantik cantik dan juga murah. Kalau tanya saya lebih baik beli di internet, kerana terlalu banyak pilihan sampai anda rambang mata dibuatnya. Tidak percaya sila lihat gambar di atas ini. Akhir sekali nasihat saya, apa apa pun yang anda belanjakan ketika raya, janganlah sampai jatuh dalam kategori membazir. Bersederhana lebih baik. Selamat hari raya.

The post Sampul Duit Raya – Adat, Sedekah Atau Budaya appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971