Salam kepada pembaca. Adakah anda mempunyai masalah tidak pandai membaca Al-Quran dengan betul dan juga lancar. Dan anda kini terfikir dan tercari cari hendak ke kelas belajar mengaji Al-Quran bagi golongan dewasa benar? Jangan malu jangan segan. Bukan anda seorang sahaja yang mempunyai dan menghadapi masalah sebegini. Ramai orang diluar sana begitu juga. Alhamdulillah di luar sana terdapat beberapa pusat pengajian Al-Quran yang dibuka untuk kanak kanak dan juga orang dewasa. Contohnya seperti Pusat Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi Di Pulau Pinang ini.
Kepada anda yang tinggal di negeri Pulau Pinang atau yang berdekatan dan mahu masuk ke kelas belajar Al-Quran, saya akan menceritakan ringkasan pengalaman saya sendiri bersama Pusat Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi di Penang ini. Jadi saya akan menjawab beberapa persoalan yang mungkin anda hendak tahu sebelum anda membuat keputusan untuk mendaftar. Secara asasnya, ada 4 kelas yang mereka adakan buat masa ini iaitu Kelas Tamhid, Kelas Tajwid, Kelas Membaca Al-Quran dan Kelas Talaqqi Al-Quran.

Group Kelas Mengaji Al-Quran Dewasa Sesi Januari 2018 Di Al-Baghdadi Penang
Pusat Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi Pulau Pinang
Kepada anda yang kurang pemahaman tentang asas membaca Al-Quran, saya sarankan anda sertai Kelas Tamhid dahulu. Dari pengalaman saya sendiri, ianya sangat berbaloi. Ianya akan memberikan pendedahan asas tentang bagaimana setiap huruf itu dibaca dan dibunyikan ketika ianya berbaris atas, berbaris bawah dan juga berbaris hadapan termasuk tanwin. Mudah cerita anda akan belajar membiasakan diri akan bunyi sebutan ke semua huruf hijaiyah dalam Al-Quran termasuk “sedikit” tajwid.

Dua buah buku iaitu Tajwid dan Tamhid untuk kelas mengaji Al-Quran
Modul Pembelajaran Al-Quran Al-Baghdadi Penang
- Kelas Tamhid – kelas ini adalah kelas asas permulaan. Anda akan belajar cara menyebut dan membunyikan huruf Al-Quran ke semua sekali. Insyaallah anda akan mahir menyebut dan membunyikan mana mana huruf Al-Quran ketika ianya berbaris atas, berbaris bawah dan juga berbaris hadapan termasuk tanwin
- Kelas Tajwid – ini adalah kelas sambungan selepas Tamhid. Anda akan belajar lebih lanjut mengenai tajwid dan hukum hukum dalam dan ketika membaca ayat Al-Quran. Di sinilah nanti anda akan faham kenapa ianya perlu dibaca begitu dan begini
- Kelas Membaca Al-Quran – ketika ini, anda akan beramai ramai dengan rakan sekelas mula membaca Al-Quran. Di sinilah kemahiran anda ketika kelas Tamhid dan juga Tajwid diuji samada anda sudah boleh membaca dan menyebut dengan betul ataupun tidak
- Kelas Talaqqi Al-Quran – ini adalah kelas terakhir. Ini adalah kelas di mana anda perlu membaca Al-Quran secara perseorangan depan Ustaz/Ustazah. Ketika ini bacaan anda akan cuba diperiksa lebih detail samada sebutan anda itu betul atau salah. Jika anda berjaya habiskan kelas ini, ini bermakna anda sudahpun berjaya belajar Al-Quran dengan jayanya.
Tentang Aturcara Kelas Mengaji Al-Baghdadi
- Yuran – yuran pengajian kelas Al-Quran Al-Baghdadi ini adalah RM100 sebulan
- Jumlah Pengajian – setiap minggu sekali kelas. Ini bermakna, sebulan ada 4 kali kelas
- Hari – di adakan setiap hari (kalau saya tidak silap). Kelas anda hari apa akan diberitahu
- Jam Pembelajaran – setiap sesi kelas adalah 2 jam. 8.30 malam – 10.30 malam
- Kedatangan – perlu kehadiran 80% ke atas untuk layak menerima sijil tamat belajar
- Tempoh Pengajian – setiap kelas yang anda sertai tamat dalam 4-6 bulan
- Umur – tiada had umur. Kelas dipisahkan untuk 2 golongan iaitu kanak kanak @ dewasa
Apa yang menarik dan apa kelebihan jika mendaftar untuk belajar membaca Al-Quran di Al-Baghdadi Pulau Pinang ini? Ustaz/Ustazah tidak akan bertanya anda soalan kepada anda. Anda salahpun mereka tidak mahu anda mengaku. Mereka akan meminta anda menjawab atau membaca secara berkumpulan atau beramai ramai. Tujuan adalah untuk memastikan anda tidak berasa rendah diri atau malu ketika mahu belajar Al-Quran. Supaya anda berasa yakin dan mahu menghabiskan sesi pembelajaran sampai tamat.
Untuk pengetahuan anda, saya mula mendaftar dan belajar mengaji AL-Quran di Al-Baghdadi ini adalah pada Januari 2018. Dan ianya tamat pada Mei 2018. Saya masuk ke kelas asas dahulu iaitu Kelas Tamhid. Selepas habis kelas Tamhid, insyallah saya akan mendaftar masuk ke kelas Tajwid pula. Doakan saya agar saya diberi kekuatan, kemampuan dan juga masa untuk menghabiskan modul pembelajaran Al-Quran sekurang kurangnya sehingga ke kelas ke-3 iaitu Membaca Al-Quran. Kalau boleh habiskan sampai modul Talaqqi lagi bagus.
Sebelum saya terlupa, di atas ini adalah video rakaman ketika sesi pembelajaran Tamhid. Anda pasti ternampak kenapa ada orang ketuk ketuk bunyi ketika membaca Al-Quran betul? Ianya adalah kaedah yang diperkenalkan dalam sistem pengajian Al-Baghdadi sendiri. Ianya adalah kaedah bagaimana membiasakan anda untuk membaca Al-Quran ketika bacaan panjang dan juga bacaan pendek dengan betul seperti 1 harkat, 2 harkat dan sebagainya. Memang menarik dan best. Kalau anda berminat, sila hubungi saya melalui link di bawah ini ya. Assalamualaikum.
>>> Kelas Bimbingan Al-Quran Baghdadi Penang – [017-4836797] <<<
The post Pengalaman Hadiri Kelas Mengaji Dewasa Al-Baghdadi Penang appeared first on MyRujukan.