Beberapa hari yang lepas, rakan ada mengajak saya untuk pergi memancing udang. Saya setuju sahaja kerana petang tersebut memang tiada apa apa aktiviti. Tetapi saya berasa pelik kerana beliau tidak membawa apa apa barang kelengkapan memancing. Rupa rupanya beliau mahu membawa anak beliau pergi tangkap udang di kedai yang menyediakan servis pancing udang. Mudah cerita, saya dibawa ke kedai untuk memancing udang di dalam kolam buatan dan bukannya disungai atau mana mana kolam yang sebenar.
Selepas rakan membuat carian di internet, beliau menjumpai satu kedai yang memang ada menyediakan perkhidmatan memancing udang di dalam kolam di kedai mereka. Sebenarnya itu adalah kali pertama saya masuk ke dalam kedai sebegitu. Selalunya hanya pergi ke kedai yang menjual ikan untuk diletakkan di aquarium. Atau ke kedai untuk membeli peralatan memancing. Tetapi memang tidak pernah melihat walaupun sekali bagaimana keadaan orang memancing udang di dalam kedai yang mempunyai kolam buatan.

Pusat kedai memancing udang di Bukit Minyak Penang
Memancing Udang Di Kedai Pusat Pancing Udang
Kedai pancing udang yang kami pergi ini adalah bertempat di Bukit Minyak Pulau Pinang. Oleh kerana saya sendiri baru pertama kali pergi dan kawan saya pula tujuan utamanya adalah untuk memberikan anak beliau pengalaman memancing, maka saya tidaklah turut serta memancing udang. Saya hanya ikut dan perhatikan sahaja. Mungkin di lain masa saya akan turut serta. Orang cakap, pertama kali ini selalunya kita tengok tengok sahaja dahulu untuk kenal dan ambil tahu macam mana orang lakukannya.

Kos memancing udang di dalam kolam buatan
Selepas ke kedai untuk pancing udang. Saya mula tahu akan beberapa perkara. Ada satu kolam buatan yang besar. Kolam ini bertujukan untuk anda memancing udang. Airnya agak gelap, mungkin sengaja dibuat begitu supaya kita tidak nampak dimana udangnya. Ianya ibarat seperti kita memancing di sungai. Kita tidak akan nampak apa yang ada dalam airnya. Jadi kita akan memancing dan tunggu sehingga umpan mengena.

Anak rakan yang sedang memancing udang dalam kolam
Ada terdapat beberapa kolam buatan lain yang berkali kali lebih kecil. Ianya adalah bertujuan untuk menternak udang. Udang inilah nanti yang apabila sudah besar sedikit akan dimasukkan ke kolam besar utama untuk orang ramai pancing. Jelas. Kedai pancing udang yang saya pergi ini menyediakan semua sekali. Anda hanya bawa duit sahaja. Mereka telah sediakan umpan seperti hati ayam, alat pancing untuk memancing udang, ada bekas kecil untuk meletak udang yang berjaya ditangkap.
Website Untuk Beli Barang Alatan Memancing Ikan/Udang
- Lazada – ada banyak produk untuk memancing ikan dan udang di sini
- 11Street – ada banyak produk untuk memancing ikan dan udang di sini
- Shopee – ada banyak produk untuk memancing ikan dan udang di sini
Di kedai tersebut, 1 jam untuk satu sesi memancing udang akan dikenakan cas dengan harga RM15. Biasanya anda lebih lama di sana akan lebih murah. Udang yang anda berjaya tangkap boleh dibawa balik tanpa dikenakan apa apa cas. Malah anda juga boleh menjual udang itu kembali. 1KG tangkapan udang akan dibayar sebanyak RM20. Tempat seperti ini bagi saya sangat sesuai kepada anda yang tidak mahu mencari cari tempat memancing udang, untuk anak anak anda mula belajar cara memancing dan satu hobi yang baik.
Kalau tanya saya, sudah tentulah pengalaman memancing udang di dalam kolam buatan dengan di sungai tidaklah sama. Namun kepada anda yang mahu mengajar anak atau tidak mahu berpanas di tengah hari, jadi pusat pancing udang seperti ini memang bagus menurut saya. Sebulan hendak pergi pun baru 1 atau 2 kali sahaja. Satu jam pun hanya RM15 sahaja. Bagi saya ianya agak murah untuk satu aktiviti dan hobi yang sihat. Bagi saya ianya berbaloi. Bayar RM15 untuk 1 jam. Tidak kena panas. Udang yang dapat boleh bawa balik untuk dimasak. Terbaik. Cubalah.
The post Pengalaman Memancing Udang Di Kolam Buatan appeared first on MyRujukan.