Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Khind Air Fryer ARF3000 Dari Shopee Sudah Sampai

$
0
0

Antara senarai barang perkakasan dapur untuk memasak yang isteri senaraikan untuk dibeli adalah “Air Fryer” selain dari Periuk Noxxa. Ianya adalah sebuah perkakas elektrik yang digunakan untuk menggoreng, memanggang dan membakar tanpa menggunakan minyak. Idea memasak tanpa guna minyak nampak menarik lagi lagi bagi orang yang berminat hendak memasak dengan cara sihat. Hasil survey yang dilakukan akhirnya saya memilih untuk membeli Khind Air Fryer ARF3000. Harga jualan dalam sekitar RM320 – RM350 sahaja. Berminat?

Sebenarnya sudah agak lama saya dengar tentang perkakas air fryer ini. Saya berminat hendak tahu dan baca tentang perkakas memasak elektrik ini adalah kerana idea memasak tanpa menggunakan minyak. Itu menarik. Tidak sangka pula, selepas kahwin isteri meminta untuk dibelikan air fryer ini. Untuk pengetahuan anda, Khind Air Fryer ARF3000 ini menggunakan butang tekan jenis digital. Iaitu kita tekan set suhu dan masa hanya pasa skrin sahaja. Dan inilah salah satu sebab kenapa saya pilih Khind Air Fryer model ini.

Inilah dia Khind Air Fryer ARF3000 yang dibeli dari Shopee

Inilah dia Khind Air Fryer ARF3000 yang dibeli dari Shopee

Beli Dan Cuba Guna Khind Air Fryer ARF3000

Adakah saya sudah mencuba guna produk Khind Air Fryer ini? Jawapannya adalah YA!. Saya telah cuba menggoreng nugget dan juga ayam. Bagaimana dengan rasa. Jawapannya adalah sedap. Rasa lebih kurang sama seperti menggoreng menggunakan minyak. Cuma ianya tanpa minyak dan lebih sihat. Cuma perkara yang menarik dengan air fryer ini adalah, ianya agak memudahkan kerja menggoreng. Kenapa saya katakan ianya mudah? Kalau anda memasak menggunakan minyak di kuali, anda kena selalu pantau takut takut hangus masakan kita.

Goreng ayam menggunakan Air Fryer jenama Khind

Goreng ayam menggunakan Khind Air Fryer

Tetapi dengan air fryer berbeza. Ketika memasak seperti menggoreng, kita akan tetapkan berapa suhu dan berapa masa yang diambil. Setkan dan biarkan ianya berjalan sampai siap. Itu sahaja. Lepas siap, buka penutup air fryer, ambil makanan bergoreng dan makan. Mudah bukan? Dari setakat ini ketika saya menggoreng nugget dan ayam, ianya tidaklah mengecewakan. Saya akan cuba memasak menggunakan Khind Air Fryer ARF3000 ini untuk menu menu yang lain pula.

Hasil menggoreng nugget dengan Air Fryer Khind

Hasil menggoreng nugget dengan Khind Air Fryer

Apakah ada kesan negatif ketika memasak menggunakan air fryer? Ini pendapat saya ya. Boleh jadi betul atau salah. Ada 2 benda kekurangan yang saya nampak dengan air fryer ini. Bukan kekurangan pada model ini tetapi kekurangan pada ke semua alat air fryer ini. Iaitu ianya “mungkin” kurang sesuai untuk anda memasak makanan yang memerlukan minyak. Ye lah, bukan semua benda masakan seperti menggoreng sesuai dimasak tanpa guna minyak. Ada masakan yang memerlukan minyak untuk lebih sedap dan sesuai dimasak.

Khind Air Fryer 3 Liter Model Versi ARF3000

Khind Air Fryer 3 Liter Model Versi ARF3000

Website Online Shopping Popular Malaysia

  • Shopee – website online shopping popular di Malaysia
  • Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia

Cumanya alat seperti Khind Air Fryer ARF3000 ini misalnya, ianya hanya membantu anda memasak seperti menggoreng makanan yang sesuai digoreng tanpa memerlukan minyak masak untuk dimasak. Air fryer Khind model ARF 3000 ini adalah model yang menggunakan butang skrin sesentuh dan bukannya button tekan tekan atau yang tombol pulas pusing. Dan ianya adalah dari model dengan kapasiti 3.0L.

Adakah air fryer jenama Khind ini bagus dan berkualiti? Rasanya di Malaysia, produk barangan elektrik jenama Khind memang sudah biasa kita dengar dan berada di pasaran Malaysia. Dan hasil dari review pengguna pula, ramai yang memang telah membeli dan menggunakan Khind air fryer ini. Majoritinya memberikan ulasan yang positif. Jadi atas sebab itulah kenapa saya memilih Khind Air Fryer ARF3000 ini yang saya beli melalui Shopee. Selepas ini akan bermulalah episod memasak kami menggunakan air fryer untuk mencuba segala jenis masakan yang sesuai dimasak menggunakan Khind Air Fryer ARF3000 ini. BYE.

The post Khind Air Fryer ARF3000 Dari Shopee Sudah Sampai appeared first on MyRujukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 971

Trending Articles