Saya sebenarnya telah mendapat beberapa pertanyaan yang hampir sama berulang kali. Dan soalan tersebut menanyakan samada boleh atau tidak kita membeli barang dan alamatkan kepada pejabat pos laju yang terdekat dengan tempat tinggal kita. Mudah cerita kita tidak mahu produk barangan tersebut di alamatkan ke rumah kita. Kita mahu ambil (self collect) sendiri di pos laju. Saya sebenarnya secara peribadi belum pernah berbuat demikian dan memang tidak tahu samada ianya boleh atau tidak.
Dari segi logik, sebenarnya boleh sahaja. Ini adalah kerana, jika anda membeli barang secara online dan membuat pengeposan barang menggunakan pos laju, memang barang akan sampai ke gudang warehouse pos laju berdekatan tempat tinggal anda pun. Malah kalau pesaran barang anda tidak berjaya dihantar ke rumah anda kerana ketiadaan orang di rumah anda untuk mengambil barang tersebut akan dihantar semula ke gudang warehouse pos laju semula. Dan anda akan diminta datang untuk ambil bungkusan barang anda sendiri di pejabat pos laju. Betul tidak? Itulah logiknya.

Bagaimana mengisi slip poslaju dengan betul (Gambar Hiasan Sahaja)
Guna Alamat Pos Laju Untuk Pos Hantar Barang
Tapi hendak rasa rasa “boleh” atau “tidak” pun tak boleh. Jadi saya sempat membuat panggilan ke pejabat pos laju sendiri dan bertanya langsung dengan staff pekerja pos laju. Dan bertanya sendiri soalan berkenaan meletakkan alamat pos laju ketika isi slip pos laju. Dan selepas bertanya, jawapannya adalah “BOLEH”. Jadi terjawablah persoalan anda wahai pembaca blog ini. Anda boleh beli barang online dan alamatkan pada pejabat pos laju berdekatan tempat tinggal anda ya.
Saya pasti, selepas persoalan ini terjawab, akan ada yang bertanya, bagaimana hendak ambil barang di pejabat pos laju. Kena bawa apa? Tidak perlu bawa apa apa. Hanya bawa 2 benda ini sahaja. Yang pertama adalah anda kena tahu nombor tracking barang anda dan juga bawa kad pengenalan anda. 2 benda ini sahaja diperlukan untuk anda ambil barang di pos laju. Jelas ya.
Mesti ada yang hendak tahu, kenapa mahu pos barang ke pejabat pos? Kenapa tidak di alamatkan ke rumah sahaja? Bukankah mudah? Sebenarnya ada sesetengah orang alamat rumah mereka termasuk sebagai alamat yang susah dicari oleh pihak posmen. Samada rumah di kawasan yang kurang terancang atau alamat tidak berapa jelas. Atas sebab itu adalah lebih baik dan mudah kalau diletakkan sahaja alamat pejabat pos laju dan ambil sendiri barang di sana.
Dan ada juga orang yang tidak mahu produk barangan atau parcel yang mereka beli itu tidak diposkan ke rumah atas alasan privacy. Dan kalau mahu diposkan ke pejabat tempat kerja pun mungkin kurang sesuai. Maka kalau dipos hantar ke pejabat cawangan pos laju adalah pilihan paling terbaik. Datang dan self collect sendiri di tingkap serahan barang di kaunter pos laju. Mudah.
Di atas ini adalah audio rakaman perbualan saya dengan staff pos laju ya. Dan perbualan ini adalah tentang pertanyaan samada dibolehkan atau tidak untuk anda pos barang terus ke alamat cawangan pejabat pos laju berdekatan dengan tempat anda. Seperti yang saya katakan tadi. Jawapannnya adalah YA dan BOLEH. Jadi selepas ini anda janganlah takut kalau kalau anda mahu isi slip pos laju anda menggunakan alamat pos laju kawasan tempat anda ya. Selepas itu rajin rajin untuk melihat nombor tracking untuk ketahui status keberadaan barang sudah sampai atau belum. Jika sudah sampai, boleh terus ambil di kaunter serahan barang/tingkap di pos laju ya. Selamat mencuba.
The post Bolehkah Alamatkan Pejabat Pos Untuk Terima Ambil Barang appeared first on MyRujukan.