Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Pinjaman Wang Berlesen Aka Ahlong Yang Sah

$
0
0

Salah satu isu terkini yang menjadi masalah bagi sebilangan orang di Malaysia adalah isu terpaksa meminjam wang dengan “AhLong”. Dan diberitakan seseorang peminjam telah terkena ancaman, ugutan dan juga serangan dari Ahlong kerana masalah tidak mampu membayar balik wang yang telah dipinjam sebelum ini. Pernahkah anda terfikir, sebenarnya apakah punca masalah kepada ketidak mampuan si peminjam untuk membayar balik apa yang telah mereka pinjam? Tidakkah mereka sedar akan risiko tersebut sebelum meminjam? Di sini saya akan kongsikan sedikit cerita mengenai apa itu pinjaman wang berlesen atau lebih dikenali sebagai AhLong.

Tidak ada kedai yang menyediakan pinjaman mudah yang bukan institusi bank meletakkan nama kedai mereka sebagai AhLong. Kalau mereka letak begitu, rasanya ramai bakal peminjam wang tidak akan berani hendak meminjam wang. Biasanya mereka yang menjalankan bisnes memberi pinjaman wang ini dikenali sebagai “pinjaman wang berlesen”. Ya mereka ada lesen dan mereka sah menjalankan bisnes tersebut. Jadi dimanakah masalahnya?

Contoh bentuk kertas iklan berkenaan servis pinjaman wang berlesen

Contoh bentuk kertas iklan berkenaan servis pinjaman wang berlesen

Cara Kiraan Pinjaman Wang Berlesen AhLong

Masalah berpunca dari si peminjam mungkin tidak tahu, kurang faham, atau menipu di dalam kemampuan kewangan mereka sendiri untuk membayar apa yang telah mereka pinjam sebelum ini. Meminjam memanglah seronok. Dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi secara segera buat sementara. Tetapi bagaimana dengan kemampuan membayar balik apa yang mereka telah pinjam dengan AhLong aka pinjaman wang berlesen ini tadi.

Saya berikan contoh. Si peminjam mungkin ada hutang dengan bank contohnya loan rumah atau loan kereta atau apa sahaja. Andaikan si peminjam ada hutang rumah tertunggak sebanyak RM10K dan perlu dibayar dalam masa 1 bulan, kalau tidak rumah akan dilelong. Jadi kelam kabutlah dibuatnya kerana ketiadaan kemampuan untuk melangsaikan dalam masa terdekat. Jalan mudah adalah membuat pinjaman peribadi dengan AhLong sebanyak RM10k dan ianya lulus dalam masa 1-2 hari sahaja.

Apa yang berlaku? Hutang rumah selesai dengan segera. Tetapi ada masalah baru iaitu berhutang dengan agensi pinjaman wang berlesen yang kita sebut sebagai AhLong. Masalahnya di mana? Biasanya hutang yang diberi pinjam perlu dibayar dalam masa 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun dan lebih mengikut perjanjian.

Masalah meminjam dengan agensi pinjaman wang berlesen sebegini adalah masalah pada kadar interest yang dikenakan. Kadar interest yang dikenakan biasanya sebanyak 8% SEBULAN!!!. Jom kita buat contoh kira kira mudah. Pinjam RM10K. Kadar interest sebanyak 8% sebulan. Dan kena bayar dalam masa 2 tahun.

Cara Kira Pinjaman AhLong

  • Pinjam Wang Pokok – RM10,000
  • Kadar Interest Sebulan – 8%
  • Tempoh Bayar Balik – 2 tahun (24 bulan)
  • Bayaran Bulanan Pokok – RM10,000/24 bulan = RM416.66 Sebulan
  • Bayaran Interest Sebulan – RM10K x 8% = RM800 sebulan
  • Jumlah Kena Bayar Dalam Sebulan – Pokok + Interest = RM416.66 + RM800 = RM1216.66

Cuba anda lihat kira kira di atas? Anda pinjam RM10K dan perlu bayar dalam masa 2 tahun. Bayaran pokok pinjaman hanyalah RM416 sahaja. TETAPI interest bulanan yang dikenakan adalah tinggi iaitu sebanyak RM800 sebulan. Anda rasa anda mampu bayar?

Bayaran interest (bunga) akan berkurang berdasarkan wang pokok yang sudah dibayar. Maksudnya begini. Anda sudah bayar selama 2 bulan, itu bermakna wang pokok anda sudah bayar RM416.66 * 2 bulan = RM833.32. Jadi baki wang pokok anda tinggal RM10K – RM833.32 = RM9166.68. Jadi bila kiraan interest dibuat, ianya akan menjadi seperti ini iaitu RM9166.68 x 8% = RM733.33 sebulan. Itu bermakna, pada bulan seterusnya bayaran interest yang anda kena bayar menjadi RM733.33 berbanding RM800 sebulan sebelum ini. Jelas?

Jadi bayaran bulanan anda akan menjadi RM416.66 bayaran pokok + RM733.33 bayaran interest bunga = RM1149.99 sebulan pada bulan ke-3. Bayaran pokok setiap adalah sama setiap bulan. Yang berubah adalah bayaran interest bunga kerana kiraan akan berdasarkan baki pokok yang tinggal.

Yang menjadi masalah ramai peminjam diancam dan diugut adalah kerana ketidakmampuan membayar pinjaman yang mereka buat dengan baik. Apa yang anda nampak dari kiraan di atas? Kalau anda pinjam dengan pihak bank untuk beli rumah, beli kereta, buat personal loan dan sebagainya. Kadar interest dikira berdasarkan tahunan. Berbanding dengan syarikat memberi pinjaman wang berlesen ini, mereka kenakan kadar interest bunga berdasarkan bulanan. Inilah masalahnya.

Masalah terletak kepada si peminjam yang tidak sedar dengan risiko ini. Kalau mereka mampu, maka dipersilakan. Kalau tidak ada kemampuan, jangan cuba cuba meminjam. Dan masalah ini juga datangnya dari ketiadaan atau kekurangan agensi dari pihak kerajaan untuk membantu kewangan rakyat yang terhimpit masalah kewangan. Sama samalah agensi kerajaan mahupun persendirian mencari cara menyediakan saluran bantuan yang memudahkan menyelesaikan masalah golongan seperti ini. Orang terdesak, semua boleh berlaku. Diharap anda faham bagaimana sistem agensi pinjaman wang berlesen ini berjalan ya. Bye.


>>> Dapatkan Ebook Kewangan/Hartanah Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pinjaman Wang Berlesen Aka Ahlong Yang Sah appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971