Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all 971 articles
Browse latest View live

Tampal Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Perai Pulau Pinang

$
0
0

Beberapa bulan lalu saya pernah mencabut gigi di klinik swasta. Macam biasa, ada kos yang perlu dikeluarkan. Dan selepas itu saya dan isteri melakukan rawatan cuci gigi iaitu “Scaling” di klinik swasta yang berbeza pula. Dan isteri saya ada melakukan tampalan gigi di klinik tersebut dan kalau tidak silap saya kena bayar RM150. Tetapi tidak sampai sebulan tampalan tersebut tertanggal. Dan selepas itu isteri mengajak saya untuk pergi ke klinik pergigian kerajaan untuk tampal gigi. Saya ikutkan sahaja kerana berpendapat penampilan gigi sangat penting ketika tersenyum bersama sama sanak saudara. 

Kenapa bekas tampalan gigi sebelum ini boleh tercabut. Saya pun kurang pasti. Mungkin kerana keadaan gigi yang ditampal mungkin. Biasanya orang melakukan tampal gigi kerana gigi berlubang. Bagaimana kalau gigi anda sumpik atau pecah sebelah dan mengakibatkan gigi kelihatan berlubang dari tepi. Maka mahu tidak mahu anda terpaksa tampal gigi atau pakai gigi palsu. Namun biasanya doktor memang tidak mencadangkan gigi palsu kerana gigi yang masih ada adalah masih elok.

Klinik Kesihatan Perai Seberang Perai Tengah Pulau Pinang

Klinik Kesihatan Perai Seberang Perai Tengah Pulau Pinang

Kos Tampal Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan

Doktor gigi memang seboleh bolehnya tidak mahu mencabut atau membuang mana mana gigi kita yang masih elok. Ini kerana gigi bagi orang dewasa adalah gigi kekal. Maksud gigi kekal adalah gigi yang akan terus kekal hidup sampai anda meninggal dunia. Kalau mana mana gigi kekal terpaksa dicabut, maka tiada lagi gigi yang akan tumbuh. Jelas? Sebab itulah kalau gigi anda masih boleh diselamatkan, biasanya doktor akan mencadangkan rawatan bagi memulihkannya. 

Jadual rawatan Klinik Pergigian Kerajaan Perai

Jadual rawatan Klinik Pergigian Kerajaan Perai

Ceritanya, pada kali ini isteri saya mahu mencuba menampal gigi beliau di Klinik Pergigian Kerajaan. Bila tersenyum nampak kurang cantik. Mahu tampal gigi bukan kerana gigi berlubang. Tetapi kerana bahagian sisi gigi terpatah sedikit dan ianya menyebabkan gigi tersebut kelihatan sumpik. Hendak senyum menawan pun berasa kurang yakin. Gigi yang cantik mampu memberikan keyakinan diri kepada tuan punya diri.

Resit bayaran perkhidmatan pergigian di klinik kerajaan

Resit bayaran perkhidmatan pergigian di klinik kerajaan

Isteri saya membuat rawatan tampal gigi di Klinik Pergigian Kerajaan Perai. Mudah sahaja. Masuk dan terus ke kaunter pendaftaran. Kemudian buat bayaran RM1 sahaja. Berikan IC kalau belum pernah datang sebelum ini. Dan tunggu giliran di untuk masuk bertemu dengan doktor gigi untuk pemeriksaan. Entah kenapa, isteri saya masuk dan terus lama di dalamnya. Rupa rupanya doktor terus melakukan tampalan pada gigi beliau. Terbaik. Memang cepat. Hendak lebih cepat dan mudah, sila lihat jadual masa untuk jumpa doktor di atas ini. Senang.

Website Untuk Beli Produk Penjagaan Kesihatan Gigi

  • Lazada – anda boleh membeli ubat gigi, gosok gigi, ubat kumuh kuman dan lain lain di sini
  • 11Street – anda boleh membeli ubat gigi, gosok gigi, ubat kumuh kuman dan lain lain di sini
  • Shopee – anda boleh membeli ubat gigi, gosok gigi, ubat kumuh kuman dan lain lain di sini
Selepas servis tampal gigi di klinik gigi kerajaan

Selepas servis tampal gigi di klinik gigi kerajaan

Selepas keluar dari bilik rawatan gigi. Hendak tahu apa isteri saya cakap? “Murah dan cepat!”. Macam mana tidak murah. Dulu di klinik gigi swasta kena bayar RM100 ke atas. Sekarang di klinik gigi kerajaan hanya kena bayar RM3 sahaja. Memang murah lah. Cepat? Memang cepat pun. Datang terus daftar, duduk baru berapa minit sahaja sudah boleh masuk jumpa doktor. Tetapi masalah cepat atau lambat ini bergantung keada bilangan doktor yang ada dan berapa ramai pula pesakit yang ada. Jadi isu ini termasuk dalam isu subjektif. Selepas ini hendak lihat berapa lama kesan tampal gigi ini boleh bertahan. Cuma nasihat doktor, selepas tampal jangan makan benda berat berat untuk memastikan kesan tampalan lebih lama. Bye.

The post Tampal Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Perai Pulau Pinang appeared first on MyRujukan.


Cara Pasang Kepala Gas Dapur Yang Betul

$
0
0

Dulu dulu masa saya kecil, kerap juga mendapat kunjungan pekerja tong gas yang memberikan servis perkhidmatan berkenaan kepala paip gas dapur memasak. Mereka menerangkan keperluan untuk orang awam mengganti dan menggunakan paip kepala gas dapur yang betul dan berkualiti untuk mengelakkan kecuaian dan bencara kebakaran. Entah kenapa, sekarang saya hampir tidak pernah menerima mana mana kunjungan dari pihak seperti ini untuk membuat penerangan. Bila sudah besar, sudah berkerja dan faham akan keselamatan, terasa juga hendak tahu berkenaan isu ini. Anda bagaimana?

Tidak mengapa, itu hanyalah selingan saya untuk peringatan kepada diri anda dan juga diri sendiri. Secara jujurnya, bencana kebocoran dan kebakaran dari masalah paip kepala gas dapur dan juga paip gas dapur memasak sangat jarang terjadi. Apa yang saya katakan adalah dari pengalaman persekitaran saya dari kecil sehingga dewasa ini. Tetapi mungkin tanggapan saya silap. Mungkin banyak isu kebakaran berlaku kerana masalah kepala gas dapur yang kurang berkualiti atau paip gas dapur yang longgar dan saya bernasib baik ianya berlaku diluar persekitaran saya. Mungkin.

Pemasangan yang betul untuk kepala gas dapur kepada tong gas memasak

Pemasangan yang betul untuk kepala gas dapur kepada tong gas memasak

Panduan Sambung Kepala Gas Dapur Pada Muncung Tong Gas Memasak

Apa apa pun langkah pencegahan dan keselamatan jangan diabaikan. Maksud saya, kalau anda mahu pasangkan paip kepala gas dapur pada tong gas memasak, sila pastikan ianya dipasang dan dikunci ketatkan dengan betul. Dan kemudian sila pastikan paip gas yang menghubungkan kepala gas dapur dan juga gas memasak ianya ketat dan tidak longgar. Ianya adalah untuk memastikan tiada berlaku kebocoran gas yang keluar ketika kita sedang memasak. Takut api menyambar dan tong terbakar dan meletup. Harap ambil berat perkara seperti ini.

Pastikan sambungan paip gas memasak disambung ketat dengan dapur gas memasak

Pastikan sambungan paip gas memasak disambung ketat dengan dapur gas memasak

Saya ada terbaca perkongsian berita berkenaan gas tong memasak ini. Ianya ibarat “bom jangka” yang memang ada di setiap rumah di Malaysia ini. Sebab itulah langkah keselamatan tentang pemasangan kepala gas dapur dan juga paip gas di titik beratkan. Sekali lagi saya ingatkan yang peringatan ini adalah untuk anda dan juga diri saya sendiri.

Kepada anda yang baru berpindah rumah ke rumah sewa. Misalnya dulu anda tinggal dengan ibu bapa. Dan sekarang anda berpindah ke rumah sendiri kerana bekerja atau belajar. Maka anda pasti akan membeli dapur memasak, membeli kepala gas dapur, paip gas dan juga membeli tong gas memasak. Dan saya pasti ini adalah kali pertama anda untuk belajar cara memasang paip kepala gas dapur kepada lubang tong gas memasak betul?

Contoh kepala gas dan paip gas dapur memasak yang dijual murah di Shopee

Contoh kepala gas dan paip gas dapur memasak yang dijual murah di Shopee

Website Untuk Beli Dapur Gas, Paip Gas Dan Kepala Gas

  • Lazada – anda boleh mencari membeli barang berkaitan gas memasak di sini
  • 11Street – anda boleh mencari membeli barang berkaitan gas memasak di sini
  • Shopee – anda boleh mencari membeli barang berkaitan gas memasak di sini

Sebenarnya ianya mudah sahaja. Mula mula sekali sila pastikan penyambungan hujung paip gas di sambung pada gas memasak dan kepala gas dapur dengan betul dan KETAT. Sila pastikan ini dahulu. Bila sudah siap, maka barulah anda mula memasang paip kepala gas kepada lubang tong gas memasak anda.

Muncung tong gas memasak di masukkan ke dalam kepala gas dapur. Anda tekankanya ke bawah dengan kuat kemudian pusingkan pemutar/tuil kepala gas pada keadaan habis. Sebenarnya pemutar paip yang terdapat pada kepala gas dapur adalah untuk mencengkam muncung tong gas dengan kuat dan ketat agar tiada kebocoran gas berlaku dan juga memicit tombol punat yang ada di dalam muncung tong gas untuk mengeluarkan gas dan masuk kepada paip gas memasak melalui kepala gas dapur. Kalau anda tidak faham, tonton sahaja video di atas ini. Selamat mencuba ya.

The post Cara Pasang Kepala Gas Dapur Yang Betul appeared first on MyRujukan.

Cara Transfer Duit Dari Cimb Clicks Ke Bank Lain

$
0
0

Bagi saya di Malaysia ini 2 website online banking yang paling popular adalah Maybank2u dan juga CimbClicks. Saya sendiri mempunyai kedua dua akaun online banking ini. Dan sebelum ini saya sudah pernah menuliskan panduan tentang bagaimana untuk anda transfer wang duit menggunakan Maybank2u ke bank lain. Dan pada kali ini saya ingin berkongsikan panduan bagaimana pula keadaannya jika anda transfer duit dari Cimb Clicks kepada bank lain seperti Bank Islam, RHB bank, Maybank, Affin bank, Bank Rakyat dan sebagainya. Ingin memudahkan anda, saya akan tunjukkan bagaimana saya melakukan pemindahan wang dari akaun CIMB saya menggunakan CIMBClicks kepada akaun Maybank saya. Jelas ya.

Untuk pengetahuan anda, pihak CIMB telah melakukan pengubahsuaikan reka bentuk laman website CIMB clicks mereka. Dengan kata lain, bagi anda yang belum pernah menggunakan interface yang baru ini pasti akan berasa ianya sukar untuk digunakan. Saya sendiri pun merasakan begitu pada awalnya. Dan setelah beberapa menggunakannya baru terasa ianya mudah sebenarnya. Jadi di sini saya akan tunjukkan cara bagaimana untuk transfer duit dari Cimb Clicks ke bank lain misalnya ke Maybank ok.

Menu untuk transfer duit dari Cimb Clicks

Menu untuk transfer duit dari Cimb Clicks

Panduan Transfer Duit Dari Cimb Clicks

Kepada anda yang baru pertama kali menggunakan online banking pasti keliru dengan apa itu “CIMBClicks” betul? Untuk bank CIMB, website online banking mereka di alamatkan dan di namakan sebagai CIMBclicks ya. Jadi bila kita sebut CIMBclicks, itu bermakna kita sedang cakap tentang website online banking dari CIMB punya. Jelas ya. Jom kita lihat panduan dan rujukan bagaimana untuk melakukan transfer duit dari Cimb Clicks. Jom baca.

Cara Transfer/Pindah Duit Dari Cimb Clicks

  • CimbClicks – sila login akaun CIMBclick anda dengan memasukan Username, mengesahkan kod keselamatan dan Password anda dan kemudian sila klik Login
  • Sila klik “Pay & Transfer” pada menu sebelah kiri. Kemudian ia akan memaparkan menu tambahan yang lain lain dan sila klik “Transfer Money”
  • Pada bahagian “To” sila masukkan nombor akaun bank yang anda mahu transfer. Kalau ianya tidak kenal akan nombor berkenaan, ianya akan mengeluarkan arahan yang mengatakan anda sedang transfer ke new account. Ada perkataan “proceed” di situ. Anda perlu klik “proceed”.
  • Pada bahagian “Please select transfer type”, sila klik “Withis CIMB Bank” jika anda mahu transfer sesama akaun CIMB. Sila klik “To Other Bank” jika anda mahu transfer dari CIMB ke bank lain.
  • Jika anda memilih “To Other Bank”, ianya akan memaparkan menu tambahan iaitu “Select Bank”. Pada menu select bank ini, sila pilih bank Maybank atau lain lain
Antaramuka untuk melakukan transfer duit dari Cimb Clicks

Antaramuka untuk melakukan transfer duit dari Cimb Clicks

  • Pada menu “Select Transfer Method” pula, sila pilih “Instant Transfer” untuk memilih kaedah pembayaran yang cepat. Biasanya akan dikenakan sedikit cas
  • Pada menu “Select Payment Type” sila klik dan pilih “Funds Transfer”
  • Pada menu “Amount & When” sila masukkan nilai wang/duit yang mahu anda pindah (transfer) dan sila lihat tarikh untuk penghantaran samada betul atau tidak.
  • Pada menu “Transaction Instruction” terdapat menu kecil iaitu “Enter Recipient Reference”. Sila tuliskan apa apa note kecil. Contohnya “transfer ke adik” atau “transfer ke emak” atau “transfer ke xxxxx” dan sebagainya.
  • Last sekali sila klik “Transfer Money”
  • Pada halaman ini, anda akan diminta klik “Request TAC”. Sila klik dan dapatkan nombor tac
  • Anda akan menerima nombor tac melalui sms. Sila masukkan nombor tac pada ruangan “Enter TAC” tersebut dan sila klik “Confirm” untuk sah kan
  • Ianya akan memaparkan “Successful” sebagai tanda yang proses permindahan wang anda telah berjaya.

Wajah baru online banking CIMB bermula pada tahun 2018. Dan saya pasti orang lama pun pasti sedikit keliru ketika mahu menggunakannya betul? Video di atas ini saya tunjukkan bagaimana saya melakukan proses transfer duit dari Cimb Clicks ke online banking Maybank2u dengan mudah. Jadi anda dengan mudah akan faham bagaimana ianya dilakukan. Saya harap anda dapat ikuti step panduan dan rujukan cara pindah wang duit dari CIMBclick ke bank lain dengan mudah. Selamat mencuba.

The post Cara Transfer Duit Dari Cimb Clicks Ke Bank Lain appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang AirAsia

$
0
0

Sebelum ini saya ada menulis tentang pergalaman saya membeli tiket flight AirAsia secara online. Dan di artikel ini pula saya ingin menulis tentang pengalaman saya pertama kali naik kapal terbang. Dan hasil dari perkongsian artikel ini akan saya ceritakan apakah perkara yang perlu anda lakukan sekiranya anda ingin balik kampung atau melancong ke mana mana dengan menaiki flight dalam negara (domestik) Malaysia. Saya sudahpun berpengalaman menaiki kapal terbang untuk trip perjalanan pergi dan balik. Jadi saya tahulah apakah proses yang terlibat dan bagaimana caranya ok.

Pertama – Proses untuk menaiki kapal terbang memerlukan anda untuk booking dan beli tiket kapal terbang secara online di internet. Saya tidak pasti samada anda boleh membelinya melalui kaunter. Dan selepas pembelian tersebut, anda akan mendapat email yang bertajuk “Web Check- in”. Dan kena klik, ikuti arahan yang diberikan sehingga selesai dan kemudian wajib cetak (print). Proses ini adalah untuk anda mendapatkan kertas yang bertulis “Boarding Pass”. Kertas inilah yang akan membenarkan anda untuk menaiki kapal terbang. Selesaikan isu ini sebelum anda ke airport. Jelas ya.

Kertas Boarding Pass perlu dicetak print dahulu sebelum naik kapal terbang

Kertas Boarding Pass perlu dicetak print dahulu sebelum naik kapal terbang

Kisah Naik Kapal Terbang AirAsia Buat Pertama Kali

Kedua – Setibanya anda di lapangan terbang (airport), sila ke mesin layan diri yang bertulis “Self Check in”. Anda perlu untuk print luggage/baggage tag iaitu pelekat khas yang akan digunakan sebagai penanda yang bag anda telah dibayar dan boleh dinaikkan ke ruang bagasi. Selepas print tag bagasi tersebut, sila bawa printed tag bagasi tersebut dan juga kertas “Boarding Pass” anda ke kawasan untuk hantar bagasi beg anda. Mereka mahu melihat pelekat print tag bagasi dan kertas Boarding pass sebagai bukti. Ini perlu anda lakukan sekiranya anda ada ambil pakej beg bagasi. Kalau tiada, tidak perlulah proses ini.

Wajib dan perlu self check in sekiranya anda ada ambil beli ruang beg baggage luggage

Wajib dan perlu self check in sekiranya anda ada ambil beli ruang beg baggage luggage

Ketiga – Kemudian anda perlu ke ruang pelepasan (Departure Hall). Anda akan diminta untuk melalui kawasan sekuriti. Mereka akan meminta anda letakkan beg, beg dompet, jam tangan, tali pinggang, handphone dan sebagainya untuk pemeriksaan scan. Mereka juga akan menyemak kertas Boarding Pass anda sebagai pengesahan. Jika semuanya ok. Anda akan pergi ke kawasan menunggu untuk berlepas.

Ini adalah langkah bagaimana untuk print tag beg baggage anda

Ini adalah langkah bagaimana untuk print tag beg baggage anda

Keempat –  Pada kawasan “Departure” ini ada ruangan menunggu. Jadi anda perlu untuk melihat pada skrin skrin yang mereka sediakan. Pada skrin tersebut ada dinyatakan maklumat berkenaan kawasan, jam masa berlepas dan juga nombor “gate” untuk anda beratur. Terdapat Gate 1, 2, 3 dan sebagainya. Jadi anda lihatlah penerbangan anda pada gate berapa. Anda pergi ke gate berkenaan untuk beratur.

Ini adalah tempat untuk anda serahkah beg baggage anda selepas anda print tag

Ini adalah tempat untuk anda serahkah beg baggage anda selepas anda print tag

Kelima – Ketika beratur iaitu menunggu untuk masuk ke kabin penerbangan, staff pekerja lapangan terbang akan memeriksan kertas Boarding Pass anda. Jika betul dan tepat, maka anda akan dibenarkan untuk masuk ke dalam kapal terbang. Itu sahaja. Setel.

Anda perlu ke ruangan Departure untuk sekuriti dan pelepasan

Anda perlu ke ruangan Departure untuk sekuriti dan pelepasan

Fakta 1 – sebenarnya dalam kabin kapal terbang ada terdapat ruang untuk letak beg seperti bas express iaitu pada ruang letak beg di atas kepala tempat duduk. Jadi boleh sahaja bawa beg seperti beg bagasi. Namun kalau boleh biarlah kecil dan jangan terlalu besar dan boleh muat untuk diletakkan. Jadi tidak perlulah anda ambil pakej beg bagasi/luggage yang perlu anda bayar kalau hanya bawa satu beg yang tidak besar.

Kawasan menunggu sebelum berlepas di dalam kawasan departure

Kawasan menunggu sebelum berlepas di dalam kawasan departure

Fakta 2 – rasanya tidak semua orang merasai kes masalah sakit telinga ketika kapal terbang mahu terbang. Isteri saya ada rasa sedikit sakit telinga. Tetapi saya tidak merasai apa apa.

Fakta 3 – betulkah kapal terbang kalau langgar awan akan terasa bergegar sedikit kapal terbang. Jawapannya adalah ya betul? Ketika melalui atau terlanggar awan, memang kita yang berada di dalam kabin kapal terbang akan terasa bergegar. Tetapi tidaklah terlalu kuat. Mungkin bergantung kepada jenis kapal terbang yang anda naik. Saya naik kapal terbang AirAsia.

Perlu beratur pada gate yang betul sebelum berlepas dan boarding pass anda akan diperiksa

Perlu beratur pada gate yang betul sebelum berlepas dan boarding pass anda akan diperiksa

Fakta 4 – betulkah kalau duduk tepi tingkap dan dekat dengan sayap akan dengar bunyi bising dari engin kapal terbang? Saya memang memilih seat kerusi sebelah sayap kapal terbang AirAsia. Bunyi memang ada. Tetapi biasa biasa sahaja.

Fakta 5 – betulkah tidak boleh bawa makanan dan bermain handphone dalam kapal terbang. Yang tidak boleh adalah makanan yang berbau yang mungkin mengganggu orang lain seperti durian memang tidak boleh. Pasal guna telefon pun memang tidak dibenarkan kerana takut mengganggu sistem telekomunikasi kapal terbang. Kalau hendak main telefon pun, sila aktifkan setting “flight” yang ada pada handphone anda.

Pengalaman pertama kali naik kapal terbang AirAsia

Pengalaman pertama kali naik kapal terbang AirAsia

Fakta 6 – betulkah kena sampai awal di airport? Jawapannya adalah WAJIB. Memang seboleh bolehnya anda perlu sampai 2 jam awal ke lapangan terbang. Kenapa? Sila lihat prosedur di atas ini tadi. Ada banyak benda dan perkara yang perlu anda buat betul? Semua proses ini memakan masa. Kena print tag beg, kena hantar bagasi, kena semak sekuriti, kena sedia dan masuk ke ruangan menunggu departure awal dan sebagainya. Tahukah anda, anda perlu masuk ke dalam kabin kapal terbang 20 minit lebih awal. Lewat memang tidak bolehlah. Tidak percaya? Lihat gambar di bawah ini.

Amaran kelewatan untuk masuk ke kabin flight mesti 20 minit sebelum penerbangan

Amaran kelewatan untuk masuk ke kabin flight mesti 20 minit sebelum penerbangan

Ringkasan Cara Naik Flight Kapal Terbang

  • AirAsia –  sila beli tiket kapal terbang secara online
  • Sila lihat email ada ditulis “web check-in”. Sila klik dan print Boarding Pass
  • Sila ke mesin “self check in” untuk print tag pelekat bagasi. Selepas itu ke tempat untuk serahkan beg luggage/bagasi anda. Lakukan ini jika ada ambil luggage/bagasi. Jika tiada. Sila abaikan
  • Sila ke “Departure Hall” untuk tujuan pemeriksaan sekuriti badan dan beg yang anda bawa. Mereka perlukan IC dan kertas Boarding Pass anda untuk pengesahan
  • Jika selesai, sila ke ruangan departure. Sila lihat skrin tentang nombor flight penerbangan anda. Sila ketahui gate yang perlu anda tunggu. Tunggu ke gate yang diarahkan dan beratur
  • Staff pekerja lapangan terbang akan periksa kertas Boarding Pass anda dan jika betul, anda akan dibenarkan untuk masuk dan naik kapal terbang.
  • Selepas sampai, sila ke ruang untuk ambil bagasi jika ada. Jangan lupa ya. Selesai
Tempat untuk ambil beg bagasi setelah sampai ke destinasi penerbangan

Tempat untuk ambil beg bagasi setelah sampai ke destinasi penerbangan

Orang yang tinggal dengan kawasan lapangan terbang (airport) mungkin berasa ianya memudahkan. Bagi orang yang rumanya jauh dari airport seperti saya berasa sedikit leceh untuk naik kapal terbang untuk balik kampung. Saya terpaksa naik teksi, Grab, dan Bas untuk bergerak dari rumah ke stesen bas dan juga ke airport. Kalau anda tidak kisah dengan remeh temeh seperti ini dan mahu cepat, maka pilihlah kapal terbang untuk pergi ke mana mana.

Sebenarnya proses untuk menaiki kapal terbang adalah mudah sahaja. Cumanya ianya mungkin sukar bagi anda yang baru pertama kali naik flight. Penerbangan saya adalah dari Pulau Pinang ke Johor. Perjalanan hanya mengambil masa 1 jam sahaja dengan kapal terbang. Kalau dari utara ke selatan pun hanya 1 jam, sudah tentu penerbangan yang lebih pendek akan terasa lebih pantas dan sekejap sahaja. Dari pengalaman naik kapal terbang buat kali pertama ini membuatkan saya lebih yakin dan terasa mahu balik kampung dengan flight sahaja selepas ini. Hehe. Bye.

The post Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang AirAsia appeared first on MyRujukan.

Cara Order Makanan McDonald’s Secara Drive Thru

$
0
0

Di Malaysia, boleh di katakan makanan fast food yang saya pernah cuba adalah semuanya. Ianya adalah seperti KFC, McD, Texas Chicken, Ayamas, Pizza, Starbuck, Domino Pizza dan lain lain. Dan yang ada servis perkhidmatan untuk order pesan makanan secara pandu lalu (Drive Thru) adalah KFC dan juga McDonald’s. Pada kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda bagaimana cara untuk anda memesan makanan McDonald’s melalui sistem pandu lalu iaitu Drive Thru. Saya sudah banyak kali menggunakan perkhidmatan tersebut dan ianya memudahkan lagi lagi kalau saya ingin makan makanan McD di dalam kereta saya.

Sebenarnya apakah pembelian makanan secara “Driv Thru” ini? Untuk beli apa apa makanan di kedai restoran fast food ini, memang anda kena beli dan beratur di depan kaunter order makanan. Selepas itu duduk makan di kerusi meja yang disediakan. Namun bukan semua orang yang datang membeli makanan fast food hendak makan di restoran tersebut. Boleh jadi mereka beli sebab hendak makan di dalam kereta, di rumah, di luar dan sebagainya. Jadi hendak mudah untuk pesan makanan tanpa perlu beratur dan untuk diambil bawa balik (take away), maka sistem drive thru diadakan. Jelas?

Anda boleh order makanan McDonald's di Drive Thru dengan melihat menu di papan iklan

Anda boleh order makanan McDonald’s di Drive Thru dengan melihat menu di papan iklan

Pesan Makanan McDonald’s Secara Pandu Lalu (Drive Thru)

Mudah cerita sebenarnya sistem Drive Thru ini hanya untuk memudahkan anda membeli makanan fast food secara cepat tanpa perlu turun dari kenderaan anda jika niat anda membeli itu hanya untuk makan di tempat lain. Jelas? Saya selalu order dan beli makanan McDonald’s untuk sarapan pagi dan juga makan malam dengan hanya melalui driv thru sahaja. Kalau jalan jalan naik kereta dengan isteri pula, kami suka beli aiskrim McD dan sudah tentu kami akan makan di dalam kereta. Jadi kami order dan pesan aiskrim terus melalui laluan pandu lalu sahaja. Mudah dan cepat.

Jadi apakah bentuk makanan yang boleh anda pesan (order) melalui laluan driv thru ini? Anda boleh pesan dan beli semua makanan yang McD ada jual di dalamnya. Sama sahaja. Tiada beza. Untuk makanan McDonald, saya suka pesan menu sarapan pagi, Bubur McD, Ayam Goreng McD, Aiskrim McFlurry Durian, Burger dan juga Apple Pie mereka. 

Panduan Pesan Makanan McD Melalui Pandu Lalu

  • Step 1 – Sila ke mesin order makanan. Mesin ini anda akan bercakap dengan pekerja McD yang akan mengambil pesanan anda. Berdekatan mesin ini, akan ada papan iklan yang memaparkan menu makanan yang McD ada jual. Anda lihat dan pesan makanan.
  • Step 2 – Sila ke tingkap bayaran. Pandu kenderaan anda sehingga ke tingkap bayaran. Pekerja McD akan meminta bayaran. Anda perlu bayar dahulu
  • Step 3 – Sila ke tingkap ambil pesan. Pandu kenderaan anda sehingga ke tingkap berikutnya. Akan ada pekerja McD yang akan memberikan pesanan (order) anda tadi kepada anda
  • Siap

Untuk menu makanan McDonald’s, saya lebih suka makan bubur mcd, ayam goreng mcd dan burger mereka. Semuanya sedap bagi saya. Bubur ayam McD memang sesuai untuk orang yang suka makan bubur atau yang sedang demam. Ayam goreng mcd yang spicy memang terasa pedas dan sedap. McDonald’s memang sinonim dengan “burger”, jadi sudah tentu banyak pilihan burger mereka yang sedap sedap.

Sehingga kini, saya belum lagi berkesempatan mencuba servis membeli makanan McDonald’s secara online dan dihantar (delivery) ke rumah saya. Untuk servis begini, saya hanya pernah cuba untuk order Domino Pizza online sahaja. Memang mudah dan menyenangkan. Kepada anda yang tidak pernah order makanan McDonald’s melalui laluan pandu lalu (drive thru), sila lihat langkah langkah atau video di atas ini. Ianya mudah sahaja. Asalkan anda mempunyai wang yang mencukupi untuk membuat bayaran itu sahaja. Selamat mencuba ya. Bye

The post Cara Order Makanan McDonald’s Secara Drive Thru appeared first on MyRujukan.

Cara Tamatkan Polisi Insurans Takaful Malaysia

$
0
0

Saya adalah pengguna insurans hayat iaitu “Life Takaful” dari Syarikat Takaful Malaysia (STMB) sejak 2 tahun lalu. Dan kebetulan pada tahun 2018 ini, pihak STMB telah menamatkan program life takaful mereka dan hanya menawarkan pakej perlindungan insurans yang lain lain. Dan kebetulan pula, bayaran premium yang perlu saya bayar sebelum ini naik dari RM130 kepada RM170 sebulan. 2 kejutan ini membuatkan saya terfikir apakah patut untuk saya terus mengekalkan pelan perlindungan ini bersama Takaful Malaysia. Selepas membuat perbincangan dan bacaan, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti dan membatalkan pakej life takaful dari STMB ini.

Pakej life takaful yang ditawarkan oleh TakafulMalaysia sebelum ini iaitu Takaful MyGen Life tetap diteruskan. Cumanya, penawaran untuk ahli baru tidak lagi dibenarkan. Sebagai pengguna, saya merasakan yang pakej takaful yang saya ambil ini berasa seperti bukan lagi produk premium utama. Ianya terasa seolah olah seperti produk sampingan yang bila bila masa sahaja Syarikat Takaful Malaysia bersedia menerima pembatalan dari ahlinya secara suka rela. Saya tidak bermaksud yang STMB mengatakan demikian. Ini hanyalah luahan dari diri saya sendiri sebagai pengguna yang setia sebelum ini.

Proses untuk membatalkan polisi insurans dari Syarikat Takaful Malaysia Berhad

Proses untuk membatalkan polisi insurans dari Syarikat Takaful Malaysia Berhad

Bagaimana Membatalkan Polisi Insurans Takaful Malaysia

Saya telah membuat panggilan telefon kepada Syarikat Takaful Malaysia dan mengatakan hasrat untuk menamatkan polisi Takaful Malaysia yang saya ambil sebelum ini. Namun permintaan saya tidak boleh dilakukan secara dalam talian. Ianya mestilah dilakukan terus di kaunter pejabat Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB). Dengan membawa salinan IC, salinan penyata bank dan buku polisi Takaful Malaysia yang diberikan sebelum ini. 

Saya pun mendatangi Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) cawangan Bandar Perda Pulau Pinang. Dan mengatakan hasrat untuk membatalkan polisi insurans nyawa yang saya ambil sebelum ini bersama Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Pihak staff pekerja ada menanyakan sebab sebab kenapa saya mahu berhenti melanggan polisi life takaful mereka. Dan saya jawab sebab sebabnya kerana saya sudah mengambil pakej polisi life insurans dari penyedia lain iaitu AIA Public Takaful. Mereka mengangguk sahaja tanda faham.

Step Untuk Stop Polisi Takaful Malaysia

  • bawa salinan IC
  • bawa salinan penyata bank (3 bulan)
  • bawa buku polisi takaful Malaysia
  • pergi ke cawangan Syarikat Takaful Malaysia Berhad terdekat
  • katakan kepada pihak takaful Malaysia yang anda mahu stop takaful Malaysia
  • Selesai
Guna medical card dari AIA Public Takaful

Guna medical card dari AIA Public Takaful

Hasil dari kajian dan perbincangan saya bersama agen insurans. Mereka berpendapat saya memang perlu beralih dan menggunakan polisi life takaful dari syarikat lain. Alasannya adalah kerana untuk bayaran yang sama, saya boleh mendapatkan lebih banyak perlindungan (coverage) dari penyedia insurans yang lain. Selepas diteliti, barulah saya setuju menyertai AIA Public Takaful dengan bayaran premium bulanan RM178 sebulan yang sama seperti Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Ringkasan mudah. Kalau anda tetap membayar harga yang sama, tetapi anda boleh mendapatkan sesuatu yang lebih baik, kenapa tidak anda beralih sahaja. Betul? Terpulang kepada anda mahu pakej takaful dari AIA, Great Eastern, Prudential atau lain lain. Ianya lebih kurang sama sahaja. Cuma bagi anda yang beragama Islam, pilih lah insuran nyawa dari Takaful yang patuh syariah. Salah satu sebab terbesar kenapa saya beralih adalah kerana bayaran hibah yang ditawarkan lebih baik dari penyedia takaful yang lain. Bye.

The post Cara Tamatkan Polisi Insurans Takaful Malaysia appeared first on MyRujukan.

Absorber Proton Saga BLM Bocor (Leaking)

$
0
0

Ketika saya menghantar kereta saya ke bengkel kereta untuk tukar brake pump kereta, mekanik telah ternampak yang penyerap hentak iaitu absorber proton saga telah rosak. Macam mana hendak tahu yang absorber kereta kita itu sudah rosak? Mudah sahaja. Rupa rupanya, sistem absorber kereta di dalamnya terdapat minyak di dalamnya. Secara normal atau masih baik, sistem absorber tidak akan menyeluarkan minyak tersebut. Jika terdapat lelehan minyak pada batang absorber, itu bermakna absorber kereta anda sudah bocor dan perlu diganti.

Sila lihat gambar di bawah ini. Sistem absorber kereta mempunyai 2 sistem penyerap hentakan. Yang pertama adalah absorber itu sendiri yang kedua pula adalah spring yang menjadi backup kepada absorber utama. Dua benda inilah yang memberikan rasa sedap dan lembut ketika tayar kereta kita terlanggar lubang atau lopak atau jalan yang rosak tidak sekata. Ianya memberikan kesan rasa mengurangkan impak gegaran ketika kereta sedang bergerak.

Absorber kereta yang telah rosak dan bocor

Absorber kereta yang telah rosak dan bocor

Absorber Proton Saga Rosak Dan Perlu Diganti

Namun, apabila absorber utamanya rosak, maka sistem penyerap hentak kereta kita hanya bergantung semata mata kepada spring yang menjadi backup. Bayangkan pula kalau spring tersebut rosak atau patah? Alamatnya anda akan terus merasakan gegaran yang kuat ketika memandu dan ini membahayakan nyawa anda dan juga penumpang. Tidak ada siapa pun yang akan berasa selesa di dalam kereta yang sistem penyerap hentakkannya telah rosak.

absorber proton saga yang telah leaking dengan minyak

absorber proton saga yang telah leaking dengan minyak

Tidak mahu mengambil risiko membiarkan masalah absorber rosak terlalu lama. Saya terus ke bengkel kereta dan meminta mekanik menukar absorber kereta proton saga yang telah rosak kepada absorber proton saga yang baharu. Absorber yang saya maksudkan ini adalah absorber untuk tayar belakang ya. Dan perlu tukar dua dua sekali iaitu sebelah kanan dan juga kiri. Harga bagi menggantikan dua dua belah absorber proton saga yang baru adalah RM300 sahaja.

absorber proton saga yang baru

absorber proton saga yang baru

Maaf, saya tidak sempat untuk mengambil gambar keadaan absorber proton saga yang masih baru. Gambar di atas ini adalah gambar sebenar rupa bentuk kotak untuk penyerap hentak iaitu shock absorber yang digunakan untuk Proton Saga BLM saya. Dari apa yang saya perasan, harga jualan di internet lebih murah berbanding harga yang dikenakan di bengkel kereta. Cuma kelebihan bengkel adalah, mereka tolong pasangkan untuk anda. 

absorber proton saga blm juga ada dijual di Lazada

absorber proton saga blm juga ada dijual di Lazada

Website Untuk Beli Absorber Kereta Anda

  • Lazada – anda boleh mencari membeli absorber pelbagai kereta di sini
  • 11Street – anda boleh mencari membeli absorber pelbagai kereta di sini
  • Shopee – anda boleh mencari membeli absorber pelbagai kereta di sini
Resit bayaran menukar absorber penyerap hentak kereta untuk Proton Saga

Resit bayaran menukar absorber penyerap hentak kereta untuk Proton Saga

Saya telah lihat proses untuk membuka, menukar dan menggantikan absorber proton saga yang telah bocor iaitu leaking kepada yang baru. Ianya mudah sahaja. Kalau rumah anda ada kawasan parking berbumbung, memang anda boleh lakukannya sendiri untuk menjimatkan kos. Untuk pengetahuan anda, absorber kereta yang rosak juga boleh menyebabkan tayar kereta anda rosak dan mengeluarkan berbunyi. Yang mana akan menyebabkan anda untuk menukar tayar baharu pula. Jadi lebih baik pastikan absorber penyerap hentakan kereta anda dalam berkeaan baik untuk penjagaan yang tahan lama. Bye.


>>> Dapatkan Panduan Jaga Kereta Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Absorber Proton Saga BLM Bocor (Leaking) appeared first on MyRujukan.

Servis Perkhidmatan Hospital Kerajaan Lambat

$
0
0

Seringkali kita mendengar rungutan dari rakyat iaitu orang awam tentang servis perkhidmatan di hospital kerajaan lambat. Adakah ianya memang benar. Sebenarnya, sejak beberapa tahun lepas, pihak kerajaan sendiri telah memperbaiki sistem tersebut. Dan memang ada perubahan. Namun, masalah lambat terima rawatan adalah hal yang tidak dapat di elak. Saya bercakap bukan dari pihak hospital kerajaan. Tetapi dari pesakit yang pernah mendapatkan khidmat rawatan dari hospital kerajaan lambat. Mudah cerita, selepas kita laluinya sendiri, kita sebenarnya perlu lebih bersyukur berbanding komplen setiap masa.

Isteri saya baru sahaja menjalani pembedahan kecil laparoscopy di Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang milik kerajaan. Tahukah anda, isteri kepada bos di tempat kerja isteri pun pernah menjalani pembedahan laparoscopy di hospital swasta. Dan kos yang mereka kena adalah RM12K. Siapalah yang ada duit simpanan sebanyak itu pada waktu kecemasan kecuali hanya orang orang yang berduit sahaja. Setelah membaca di banyak blog, isteri saya mendapati kos pembedahan tersebut paling murah pun adalah RM1000. Terkejut bukan?

Dewan bedah hospital kerajaan seberang jaya Pulau Pinang

Dewan bedah hospital kerajaan seberang jaya Pulau Pinang

Punca Dan Sebab Hospital Kerajaan Lambat

Saya pun cemas juga. Boleh sediakan jumlah tersebut. Tetapi perlukan masa. Hasil carian dan bacaan saya di internet pun begitu. Sudah hendak jumpa artikel tentang kos pembedahan ini di hospital kerajaan. Jadi kami tidak tahu berapa jumlah sebenarnya. Pelik juga, doktor yang mencadangkan isteri saya melakukan pembedahan ini tidak pula bercerita mengenai kos yang kami terpaksa tanggung. Kalau ianya mahal, sudah pasti doktor kena bertanya kami dahulu samada kami setuju ataupun tidak.

Kos bayaran bil hospital kerajaan untuk pembedahan laparoscopy

Kos bayaran bil hospital kerajaan untuk pembedahan laparoscopy

Pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan isteri saya selamat tanpa apa apa komplikasi. Anda hendak tahu berapa kos pembedahan tersebut di hospital kerajaan ini? Ianya hanya RM30 sahaja. Macam tidak percaya. RM12 ribu di hospital kerajaan. RM1000 di hospital separa kerajaan. Hanya RM30 sahaja kos yang saya perlu keluarkan untuk pembedahan laparoscopy ini di hospital kerajaan.

Proses menunggu mendapat rawatan di hospital kerajaan lambat

Proses menunggu mendapat rawatan di hospital kerajaan lambat

Ya, saya tidak nafikan yang proses proses yang kami lalui sebelum keputusan pembedahan dicadangkan memang lama. Buat temujanji pertama. Sebulan kena tunggu. Selepas sampai masa, rupanya kami tersalah lihat tarikh. Kena buat temujanji baru pula. Kena tunggu lagi sebulan. Selepas masa sampai, kena tunggu lebih dari 2 jam lebih semata mata hendak jumpa doktor. Selepas jumpa, buat temu janji untuk jalankan operasi pembedahan 2 minggu selepas itu. Selepas selesai pembedahan, jumpa lagi sekali pada 1 bulan lebih pula untuk follow up.

Proses proses yang dilalui memang memakan masa dan sangat lambat. Tetapi tidaklah saya menyalahkan doktor atau hospital kerajaan. Antara penyebab terbesar kepada servis hospital kerajaan lambat adalah kerana ramainya jumlah pesakit dan sedikitnya jumlah doktor. Cuba anda bayangkan. Saya masuk bersama isteri untuk jumpa doktor. Doktor melayan kami lebih dari 30 minit untuk memberikan servis yang terbaik kepada pesakit.

Kalau seorang pesakit pun sudah ambil masa 30 minit lamanya. Berapa lama pula masa yang akan dan perlu diambil jika terpaksa melayan 100 orang pesakit luar dalam sehari? Jadi fahamlah saya kenapa perkhidmatan di hospital kerajaan lambat. Bukan salah doktor. Bukan salah hospital. Tetapi pesakit yang perlu dirawat terlalu ramai. Dengan bayaran yang sangat murah dan setimpal, apakah kita masih belum mahu bersyukur? Saya pasti pihak kerajaan akan terus menerus memperbaiki sistem pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kalau hendak cepat dapatkan rawatan. Tidak ada cara lain melainkan sila datang awal atau pergi sahaja klinik atau hospital swasta. Boleh?

The post Servis Perkhidmatan Hospital Kerajaan Lambat appeared first on MyRujukan.


Kawasan Perumahan Terkena Wabak Denggi

$
0
0

Baru balik dari kampung dan tiba tiba ternampak kawasan perumahan yang saya menyewa sedang dalam keadaan disembur asap penghapus jentik jentik nyamuk aedes. Kemudian saya ternampak banner iklan yang menyatakan kawasan rumah tempat kami tinggal telah dinyatakan sebagai kawasan “wabak denggi”. Itu bermaksud, sudah ada orang yang terkena demam denggi. Dan itu bermaksud kawasan kejiranan saya adalah pusat pembiakan jentik jentik nyamik aedes. Siapalah yang gagal menjalankan peranan masing masing bagi membanteras pembiakan nyamuk aedes. Kesian kepada mangsa yang terkena wabak denggi tersebut.

Kalau anda perasan, mana mana kawasan perumahan yang ditandakan sebagai kawasan wabak denggi, pasti akan ada tindakan segera dari pegawai kesihatan kerajaan bagi melancarkan siasatan dan membuat semburan asap fogging. Dan pegawai kesihatan tersebut pernah masuk dan periksa keadaan di dalam rumah saya. Alhamdullillah tiada kawasan atau tempat yang berisiko menjadi sarang pembiakan jentik jentik. Tetapi mereka memberikan saya ubat jentik jentik bagi membunuh seterusnya menangani pembiakan nyamuk aedes.

Banner iklan tentang kawasan wabak demam denggi

Banner iklan tentang kawasan wabak demam denggi

Cara Jaga Kebersihan Ketika Wabak Denggi

Ingat ya!!! Penyakit dari wabak denggi boleh membunuh dan menyebabkan kematian. Ini sesuatu yang serius. Ini bukan masalah gigitan dari nyamuk biasa. Tetapi dari nyamuk Aedes. Tidak hairanlah kalau mana mana kawasan perumahan atau pemilik premis boleh dikenakan kompaun sekiranya terbukti menjadi sarang pembiakan jentik jentik nyamuk aedes. Sebagai tanggungjawab bersama, lakukanlah pemeriksaan kebersihan di rumah anda masing masing. Mana mana kawasan bertakung air sila bersihkan.

Kawasan perumahan yang ada kes wabak denggi

Kawasan perumahan yang ada kes wabak denggi

Masalah kepada berlakunya wabak denggi adalah kerana masalah sikap yang suka ambil mudah, mengharapkan orang lain dan kurang peka dengan amalan kebersihan. Bila dengar adanya orang terkena demam denggi, masih tidak ada rasa apa apa mahu semak periksa kawasan tempat sendiri. Mengharapkan orang lain atau pekerja maintenance kawasan rumah bersihkan untuk kita. Dan yang lebih teruk, langsung tidak tahu apakah punca kepada wabak denggi dan tidak tahu cara menanganinya.

Apa pandangan peribadi saya terhadap kawasan kejiranan tempat saya menyewa ini? Kawasan kejiranan perumahan di sini agak sempit. Maksud saya bangunan dengan bangunan yang lain agak rapat. Kawasan parking kereta sangat sesak dan penuh. Ada rumah “bawah” yang menjadikan kawasan tanah yang sedikit sebagai bengkel atau stor tempat simpan pelbagai barang barang lama. Jadi sedikit sebanyak memang ianya menjadi salah satu penyumbang kepada pusat pembiakan nyamuk aedes jika tidak dikawal selia dan dibersihkan dengan kerap.

Contoh serbuk racun serangga untuk membunuh jentik jentik nyamuk aedes

Contoh serbuk racun serangga untuk membunuh jentik jentik nyamuk aedes

Website Untuk Beli Ubat Pembunuh Jentik Jentik

  • Lazada – anda boleh membeli Abate 1.1G (racun jentik jentik Aedes) di sini
  • 11Street – anda boleh membeli Abate 1.1G (racun jentik jentik Aedes) di sini
  • Shopee – anda boleh membeli Abate 1.1G (racun jentik jentik Aedes) di sini

Kawasan yang sempit memang sukar untuk dibersihkan. Dan kebetulan pula pada penghujung tahun di Malaysia memang sering mendapat taburan hujan yang tinggi. Sudah tentu keadaan yang senantiasa lembab, kurang panas dan banyak pula kawasan yang menjadi takungan air boleh menjadi penyebab kenapa berlakunya wabak denggi ini.

Apa yang kita sembangkan di atas ini adalah punca dan sebab kenapa berlakunya wabak denggi. Semua ini adalah alasan sebenarnya. Masalah wabak atau demam denggi ini pasti berjaya dikurangkan kalau kita semua sebagai orang awam memainkan peranan masing masing. Tidak perlu pergi jauh. Cukuplah kalau anda menjadi orang yang prihatin akan keselamatan dan kebersihan di tempat tinggal sendiri. Jika semua main peranan, saya pasti wabak denggi berjaya diselesaikan. Jom jadi individu yang peduli tentang kebersihan. Jom!!!

The post Kawasan Perumahan Terkena Wabak Denggi appeared first on MyRujukan.

YouTube Channel Saya Sudah Mencapai 999 Subscribers

$
0
0

Alhamdulillah saluran YouTube channel saya sudah berjaya mendapat sebanyak dan seramai 999 subscribers. Ini bermakna saya hanya memerlukan 1 subscriber sahaja lagi bagi menjadikan ianya mencukupi mencapai syarat minima iaitu 1000 subscribers untuk diterima mula menjana earning melalui program YouTube adsense. Tetapi ianya bukanlah syarat wajib yang pasti akan menyebabkan pihak YouTube menerima ahli YouTuber mereka mula menjana earning. Tetapi itulah dia salah satu syarat minima yang pihak YouTube sendiri letakkan.

Sebenarnya pada penghujung tahun 2017 memang saya telah bermula projek buat duit dengan video YouTube ini. Namun pada bulan Februari 2018, pihak YouTube telah mengenalkan syarat terbaru YouTube Partner Program mereka. Antara salah satu syarat yang mereka perkenalkan adalah keperluan kepada pemilik akaun YouTube channel untuk mempunyai sekurang kurangnya minima sebanyak 1000 subscribers. Bagi pemilik akaun YouTube channel yang kurang daripada ini akan dihentikan sementara dari menjana earning bersama YouTube Partner Program. Saya salah seorang yang terkesan dengan undang undang baru ini.

Berjaya mencapai 999 subscribers YouTube

Berjaya mencapai 999 subscribers YouTube

999 Subscribers Mendekati Sasaran 1000 subscribers Untuk YouTube

Apa yang terjadi? Saya telah bermula menjana earning YouTube sebanyak USD10 sebulan pada penghujung tahun 2017. Kemudian berjana menjana USD20 pada bulan Januari 2018. Kemudian dianggarkan bakal menjana earning sebanyak USD29@USD30 pada penghujung bulan Februari 2018. Sebelum sempat dapat income, telah disekat dari menyertai YouTube Partner Program dan tidak lagi boleh menjana income menerusi program YouTube adsense. Income bulanan menjadi USD 0 setiap bulan sehingga kini.

Namun saya tidak kesalkan akan berita perkenalan syarat terbaru YouTube Partner Program tersebut. Bagi saya ianya adalah syarat yang munasabah. Tujuannya adalah bagi menangani akaun YouTube channel yang dianggap spam seperti pemilik akaun YouTube channel tidak serius mahu upload video. Hanya upload beberapa video kemudian abai dan sebagainya. Jadi dengan adanya syarat wajib minima iaitu perlu ada 1000 subscribers, maka ianya akan menyebabkan pemilik akaun YouTube channel untuk serius bersama akaun mereka dan kerap mengupload video yang berkualiti dan berguna untuk ditonton oleh pengguna YouTube.

Syarat Youtube Content Creator 2018

  • 4000 hours of watch time within the past 12 months
  • 1000 subscribers
  • 10,000 minimum views (2017)

Dan sebab yang kedua pula adalah untuk memastikan pemilik akaun YouTube channel menjana income pendapatan yang lebih baik dan stabil. Kalau anda sudah ada seramai minima 1000 subscribers, itu bermakna anda sudah mempunyai jumlah penonton video anda seramai 1000 orang. Paling tidak, jika anda mengupload video yang baharu, paling tidak pasti akan ada yang akan menonton video anda dan anda sudah boleh menjana duit melaluinya. Betul?

Sebenarnya ada beberapa syarat yang YouTube kenakan kalau hendak buat duit dengan YouTube Adsense mereka melalui YouTube Partner Program. Dan salah satu syarat adalah kena ada minima 1000 subscribers. Jadi saya cuba capai sasaran tersebut dahulu. Dan sekarang saya sudah berjaya mendapat seramai 999 subscribers. Jadi ini bermakna secara tersirat, saya sebenarnya sudahpun berjaya mencapai sasaran tersebut. Jadi saya akan terus biarkannya berkembang dengan lebih ramai subscribers. Jadi step step seterusnya adalah saya ingin mencapai sasaran syarat YouTube Partner Program yang lain iaitu perlu dapat sebanyak 4000 jam tontonan dalam masa 12 bulan terakhir. Doakan agar target saya tercapai. Bye.


>>> Subscribe YouTube Channel Saya – [ Click Here ] <<<

The post YouTube Channel Saya Sudah Mencapai 999 Subscribers appeared first on MyRujukan.

Tamat Kelas Tajwid Di Al-Baghdadi Sungai Ara

$
0
0

Alhamdulillah saya telahpun berjaya menamatkan dan menghabiskan kelas pembelajaran hukum Tajwid Al-Quran di Pusat Al-Baghdadi Sungai Ara Pulau Pinang. Sesi kelas ini berjalan selama 5 bulan ini memang betul betul membuatkan peserta nampak apakah maksud “tajwid” yang wajib diketahui dan difahami oleh setiap orang muslim. Sebab itulah para ustad ustazah sudah mengingatkan yang para pelajar yang menyertai sesi kelas tajwid untuk tidak ketinggalan mana mana kelas yang diadakan dan dijalankan setiap minggu. Tujuan utama adalah supaya para peserta tidak ketinggalan menguasai hukum tajwid yang disampaikan pada hari tersebut.

Dan YA, saya telah terponteng 1 hari kelas tajwid tersebut. Bukan kerana sengaja. Tetapi kerana sebab tertentu yang memang tidak boleh dielakkan. Natijahnya, penguasaan saya untuk sesi kelas tajwid berikutnya menjadi sedikit kelam kabut kerana telah ketinggalan dan tidak tahu apakah hukum tajwid yang diajarkan pada hari seminggu yang lalu. Jadi nasihat saya, kalau boleh anda cubalah untuk tidak ponteng mana mana kelas tajwid yang mereka jalankan setiap minggu.

Sesi penyampaian sijil berjaya tamat belajar kelas tajwid Al Quran

Sesi penyampaian sijil berjaya tamat belajar kelas tajwid Al Quran

Kelas Tajwid Al-Quran Dewasa Di Pulau Pinang

Kenapa para peserta boleh ponteng kelas pengajian? Ini adalah kelas pengajian bacaan Al-Quran untuk sesi orang dewasa iaitu orang awam. Dan kelas ini dibayar sendiri oleh para peserta. Umur ahli termuda di dalam kelas belajar Al-Quran yang saya pernah sertai adalah dalam lingkungan 25 tahun dan yang paling tua dalam umur mungkin 60 tahun. Sudah tentulah orang dewasa seperti anda dan saya adalah dalam golongan sudah bekerja dan juga ada hal hal lain yang tidak dapat dielakkan dan terpaksa tidak hadir ke kelas tajwid.

Para pelajar yang berjaya menamatkan pembelajaran Al-Quran dalam kelas tajwid

Para pelajar yang berjaya menamatkan pembelajaran Al-Quran dalam kelas tajwid

Apa yang saya ceritakan di atas ini adalah hal hal yang biasa kalau anda sertai kelas pengajian Al-Quran untuk orang dewasa yang berbayar seperti ini. Akan ada ahli yang tidak dapat hadir seperti ini. Ianya bukan satu kesalahan. Ini kerana setiap orang ada urusan mereka masing masing. Ada kerja malam dan ada kerja pagi dan hari bekerja pula tidak tentu masa. Cumanya, nasihat para ustad dan ustazah kalau boleh, para peserta kelas pengajian tajwid misalnya memberikan tumpuan dan masa yang lebih dalam kelas tajwid ini kerana ianya penting.

Sesi makan makan bermula selepas penyampaian sijil tajwid

Sesi makan makan bermula selepas penyampaian sijil tajwid

Kenapa kena beri tumpuan dan masa yang lebih dalam kelas tajwid ini? Ini kerana ilmu pengajian tajwid adalah topik paling penting dalam membaca Al-Quran dengan betul dan tepat. Dengan pengajian tajwidlah anda akan dibetulkan cara membaca Al-Quran. Malah anda sendiri akan sedar rupa rupa begitu dan beginilah cara bacanya dan kenapa ianya dibaca begitu dan sebagainya. 

Sesi makan secara pot luck beramai ramai selepas tamat kelas pengajian tajwid

Sesi makan secara pot luck beramai ramai selepas tamat kelas pengajian tajwid

Selepas saya tamat dan habis pengajian dalam kelas tajwid ini, apa yang saya dapat dan nampak? Sebagai seseorang yang tidak fasih dan hanya menghafal surah surah yang biasa. Saya pasti saya dan anda akan tertanya tanya akan beberapa soalan berkenaan cara bacaan surah dalam Al-Quran betul? Dan segala persoalan yang bermain di minda saya selama ini terjawab selepas mempelajari tatabahasa tajwid Al-Quran di kelas pengajian Al-Quran Al-Baghdadi di Sungai Ara Penang ini.

Selepas habis dan tamat kelas tajwid ini, semua pelajar akan sama sama memeriahkan kelas pengajian tajwid yang terakhir ini dengan sesi makan makan bersama secara pot luck. Semua orang perlu membawa makanan sendiri dan berkongsikan dengan rakan rakan pengajian yang lain. Ada sesi penyampaian sijil tamat pengajian tajwid dan sedikit kenangan bergambar. Insyaallah, rakan sepengajian yang sama ini juga akan bersama sama meneruskan pengajian Al-Quran ke peringkat seterusnya iaitu Talaqqi yang bermaksud sesi membaca Al-Quran dengan mempraktikan Tamhid dan Tajwid yang kami pelajari sebelum ini. Terima kasih Ustazah. Terima kasih Al-Baghdadi.


>>> Kelas Bimbingan Al-Quran Baghdadi Penang – [017-4836797] <<<

The post Tamat Kelas Tajwid Di Al-Baghdadi Sungai Ara appeared first on MyRujukan.

Cara Melekatkan Manik Batu Swarovski Pada Tudung

$
0
0

Beberapa minggu lepas saya ada menemani isteri ke kedai tudung. Tujuannya adalah untuk mencari dan membeli tudung jenis pakai terus siap. Sarung dan terus pakai. Tetapi beliau mencari tudung yang siap dengan manik manik kerana katanya ianya kelihatan lawa dan cantik. Kadang kadang terfikir juga macam mana pembuat tudung melekatkan manik pada tudung. Hendak pasang dan lekat satu persatu leceh juga. Bila dilihat secara teliti, manik atau batu tersebut bukannya dijahit tetapi telah dilekatkan. Hendak juga lihat cara bagaimana ianya dilakukan.

Saya tidak pasti sebutan yang tepat untuk tudung jenis pakai siap ini. Yang saya pasti, sebelum ini isteri saya memang tidak menyukai tudung jenis pakai siap ini contohnya seperti “tudung fareeda”. Saya tidak mengatakan tudung jenama ini tidak bagus. Ianya hanyalah contoh untuk terangkan kepada anda jenis tudung pakai siap. Selepas isteri saya membeli satu helai tudung Fareeda, beliau terus jatuh hati. Katanya ianya memudahkan dan mempercepatkan beliau untuk bersiap kalau hendak keluar dari rumah. Saya setuju.

Tudung ready made jenis terus sarung dan pakai siap

Tudung ready made jenis terus sarung dan pakai siap

Bagaimana Melekatkan Manik Pada Tudung

Sebelum ini kalau hendak ajak isteri ke mana mana memang lambat. Yang paling lambat adalah kerana terpaksa pakai tudung bawal, tudung shawl dan sebagainya yang perlu di lilit kepada kepala berulang kali agar nampak sekata dan cantik. Kalau tidak setengah jam pasti tidak siap hanya untuk pakai tudung sahaja. Atas sebab mudah dan cepat, beliau mengajak saya ke kedai tudung yang biasa biasa untuk mencari tudung seperti ini yang berharga lebih murah dan ingin dipasangkan sekali dengan manik yang bling bling. Saya ikutkan sahaja.

Antara jenis jenis manik batu diamond swarovski untuk melekatkan manik pada tudung

Antara jenis jenis manik batu diamond swarovski untuk melekatkan manik pada tudung

Isteri saya mencari tudung seperti Fareeda tetapi berwarna hitam keseluruhannya. Dan oleh kerana tudung tersebut kelihatan kosong, maka beliau meminta pekerja kedai tudung tersebut untuk memasang manik batu pada tudung tersebut. Sebenarnya saya tidak pasti apakah nama panggilan sebenar kepada batu manik yang dipasang dan dilekatkan pada tudung tersebut. 

Dari carian saya di internet, ada yang sebut ianya sebagai manik, batu, hotfix, clear crystal, diamond dan juga batu swarovski. Walauapapun sebutan benda ini, bagi saya ianya adalah manik yang perlu dilekat ditampalkan pada tudung untuk membuatkan ianya kelihatan cantik, nampak mewah, nampak mahal dan sudah tentu elegan.

Tudung jenama Duck Scarf yang terbaru di website FashionValet

Tudung jenama Duck Scarf yang terbaru di website FashionValet

Website Untuk Membeli Tudung/Hijab

  • Lazada – anda boleh mencari dan membeli pelbagai jenis tudung di sini
  • 11Street – anda boleh mencari dan membeli pelbagai jenis tudung di sini
  • Shopee – anda boleh mencari dan membeli pelbagai jenis tudung di sini
  • Zalora – anda boleh mencari pelbagai jenis tudung moden di sini
  • FashionValet – anda boleh membeli pelbagai jenis tudung trendy di sini

Rupa rupanya di kedai tudung tersebut terdapat banyak jenis manik yang seakan akan diamond yang ditawarkan. Kita cuma tinggal pilih dan mereka akan tolong lekat dan tampalkan untuk kita pada tudung. Kaedah cara mereka melekatkan manik adalah dengan menggunakan kaedah pemanasan. Manik manik yang kita pilih akan diletakkan dan di susun di atas tudung terlebih dahulu mengikut corak yang kita mahukan.

Dan selepas itu mereka akan menggunakan kaedah memanaskan manik (iron) yang menyebabkan gam yang berada di bawah manik menjadi cair dan melekat pada tudung. Ianya sama sahaja seperti proses menseterika pakaian. Cuma kena berlapik. Itu sahaja. Berapa kos untuk memasang dan menampal dan melekatkan manik seperti ini? Maaf isteri saya tidak ingat. Cuma kata beliau, tudung jenis ala ala Fareeda yang kosong dan kemudian dilekatkan manik dijual dengan harga RM35 sahaja. Cantikkan?

The post Cara Melekatkan Manik Batu Swarovski Pada Tudung appeared first on MyRujukan.

Nasi Goreng Cili Api Yang Simple Yang Sedap

$
0
0

Di Malaysia ini, memang masakan “nasi goreng” adalah menu yang paling di sukai ramai (favourite). Anda pasti bersetuju dengan saya kalau saya katakan yang majoriti orang singgah ke kedai makan pada malam hari misalnya pasti akan memesan nasi goreng. Malah masakan dan hidangan di rumah pun pasti tidak terlepas dari menu nasi goreng. Mudah cerita, menu nasi goreng ini sesuai di mana mana untuk dimakan. Antara menu nasi goreng yang paling saya suka adalah menu nasi goreng cili api.

Kadang kadang saya terkeliru juga. Sebenarnya apa beza antara cili api dan cili padi. Bila saya buat carian di internet, ianya sama sahaja. Kadang kadang ada sedikit beza dari segi saiz. Ada yang bersaiz kecil dan ada yang bersaiz panjang. Atas sebab itulah saya sedikit keliru mahu menulis tajuk masakan ini sebagai nasi goreng cili api atau nasi goreng cili padi. Boleh anda jelaskan pada saya? Kalau ditempat saya, emak memang dari dulu sebut cili api. Tidak pernah pula dengar beliau sebut cili padi. Atau sebutan ini berdasarkan tempat sebenarnya. Mungkin juga. Yang penting ianya merujuk kepada benda yang sama.

Bumbu untuk bahan bahan nasi goreng cili api

Bumbu untuk bahan bahan nasi goreng cili api

Resepi Nasi Goreng Cili Api Ringkas

Saya perasan, kalau emak masak nasi goreng. Beliau akan gunakan 2 jenis cili ketika memasak. Kadang kala beliau masak nasi goreng pakai cili kering yang sudah di blender. Kadang kala beliau masak nasi goreng menggunakan cili api. Dari lidah saya pula, secara peribadi saya suka kalau masakan nasi goreng menggunakan cili api. Sebab itulah saya sering menyuruh isteri untuk membuat nasi goreng cili api sahaja berbanding menggunakan cili kering. Biarlah cili kering yang telah diblender digunakan untuk memasak bihun atau mee goreng kerana ianya lebih sesuai menurut saya.

Bumbu nasi goreng cili api yang telah siap ditumbuk

Bumbu nasi goreng cili api yang telah siap ditumbuk

Tajuk artikel ini adalah masakan nasi goreng cili api yang simple. Maksud simple adalah “mudah”. Dan saya akan tunjukkan kepada anda resepi cara membuat nasi goreng menggunakan cili api yang ringkas ringkas sahaja tetapi sedap. Kalau anda baru pertama kali belajar membuat dan memasak nasi goreng, rasanya resepi ini sangat sesuai kepada anda yang baru hendak belajar masak nasi goreng di rumah ok. Cuma apa yang saya buat ini ada ala ala iras dengan nasi goreng daging kalau anda lihat nanti.

Bahan Bahan

  • Nasi putih
  • Bawang merah beberapa ulas
  • Bawang putih beberapa ulas
  • Beberapa tangkai cili api/cili padi
  • Minyak masak
  • Garam dan gula
Hidangan nasi goreng cili api telah siap dimasak

Hidangan nasi goreng cili api telah siap dimasak

Cara Memasak

  • Sila tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api sehingga lumat
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan panaskan
  • Kemudian kecilkan api dan masukkan hasil tumbukkan tadi 
  • Sila kacau dan masukkan sedikit garam dan juga gula
  • Jika kelihatan seperti sudah sedikit masak, sila masukkan nasi putih
  • Gaul rata sehingga masak
  • Siap.

Saya sudah siapkan video cara memasak nasi goreng cili api di atas ini. Kalau anda tonton mungkin ada sedikit beza kerana terdapat daging dan sayur di dalamnya. Prosesnya adalah sama sebenarnya. Cuma kalau hendak tambah sedap, sila masukkan lain lain bahan yang anda sukai untuk lebih rasa. Kalau saya, saya akan tambahkan sedikit daging lembu, atau daging ayam atau isi ikan atau telur dan sedikit sayur sebagai penambah rasa dan lebih sihat. Anda gaul dan gorenglah sehingga agak agak sudah masak. Bila siap, angkat, hidangkan di atas pinggan dan bismillah untuk mula makan. Selamat mencuba ya.

The post Nasi Goreng Cili Api Yang Simple Yang Sedap appeared first on MyRujukan.

Pembuka Pintu Perodua Viva Dari Dalam Rosak

$
0
0

Masa balik ke kampung, saya naik kereta ayah iaitu Perodua Viva beliau. Tetapi ayah ada terangkan yang pembuka pintu kereta beliau telah rosak. Beliau suruh saya membuka pintu kereta menggunakan pembuka pintu dari luar. Mudah cerita, kalau saya bawa kereta dan mahu keluar, saya perlu turunkan cermin dan membuka pintu menggunakan pembuka pintu kereta dari luar. Nampak leceh, tetapi itulah yang terpaksa dilakukan. Ayah tiada pula menyuruh saya hantar ke bengkel untuk dibaiki. Saya faham kalau ayah tidak menghantar ke bengkel kerana takut akan kos yang akan dikenakan. Mungkin mahal agaknya. Sebagai anak yang prihatin, saya sendiri membawa kereta tersebut ke bengkel untuk dibaiki.

Sampai sahaja di bengkel kereta, saya katakan niat saya untuk membaiki pembuka pintu yang tidak boleh dibuka dari dalam. Kalau hendak buka pintu kereta memang kena dari luar. Pintu kereta yang rosak hanyalah pada sebelah pemandu sahaja. Yang lain lain semuanya masih ok. Mekanik tersebut pun membuka penutup (cover set) bahagian pintu kereta untuk melihat dari dalam akan apakah yang rosak. Setelah beliau mencabut cover set pintu kereta dan melihatnya, rupanya yang rosak adalah kabel dawai yang menjadi penyambung antara pembuka pintu kereta dengan tombolnya sudah terputus. Saya tidak tahu bahasa yang tepat untuk menyebut benda yang terputus itu.

Masalah pintu kereta rosak dan tidak boleh dibuka

Masalah pintu kereta rosak dan tidak boleh dibuka

Pembuka Pintu Kereta Perodua Tidak Boleh Dibuka

Mudah cerita begini. Anda tahu sistem brek basikal yang biasa? Dia ada kabel dawai yang menjadi penyambung antara brek tangan dengan sistem brek yang mencengkam tayar betul? Kalau dawai tersebut putus, maka sistem brek tidak berfungsi walaupun anda sudah mencengkam brek tangan betul? Begitulah analoginya dengan sistem pembuka pintu kereta Perodua Viva ayah saya. Bila dawai tersebut putus, maka memang tidak boleh buka pintu kereta dari dalam. Jadi perlu tukar kable dawai yang baharu. Saya tidak pasti apakah sistem mekanisma untuk membuka pintu bagi kereta yang lain lain juga adalah sama atau tidak.

pembuka pintu kereta Perodua Viva yang ditanggalkan untuk dibaiki

pembuka pintu kereta Perodua Viva yang ditanggalkan untuk dibaiki

Kos bagi menggantikan kabel dawai pembuka pintu yang lama kepada yang baharu dan siap sekali dengan upah pemasangan adalah RM40 sahaja (seingat saya). Lihat gambar di bawah, itulah dia kabel atau dawai atau wayar atau tali untuk membuka pintu kereta yang dimaksudkan. Selepas siap pasang, panel pembuka pintu sudah boleh digunakan kembali. Bawa balik rumah dan ayah terkejut. Tidak mengapa, anak balik sekali sekala dan belanja ayah dalam bentuk betulkan masalah kereta yang termampu.

Inilah dia cable dawai yang membolehkan pintu kereta dibuka

Inilah dia cable dawai yang membolehkan pintu kereta dibuka

Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan

  • Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
  • 11Street – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
  • Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini

Seingat saya sejak membeli kereta pada 2008, itulah kali pertama kereta Perodua Viva ini menggantikan cable dawai pengambung untuk membuka pintu kereta. Biasanya memang pintu sebelah pemandulah yang kerap digunakan untuk dibuka dan ditutup. Kalau 10 tahun sekali ini baru tukar benda ini, maka bagi saya ianya sudah terlebih dari murah.

Saya sudah berpengalaman menggunakan kereta Proton dan kereta Perodua. Rasanya kos penjagaan untuk membaiki apa apa kerosakkan adalah lebih kurang sama sahaja. Yang penting anda gunakan kereta anda dengan cermat dan memastikan servis berkala yang disuruh dilakukan dengan mengikut jadual. Kepada anda yang menghadapi masalah pintu kereta tidak boleh dibuka. Mungkin masalah itu berpunca dari kabel dawai yang terputus yang terjadi seperti saya. Jangan risau, bawa duit RM100 ke bengkel dan suruh mereka baiki. Kalau masalah pembuka pintu yang tidak boleh dibuka seperti saya, maka kos yang perlu anda keluarkan adalah RM40 sahaja. Kalau pandai repair sendiri, saya pasti ianya lebih jimat. Beli sahaja cable dawai pembuka pintu secara online melalui link di atas ini. Selamat mencuba.


>>> Dapatkan Panduan Jaga Kereta Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pembuka Pintu Perodua Viva Dari Dalam Rosak appeared first on MyRujukan.

Philips Food Processor Versi HR7776

$
0
0

Sejak berkahwin, isteri selalu juga melihat posting artikel berkenaan masakan dan makanan. Dan antara yang beliau suka tonton adalah alat alat yang memudahkan urusan kerja di dapur. Beliau siap buat senarai lagi akan produk barang barang yang beliau mahu beli dan dapatkan secara pelan pelan. Antara produk barangan yang beliau target untuk dapatkan adalah alat pemproses makanan. Kata beliau, selepas ini kalau ada alat pemproses makanan, bolehlah beliau buat nugget ayam, nugget daging dan lain lain urusan dapur dengan mudah. Alih alih semalam produk philips food processor telah ada di rumah. Bilalah beliau order.

Beliau telah order dengan sepupu beliau dan produk philips food processor telah dipos ke rumah kami melalui penghantaran melalui keretapi KTMB. Jujur saya memang tidak pernah tahu atau terfikir yang kita boleh pos barang menggunakan keretapi. Yang saya tahu biasanya orang pos barang guna keretapi kalau mereka hendak pos barang besar seperti motosikal. Rupanya barang barang peralatan rumah pun boleh dipos dan dinaikkan dengan keretapi. Jadi pergilah isteri saya pada petang tersebut ke stesen keretapi dan ambil barang tersebut. Besar rupanya kotak philips food processor ini.

Senarai yang isteri buat untuk target beli food processor

Senarai yang isteri buat untuk target beli food processor

Pemproses Makanan Philips Food Processor HR7776

Kotak philips food processor ini baru sampai. Memang besar. Jadi tidak hairanlah kalau ianya dipos pakai naik keretapi. Harga bagi satu set barangan pemproses makanan jenama Philips ini adalah RM1000. Dan sebenarnya ini adalah kali pertama saya melihat produk food processor ini. Setelah buka kotaknya, ada banyak produk produk kecil yang lain. Yang paling utama adalah “mesin” itu sendiri yang agak besar. Ianya hampir sama sahaja dengan mesin blender cili yang lain. Cuma yang untuk food processor ini ianya lebih besar. Maklumlah tugasan lebih banyak dan lebih berat.

Kotak Philips food processor HR7776

Kotak Philips food processor HR7776

Dari apa yang saya nampak, produk pertama ianya sama seperti blender biasa. Tugasan untuk blender mengisar cili. Yang kedua adalah produk untuk buat air jus. Jadi bolehlah perah buah buahan untuk buat air minuman jus. Produk yang ketiga adalah untuk melakukan tugasan memotong halus halus buah dan sayuran. Produk ke empat untuk tugasan membuat kek. Jadi bolehlah uli telur, tepung kek dan yang sewaktu dengannnya. 

Ada CD video diberikan sekali untuk tontonan cara menggunakan alat pemproses makanan Philips ini

Ada CD video diberikan sekali untuk tontonan cara menggunakan alat pemproses makanan Philips ini

Produk kelima boleh buat dan uli doh tepung untuk buat donut, roti dan yang sewaktu dengannya. Dan produk kelima adalah untuk tujuan mencincang iaitu untuk memotong halus halus daging lembu, daging ayam yang sesuai untuk tugasan membuat bebola daging, bebola ayam, nugget dan sebagainya. Ini adalah berdasarkan apa yang saya sendiri pegang, lihat dan cuba cuba pasang.

Mesin utama untuk philips food processor ini

Mesin utama untuk philips food processor ini

Saya dan isteri belum berkesempatan mencubanya. Bolehlah anda anggap ini sebagai review ringkas atau sesi “unboxing” untuk produk philips food processor. Nanti kalau ada yang ingin membeli alat pemproses makanan brand Philips dari siri HR7776 nanti, maka inilah dia gambar dan video sebenar dari kami ya.

Set lengkap Philips Avance Collection Food Processor HR7776

Set lengkap Philips Avance Collection Food Processor HR7776

Oleh kerana barangnya agak banyak. Saya mencadangkan kepada anda yang ingin mendapat alat food processor seperti ini, sila pastikan dapur anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletak dan menyimpan ke semua alat alat tersebut dalam satu tempat supaya mudah dicari dan digunakan jika perlu nanti. Kalau tidak anda akan tertekan hanya untuk mencarinya sahaja nanti.

Website Untuk Beli Food Processor Online

  • Lazada – anda boleh mencari alat pemproses makanan berjenama di sini
  • 11Street – anda boleh mencari alat food processor terbaik di sini
  • Shopee – anda boleh mencari alat pemproses makanan terbaik di sini

Berbaloikah menghabiskan RM1000 untuk philips food processor ini? Ianya bergantung kepada anda sebenarnya. Apa yang anda mahukan. Kalau anda rajin memasak, suka memasak, suka mencuba resepi baru dan membuat menu menu baru, maka alat seperti ini memang akan membantu memudahkan urusan dapur anda. Jika tidak, rugi sahaja beli mahal mahal tetapi tidak digunakan.

Brand jenama Philips memang terkenal di Malaysia. Saya pasti lampu di rumah anda dari jenama Philips. Seterika di rumah saya pun menggunakan jenama Philips. Saya belikan isteri saya pengering rambut (hair dryer) pun dari jenama Philips. Baru baru ini saya ada beli smart LED TV pun dari jenama Philips. Boleh dikatakan yang produk elektrik buatan brand Philips memang terbukti tahan lama dan tahan lasak. Tidak rugi membelinya. Sebab itulah walaupun saya terkejut dengan harga philips food processor yang agak mahal, tetapi saya akur jugalah kerana isteri saya memilih produk dari jenama yang diyakini semua orang. Philips terbaik.

The post Philips Food Processor Versi HR7776 appeared first on MyRujukan.


Cara Track Nombor Tracking Keretapi Tanah Melayu

$
0
0

Beberapa hari lepas isteri saya telah membeli alat yang bernama Philips Food Processor. Isteri telah memberikan saya nombor tracking keretapi untuk disemak secara online di internet. Nombor tracking ini diberikan oleh sepupu beliau yang menjual produk ini kepada beliau. Dan barang ini sememangnya telah dipos dan dihantar menggunakan keretapi. Ini adalah kali pertama saya menerima pesanan barang yang dibeli menggunakan kurier servis oleh keretapi. Jadi buntu juga pada awalnya tentang cara untuk track dan trace nombor tracking keretapi tersebut.

Saya sebenarnya berasa pelik pada awalnya. Terfikir, ada ke orang yang pos barang biasa biasa menggunakan keretapi. Kenapa tidak gunakan kaedah pos yang biasa orang guna seperti pos laju, skynet, Gdex Citylink dan sebagainya. Biasanya orang pos barang naik keretapi sebab hendak hantar dan pos motosikal. Itu adalah apa yang saya faham sebelum ini. Tetapi rupa rupanya kotak alat pemproses makanan tersebut agak besar. Jadi sesuailah kalau pos pakai keretapi.

Kotak Philips food processor HR7776

Kotak Philips food processor HR7776

Check Dan Semak Track Nombor Tracking Keretapi Online

Sedikit maklumat buat anda. Syarikat pengangkutan keretapi di Malaysia hanya satu dan ianya bernama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kalau anda hendak naik keretapi, anda kena beli tiket keretapi dengan membuka website KTMB. TETAPI!!!, kalau anda mahu pos barang, ambil barang dan semak lokasi semasa barang yang anda hantar itu, anda kena semak di website Keretapi Tanah Melayu Distribution (KTMD) dengan menggunakan nombor tracking keretapi. Ingat! Jangan terkeliru pula ya. Ada beza di situ.

Kadar caj penghantaran menggunakan keretapi

Kadar caj penghantaran menggunakan keretapi

Ini anda kena faham dahulu. Biasanya pihak kurier servis tidak kiralah dari pos biasa atau dari keretapi. Mereka akan hantar barang anda sampai ke rumah. Kalau tiada orang di rumah, mereka biasanya akan telefon (call) anda. Kalau masih tidak dapat, maka anda sendirilah yang terpaksa pergi ke pejabat mereka untuk ambil barang anda sendiri.

Bahagian keretapi yang menguruskan penghantaran barang (delivery) menggunakan servis dari Keretapi Tanah Melayu Distribution (KTMD). Cara untuk semak tracking number keretapi Malaysia sama sahaja. Anda boleh lakukannya secara online melalui website KTMD sendiri. Di bawah ini saya kongsikan panduan dan rujukan buat anda sebagai contoh.

Semak nombor tracking keretapi melalui website KTMD track trace

Semak nombor tracking keretapi melalui website KTMD track trace

Langkah Check Tracking Number Keretapi

  • KTMD – sila klik link ini untuk masuk ke website KTM Distribution
  • Sila klik pada menu “TRACK & TRACE”
  • Pada ruangan kotak, sila masukkan tracking no
  • Kemudian sila klik “Track”
  • Done

Di mana anda boleh dapatkan nombor tracking keretapi? Anda minta dari penjual. Sebab penjuallah yang akan pos barang kepada anda. Bila mereka pos barang menggunakan mana mana servis perkhidmatan kurier Malaysia, maka akan ada surat bukti pengeposan barang termasuk dengan tracking number sekali untuk penjual dan pembeli menyemak status terkini keberadaan barang anda itu sudah berada di mana.

Dalam kes keretapi, sila semak nombor tracking keretapi seperti yang saya kongsikan di atas. Kemudian lihat ianya sampai di stesen keretapi di mana. Anda pergi ke stesen keretapi berkenaan. Mereka akan minta nombor kad pengenalan (IC) anda dan juga tracking number. Jika barang tersebut memang ada, mereka akan serahkan kepada anda. Itu sahaja. Rupanya dengan keretapi anda boleh pos dokumen, parcel dan barang barang lain yang besar dengan mudah dan juga murah. Berkenaan kadar cas penghantaran melalui keretapi, sila lihat gambar di atas ya. Kalau masih tidak faham, tonton sahaja video di atas ini. Selamat mencuba. Bye

The post Cara Track Nombor Tracking Keretapi Tanah Melayu appeared first on MyRujukan.

Alat Penghidup Api Untuk Dapur Gas Memasak

$
0
0

Saya pernah membeli dapur gas memasak jenama Philux secara online. Sepanjang menggunakannya tidak pernah rosak atau buat hal. Cuma baru baru ini salah satu punat pemetik api sebelah kiri rosak. Jadi api gas memasak tidak dapat dihidupkan. Terpaksa gunakan lidi penyapu, atau kertas atau apa sahaja yang perlu dibakar dan kemudian di dekatkan pada gas memasak untuk menyala dan menghidupkan api. Proses seperti ini tidak selamat sebenarnya. Malah leceh pula. Salah satu cara yang paling praktikal adalah dengan menggunakan alat penghidup api.

Kenapa sistem pemetik api pada dapur gas memasak boleh rosak? Ada dua sebab. Sebab yang pertama adalah kerana sistem pemetik air pada dapur gas sendiri yang rosak. Dan sebab yang kedua adalah kerana tersumbat dengan minyak atau tumpahan masakan. Biasanya dua dua sebab ini boleh sahaja dibaiki. Dengan syarat anda “rajin” atau tidak untuk melihat dan menyelenggaranya sendiri. Ianya bukan sukar pun. Kerosakkan dari dua punca ini tidaklah menyebabkan gas dari tong gas memasak untuk tidak keluar.

Inilah alat penghidup api yang digunakan untuk menghidupkan api dapur gas memasak

Inilah alat penghidup api yang digunakan untuk menghidupkan api dapur gas memasak

Alat Penghidup Api Untuk Dapur Gas Yang Rosak

Atas sebab itulah walaupun sistem pemetik api dapur gas rosak, ianya tetap boleh menyalakan api jika ada supply api dari luar diberikan kepadanya. Dari sinilah datangnya alat yang bernama “alat penghidup api” ini. Ini adalah nama panggilan dalam bahasa melayu. Dalam bahasa english ianya disebut sebagai “IGNITER LIGHTER GAS”. Iaitu alat pemercik atau pemetik api yang digunakan khas untuk dapur gas memasak. Saya tidak sarankan anda menggunakan pemetik api yang biasa digunakan untuk hisap rokok. Sila gunakan igniter lighter gas ini untuk lebih selamat.

Rasanya setiap rumah memang kena ada benda alat seperti alat penghidup api ini. Walaupun dapur gas memasak anda dari jenis yang mahal dan berkualiti, ianya tidak menjamin yang sistem pemetik apinya tidak akan rosak. Seperti yang saya katakan tadi, ianya boleh jadi rosak sebab memang rosak atau rosak kerana lembab terkena tumpahan bahan masakan. Jadi api gas memasak tidak akan dapat dihidupkan kerana masalah seperti ini.

Contoh igniter lighter gas yang ada dijual di website Shopee

Contoh igniter lighter gas yang ada dijual di website Shopee

Website Untuk Beli Igniter Lighter Gas

  • Lazada – anda boleh mencari dan beli alat pemetik api dapur gas di sini
  • 11Street – anda boleh mencari dan beli alat penghidup api dapur gas di sini
  • Shopee – anda boleh mencari dan beli alat igniter lighter gas di sini

Di mana saya beli dan mendapatkan alat penghidup api untuk dapur gas memasak ini? Saya carinya di pasaraya atau di kedai kedai biasa yang menjual barang dapur rumah. Kalau anda masih tidak jumpa mencarinya, cara yang paling senang adalah dengan mencarinya di internet melalui website di atas ini. Anda taipkan perkataan “igniter lighter gas”. Pasti jumpa macam macam jenis.

Cara hendak gunakan alat pemetik api untuk dapur gas memasak ini bagaimana? Mudah sahaja. Alat penghidup api ini biasanya di datangkan dalam 2 bentuk. Ada yang mengeluarkan percikan api dan ada yang mengeluarkan api. Yang mengeluarkan “percikkan” api ini biasanya sistemnya sama seperti apa yang digunakan pada dapur gas memasak. Yang boleh keluarkan api ini biasanya dipasangkan sekali dengan lighter gas yang kecil. Hanya dekatkan muncung alat penghidup api ini. Hidupkan api/percikkan api dari alat penghidup api dan sila buka api dari punat/tombol dapur gas memasak seperti biasa. Pasti berjaya. Cubalah.

The post Alat Penghidup Api Untuk Dapur Gas Memasak appeared first on MyRujukan.

Masak Dan Makan Karipap Frozen Yang Sedap

$
0
0

Anda pernah dengar akan perkataan “frozen food”? Ianya adalah makanan yang telah disejuk beku dan boleh dimasak dan digunakan dengan segera. Seperti roti canai frozen, pau frozen, donut frozen dan juga karipap frozen. Dan pada minggu lalu saya berkesempatan untuk mencuba rasa karipap jenis sejuk beku. Dan saya sendiri pada awalnya tidak menyangka yang ianya adalah karipap jenis sejuk beku. Makan dan rasa sedap dan tidak komplen. Bila isteri masak dan tiba tiba hidangkan karipap yang masih panas panas terus tanyakan bila masa beliau buat kuih karipap?

Kata isteri, beliau bawa balik karipap frozen dari kampung semasa kami balik kampung naik kapal terbang. Emak yang kasi. Sempat pulalah emak kasi dan beliau muatkan dalam beg bagasi kami. Sejujurnya saya hanya berpengalaman makan roti canai jenis frozen ini. Kalau kuih karipap memang belum pernah lagi. Terfikir juga yang inti karipap bolehkah tahan lama. Tetapi karipap jenis frozen yang saya makan memang terasa ini karipapnya.

Hidangan kuih karipap frozen yang telah siap dimasak

Hidangan kuih karipap frozen yang telah siap dimasak

Pengalaman Masak Dan Makan Kuih Karipap Frozen

Saya pernah dan berpengalaman membuat karipap inti kentang ayam. Proses membuatnya agak sukar. Bukan sebab susah untuk ikuti resepinya. Tetapi susah sebab proses untuk menyiapkannya agak leceh dan memenatkan. Kena uli doh kuih karipap memang penat. Kena buat inti karipap pula leceh sebab memakan masa yang agak lama. Kena potong ubi kentang, kena masak kari ubi kentang tersebut dan kemudian barulah dimasukkan ke dalam doh doh kulit karipap yang telah disiapkan. Baru siap.

Kalau tanya saya, bagaimanakah cara untuk membuat karipap frozen? Jawapannya saya tidak tahu. Kerana saya memang tiada pengalaman dalam hal hal untuk membuat makanan jenis sejuk beku (frozen food) ini. Tetapi anda boleh mencuba dapatkan panduan melalui link yang saya berikan di bawah ini. Rasanya anda boleh pelajari teknik hasilkan doh untuk frozen food dari panduan di situ.

Anda boleh membeli karipap frozen secara online di Shopee

Anda boleh membeli karipap frozen secara online di Shopee

Website Untuk Beli Alat Membuat Karipap

  • RahsiaLoaf – anda boleh belajar cara buat donut frozen di sini
  • RahsiaBun – anda boleh belajar cara buat pau frozen di sini
  • Lazada – anda boleh mencari dan beli alat pencetak karipap di sini
  • 11Street – anda boleh mencari dan beli alat curry puff di sini
  • Shopee – anda boleh mencari dan beli karipap frozen di sini

Antara banyak banyak jenis karipap, kuih karipap apa yang saya paling suka? Semua jenis inti karipap saya suka. Cumanya yang paling saya suka adalah inti sardin. Ini kerana saya sendiri memang suka makan ikan sardin. Dan yang kedua adalah inti kentang.

Di mana hendak dapatkan kuih karipap sejuk beku ini? Emak saya cakap beliau beli di kedai kedai yang memang ada menjual makanan frozen food. Kalau di tempat anda tiada, jauh atau susah hendak cari, mungkin anda boleh order dan beli karipap frozen secara online di internet melalui link yang saya kongsikan di atas ini. Saya sudah semak. Setakat carian saya tadi, memang ada orang yang menjual kuih karipap frozen di sana. Saya tidak sempat untuk tangkap gambar sebenar bagaimana rupa bentuk bungkusan karipap frozen yang saya bawa dari kampung. Yang sempat saya lakukan adalah merakam pengalaman saya masak karipap frozen ini kuali. Sedap!!!

The post Masak Dan Makan Karipap Frozen Yang Sedap appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Tukar Engine Mounting Proton Saga

$
0
0

Sebenarnya sudah 3 bulan atau lebih benda ini berlaku. Kereta Proton Saga BLM saya terasa sedikit bergegar ketika engin di hidupkan, pada ketika gear rendah, pada ketika berhenti di traffic light dan juga pada ketika penghawa dingin dihidupkan. Kekuatan gegaran tidaklah terlalu kuat. Tetapi kita dapat rasa jugalah ketika di dalam kereta. Bila bawa ke bengkel kereta untuk dibaiki, dinasihatkan oleh pomen supaya saya tukar engine mounting bagi menyelesaikan isu ini. Sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan engine mounting ini? Baru pertama kali saya tahu dan mendengarkan perkataa ini.

Apa itu engine mounting? Engine mounting adalah alat peredam bunyi yang bertujuan untuk mengikat kedudukan engin kereta kita. Semua kereta ada benda ini. Maksud “peredam bunyi” adalah untuk menyerap gegaran yang terhasil dari engin kereta ketika dihidupkan. Dan maksud mengikat kedudukan engin adalah untuk mengunci engin dari bergerak ke depan, kanan, bawah dan juga kiri. Engin akan berada dalam keadaan stabil dan gegaran yang terhasil dapat di minimumkan dan kita yang berada di dalam kereta tidak terlalu terasa akan gegaran engin.

Engine mounting yang sudah rosak dan perlu diganti

Engine mounting yang sudah rosak dan perlu diganti

Masalah Kereta Bergegar Dan Tukar Engine Mounting

Masalah yang saya lalui adalah, gegaran engin sudahpun masuk ke ruang kabin pemanduan. Berasa tidak selesa ketika dipandu. Itu bermakna sistem engine mounting sudah haus, sudah rosak dan perlu diganti. Mahu tidak mahu terpaksa juga tukar engine mounting kerana sudah sampai masa untuk ianya diganti kepada yang baharu. Mengikut jadual penjagaan kereta, memang seharusnya ianya ditukar 7-8 tahun sekali. Namun kereta Proton Saga BLM saya sudah masuk tahun ke-10 dan memang perlu mounting engin ditukar baru.

Rupa bentuk alat yang bernama engine mounting untuk Proton Saga

Rupa bentuk alat yang bernama engine mounting untuk Proton Saga

Dari apa yang saya nampak, gegaran yang berlaku pada engin rasanya masih biasa biasa lagi. Tetapi masalah menjadi semakin melarat apabila aircond dihidupkan. Engin kereta bekerja dengan lebih kuat dan ketika itu nampak yang gegaran menjadi semakin kuat. Kalau kita sedang hidupkan engin kereta, anda sendiri akan nampak yang engin kereta sedikit bergerak ketika dihidupkan. Itulah tandanya yang engine mounting sudah perlu ditukar.

Selepas tukar engine mounting Proton Saga yang baharu

Selepas tukar engine mounting Proton Saga yang baharu

Dalam kes kereta Proton Saga BLM milik saya, terdapat empat engine mounting yang mengikat engin. Ini bermaksud saya kena tukar ke-empat empat engine mounting tersebut. Dan kos bagi menggantikan ke semua engine mounting tersebut termasuk upah pemasangan adalah sebanyak RM450. Bagi saya kos sebanyak RM450 memang mahal. Tetapi mengingatkan yang 10 tahun baru saya tukar sekali sebenarnya ianya dikira masih murah.

Resit kos gantian engine mounting Proton Saga

Resit kos gantian engine mounting Proton Saga

Setelah saya tukar engine mounting, apa yang berlaku? Memang saya berpuas hati!!!. Ketika engin dihidupkan pun saya sudah merasai kelainannya. Memang terasa sangat sangat kurang gegaran. Terasa seperti kereta yang masih baru. Kalau sebelum ini ketika engin dihidupkan saya akan merasai sedikit gegaran ketika berada di dalam kabin pemanduan. Kali ini tiada. Terasa senyap. Malah pemanduan pun terasa lain dari yang lain.

Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan

  • Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
  • 11Street – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
  • Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini

Rakan saya selalu cakap, kalau kereta asyik rosak lebih baik tukar sahaja. Sebab sudah mula menyusahkan pemiliknya kerana terpaksa dan kerap diselenggara. Bagi saya walaupun apa yang beliau katakan itu ada benarnya tetapi masih kurang tepat. Kereta yang kerap diselenggara tukar itu ini bukanlah kerana ianya sudah rosak. Melainkan ianya sudah sampai masa untuk ditukar alat alat gantiannya. Selepas menukar yang lama kepada yang baharu, maka ianya akan kekal tahan untuk sekurang kurangnya 5 tahun akan datang. Itu sahaja.

Sejak pakai Proton Saga BLM ini, saya pernah melakukan servis jangka panjang dengan penukaran absorber, brake pump, timing belt, kipas radiator, cooling fan, aircond compressor oil yang terbaru adalah tukar engine mounting. Semua ini adalah maintenance servis jenis jangka panjang. Ianya bukan tentang isu rosak. Tetapi tentang alat alat yang jangka hayatnya sudah sampai masa untuk perlu ditukar dan diganti. Sekali tukar akan tahan beberapa tahun ke depan. Jelas? Bila pakai kereta, kita sebagai pemilik memang kena siap sedia dengan kos maintenance nya sekali. Ini adalah hal yang biasa bagi memastikan kereta kita senantiasa dalam keadaan baik untuk dipandu. Selamat menjaga kereta.


>>> Dapatkan Panduan Jaga Kereta Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pengalaman Tukar Engine Mounting Proton Saga appeared first on MyRujukan.

Beli Beg Bagasi Murah Lazada Ketika 11.11

$
0
0

Pada 11 November iaitu pada 11.11 singles day, Lazada Malaysia telah mengadakan online shopping festival dengan memperkenalkan promosi mega jualan murah dalam 1 hari. Maknanya, kalau anda hendak membeli barang di website Lazada yang ada promo sangat murah, sila jangan terlepas tarikh 11.11 ini. Dan saya sendiri pun sebenarnya tidak tahu pula kalau isteri saya sendiri telah membeli beg bagasi pada ketika hari 11 November tersebut di Lazada. Tahu tahu sahaja bungkusan dengan kotak yang besar telah sampai ke rumah. Terfikir juga pada awalnya. Barang apalah yang besar sangat dalam kotak ini.

Setelah saya call isteri, baru tahu yang beliau ada membeli beg bagasi ketika promosi Lazada 11.11 lepas. Semua ini berpunca dari pengalaman kami naik kapal terbang AirAsia pada minggu lalu. Ketika itu terasa yang beg bagasi memang ada keperluannya jika kami bercadang untuk balik kampung atau pergi melancong travel ke mana mana. Atas sebab itulah kenapa isteri saya membeli beg bagasi tersebut. Dan kebetulan pula Lazada ada buat promosi murah. Jadi memang tidak lepaskan peluang untuk mendapatkan barang dengan harga diskaun murah.

Promosi beg bagasi murah dari Lazada sempena 11 November Singles Day

Promosi beg bagasi murah dari Lazada sempena 11 November Singles Day

Promosi Beg Bagasi Murah Ketika Lazada Shopping Festival 11.11

Sebenarnya saya sedikit terkeliru dengan perkataan “beg bagasi” ini di dalam bahasa english. Ada yang cakap “baggage” dan ada yang cakap “luggage”. Mana satu yang betul. Saya tanyakan kepada isteri. Beliau cakap yang maksud sebenar beg bagasi adalah luggage. Kalau satu beg kita sebut sebagai luggage. Kalau banyak banyak beg kita akan sebut ianya sebagai baggage. Itu kata beliaulah. Boleh jadi betul, boleh jadi tidak. Kalau di dalam dunia blogger Malaysia pula, mereka lebih senang sebutkan beg bagasi ini sebagai “beg travel” yang kita faham sebagai beg yang sesuai digunakan untuk jalan jalan pergi melancong. Betul juga.

Walauapapun sebutannya, saya harap anda faham tentang beg yang saya maksudkan ini. Rasanya sudah ramai yang pakai dan beli beg bagasi ini betul? Salah satu sebabnya kerana saiznya yang besar, berbentuk kotak yang luas dan mempunyai roda yang memudahkan ianya ditolak. Kami sebenarnya sudah mempunyai beg bagasi yang kami selalu gunakan ketika balik kampung. Tetapi beg bagasi yang kami gunakan ini hanya mempunyai 2 roda sahaja. Jadi terpaksa kena tarik untuk dibawa ke mana mana.

Inilah beg bagasi yang dibeli dari website Lazada

Inilah beg bagasi yang dibeli dari website Lazada

Website Untuk Membeli Beg Bagasi/Luggage/Travel Bag

  • Lazada – anda boleh mencari beg travel/balik kampung di sini
  • 11Street – anda boleh mencari beg luggage/balik kampung di sini
  • Shopee – anda boleh mencari beg baggage/balik kampung di sini

Beg bagasi yang isteri saya baru beli dari Lazada ini mempunyai empat roda kecil. Jadi ianya boleh ditolak dengan mudah tanpa perlu ditarik seperti beg sekolah kanak kanak. Nampak lebih memudahkan kerja. Kalau terpaksa travel atau berjalan jauh, saya pasti akan lebih banyak pakaian terpaksa dibawa. Jadi memang perlukan beg yang besar tetapi mudah dibawa.

Berapa harga beg bagasi ini? Harga bagi 1 beg untuk model yang sama ketika ini di Lazada adalah RM85.10 dan kos penghantarannya pula adalah RM11.65. Hampir RM100 juga kena. Tetapi harga yang dikenakan ketika isteri saya beli sewaktu Lazada shopping festival 11.11 adalah berharga RM74 sahaja dan siap dengan free delivery. Jadi memang ada bezalah akan perbezaan harga kalau beli hari biasa dengan beli ketika promosi 11 November Lazada ini. Dengan adanya beg bagasi baru ini, bolehlah kami merancang percutian kami ke mana mana dengan mudah selepas ini. Bye.

The post Beli Beg Bagasi Murah Lazada Ketika 11.11 appeared first on MyRujukan.

Viewing all 971 articles
Browse latest View live