Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all 971 articles
Browse latest View live

Petua Menghalau Kutu Beras Supaya Tidak Merosakkan Beras

$
0
0

Kisah ini berlaku kepada saya beberapa hari lepas. Isteri tergesa gesa bersiap hendak pergi kerja. Dan beliau memberitahu kepada saya yang beliau minta maaf tidak sempat memasak nasi untuk saya. Sebagai suami, saya tidak kisahpun beliau tidak sempat masak nasi. Kita sebagai suami hanya mahukan mereka (isteri) ini ada menunjukkan komitmen yang mereka memang mahu memasak untuk kita. Itu sahaja. Jadi saya tersenyum sahaja dan mengatakan tidak mengapa. Saya boleh masak nasi sendiri. Kisahnya saya agak terkejut apabila ternampak kutu beras dalam beras yang hendak saya basuh dan masak pada tengah hari itu. Pelikkah?

Saya memang sudah biasa memasak nasi semasa bujang ketika tinggal bersama ibu bapa. Agak jarang saya dapat melihat haiwan seranggak kecil yang bernama “kutu beras” ini. Kalau ada pun hanya beberapa sahaja. Yang menjadi masalah adalah saya terkejut melihat kutu beras ini ada agak banyak di dalam paket beras yang saya beli ini. Ini membuatkan saya tertanya tanya apakah beras yang sudah dimasuki oleh kutu beras ini masih boleh dimakan dan digunakan atau tidak.

Contoh sebenar gambar kutu beras di dalam beras

Contoh sebenar gambar kutu beras di dalam beras

Pengalaman Saya Masak Nasi Yang Ada Kutu Beras

Hasil carian di internet menunjukkan ianya bukanlah satu masalah. Yang perlu anda buat adalah membuang sahaja kutu tersebut dan kemudian basuh dan masak. Kalau sedikit tidak mengapalah. Kalau banyak susah juga. Untuk pengetahuan anda, di rumah saya ini mempunyai 2 kampit beras. Satu beras yang biasa dan satu lagi adalah beras “herba ponni”. Oleh kerana saya hendak masak untuk saya makan seorang sahaja, saya memilih untuk memasak beras yang bagus sedikit dan saya memilih beras herba ponni keluaran jenama Faiza.

Apabila saya membuka kampit beras Faiza Herba Ponni ini, saya terkejut kerana di dalamnya terdapat kutu beras. Anda jangan salah faham pula, bukan sebab beras jenama ini yang akan ada kutu beras. Tiada kaitan dengan jenama. Harap maklum. Jadi ianya membuatkan saya terfikir, bagaimanakah cara membuang kutu beras ini untuk memasak dan apakah cara untuk menghalau kutu beras keluar dari beras di rumah kita.

Petua Membuang/Menghalau Kutu Beras

Bau bauan dari Daun Limau Purut, Bawang Putih, Asam Keping, Daun Pandan, Cili Kering, Kulit Kayu Manis ini memang akan membuatkan kutu beras keluar dari beras anda. Teknik Jemur Beras di tengah hari juga dapat membantu masalah ini

Isteri saya pernah berkongsikan tips agar gula tidak di masuki semut. Gula di rumah kami memang selalu dihurung semut. Beliau masukkan kulit kayu manis dan sehingga kini memang tiada semut pun dalam bekas gula tersebut. Memang berkesan.

Untuk masalah kutu beras pula ada 2 keadaan. Satu keadaan ketika anda mahu memasak beras tersebut. Satu lagi keadaan untuk anda pastikan selepas itu tiada lagi kutu beras dalam beras anda sampai bila bila. Untuk memasak, anda basuh sahaja beras macam biasa. Jangan risau, biasanya kutu beras akan terapung di atas air dan mudah untuk anda membuangnya. Yang tidak terapung anda gaul gaulah beras ketika membasuh dan membuang kutu yang masih ada.

Untuk beras yang anda simpan yang masih ada kutu beras itu, sila ikuti petua dan panduan di atas ini untuk anda cuba amalkan. Masalah semut pada gula sudah saya selesaikan. Dan masalah kutu beras pula akan saya cuba gunakan mana mana idea di atas ini untuk dipraktikan. Saya pasti ianya berkesan. Berkesan macam mana? Bukan melalui cara membunuh kutu tersebut, tetapi dengan cara menghalau agar kutu beras tidak lagi berada dalam beras anda. Cubalah.


>>> Beli Beras Secara Online – [ Click Here ] <<<

The post Petua Menghalau Kutu Beras Supaya Tidak Merosakkan Beras appeared first on MyRujukan.


Bukti Kenapa Beli Di Lazada Lebih Murah Berbanding Kedai

$
0
0

Sebenarnya saya sudah perasan lama, yang kebanyakkan barang yang dijual di Lazada memang sedikit lebih murah. Kawan saya yang memang tidak yakin membeli barang secara online telah membuat percubaan dengan membeli smartphone iaitu Xiaomi Redmi Note 4 melalui Lazada. Memang satu percubaan yang berisiko tinggi. Mana tidaknya, beliau telah cuba membeli smartphone yang berharga RM800 melalui internet. Dan percubaan kali pertama beliau itu tidak mengecewakan. Beliau berjaya dapat barang dengan selamat dan baik. Malah beliau sendiri mengakui yang beli di Lazada lebih murah berbanding membeli di kedai. Benarkah?

Selepas itu beliau cuba lagi membeli 2 buah penghawa dingin (aircond) jenama Midea. Dan barang juga selamat sampai dengan jayanya. Dan selepas itu beliau membeli water heater pun selamat dengan jayanya. Dan pada minggu lepas beliau membuat percubaan pembelian lebih besar dengan membeli LED TV 32 inchi dan juga sebuah mesin basuh automatik jenama Sharp. Kedua duanya habis dalam RM1300. Apa beliau cakap? Beliau sudah survey harga di kedai dan juga di Lazada. Jawapannya adalah Lazada lebih murah.

Hair dryer yang saya belikan untuk isteri

Hair dryer yang saya belikan untuk isteri

Adakah Benar Website Lazada Lebih Murah Berbanding Beli Di Kedai Biasa

Saya pun sebenarnya sudah lebih 10 kali membeli barang di Lazada. Memang sudah yakin sangat. Malah tidak menafikan soal harga yang lebih murah. Kadang tidak murah sangat, akan tetapi memang ada beza harga. Kalau anda memang seorang yang mementingkan lebih penjimatan walaupun RM10, maka anda boleh cuba membeli barang di Lazada. Kalau dapat kupon baucer memang lagi seronok berbelanja.

Pengering rambut jenama Philips yang dijual di kedai elektrik

Pengering rambut jenama Philips yang dijual di kedai elektrik

Semalam saya pergi ke kedai yang menjual barangan elektrik. Saya mahu beli alat pengering rambut (hair dryer) untuk isteri sebagai hadiah. Isteri sebenarnya sudah berulang kali mengatakan mahu membeli hair dryer. Ini kerana beliau kerap kali terlambat ke tempat kerja kerana menunggu rambut kering sebelum memakai tudung. Jadi saya pun pergilah ke kedai tersebut dan melakukan survey harga. 

Alat pengering rambut jenama Philips yang lebih murah ada dijual di website Lazada Malaysia

Alat pengering rambut jenama Philips yang boleh di beli melalui Lazada lebih murah

Saya pun surveylah produk hair dryer di kedai yang menjual barangan elektrik tersebut. Malah saya meminta staff pekerja di sana untuk memberikan saya masa membuat semakan harga di Lazada. Hendak tahu apa yang saya nampak? Ada 2 produk yang sama dijual di Lazada dengan 2 harga berbeza. Saya tidak mahu bercakap kosong dengan anda. Di atas ini saya berikan bukti sebenar.

Website eCommerce Terbaik Malaysia

  • Lazada – website yang paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia
  • 11Street – kedua terbaik selepas Lazada
  • Shopee – antara yang mula popular selepas 2 website di atas ini

Gambar kedua di atas adalah bukti pembelian hair dryer jenama Philips di kedai tersebut yang dijual dengan harga RM89.00. Sedangkan gambar ketiga di atas menunjukkan pengering rambut dari jenama dan siri yang saya dijual dengan 2 harga berbeza iaitu RM86.89 dan juga RM73.99. Apa yang anda dapat lihat? Ini adalah bukti sebenar yang menunjukkan sememangnya membeli di Lazada lebih murah berbanding di kedai. Setuju. Kenapa saya beli di kedai? Kerana saya hendak beli segera dan berikan kepada isteri pada hari tersebut. Kalau tidak urgent memang saya akan beli di Lazada sahaja. Bye

The post Bukti Kenapa Beli Di Lazada Lebih Murah Berbanding Kedai appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Cuci Gigi Di Klinik Swasta

$
0
0

Saya tidak tahu bagaimana dengan anda. Kali terakhir gigi saya diperiksa adalah ketika zaman persekolahan. Itupun kerana terpaksa. Dan selepas itu tidak pernah. Dan yang paling terbaru saya berjumpa doktor gigi adalah beberapa bulan lepas kerana terpaksa mencabut gigi yang sudah goyang dan berasa sangat sakit. Dan selepas itu tiada. Dari apa yang saya lihat di klinik gigi, rupa rupanya ada banyak rawatan gigi yang mereka tawarkan termasuk servis perkhidmatan cuci gigi. Saya memang tidak tahu yang gigi boleh dicuci dan perlu ke klinik. Kenapa saya tidak tahu benda ini dari dulu ya? Puncanya kerana kurang kesedaran.

Selepas berkahwin, ada banyak juga benda benda yang saya banyak belajar dari isteri. Salah satunya adalah berkenaan penjagaan gigi. Beliau ada menerangkan dan mencerita kepada saya tentang rawatan gigi. Dari situlah saya dapat tahu tentang servis cuci gigi ini. Ada dua tempat yang boleh anda lakukan samada di klinik kerajaan atau di klinik swasta. Kami memilih klinik swasta yang berdekatan dengan tempat tinggal kami. Saya dan isteri bersama sama membuat temujanji untuk mencuci gigi kami berdua.

Proses cuci gigi yang dilakukan di klinik pergigian swasta

Proses cuci gigi yang dilakukan di klinik pergigian swasta

Kenapa Perlu Cuci Gigi 6 Bulan Sekali

Saya berpengalaman mencuci gigi kami di Desa Murni Dental Clinic Sungai Dua Pulau Pinang. Sebelum hadir ke sana kami sudah membuat temujanji terlebih dahulu. Jadi mudah, datang pada tepat masa dan terus mendapatkan rawatan. Hendak terus datang ke klinik pun boleh juga. Itu kalau tiada orang (pesakit). Kalau ada ramai pesakit, anda hanya membuang masa anda sahaja kerana terpaksa menunggu giliran. Bagi saya, kaedah yang paling mudah adalah anda terus membuat panggilan telefon ke klinik berkenaan dan tanyakan terus samada anda boleh walk in terus pada waktu sekian dan sekian.

Apakah kelebihan mencuci gigi ini? Bagaimana mereka mencuci gigi? Tidakkah kita boleh mencuci gigi sendiri di rumah? Mari saya jelaskan secara ringkas mengikut fahaman saya sendiri. Sebenarnya gigi kita setiap tahun akan membentuk “plak gigi” Sedikit demi sedikit. Cuba anda lihat apa yang ada pada belakang gigi bawah anda? Ada seakan akan plak yang menebal dan keras betul? Itulah dia benda yang terkumpul dan membentuk plak. Dan plak yang banyak ini pula kalau dibiarkan akan membentuk karang gigi dan salah satu penyebab kenapa mulut dan nafas anda berbau.

Apa yang doktor gigi akan buat? Mereka akan melakukan teknik “Scaling”. Teknik scaling gigi adalah kaedah untuk membuang plak/karang gigi yang sudah mengeras di sekitar gigi anda. Teknik ini akan menghancurkan plak tersebut sedikit demi sedikit sampai habis. Mudah cerita kotoran yang melekat pada gigi mereka akan buang sampai habis.

Contoh produk pencuci mulut yang boleh anda gunakan

Contoh produk pencuci mulut yang boleh anda gunakan

Pengalaman saya? Saya seorang penakut dengan doktor gigi. Nasib baik yang rawatan cuci gigi tidak memerlukan kawasan mulit kita perlu di suntik. Tetapi mereka akan tetap sapukan sejenis ubat yang memberikan sedikit rasa kebas untuk elak rasa sakit. Doktor gigi menggunakan alat apa ntah yang ianya bergetar dan mampu memecahkan plak/karang gigi. Saya tidak merasakan apa apa sakit. Ada terasa sedikit ngilu.

Manfaat Rawatan Mencuci Gigi (Scaling)

  • Membuang kotoran sisa makanan
  • Membersih plak/karang gigi
  • Mencegah perubahan warna gigi
  • Mengelak terkena pengakit gusi
  • Dapat mengurangkan bau mulut

Proses tidaklah lama. Bergantung kepada plak yang ada pada gigi anda. Selepas siap, saya sendiri merasakan yang plak tersebut memang sudah tiada. Terasa suci pula gigi. Nasihat doktor, kalau boleh buatlah rawatan cuci gigi ini 6 bulan sekali. Berapa kos cas yang dikenakan? Hanya RM80 sahaja untuk seorang. Kepada anda yang mempunyai mulut berbau, selalu terkena ulser mulut atau ulser lidah, pergilah cuci gigi anda di klinik gigi. Selepas balik rumah, sila amalkan gosok gigi sebelum tidur. Kemudian cuci gigi, lidah dan mulut anda dengan pencuci mulut seperti gambar di atas ini ya. Ingat ya, gigi anda hendak pakai lama hingga ke hari tua. Jagalah gigi anda. Bye


>>> Beli Pencuci Mulut (alcohol free) Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pengalaman Cuci Gigi Di Klinik Swasta appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Di The Habitat Bukit Bendera Penang

$
0
0

Salah satu perkara yang menarik di Pulau Pinang ini adalah tarikan perlancongan yang ada. Memang ada banyak. Kalau kita tanya apa yang best di Pulau Pinang. Jawapan yang perlu ditanyakan semula adalah ada 2 iaitu Tempat Makan dan Tempat Jalan Jalan. Pulau Pinang ada dua dua benda ini. Dan pada minggu lalu, isteri tanya saya hendak ke mana kami berdua pada hujung minggu lalu. Terasa sudah agak lama tidak berjalan ke mana mana. Saya serahkan pada beliau. Minta beliau cari tempat menarik di Penang. Dan saya hanya akan setuju sahaja. Akhir sekali beliau memilih dan mengajak saya ke The Habitat di Bukit Bendera Penang.

Kemudian saya terus membuka website rasmi (Offcial) The Habitat Penang. Dan terus ke halaman booking untuk terus membuat pembelian tiket secara online. Dan selepas membuat pembelian tiket barulah saya membuat sedikit carian berkenaan tempat ini. Hasil dari bacaan di internet menunjukkan yang kawasan ini sebenarnya adalah satu kawasan untuk anda melihat lihat keindahan flora dan fauna. Kepada peminat dan pecinta alam sekitar iaitu “nature”, anda memang sesuai untuk ke sini.

Menunggu keretapi Bukit Bendera untuk naik ke Penang Hill

Menunggu keretapi Bukit Bendera untuk naik ke Penang Hill

Review The Habitat Penang Hills

Berapa harga tiket untuk ke The Habitat Pulau Pinang ini? Yuran masuk bagi orang dewasa dan mempunyai IC Malaysia adalah berharga RM50 seorang. Agak mahal juga bagi saya. Dua orang masuk pun sudah RM100. Untuk pengetahuan anda yang bertanya di manakah tempat kawasan ini. The Habitat terletak di Bukit Bendera (Penang Hills). Mudah cerita, untuk anda ke The Habitat, anda mestilah menaiki keretapi Bukit Bendera. Lebih jelasnya, anda perlu beli 2 tiket. Satu tiket keretapi Bukit Bendera dan satu lagi tiket untuk masuk ke kawasan The Habitat. Jelas ya.

Pintu masuk ke The Habitat Penang Hill

Pintu masuk ke The Habitat Penang Hill

Kalau anda membuat carian di internet, saya pasti anda akan tertarik dengan gambar permandangan di jambatan gantung dan juga jambatan bulat yang mengelilingi hutan. Sebenarnya itulah dia salah satu sebab yang besar kenapa saya tertarik ingin ke sana. Saya mahu melihat permandangan hutan hijau yang indah dari tempat tinggi.

Kaunter beli tiket untuk ke Penang Habitat

Kaunter beli tiket untuk ke Penang Habitat

Mula mula anda akan menaiki keretapi bukit bendera. Dan anda perlu ke satu spot kawasan depan mini stadium. Mereka akan tunggu anda di situ. Mereka akan membawa anda ke tempat pintu masuk The Habitat dengan menaiki kereta yang mereka sediakan. Selepas sampai anda perlu masuk dan ke kaunter untuk membuat semakan. Sila berikan info lanjut berkenaan tiket yang sudah anda beli secara online.

Lokasi Butterfly Circle di The Habitat Pulau Pinang

Lokasi Butterfly Circle di The Habitat Pulau Pinang

Selepas itu mereka akan berikan satu slip pengesahan pembelian tiket yang mempunyai bar kod untuk anda scan di pintu scanner palang automatik untuk masuk ke The Habitat Penang Hills sebenar. Dari pintu inilah bermula perjalanan anda untuk meng explore keindahan hutan.

Taman Orkid yang terdapat di kawasan The habitat Penang

Taman Orkid yang terdapat di kawasan The habitat Penang

Apa aktiviti yang ada dalam The Habitat ini? Dari pengalaman saya sendiri, hanya ada 1 aktiviti sahaja di sediakan iaitu aktiviti membuat atau menanam pokok kecil dalam cawan gelas kecil (jar) yang mereka sediakan. Kalau anda ambil pakej biasa, anda perlu membayar RM10 jika mahu bawa balik. Jika anda ambil pakej family, maka anda boleh bawa balik secara percuma.

Di Penang Habitat ada tempat untuk minum dan mengisi air kosong dan tong sampah yang bersih

Di Penang Habitat ada tempat untuk minum dan mengisi air kosong dan tong sampah yang bersih

 Apa yang ada di The Habitat Bukit Bendara ini? Seperti yang diceritakan di atas tadi, tujuan utama untuk melihat flora dan fauna. Dari pengalaman sendiri, saya tidak menemui apa apa fauna pun. Tumbuhan flora ada banyak. Itupun biasa biasa sahaja. Mengikut pekerja staff The Habitat, kalau kita dalam kumpulan besar, akan ada staff yang akan mengikuti anda dan menerangkan flora yang ada. Kalau tiada, makna kita kena tengok sendiri kiri kanan kita. Biasanya kita akan terlepas pandang. Sebab kita anggap semua itu adalah “pokok hutan” biasa sahaja. Kalau tanya saya secara peribadi, tiada pokok hutan yang menarik pandangan saya. 

Di Penang Habitat terdapat Canopy Walk untuk anda melihat keindahan hutan hijau

Di Penang Habitat terdapat Canopy Walk untuk anda melihat keindahan hutan hijau

Yang menjadi tujuan saya adalah jambatang gantung panjang dan juga jambatan bulat. Untuk jambatan gantung, saya memang suka dan berasa teruja. Sangat panjang, terasa gerun dan dapat melihat pokok pokok hutan yang lama dan sangat tinggi. Terasa yang diri kita sebagai manusia ini memang sangat kecil sahaja.

Tree Top Walk adalah tempat yang paling penting di The Habitat Bukit Bendera Pulau Pinang

Tree Top Walk adalah tempat yang paling penting di The Habitat Bukit Bendera Pulau Pinang

Dan akhir sekali anda akan melalui jambatan bulat yang wajib anda pergi. Jambatan ini saya agak kecewa. Ianya bukanlah tidak bagus. Cumanya harapan (expectation) saya agak tinggi. Bila tengok depan depan mata, ianya tidaklah besar mana dan tidaklah tinggi mana. Ketika saya naik ke atas jambatan bulatan ini, ianya rasa biasa biasa sahaja. Ini pandangan sayalah. Dan selepas itu sudah keluar balik dari pintu masuk The Habitat ini. Itu sahaja.

Dalam perjalanan balik keluar, saya sempat bertanya kepada staff The Habitat tentang apakah yang menarik yang ada dalam The Habitat ini. Jawapan beliau adalah, tempat ini biasa biasa sahaja. Sesuai untuk orang yang sukakan suasana alam hutan dan juga climbing. Saya memang sukakan hutan (nature), namun kepuasan tidak berapa terasa. Dari RM50 yang dihabiskan, saya rasakan yang ianya kurang berbaloi. Namun seperti yang saya katakan ulang kali, mungkin penerimaan setiap orang berbeza. Mungkin ada yang kata best dan seronok. Bagi saya ianya kurang memuaskan. Saya kasi score markah 5/10. Bye


>>> Prepare Percutian Penang Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pengalaman Di The Habitat Bukit Bendera Penang appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Membeli Komputer Refurbished

$
0
0

Beberapa tahun lepas saya pernah membuka perniagaan cyber cafe iaitu di Kodiang Kedah. Oleh kerana kos modal yang agak besar untuk membeli sebuah pc kommputer yang baharu, saya memilih untuk membeli dan mendapatkan komputer jenis terpakai (second hand) atau jenis komputer refurbished. Bayangkan sebuah komputer baharu boleh memakan belanja setinggi RM2000 paling minima akan tetapi sebuah komputer terpakai complete set hanya memakan modal setinggi RM800 sahaja. Banyak penjimatan yang boleh saya jimatkan ketika itu.

Dan untuk pengetahuan anda, ketika ini, saya masih lagi menggunakan komputer jenis refurbished. Ianya sudah mencecah usia hampir 6 tahun sejak saya beli. Dari pengalaman ini, apa yang saya dapat? Apakah berbaloi untuk membeli komputer jenis terpakai? Dari pengalaman ringkas saya ini, saya boleh katakan ianya berbaloi dan tiada masalah langsung. Kenapa? Saya akan cerita sebab sebab kenapa anda tidak perlu risau atau bimbang dengan sebuah komputer yang lengkap tetapi bukan baharu.

Contoh komputer refurbished yang telah saya beli baru baru ini

Contoh komputer refurbished yang telah saya beli baru baru ini

Berbaloikah Membeli Komputer Refurbished

Komputer pc desktop, bukanlah sebuah alat elektronik yang bersifat menyatu. Ianya terpecah oecah. Ianya terdiri dari banyak komponen yang lain. Ianya terdiri dari CPU, GPU, Power Supply, RAM, Hardisk, Papan Induk (Motherboard) dan lain lain lagi. Jika salah satu komponen rosak, anda boleh dengan mudah mengganti komponen tersebut. Tidak memerlukan modal yang besar pun. Bagi saya, isu komputer “terpakai” bukanlah satu isu besar.

Mungkin ada yang kurang faham maksud komputer terpakai dengan komputer refurbished. Bagi saya ianya sama sahaja. Ianya “pernah” rosak dan telahpun dibaiki. Jika sudah di baiki dengan menggantikan komponen yang rosak dengan komponen baru, jadi di mana masalahnya? Saya sendiri sehingga kini berpuas hati dengan komputer refurbished yang saya gunakan kini. Tiada masalah pun.

Website Yang Menjual Used Computer

  • Lazada – paling mudah mencari komputer refurbished di sini
  • 11Street – ada banyak pilihan komputer terpakai di sini
  • Shopee – ada sangat banyak pilihan komputer cpu refurbished murah di sini

Beberapa hari lepas, komputer refurbished yang saya beli mempunyai masalah. Ianya tidak dapat dihidupkan. Saya anggap ianya sudah rosak. Tetapi saya tidak terkilan kerana saya menggunakan komputer tersebut dengan agak kerap dan ianya sudahpun digunakan lebih dari 6 tahun. Jadi tiada masalah rasa ralat kalau ianya rosak. Dan kini saya sedang melakukan survey ingin mencari dan membeli sebuah komputer terpakai yang baharu. Saya senyum sahaja. Ini kerana kos gantian membeli CPU komputer refurbished hanya dalam lingkungan RM500 sahaja. Kalau berminat, sila klik link di atas ini ya. Bye

The post Pengalaman Membeli Komputer Refurbished appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Membeli Baju Melayu Aaron Aziz Di Jakel

$
0
0

Sebelum berkahwin saya memang tidak pernah pergi kedai kain Jakel pun. Dalam kepada terfikir yang kain pasang yang dijual di sana mahal mahal belaka. Dan semasa berkenalanan dengan tunang dahulu pun dia ada mengajak pergi ke kedai jakel untuk mencari kain pasang untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan. Dan itu kali pertama menjejakkan kaki ke kedai yang bernama Jakel ini. Terkejut juga melihat harga kain pasang yang dijual di sana. Harga sepasang semuanya ratusan ringgit. Dari bacaan review di internet pun ada menceritakan yang baju melayu Aaron Aziz dijual dengan harga RM200 sepasang. Bagi saya harga sebegitu memang mahal.

Salah satu fenomena yang menaikkan jenama kedai Jakel adalah dengan promosi menjual baju melayu Aaron Aziz ketika mendekati musim perayaan hari raya puasa dan juga hari raya haji. Saya sendiri memang sudah terbiasa membeli baju melayu di bazar ramadhan dan juga di pasaraya shopping complex. Biasanya harga bagi baju melayu sepasang yang saya biasa beli adalah dalam lingkungan harga RM75 – RM85 sahaja. Dan harga yang lebih mahal dari itu boleh juga saya terima asalkan ianya lebih berkualiti dan ada jenama.

Baju melayu Aaron Aziz di Jakel

Baju melayu Aaron Aziz di Jakel

Promosi Terbaru Baju Melayu Aaron Aziz Di Kedai Jakel

Akan tetapi bila terdengar dari bacaan review di blog tentang harga baju melayu Aaron Aziz yang berharga RM200 bagi saya memang sangat mahal. Tetapi saya tidaklah mengatakan ianya keterlaluan. Ianya hanya mahal bagi diri saya. Tetapi bagi anda yang mempunyai bajet wang lebih dan berkemampuan, maka ianya tidak salah pun untuk anda beli. Namun dari pengalaman terkini saya bersama isteri pada bulan lalu (Feb 2018) mendapati harga baju melayu Aaron Aziz sepasang dapat dibeli dengan harga semurah RM100 sahaja.

Beli baju melayu Aaron Aziz yang kemas dan cantik

Beli baju melayu Aaron Aziz yang kemas dan cantik

Sebenarnya, tujuan asal kami ke kedai Jakel adalah ingin membeli kain pasang untuk dihadiahkan kepada emak dan adik untuk dibuat dan dijadikan baju kurung untuk hari raya nanti. Ianya sebagai hadiah. Akan tetapi sudah alang alang membeli kain pasang untuk emak dan adik perempuan. Maka kami beli terus baju melayu jenama Aaron Aziz yang sama warna dengan kain pasang supaya sama tema warna satu keluarga. Jadi sebab itulah saya boleh dapat tahu tentang harga semasa baju melayu brand Aaron Aziz tersebut.

Website Yang Ada Menjual Baju Melayu Lelaki

  • Lazada – dapatkan baju melayu dengan harga murah di sini
  • 11Street – pilihan baju melayu di sini agak kurang
  • Zalora – ada sangat banyak baju melayu design terkini di sini
  • FashionValet – ada banyak baju melayu berkualiti di sini

Ketika artikel ini ditulis, harga baju melayu Aaron Aziz yang dijual di jakel adalah RM100 dan juga RM120 sahaja bergantung kepada kualiti kain. Dan ketika membeli kain pasang untuk dihadiahkan kepada emak, isteri saya juga sempat membeli kain pasang promosi yang diadakan ketika itu dengan harga RM58 untuk 2 pasang. Apa lagi, isteri saya terus ambil tawaran tersebut. Dapatlah buat 2 pasang baju kurung dengan kos harga kain pasang yang cuma RM58 sahaja. Jimat bukan? Tapi anda kena pandailah tahu hari apa yang mereka buat promosi itu. Selamat membeli kain pasang dan baju raya di Kedai Jakel Trading.

The post Pengalaman Membeli Baju Melayu Aaron Aziz Di Jakel appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Menarik Di Penang Street Art

$
0
0

Beberapa minggu lepas saya berkesempatan bersama isteri dan adik ipar untuk berkunjung ke lokasi iaitu tempat menarik yang ada di Pulau Pinang. Tempat tersebut di namakan sebagai “Penang Street Art” iaitu kawasan tempat di mana banyak lukisan dalam bentuk cat pada dinding yang menjadi salah satu daya tarik bagi negeri Pulau Pinang. Seorang orang tahu yang di Penang banyak bangunan bangunan lama. Dan ianya diubah menjadi tarikan dengan membuatkan dinding dinding lama menjadi seri semula dengan mengecat dinding dengan lukisan yang menarik yang mempunyai maksud dan kaitan berkenaan negeri Pulau Pinang. Memang menarik.

Dan di sebabkan saya belum pernah ke sana dan belum melihat sendiri keindahan lukisan tersebut, maka saya bersetuju dengan ajakan tersebut. Tiada kos yang dikenakan. Ianya terletak pada kawasan yang berdekatan dengan Georgetown. Ianya adalah kawasan bandar yang mana terdapat banyak dinding bangunan yang telah dicat dengan pelbagai hiasan lukisan berbentuk mural. Saya sendiri sejujurnya belum pernah lagi melihat lukisan di dinding seperti itu di mana mana negeri di Malaysia. Ianya menarik.

Budak budak sedang bergambar dengan gambar lukisan di dinding

Budak budak sedang bergambar dengan gambar lukisan di dinding

Seronokkah Ke Penang Street Art Ini?

Sebenarnya lukisan mural Penang Street Art ini sudah lama. Ianya dibuat sejak 2012 lagi kalau saya tidak silap. Kalau saya hanya baru melawat kawasan ini pada 2018, bermakna ianya sudahpun hampir 6 tahun yang lalu. Jadi tidak hairan kalau saya katakan yang kebanyakkan lukisan mural tersebut sudah agak pudar warnanya. Kena pula dengan cuaca Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun. Jadi tidak hairan kalau kebanyakkan gambar lukisan sudah pudar malah ada yang hampir tidak nampak.

Kami mengambil gambar di Penang Street Art

Kami mengambil gambar di Penang Street Art

Selain dari lukisan yang menjadi daya penarik di kawasan Penang Street Art ini. Ada terdapat beberapa kedai yang menyediakan servis basikal untuk sesiapa sahaja yang mahu berkayuh menaiki basikal di kawasan tersebut. Setelah saya sendiri berjalan jalan dengan kaki di kawasan tersebut, saya merasakan yang servis basikal yang disediakan memang bagus sebenarnya. Agak penat juga untuk pergi ke sana ke mari kerana kawasan tersebut agak luas juga.

Lukisan mural kucing meow di kawasan Penang Street Art

Lukisan mural kucing meow di kawasan Penang Street Art

Apa yang ada di kawasan Penang Street Art ini? Selain dari lukisan mural. Ada juga banyak kedai makan dibuka, kedai pakaian, kedai perhiasan, kedai binatang seperti kucing, orang melukis potret dijalanan, papan tanda yang menerangkan kisah sejarah, ada ramai pelancong, ada orang ambil gambar di sana sini dan bermacam macam lagi. Mudah cerita, selain dari lukisan mural di dinding, ada terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai cenderahati yang bakal menarik minat anda samada di kedai atau ditepi tepi jalan.

Jadi apakah pandangan dan pengalaman saya setelah pergi ke lokasi Penang Street Art ini? Untuk tahun 2018 ini, bagi saya lukisan mural di dinding yang terdapat di sana agak sudah pudar. Lebih menarik sekiranya dapat diwarnakan semula dan diperbanyakkan lagi lukisan tersebut. Persekitaran di kawasan Penang Street Art memang menarik. Kawasan tersebut anda sendiri akan rasakan ianya menarik dengan perasaan suasana perlancongan. Tidak rugi untuk ke sana untuk meluang masa bersama rakan atau keluarga. Cubalah. Bye.


>>> Bercuti Ke Penang? Jom Sewa Homestay – [ Click Here ] <<<

The post Pengalaman Menarik Di Penang Street Art appeared first on MyRujukan.

Rakam Android Games Dengan Xiaomi Redmi Note 3 Pro

$
0
0

Saya tidak pasti samada anda tahu ataupun tidak bahawa salah satu genre video yang paling ramai ditonton oleh pengguna YouTube adalah rakaman video orang main games. Mereka akan rakam permainan yang mereka mainkan di komputer, laptop, tablet mahupun di smartphone. Rasanya sudah ramai yang tahu bagaimana dan software apakah yang patut digunakan untuk merakam skrin komputer/laptop. Bagaimana dengan telefon pintar. Adakah anda tahu cara untuk rakam android games di smartphone anda. Saya pasti anda berasa kecewa dengan sesetengah aplikasi rakam skrin betul?

Kepada yang mengikuti penulisan di blog ini, anda pasti perasan yang saya pernah menulis dan menceritakan saya sedang mula mahu mengambil peluang buat duit dengan video di YouTube. Dan saya berjaya menjana pendapatan melalui YouTube sebanyak USD20 sebulan. Dan semangat saya berkobar kobar mahu serius dengan YouTube. Saya perlu mengupload sebanyak mungkin video yang menarik di YouTube. Jika tiada video yang baharu, saya menjadi buntu. Saya lihat ramai orang suka share video rakaman di smartphone mereka. Jadi saya pun berminat.

Fungsi Rakam Android Games Yang Terdapat Pada Xiaomi Redmi Note 3 Pro

Fungsi Rakam Android Games Yang Terdapat Pada Xiaomi Redmi Note 3 Pro

Rakam Android Games Mudah Dengan Telefon Pintar Xiaomi

Macam saya katakan di atas tadi, ramai orang yang suka tonton rakaman bermain games samada di PC atau di smartphone. Dunia gaming memang mempunyai peminatnya tersendiri. Jadi tidak hairan kalau rata rata video tentang permainan android misalnya mendapat jumlah tontonan yang agak tinggi. Kalau saya berminat mahu buat duit dengan YouTube dengan menguload rakaman video android games, saya perlu tahu cara untuk rakam android games melalui smartphone saya.

Untuk pengetahuan anda, saya pasti anda pun sudah melalui pengalaman seperti saya iaitu memuat turun pelbagai aplikasi “screen recorder”. Dan kebanyakkan tidak memberikan fungsi yang penuh. Anda perlu membuat bayaran untuk membeli dan menggunakan kesemua fungsi tanpa had. Oleh kerana kebanyakkan dari kita memang tidak mahu membayar, maka anda memang akan buntu macam mana hendak menyelesaikan masalah tersebut.

Saya tidak tahu apakah model smartphone anda. Untuk maklumat anda, baru baru ini saya telah meng-update versi android terkini pada smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Pro saya ini. Melalui software upgrade terkini yang dibekalkan oleh Xiaomi, nampaknya mereka memberikan satu aplikasi baru tambahan iaitu SCREEN RECORDER. Saya terus tersenyum gembira. Ini kerana telefon pintar saya kini mempunyai aplikasi untuk saya rakam android games dengan mudah secara full version. Saya tidak perlu bayar dan sememangnya aplikasi ini hebat. Lepas ini bolehlah saya merakam banyak aktiviti yang saya lakukan melalui smartphone ini. Bye

The post Rakam Android Games Dengan Xiaomi Redmi Note 3 Pro appeared first on MyRujukan.


Berapakah Wang Anda Dapat Jika Batal ASB Financing Awal

$
0
0

Sebenarnya saya mendapat banyak pertanyaan berkenaan isu pinjaman Amanah Saham Bumiputera dari pembaca blog ini. Dalam setahun pasti soalan seperti ini saya akan dapat iaitu setiap kali Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan dividen ASB. Apakah soalan tersebut? Soalan tersebut adalah berkenaan bagaimana hendak terminate loan ASB dan berapakah jumlah duit ASB yang mereka boleh dapat sekiranya mereka batal ASB Financing sekarang juga. Soalan seperti ini sebenarnya membuatkan saya sedih. Sedih kerana tujuan pembiayaan loan ASB Financing ditawarkan tidak mencapai sasaran. Rasanya anda faham apa saya maksudkan bukan?

Tidak mengapa, dari sudut positif mungkin ada maksud yang baik dari pertanyaan mereka itu. Mungkin mereka iaitu anda adalah seorang individu yang memang mengambil pembiayaan ASB sudah agak lama dan berhajat untuk menggunakan wang yang telah lama anda labur dan simpan. Jika ini sebab anda berminat untuk batal ASB Financing, saya memang teruja untuk membantu anda. Ini kerana, selain dari kerana menyimpan semata mata, pelaburan ASB juga dapat membantu anda untuk melangsaikan hutang dan juga mempercepat bayaran hutang pinjaman rumah anda. Kalau ini tujuan anda. Saya sokong 100%.

Jadual bayaran ansurans bulanan untuk pelaburan ASB-i dari Maybank

Jadual bayaran ansurans bulanan untuk pelaburan ASB-i dari Maybank

Jumlah Duit Yang Dapat Selepas Batal ASB Financing

Ini kerana, salah satu untuk mendapatkan kehidupan yang agak selesa adalah dengan mengurangkan bebanan hutang yang anda pikul. Dan dengan menggunakan teknik pinjaman loan ASB memang boleh membantu anda mencapai impian tersebut. Ok kita berbalik kepada topik utama kita iaitu berapakah jumlah wang tunai yang boleh anda dapat selepas anda batal ASB Financing anda. Saya akan tunjukkan kira kiranya kepada anda. Harap anda ikuti rujukan ini dengan teliti ok.

Kita buat contoh ringkas. Katakan anda mahu meminjam loan ASB sebanyak RM200K dari Maybank. Dan pembiayaan ASB Financing dari Maybank mengenakan kadar asas (interest) sebanyak 5.05%. Dan katakan anda memilih tempoh bayaran ansurans bulanan selama 20 tahun. Maka bayaran ansurans bulanan ASB financing anda adalah sebanyak RM1326 setiap bulan (lihat gambar di atas). Jelas?

Cara kiraan mudah berapa jumlah wang dapat selepas batal ASB Financing

Cara kiraan mudah berapa jumlah wang dapat selepas batal ASB Financing

Gambar pertama di atas itu adalah jadual ringkas bayaran balik pinjaman ASB dari Maybank. Yang perlu anda dapatkan kini adalah JADUAL PENUH. Oleh kerana anda tidak ada jadual penuh, maka anda boleh buat dan lakukan sendiri terus dari telefon pintar smartphone anda. Sila muat turun dan pasang (install) aplikasi “Financial Calculators” dan jalankan aplikasi ini. Selepas itu sila pilih dan klik “Loan Calculator”. Masukkan data seperti jumlah pinjaman iaitu RM200K, nilai interest iaitu 5.05% dan tempoh pinjaman iaitu 20 dan klik calculate. Selepas itu sila klik “Amortization”. Anda akan mendapat senarai jumlah bayaran setiap bulan seperti gambar kedua di atas ini.

20 tahun adalah bersamaan dengan 240 bulan. Katakan anda mahu batal ASB Financing anda pada bulan ke-150 (lihat gambar kedua di atas). Bulan ke-150 ini lebih kurang pada tahun ke-12 lebih. Cuba lihat baki iaitu Balance pada bulan ke-150. Ianya menunjukkan jumlah BAKI HUTANG yang masih belum anda bayar. Jadi berapakah jumlah wang yang anda akan dapat setelah anda batal ASB Financing anda?

Cara Kira Wang ASB Berapa Dapat Setelah 150 Bulan

  • Anda pinjam RM200K selama 20 tahun (240 bulan)
  • Anda mahu stopa dan batal ASB Financing pada bulan ke-150
  • Baki hutang pada bulan ke-150 adalah RM99129.45
  • Ini bermakna anda sudahpun membayar RM200k – RMRM99129.45 = RM100870.55
  • Jumlah wang anda bakal dapat setelah batal loan ASB adalah sebanyak RM100870.55

Kalau anda masih tidak faham, sila tonton video yang saya kongsikan di atas ini. Anda boleh gunakan kalkulator tersebut untuk membuat kiraan dan jadual pembayaran balik ASB loan anda dengan mudah dan dapat melihat secara langsung berapakah jumlah baki yang masih ada dan berapa jumlah pula duit wang yang anda boleh dapat selepas ditolak dengan baki tersebut selepas anda berjaya batal ASB Financing anda. Kalau anda masih ragu ragu samada hendak batal ASB loan atau tidak, apa kata dapatkan panduan pelaburan ASB tentang bagaimana hendak kembangkan lebih dari 7% setahun, sila dapatkan panduan ASB Genius melalui link di bawah ini. Selamat mencuba.


>>> Dapatkan ASB Genius Combo Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Berapakah Wang Anda Dapat Jika Batal ASB Financing Awal appeared first on MyRujukan.

Berapakah Jumlah Simpanan KWSP Selepas Bersara Anda

$
0
0

Adakah anda terfikir dan bimbang dengan jumlah simpanan kwsp samada mencukupi ataupun tidak selepas anda berhenti, bersara atau pencen pada umur 55 nanti. Apakah ini yang menjadi kebimbangan anda. Anda tidak pasti berapakah jumlah yang layak atau dikira cukup untuk anda gunakan ketika sudah tua? Tahukah anda, mengikut maklumat kwsp, mereka menetapkan yang simpanan asas iaitu akaun 1 anda mestilah mempunyai sekurang kurangnya sebanyak RM228k ketika anda bersara pada umur 55 nanti. Adakah anda tahu samada caruman simpanan anda di kwsp akan mencapai sasaran jumlah tersebut?

Perlu diingatkan yang tetapan simpanan asas kwsp itu adalah untuk sasaran minima. Mereka menentukan jumlah tersebut berdasarkan gaji minima iaitu RM950 dan juga statistik rakyat Malaysia akan terus hidup selama 20 tahun lagi selepas bersara pada umur 55 tahun. Ini bermakna, kalau anda mempunyai RM228K pada umur 55 tahun, dan di bahagikan pula untuk tempoh 20 tahun penggunaan. Ini bermakna, dalam sebulan anda hanya layak menggunakan RM228K / 20 tahun = RM950 sebulan untuk wang tersebut cukup sehingga anda berumur 75 tahun.

Panduan kira kira untuk ketahui jumlah simpanan kwsp anda pada masa hadapan

Panduan kira kira untuk ketahui jumlah simpanan kwsp anda pada masa hadapan

Cara Mudah Mengira Jumlah Simpanan KWSP

Soalan yang perlu anda tanyakan pada diri anda sekarang adalah, apakah anda yakin anda akan hidup sampai 75 tahun? Apakah anda yakin anda akan mati pada umur 75 tahun? Apakah anda yakin yang simpanan anda akan mencapai sasaran minima RM228K? Dan apakah anda yakin yang anda boleh hidup dengan belanja sebanyak RM950 sahaja sebulan pada 20 tahun akan datang? Pernah anda terfikir tentang isu ini? Itu tentang diri anda. Bagaimana dengan keluarga anda?

Kita bercakap tentang isu jumlah simpanan kwsp anda ketika anda berumur 55 tahun nanti. Kita bercakap tentang kos sara hidup ketika 20 – 30 tahun akan datang. Dengan beranggapan anda masih sihat, masih boleh terus bekerja dan ingin terus bekerja dengan syarikat tempat anda sampai anda pencen nanti. Tahukah anda yang sekarang ini anda sebenarnya boleh membuat kira kira sendiri akan potensi jumlah simpanan kwsp anda akan datang.

Jom kita buat contoh kira kira. Katakan anda bekerja dengan majikan dan bergaji RM2500 sebulan. Katakan anda membuat potongan caruman kwsp sebanyak 11% dari gaji anda. Dan majikan pula juga mencarum dan memberikan 12% dari gaji anda. Katakan anda kini berumur 25 tahun dan dividen kwsp kita anggap ianya kekal sama setiap tahun iaitu 6% setahun. Jadi berapakah jumlah simpanan kwsp anda ketika anda berumur 55 tahun?

Kiraan Jumlah Simpanan KWSP Akan Datang

  • Kalkulator KWSP – klik link ini untuk menggunakan epf calculator
  • Umur = 25 tahun
  • Gaji = RM2500
  • Potongan Kwsp dari anda =  RM2500 x 11% = RM275
  • Potongan Kwsp dari majikan =  RM2500 x 12% = RM300
  • Dividen kwsp (epf) = 6% setahun
  • Jumlah simpanan kwsp pada umur 55 tahun = RM578231

Berdasarkan jumlah simpanan kwsp tersebut, jika anda bahagikan dengan 20 tahun, maka anda akan mendapat jumlah potensi wang sara hidup bulanan yang sepatutnya anda gunakan dan tidak boleh lebih dari itu. RM578231 / 20 tahun = RM2409 sebulan. Jika ini adalah jumlah sebenar simpanan anda, maka anda perlu dan boleh gunakan sebanyak RM2409 sebulan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara. Dari kira kira seperti inilah akan dapat membantu anda membuat perancangan untuk hari tua anda selepas anda bersara nanti. Sudah buat kira kira simpanan kwsp anda? Sebelumk itu, sudahkah anda menukar akaun kwsp semasa anda kepada akaun kwsp patuh syariah. Kalau belum, sila pergi buat cepat cepat ya untuk keberkatan simpanan wang anda. Bye

The post Berapakah Jumlah Simpanan KWSP Selepas Bersara Anda appeared first on MyRujukan.

Beli Barang China Dari Malaysia Mudah Dengan Ezbuy

$
0
0

Tahukah anda yang kebanyakkan produk barangan sekarang memang datangnya dari negara China. China adalah pengeksport utama barangan di dunia. Kalau dulu produk barangan dari China pasti kita akan merasakan ianya tidak bermutu, kurang berkualiti dan mudah rosak betul? Tetapi kini sudah banyak produk dan barangan dari negara China yang memberikan mutu kualiti yang baik tetapi dengan harga yang rendah dan murah. Sebab itu tidak hairan kalau rakyat Malaysia sudah ramai yang beli barang China terus secara online tanpa perlu ke China. Adakah anda tahu tentang hal ini?

Mungkin anda perasan, ada banyak program membeli barang dari China dengan perlu pergi sendiri ke negara China. Bagi anda yang tujuannya adalah untuk berniaga dan mengimport barang yang murah dalam kuantiti yang besar, maka memang anda perlu melawat ke China. Malah saya sendiri menyokong akan proses sebegini. Ianya akan memberikan anda latihan dan keyakinan diri bagaimana untuk beli barang China tanpa takut tertipu dan berjaya mendapatkan dengan harga yang sangat sangat murah. Sebagai peniaga, soal kos memang anda kena ambilt tahu. Ini penting.

Saya beli barang China murah dan mudah di website Ezbuy Malaysia

Saya beli barang China murah dan mudah di website Ezbuy Malaysia

Pengalaman Beli Barang China Mudah Secara Online

Tetapi jika anda adalah seorang pembeli untuk diri sendiri atau peniaga online kecil kecilan atau sederhana, sebenarnya anda boleh sahaja beli barang China terus melalui internet. Cumanya anda kenalah tahu website yang manakah yang paling dipercayai (trusted) dan website manakah yang mampu menawarkan produk barangan yang anda mahu beli itu dengan harga borong. Untuk maklumat anda, kebanyakkan peniaga cina di Malaysia memang gunakan teknik ini pun untuk mereka buat duit dan menjadi kaya. Bukan rahsia pun.

Pek bungkusan barang dari Ezbuy yang saya beli telah sampai ke Malaysia

Pek bungkusan barang dari Ezbuy yang saya beli telah sampai ke Malaysia

Adakah saya pernah membeli barang dari China. Jawapannya YA!. Sudah berapa kali? Rasanya sudah berkali kali. Seingat saya rasanya saya sudah pernah beli barang dari China secara online sebanyak lebih dari 7 kali. Dan yang terbaru saya membelikan isteri saya beberapa helai baju tidur untuk wanita yang cantik dan berharga murah terus dari China melalui internet. Berapa murah? Sudah tentu lebih murah berbanding dengan harga yang dijual di Malaysia. Saya sudah survey, jadi saya tahulah.

Website Yang Menjual Produk Dari China

  • TaoBao Lazada – banyak produk dari Taobao ada di jual di Lazada Malaysia
  • Ezbuy – website dari Malaysia yang menjual produk dari Taobao dan TMall
  • Ebook Taobao – panduan membeli di website official Taobao dalam bahasa Malaysia

Gambar di atas adalah bukti sebenar akan bungkusan yang saya terima dari website Ezbuy Malaysia. Website mereka ini adalah sebagai “orang tengah”. Kalau anda hendak beli terus dari website China, saya takut anda tidak faham bahasa tulisan cina dan tidak tahu samada seller tersebut boleh dipercayai atau tidak. Sekurang kurangnya jika anda membeli di Ezbuy, mereka bagi pihak anda yang akan membelikan untuk anda. Dan harga yang mereka tawarkan adalah dalam nilai ringgit Malaysia (RM). Jadi anda dengan mudah akan tahu harga jualan tersebut. Jom beli barang China mudah di sini.

The post Beli Barang China Dari Malaysia Mudah Dengan Ezbuy appeared first on MyRujukan.

Promosi Aiskrim Nestle Murah Terus Dari Kilang

$
0
0

Rasanya semua orang tahu yang negeri Pulau Pinang ini adalah salah satu negeri terletaknya banyak industri perkilangan. Salah satu industri perkilangan yang banyak di Pulau Pinang ini adalah industri berbentuk makanan. Dan aiskrim adalah salah satu bentuk industri yang berkaitan dengan makanan. Tahukah anda, di Penang memang terdapat beberapa buah kilang yang suka melakukan jualan promosi terus dari kilang. Dan baru baru ini sebuah kilang di sana telah membuat promosi jualan aiskrim nestle dengan harga murah terus dari kilang. Memang ramai orang yang datang ke sana termasuk kami.

Sebagai seorang yang suka makan aiskrim, saya memang tidak akan melepaskan peluang jika ada mana mana jualan promosi aiskrim murah. Saya kurang pentingkan jenama dalam soal aiskrim ini. Asalkan ianya sedap pada lidah saya, maka saya akan suka. Dan kebetulan saya ada terbaca iklan jualan aiskrim murah dari Nestle du Facebook. Saya pun bersama sama isteri untuk ke sana. Apabila sampai di sana, sudah terdapat sangat ramai orang yang menunggu untuk membeli aiskrim nestle.

Promosi aiskrim murah dari kilang dari pengedar aiskrim nestle Penang

Promosi aiskrim murah dari kilang dari pengedar aiskrim nestle Penang

Pengalaman Beli Aiskrim Nestle Murah Dari Kilang

Kilang yang menjual aiskrim nestle ini terletak di Mak Mandin. Dan sebelum ini pun sudah ada kilang lain yang menjual produk mereka dengan harga murah terus dari kilang di kawasan yang sama. Produk tersebut adalah produk minuman vico. Dan saya juga pergi ke sana untuk mendapatkan produk vico. Dan kali ini kami datang lagi di Mak Mandin Penang untuk memborong aiskrim nestle ini. Anda akan dapat lihat ramai orang yang membeli secara borong aiskrim dengan banyak untuk mereka bawa balik.

Ramai menunggu giliran untuk dapat membeli aiskrim nestle murah

Ramai menunggu giliran untuk dapat membeli aiskrim nestle murah

Kilang tersebut bernama Perniagaan Manisan Sdn Bhd yang menjadi pengedar kepada aiskrim nestle di Pulau Pinang. Di sebabkan iklan mereka di internet, ramai orang yang sukakan aiskrim datang ke kilang tersebut. Kami sampai pun sudah ramai orang yang menunggu dan beratur. Saya cari tempat untuk parking kereta dan cepat beratur dengan orang lain.

Kawasan untuk memilih dan membeli aiskrim nestle dalam kilang

Kawasan untuk memilih dan membeli aiskrim nestle dalam kilang

Orang sangat ramai. Saya beratur pun lebih dari 1 jam baru dapat masuk ke kawasan untuk membeli aiskrim nestle tersebut. Ini kerana, produk aiskrim memerlukan kawasan yang sejuk untuk tahan lama. Pihak kilang aiskrim nestle hanya membenarkan sekumpulan orang sahaja memasuki kawasan untuk membeli dan memilih aiskrim dalam satu satu masa. Setiap kali satu kumpulan masuk, biasanya kumpulan yang berikutnya terpaksa menunggu paling kurang 30 minit untuk masuk pula. Jadi memang lama.

Antara aiskrim nestle yang saya beli

Antara aiskrim nestle yang saya beli

Nasihat saya, kalau ada aktiviti sebegini dari kilang kilang lain, kalau boleh sila datang awal. Itu sahaja cara untuk anda tidak penat menunggu giliran untuk membeli apa yang anda mahukan. Malaysia cuaca panas, kalau anda terpaksa beratur tengah panas, memang boleh tention di buatnya. Adakah harga aiskrim nestle yang ditawarkan terus dari kilang berharga murah. Dari pengalaman saya, ianya memang murah tetapi tidaklah terlalu murah seperti produk minuman vico yang saya beli sebelum ini. Namun aiskrim nestle yang dibeli memang sedap dan saya sangat suka. Bye.


>>> Dapatkan Produk Nestle Online Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Promosi Aiskrim Nestle Murah Terus Dari Kilang appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Cat Kereta Proton Saga BLM

$
0
0

Saya mempunyai sebuah kereta Proton Saga jenis BLM yang telahpun berumur 10 tahun. Setakat ini tiada kerosakkan jenis major yang berlaku. Rosak sikit sikit itu biasalah. Dan apabila sudah 10 tahun, sudah pasti cat kereta proton saga saya ini sudah pudar dan tidak lagi berkilat. Bagi saya ianya masalah kecil sahaja asalkan cat masih elok dan belum tertanggal atau mengelupas. Pada beberapa bulan lalu cat kereta saya pada bahagian bonet depan telah menggelupas. Isunya adalah kerana tahi burung.

Jika saya pergi kerja dan terlewat, biasanya kenderaan kereta tidak lagi mempunyai parking khas yang di sediakan kerana sudah penuh. Kami terpaksa parking kereta sedikit jauh dan berteduh di bawah pokok sepanjang jalan. Tanpa kami sedar, memang banyak burung burung yang hinggap di pokok tersebut. Dan tahi burung pasti akan terkena pada bumbung atau bonet kereta. Dan kereta saya juga terkena tahi burung di bonet hadapan dan sedikit dan saya mengabaikannya. Saya tidak pergi cuci cepat cepat kerana kesibukkan masa.

Saya hantar cat kereta proton saga kerana cat sudah terkopek

Saya hantar cat kereta proton saga kerana cat sudah terkopek

Bengkel Mengetuk Dan Cat Kereta Proton Saga Penang

Hari demi hari berlalu, warna cat kereta di sekeliling tahi burung jelas ternampak perubahan sedikit demi sedikit. Warna semakin pudar dan lama lama ianya mula mengelupas. Ketika saya sedar yang cat kereta sudah mula mengelupas kerana tahi burung, ianya sudah terlambat untuk saya memperbetulkannya. Selepas itu terjadinya cat sompek di sana sini di atas bonet hadapan. Sepatutnya selepas kena tahu burung, saya mesti cepat cepat pergi basuh. Ini saya biarkan sahaja, maka itulah yang berlaku. Saya belajar dari pengalaman.

Kereta proton saga sedang dalam proses mengecat

Kereta proton saga sedang dalam proses mengecat

Setelah berbincang dengan isteri, kami membuat keputusan untuk menghantar cat kereta proton saga kami itu. Kami memilih warna baharu dan memberikan kereta tersebut di kedai cat kereta di permatang pauh Penang. Biasanya masa yang diambil untuk cat kereta ke semuanya adalah dalam masa sebulan. Tetapi nasib kami baik yang tauke kedai cat kereta boleh menyiapkan 2 minggu lebih awal. Memang cepat. 

Bengkel cat kereta permatang pauh Pulau Pinang

Bengkel cat kereta permatang pauh Pulau Pinang

Kos keseluruhan untuk cat kereta proton saga (luar sahaja) dikenakan cas sebanyak RM1400. Untuk cat luar dan dalam rasanya akan dikenakan cas sebanyak RM2000. Anda pasti hendak tahu di kedai mana saya pergi hantar kereta Proton Saga saya di cat betul? Sila lihat gambar di atas. Gambar di atas ini adalah bengkel kereta yang menyediakan servis mengetuk dan mengecat pelbagai kenderaan. Kalau anda hendak cepat siap, sila hantar cat kereta proton saga anda di bengkel ini. Beliau boleh siapkan 2 minggu lebih awal kalau anda mahu. Berminat?


>>> Dapatkan Panduan Jaga Kereta Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pengalaman Cat Kereta Proton Saga BLM appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Menukar Paip Air Sinki Yang Rosak

$
0
0

Kadang kala kita kena tahu juga sedikit sebanyak tentang ilmu “do it yourself” (DIY) iaitu ilmu membaiki atau pertukangan yang kita lakukan sendiri. Tujuan utama adalah untuk meningkatkan kebolehan kemahiran diri dan dapat mengurangkan kos yang terpaksa dikeluarkan yang mana kita sendiri sebenarnya boleh melakukan perkara tersebut. Pada bulan lepas, paip air sinki di rumah saya rosak. Isteri komplen kepada saya yang mengatakan paip air di sinki dapur tidak boleh ditutup. Air akan senantiasa keluar dalam jumlah yang kecil. Saya biarkan sahaja sehingga pada suatu hari ianya menjadi besar dan perlu juga diganti.

Kalau ikutkan perasaan “malas”, memang saya akan menelefon tukang paip dan biar mereka yang uruskan. Akan tetapi pengalaman saya yang terkena dengan upah tukang paip yang mengenakan cas yang mahal membuatkan saya sedikit gerun. Dan saya berpendapat yang proses menukar paip air sinki yang rosak ini sebenarnya adalah proses yang agak mudah. Sebagai lelaki atau ketua keluarga sepatutnya saya perlu berkemampuan menukar dan membaikinya sendiri. Saya pun pergi ke kedai hardware dan membeli barang yang sepatutnya.

Kepala paip air sinki yang sudah rosak perlu diganti

Kepala paip air sinki yang sudah rosak perlu diganti

Cara Mengganti Hos Kepala Paip Air Sinki Yang Bocor

Kepada anda yang mungkin tidak tahu. Proses untuk membaiki atau menukar paip air sinki yang baharu hanya memerlukan 2 benda sahaja. Yang pertama adalah kepala paip air sinki itu sendiri. Dan yang kedua pula adalah “seal tape” yang akan digunakan untuk memastikan sambungan kepala paip dengan punca air agar menjadi ketat dan air tidak keluar dari sambungan tersebut. Biasanya masalah paip air sinki bocor atau tidak boleh ditutup kerana masalah getah yang sudah haus di dalamnya. Jadi tiada cara lain kecuali anda kena beli yang baharu sahaja.

Seal tape untuk membuat pengambungan paip air sinki

Seal tape untuk membuat pengambungan paip air sinki

Kalau rumah anda berdekatan dengan kedai hardware, sila pergi ke kedai hardware sahaja dan cari dua barang ini. Biasanya harga bagi sebuah kepala paip air sinki yang baharu dalam belas belas ringgit hingga ke puluhan ringgit setiap satu bergantung kepada kualiti dan rekaan design. Kalau anda tidak tahu di mana kedai hardware, sila beli dan dapatkan dua barang ini secara online melalui link website di bawah ini.

Proses Mengganti Paip Sinki Lama Kepada Baharu

  1. Biasanya kepala paip kita tanggalkan mudah dengan cara memusingkannya mengikut arah lawan jam sahaja.
  2. Dan kepada paip sinki yang baru itu, pada kawasan bebenang, sila lilitkan dengan “seal tape”  ketebalan yang bersesuaian
  3. Dan selepas itu sila pasangkan kembali kepada punca air dengan memusingkannya mengikut arah jam pula sehingga selesai dan kedudukan kepada paip yang betul
  4. Kalau sambungan kurang ketat atau ada air keluar dari sumber, sila buka kembali dan pasangkan “seal tape” dengan lebih banyak dari sebelum ini. Jelas?
Kepada paip air sinki yang baharu berjaya ditukar

Kepada paip air sinki yang baharu berjaya ditukar

Website Yang Menjual Kepada Paip/Seal Tape

  • Kepala Paip Sinki – ada banyak pilihan kepala paip untuk sinki yang cantik di sini
  • Seal Tape – digunakan untuk memastikan sambungan tidak bocor

Ini nasihat saya, kalau anda mempunyai bajet wang yang lebih, kalau boleh sila beli dan dapatkan paip air sinki yang sedikit lebih mahal atau berkualiti. Ini kerana kepala paip adalah paip yang akan kita selalu guna. Kita akan sering buka dan tutup. Proses ini yang berulang kali biasanya memang akan menyebabkan getah dalaman akan mudah menjadi haus, bocor dan rosak. Paip air sinki yang lebih elok dan berkualiti biasanya akan di datangkan dengan getah dalaman yang lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Hanya cadangan saya sahaja. Selamat mencuba.

The post Pengalaman Menukar Paip Air Sinki Yang Rosak appeared first on MyRujukan.

Cara Lekat Roadtax Dengan Betul Di Cermin Kereta

$
0
0

Pernah tidak anda mengalami keadaan di mana anda berasa leceh untuk melekat sticker cukai jalan (roadtax) anda di cermin kenderaan seperti kereta anda. Kadang kadang ianya tidak sekata dan kadang kadang ianya melekat dengan tidak cantik. Dan yang lebih menyusahkan ketika anda mahu menanggalkan pelekat roadtax lama dan ianya tidak tertanggal dengan mudah. Malah telah meninggalkan kesan gam yang susah di buang dan menyebabkan cermin hadapan kereta anda kelihatan buruk. Mari saya kongsikan idea bagaimana cara lekat roadtax yang betul dan mudah ditanggal.

Sticker pelekat cukai jalan iaitu sticker roadtax memang wajib anda tampal pada cermin hadapan kereta anda selepas anda memperbaharui cukai jalan kenderaan anda. Tujuan utama adalah untuk memudahkan kerja polis atau penguat kuasa jalan raya (JPJ) melihat status cukai jalan kereta anda. Jadi mereka akan tahu dengan mudah samada anda sudah membuat pembayaran roadtax atau belum. Hanya cukai jalan yang telah diperbaharui sahaja yang layak untuk kenderaan tersebut berada di atas jalan raya.

Kesan gam yang tertinggal oleh kerana cara lekat roadtax yang tidak betul

Kesan gam yang tertinggal oleh kerana cara lekat roadtax yang tidak betul

Cara Lekat Roadtax Cukai Jalan Tanpa Meninggalkan Kesan Gam

Mari saya ceritakan pengalaman saya. Setiap tahun, setiap kali saya memperbaharui roadtax dan insurans kereta, saya akan menampal sticker roadtax terus pada cermin hadapan kereta. Tahun tahun sebelum ini cermin hadapan saya tidak di pasang dengan tinted. Dan pada tahun lepas saya telah memasang tinted. Oleh sebab itu, saya telah menampal sticker cukai jalan jpj pada lapisan tinted. Anda jelas ya? Dan apabila saya mahu menanggal sticker jpj tersebut, maka ada kesan gam yang tertinggal. Kalau anda tidak jelas, sila lihat gambar di atas.

Oleh kerana saya telah berputus asa. Saya bawa sahaja kereta ke kedai servis kereta dan meminta mereka menolong saya. Dari maklum balas pekerja di sana, mereka boleh menghilangkan kesan gam tersebut, namun ianya sukar dilakukan kerana gam tersebut terlekat pada tinted. Kesan bekas gam tersebut boleh ditanggalkan dengan mudah jika ianya terlekat pada cermin. Tetapi ianya sukar dilakukan kerana bekas gam tersebut terlekat pada tinted cermin kereta yang mana boleh merosakkan tinted tersebut.

Cara lekat roadtax yang betul dan mudah ditanggal

Cara lekat roadtax yang betul dan mudah ditanggal

Mahu tidak mahu, mereka mencadangkan saya untuk membuang tinted tersebut atau memakai tinted yang baharu. Kes berkenaan ini selesai kerana saya memilih untuk memasang tinted yang baharu. Dari pengalaman ringkas ini, pihak kedai repair kenderaan ini mencadangkan saya agar selepas ini gunakan “lapisan tinted” untuk menampal roadtax kereta pada cermin kereta. Bagaimana?

Begini, kalau anda lekat terus sticker roadtax terus pada cermin, ianya akan meninggalkan kesan gam yang tidak elok ketika anda mahu menanggalkannya nanti selepas setahun. Apa yang perlu anda buat adalah, sila lekatkan sticker roadtax dengan 2 helaian tinted. Mudah cerita anda buatkan “laminated” seperti anda laminate sijil sijil sekolah anda dahulu tetapi laminated ini dengan 2 lapisan tinted. Dan selepas itu barulah lapisan tinted ini yang di dalamnya terdapat sticker cukai jalan roadtax ini tadi anda lekatkan pada cermin anda. Selepas setahun pun anda akan mudah cabut balik tanpa tinggalkan kesan gam. Jelas? Saya harap panduan dan rujukan cara lekat roadtax dapat anda ikutinya dengan mudah. Bye.


>>> Dapatkan Roadtax Sticker Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Cara Lekat Roadtax Dengan Betul Di Cermin Kereta appeared first on MyRujukan.


Mana Lebih Baik Antara ASB Financing VS ASB Simpan Sendiri

$
0
0

Mungkin ada di antara anda yang masih kurang jelas akan perbezaan perkataan antara “ASB Loan” dan juga “ASB Financing”. Asb loan merujuk kepada pinjaman asb dalam bentuk konvensional. Sedangkan asb financing merujukan kepada pembiayaan asb yang patuh syariah. Walaupun kedua duanya hampir sama sahaja, namun sebagai orang Islam, jika kita mempunyai pilihan yang islamik kenapa pula kita mahu memilih yang bukan patuh syariah betul? Berbalik kepada isu utama, pelaburan asb secara simpan sendiri atau gunakan pembiayaan asb financing lebih menguntungkan. Anda pasti hendak tahu bukan?

Mari kita buat contoh. Katakan anda mahu menyimpan RM500 setiap bulan dalam akaun simpanan pelaburan ASB anda untuk tempoh 20 tahun. Dan isteri anda pula mahu membuat pelaburan melalui pembiayaan asb financing-i. Dari jadual pembayaran balik asb financing dari Maybank, bayaran balik bulanan RM500 sebulan selama 20 tahun adalah untuk pinjaman ASB sebanyak RM75K. Ini bermakna, jika anda membuat pinjaman ASB dari Maybank sebanyak RM75K untuk tempoh 20 tahun, maka anda perlu membuat bayaran balik sebanyak RM500 sebulan. Jelas?

Asb financing dari Maybank untuk pembiayaan sebanyak RM75K

Asb financing dari Maybank untuk pembiayaan sebanyak RM75K

ASB Financing VS Simpanan ASB

Dalam dua situasi berbeza antara si Suami dan juga si Isteri mempunyai bayaran sebanyak RM500 setiap bulan. Yang berbeza adalah kaedah. Si Suami menyimpan sendiri dan si Isteri pula menyimpan melalui pelaburan asb financing. Mari kita lihat, berapakah jumlah simpanan setelah 20 tahun berlalu. Ada 2 keadaan yang perlu kita lihat, satu keadaan di mana dividen asb di ambil setiap tahun. Dan satu keadaan lagi dividen asb di laburkan semula. Jelas?

Keadaan 1 (Dividen ASB Di Ambil Setiap Tahun)

  • Suami – RM500 x 12 bulan x 20 tahun = RM120K
  • Isteri – Selepas 20 tahun, dapat semula RM75K

*Kaedah pertama ini adalah kaedah di mana dividen asb anda ambil setiap tahun. Maka, kalau mengikut kiraan di atas, sudah tentu kaedah suami menyimpan sendiri di buku pelaburan asb lebih berbaloi.

Keadaan 2 (Dividen ASB Di Labur Semula Setiap Tahun)

  • Suami – RM500 x 12 bulan x 7% dividen tahunan x 20 tahun  = RM255K
  • Isteri – RM75K  x 7% dividen tahunan x 20 tahun = RM290K

*Kaedah kedua di atas ini adalah kaedah di mana dividen asb di laburkan semula setiap tahun. Kaedah ini adalah untuk memastikan pelaburan dapat di gandakan. Kaedah kedua ini juga menunjukkan kaedah pelaburan si Isteri adalah lebih berbaloi.

Kaedah kira kira di atas ini saya gunakan kalkulator jenis “compound calculator”. Saya telah berkongsikan anda akan dua situasi pelaburan samada simpan sendiri atau gunakan kaedah pembiayaan asb financing. Dan saya juga kongsikan dengan anda akan apakah perbezaan jumlah simpanan asb anda jika anda laburkan semula dividen yang anda dapat. Anda akan dapat melihat perbezaan jumlah simpanan asb anda mengikut kaedah yang anda mahukan. Selamat mencuba. 


>>> Dapatkan ASB Genius Combo Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Mana Lebih Baik Antara ASB Financing VS ASB Simpan Sendiri appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Buat Duit Homestay Melalui AirBnB

$
0
0

Suka kalau saya ingatkan, penulisan ini adalah berkenaan pengalaman rakan saya sendiri yang berjaya dalam bidang rumah sewa homestay. Dan ianya bukan tentang pengalaman saya. Harap anda maklum ya. Jadi perkongsian ini adalah ringkasan terhadap kemampuan menjana pendapatan kepada anda yang mempunyai rumah sewa yang boleh dijadikan homestay sesuai dengan kawasan anda. Adakah anda berminat untuk buat duit homestay cara mudah dan mampu menarik ramai bakal penyewa homestay anda. Ketahui cara atau teknik terkini yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan pendapatan anda melalui rumah homestay anda.

Begini ceritanya, pada beberapa minggu lalu. Saudara jauh sebelah mertua beliau ada berjumpa dengan rakan saya. Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan pandangan tentang macam mana hendak menarik ramai bakal penyewa supaya menyewa rumah homestay mereka. Oleh kerana mereka adalah pakcik dan makcik, maka mereka secara asasnya kurang tahu tentang teknik marketing pemasaran melalui internet ini. Mereka katakan yang rumah homestay mereka setiap bulan hanya mendapat seorang penyewa sahaja. Sedih kan?

Hasil pendapatan mudah buat duit homestay dengan AirBnB

Hasil pendapatan mudah buat duit homestay dengan AirBnB

Bagaimana Buat Duit Homestay Dengan AirBnB

Kalau dalam sebulan hanya mendapat seorang pelanggan sahaja, berapalah hasil wang yang mereka dapatkan. Kalau mereka kenakan cas RM150 sehari semalam, itulah pendapatan hasil homestay mereka dalam sebulan. Masalah pakcik dan makcik sebelah mertua beliau ini adalah mereka tidak mengiklankan perniagaan homestay mereka secara online. Sedangkan zaman sekarang semua orang mahu cari sesuatu melalui internet. Jadi kalau tidak iklankan di internet, bagaimana untuk merapatkan jurang antara peniaga dengan pelanggan? Sudah tentu sukar bukan?

Sewa homestay murah di permatang pauh Penang

Sewa homestay murah di permatang pauh Penang

Rakan saya pun menceritakan panjang lebar berkenaan marketing pemasaran online itu dan ini. Tahukah anda, kalau anda mahu mencari hotel penginapan, biasanya anda akan buka website Agoda. Kalau anda hendak naik kapal terbang, anda mungkin akan membuka website Airpaz betul? Bagaimana pula kalau ada orang hendak mencari rumah homestay? Mereka perlu buka website apa? Inilah dia punca masalah yang terjadi. Masalah pemilik homestay tidak tahu bagaimana dan dimana mereka perlu iklankan perniagaan homestay mereka.

Panduan dan rujukan berguna kepada anda yang mahu membuka dan menjalankan bisnes homestay

Panduan dan rujukan berguna kepada anda yang mahu membuka dan menjalankan bisnes homestay

Jadi rakan saya pun perkenalkan pakcik dan makcik ini akan laman website yang bernama AirBnB. Website AirBnB adalah website di mana pemilik homestay mengiklankan rumah homestay mereka dan para pencari homestay akan menemukan homestay yang mereka mahukan dengan mudah. Selepas siap daftar dan iklankan homestay pakcik makcik ini, apa yang terjadi? Ke esokkan harinya pakcik makcik menelefon rakan saya kerana mereka telah mendapat booking homestay mereka yang pertama dari AirBnB. Syukur.

Persediaan Untuk Menjadi Usahawan Homestay

  • AirBnB – sila klik dan daftar untuk anda iklankan homestay anda di Malaysia
  • Ebook Homestay – dapatkan panduan/rujukan bagaimana jalankan bisnes homestay

Adakah rakan saya ini seorang yang berjaya buat duit dengan homestay? Jawapannya ya. Beliau sudah berjaya dengan sebuah rumah yang mendatangkan pendapatan paling kurang RM1000 setiap bulan. Kini beliau dalam perancangan mahu menjadikan rumah sewa beliau yang kedua kepada rumah homestay pula pada tahun hadapan. Gambar di atas ini adalah bukti sebenar hasil buat duit homestay yang beliau lakukan melalui AirBnB. Banyak yang beliau telah dapat bukan? Doakan kejayaan beliau. Bye.

The post Pengalaman Buat Duit Homestay Melalui AirBnB appeared first on MyRujukan.

Update Terkini Komisen Involve Asia April 2018

$
0
0

Bulan April telahpun berlalu. Dan kini kita telah masuk ke bulan May 2018 iaitu bulan 5. Jadi apakah pencapaian buat duit melalui blog yang telah saya capai? Di Malaysia ada banyak program affiliate yang boleh anda sertai. Dan saya juga pernah kongsikan dengan anda akan program affiliate Malaysia yang menawarkan komisen affiliate yang agak tinggi. Anda boleh cuba kalau berminat. Buat masa ini, dari 3 program affiliate tersebut, saya hanya berminat untuk fokus dengan program affiliate Involve.Asia sahaja. Sebab itulah pada setiap bulan saya akan berkongsi dengan anda status terkini jumlah komisen seperti komisen involve asia april 2018 ini.

Sedikit perkembangan buat duit tambahan ini. Saya juga sebenarnya sedang secara perlahan lahan cuba belajar tentang peluang buat duit dengan pasaran saham di bursa Malaysia. Sebab itulah saya telah hadir ke seminar pelaburan saham Asri Ahmad. Insyaallah kalau ada ilmu nanti, blog ini akan menjadi medium utama saya untuk menyebar luas tentang bagaimana buat duit dalam pasaran saham. Saya tidak akan kedekut ilmu. Saya kongsikan semuanya di sini. Cuma saya minta doakan saya untuk pergi belajar dan berjaya ya.

Status komisen involve asia april 2018

Status komisen involve asia april 2018

Jumlah Komisen Involve Asia April 2018

Untuk pengetahuan anda, saya sebenarnya sedang membuat sasaran untuk menjana RM1000 sebulan melalui program InvolveAsia ini. Namun saya kena rasional dengan target sasaran. Maka sasaran saya yang paling terkini adalah berjaya menjana sekurang kurangnya RM500 sebulan sebelum penghujung tahun 2018 ini. Apakah jumlah komisen yang saya jana setiap bulan sejak Januari 2018 menunjukkan saya bakal berjaya mencapai sasaran minima tersebut. Saya hanya usaha sahaja. Yang penting berusaha dan berdoa.

Kepada anda yang masih “blurr” dengan apa benda program affiliate Involve Asia ini, mari saya ringkaskan untuk anda faham. Anda pernah dengar blogger luar negara khususnya buat duit dengan affiliate Amazon? Pernah dengar? Anda faham bagaimana mereka buat duit dengan Amazon? Maka ianya sama sahaja dengan Involve Asia. Cumanya ianya adalah versi Malaysia. Anda pernah dengar nama nama website online shopping seperti Lazada, Zalora, Shoppe, Ezbuy, 11Street dan sebagainya bukan? Ya, semua website ini berada di bawah Involve Asia untuk mudah anda promosi dan buat duit dengan affiliate mereka.

Senarai Komisen Involve Asia Setiap Bulan 2018

Ada orang tanya saya. Macam mana hendak buat duit dengan program affiliate Involveasia ini? Jawapan saya mudah sahaja. Anda daftar Involveasia, anda cari website yang anda mahu promosikan seperti Lazada misalnya. Kemudian anda tuliskan review berkenaan produk yang dijual di Lazada di blog/website anda. Kemudian masukkan link affiliate Lazada. Itu sahaja. Semudah itu? Ya semudah itu. Walaupun nampak mudah, hendak kekal terus membuat artikel promosi itu yang susah. Kalau anda rajin, tidak malas, konsisten, saya pasti anda boleh. Mahu atau tidak mahu. Itu sahaja. Jumlah komisen involve asia april 2018 ini adalah sebanyak RM199. Boleh lahh.


>>> Daftar Program Affiliate InvolveAsia Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Update Terkini Komisen Involve Asia April 2018 appeared first on MyRujukan.

RedOne 1 Juta Pengguna Naik Taraf 10GB Kepada 15GB

$
0
0

Salam kepada pembaca. Untuk pengetahuan anda, saya adalah pengguna simkad postpaid RedOne. Dan saya telahpun mengupgrade pakej dari Amazing28 kepada Amazing48 dalam pakej RedOne ini. Dan baru baru ini saya telah menerima mesej promosi dari RedOne tentang mereka telah berjaya mendapat pelanggan yang ke 1 juta. Saya sendiri kurang pasti samada RedOne 1 juta pengguna ini adalah untuk keseluruhan pengguna simkad RedOne ataupun jumlah untuk pelanggan postpaid RedOne sahaja. Tidak mengapa, yang penting itu adalah berita terbaik yang menunjukkan RedOne memang mendapat permintaan di kalangan rakyat Malaysia.

Sebenarnya apa yang menarik dengan RedOne 1 juta pengguna ini? Mereka telah memberi hadiah dalam bentuk naik taraf kuota data yang saya langgan dari pakej Amazing48 RedOne sebagai tanda terima kasih. Apa yang saya dapat? Menarikkah? Untuk pengetahuan anda, pakej Amazing48 dari Redone menawarkan kuota data sebanyak 10GB sebulan. Naik taraf yang mereka berikan adalah dari 10GB kepada 15GB. Satu hadiah yang saya rasakan memang berbaloi.

Pakej postpaid RedOne Amazing48

Pakej postpaid RedOne Amazing48

Hadiah Dari RedOne 1 Juta Pengguna

Satu sebab utama kenapa saya akhirnya memilih RedOne adalah kerana mahukan jumlah bil bulanan di bawah RM50 sahaja. Dan pakej Amazing48 mengenakan bayaran bil bulanan sebanyak RM50.88 termasuk gst. Dan mereka juga telah memberikan kuota data bulanan sebanyak 10GB dan juga panggilan percuma 200 minit untuk ke semua rangkaian. Dari tawaran yang sebegini menarik inilah kenapa saya sangat sukakan RedOne. Sebelum terlupa, RedOne juga menggunakan rangkaian telco yang besar di Malaysia iaitu dari Celcom. Terbaik bukan?

RedOne 1 juta pengguna telah upgrade Amazing48 kepada Amazing48 Plus

RedOne 1 juta pengguna telah upgrade Amazing48 kepada Amazing48 Plus

Gambar pertama di atas adalah gambar sebenar tentang pakej dari Amazing48 yang ditawarkan oleh Redone. Dan gambar kedua pula adalah mesej terkini tentang kejayaan mencapai RedOne 1 juta pengguna dan mereka hadiahkan pengguna Amazing48 dari 10GB kepada 15GB kuota data. Kos atau cas untuk menaik taraf dikenakan cas sebanyak RM10 sekali sahaja. Dan selepas itu setiap bulan hanya bayar macam harga biasa tetapi sudahpun menaik taraf kuota data dari 10GB kepada 15GB.

Cara Langgan Simkad RedOne

  • BolehCompare – anda boleh apply terus secara online di sini
  • Azmi (012-7390591) – anda juga boleh daftar melalui Agen Redone Johor

Sejujurnya, jumlah penggunaan data bulanan saya setakat ini hanyalah dalam lingkungan 7GB sebulan sahaja. Saya pakai hanya perlu atau ketika memandu dalam kereta dengan membuka ceramah atau apa apa video menarik. Dan rumah pula sudah mempunyai sambungan internet streamyx, jadi kebergantungan saya terhadap internet melalui smartphone adalah kurang. Cumanya selepas mendapat naik taraf dari 10GB kepada 15GB ini membuatkan saya menjadi kurang takut untuk menggunakannya pada bila bila masa. Terbaik RedOne. Dan tahniah di atas kejayaan mencapai RedOne 1 juta pengguna. Bye

The post RedOne 1 Juta Pengguna Naik Taraf 10GB Kepada 15GB appeared first on MyRujukan.

Smart LED TV Jenama Philips Siri 43PFT5102

$
0
0

Beberapa hari lepas saya bersama sama isteri telah membuat survey di beberapa buah kedai yang menjual barangan elektrik untuk mencari smart led tv. Sejujurnya saya agak kurang menonton televisyen. Sejak zaman bujang saya ada tv crt besar, langsung tidak pernah buka. Saya hanya membuang masa menggunakan internet. Dan selepas berkahwin, sudah tentu rumah kena ada tv. Isteri hendak tonton tv. Kalau ada jiran atau sanak saudara yang datang pun pasti hendak anda tv juga untuk dibuka. Atas sebab itu saya ingin membeli tv setelah setahun berkahwin.

Ada 4 buah kedai yang saya pergi. Kedai suria jerai Penang, kedai Senheng dan juga 2 pasaraya Aeon Mall. Kedai barangan elektrik Suria Jerai dan juga SenHeng agak kecewa saya pergi. Kami ingin mencari smart led tv yang berukuran 43″inci dengan bajet sebanyak RM1600. Entah kenapa, tv led yang berukuran 43 inchi sangat terhad. Satu kedai tiada, dan satu kedai lagi hanya ada 2 sahaja. Yang lain lain adalah berukuran 32 inci, 40 inci, 59 inci dan ke atas. Apa yang saya nampak, banyak model dikeluarkan untuk 40 inci berbanding 43 inci. Pening juga.

Smart LED TV Philips 43PFT5102

Smart LED TV Philips 43PFT5102

Pengalaman Membeli Smart LED TV Philips 43PFT5102 Dengan Harga Murah

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan harga tawaran 43inci untuk smart led tv di dua kedai tersebut berharga RM1700 ke atas. Yang lebih parah, ada satu tv led berukuran 43 inci dijual dengan harga RM1700 TETAPI BUKAN SMART TV!!! Terus saya tepuk dahi dalam hati. Biar betul, sudahlah berharga RM1700 tetapi masih bukan dari model “smart”. Bagi saya ianya sangat mahal. Maka ada 2 lagi tempat yang saya perlu pergi iaitu pasaraya Aeon Mall di Seberang Perai dan juga di Bukit Minyak Penang.

Hasil survey saya, model Philips iaitu smart led tv bersaiz 43 inci dijual dengan harga RM1999 di Aeon Bukit Minyak. Kenapa sangat mahal? Anda pasti tertanya kepada saya, kenapa dan bagaimana saya katakan harga tersebut mahal? Ini kerana saya sudahpun membuat semakan harga untuk model yang sama di website Lazada. Jadi saya tahulah kalau ianya mahal, sangat mahal atau murah. Dan akhir sekali destinasi carian saya adalah di Aeon Mall Seberang Perai. Ada cerita menarik di pasaraya Aeon Seberang Perai ini.

Kelebihan Philips 43PFT5102

  • Boleh buka website, tonton Netflix, tonton YouTube
  • Mempunyai DVB-T untuk tontonan TV Malaysia digital
  • Sambungan LAN + Wifi
  • Mempunyai fungsi Mira-Cast
  • Support USB playback. Boleh tonton movie terus dari USB
  • 3 HDMI + 2 USB port. Boleh pasang mouse dan keyboard

Saya jumpa model TV Philips 43 di Aeon Bukit Minyak yang dijual dengan harga RM1999. Di Aeon Seberang Perai pula, harganya hanyalah RM1399 sahaja. Wow, berbeza bukan? Untuk pengetahuan anda, model yang dipaparkan di Aeon Bukit Minyak dan juga di Aeon Seberang Perai adalah dari siri yang sama iaitu Philips 43PFT6100. Tetapi ianya dijual denga harga yang sama. Sudah tentulah saya akan memilih Philips smart led tv yang berharga RM1399.

Saya suka dengan salah seorang pekerja lelaki di Aeon Seberang Perai. Beliau telah menerangkan dengan baik. Malah beliau telah menyarankan saya mengambil smart led tv model Philips yang lebih baharu. Beliau mencadangkan model Philips 43PFT5102 yang lebih baharu berbanding model Philips 43PFT6100 yang lebih lama sedikit. Anda hendak tahu berapa harganya? Harganya sama sahaja iaitu RM1399 sahaja. Kalau anda jadi saya, sudah tentulah anda akan ambil model lebih baharu betul?

Website Yang Menjual Smart LED TV

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan LED TV di sini
  • 11Street – banyak TV LED yang dijual dengan murah di sini
  • Shopee – ada banyak tv led murah di jual di sini
  • SenHeng – kedai online SenHeng yang memang menjual LED TV

Untuk pengetahuan anda, smart led tv Philips 43PFT5102 ini hanya support sampai 2K sahaja. Kalau anda mahukan smart led tv yang boleh support 4K, anda kenalah bersedia bayar lebih. Anda kena banyak survey kedai barangan elektrik untuk ketahui perbezaan harga. Untuk lebih mudah dan juga murah, anda juga boleh beli smart led tv secara online sahaja. Malah penjual tv juga sendiri mengatakan yang mereka menjual smart led tv lebih murah dari yang mereka jual di kedai mereka. Jadi kalau anda tidak kisah, beli sahaja smart tv di internet melalui link di atas ini. Bye.

The post Smart LED TV Jenama Philips Siri 43PFT5102 appeared first on MyRujukan.

Viewing all 971 articles
Browse latest View live