Sebelum ini kalau ke pasaraya saya memang kurang mengambil berat akan perbezaan antara ikan sardin dan ikan mackerel kalau anda beli ikan sardin cap Ayam Brand. Akan tetapi saya perasan jugalah kenapa ada ikan sardin yang kelihatan banyak dan kenapa ada ikan sardin yang sangat sedikit. Dua dua rasa “sardin”. Pelik juga. Kalau anda tanya saya, saya memilih mahukan ikan sardin yang kecil sedikit tetapi nampak banyak. Lagi lagi dengan isu terbaru ada cacing di dalam bekas sardin membuatkan saya yang suka makan sardin pun menjadi kurang selera dan agak teliti.
Hasil dari penelitian saya itulah saya perasan yang “sardin” yang saya beli ini rupanya ada 2 jenis. Yang pertama adalah “Ikan Sardin” dan yang kedua pula adalah “Ikan Mackerel”. Saya jadi konfius buat pertama kali ketika mahu memilih membeli tin ikan sardin. Apakah saya perlu ambil ikan sardin atau ikan mackerel. Kedua duanya pun memang rasa “sardin”. Agak lama membelek di ruangan “sardin”. Last last saya ambil sahaja kedua duanya iaitu ikan sardin dan ikan mackerel sekaligus.

Perbezaan antara tin ikan sardin dan ikan mackerel
Antara Ikan Sardin Dan Ikan Mackerel
Mula mula saya ingatkan maksud “sardin” itu sendiri adalah bermaksud masakan berasakan “sardin”. Walaupun benar tetapi masih kurang tepat. Rupa rupanya memang ada dan wujudpun akan ikan sardin. Dan kini saya perlu tahu memang ada ikan yang bernama ikan mackerel. Kedua duanya dimasak dalam adunan rasa “sardin”. Memang macam pening sedikit tetapi saya mula perasan akan perbezaan tersebut. Apa dia?
Kalau anda buka tin sardin yang mempunyai tanda “ikan sardin”, anda akan dapati yang ikannya agak kecil sedikit dan bilangannya pula sedikit banyak. Kalau anda buka tin sardin yang mempunyai tanda “ikan mackerel”, maka jumlahnya memang sedikit dan saiz ikannya pula agak besar. Jadi selepas itu kalau anda ternampak ikan sardin atau ikan mackerel pada tin sardin cap Ayam, anda janganlah hairan. Anda pilih sahaja mahu besar tetapi sedikit, atau mahu kecil tetapi banyak. Itu sahaja perbezaannya.

Setakat ini hanya website Shopee yang ada menjual banyak tin sardin termasuk cap ayam brand
Kalau tanya pada rasa lidah. Saya nampaknya suka akan rasa kedua duanya. Cumanya bagi orang yang tidak tahu akan perbezaan antara ikan sardin dan ikan mackerel, saya mungkin tidak perasan akan perbezaan rasanya. Yang berbeza adalah dari segi saiz dan bilangannya. Sebab itulah kalau masak tin sardin saya berasa pelik kenapa kadang kala ianya banyak dan kadang kala ianya nampak sedikit. Sekarang saya sudah tahu. Sejak berkahwin ini, banyak juga benda baharu yang saya belajar.
Di Mana Hendak Beli Dan Dapatkan Sardin Secara Online?
- Lazada – tidak ada banyak pilihan sardin di sini
- 11Street – tidak ada banyak pilihan ikan sardin di sini
- Shopee – ada banyak pilihan tin sardin cap ayam brand di sini
- HappyFresh – anda boleh mencuba servis ini kalau anda mahu
Maklumlah saya belajar dari isteri. Dari pengalaman pergi ke pasar saya mula kenal dengan jenis jenis ikan. Baru tahu akan rupa bentuk sebenar ikan sardin yang segar (fresh) macam mana. Sedap juga apabila ianya digoreng. Selalu makan hanya dalam tin dengan sos sardin sahaja. Kali ini makan ikan sardin goreng pun sedap. Selepas ini kalau ke pasaraya anda sudah boleh membezakan antara ikan sardin dan ikan mackerel. Pilih berdasarkan anda suka yang bagaimana. Kedua duanya pun sedap. Hendak senang, beli sahaja tin ikan sardin yang ada tulis ikan sardin. Setel. Kalau rajin, anda buatlah karipap sardin kalau suka. Bye.
The post Perbezaan Ikan Sardin Dan Ikan Mackerel Ayam Brand appeared first on MyRujukan.