Alhamdulillah, saya baru sahaja berjaya menghabiskan kelas pengajian tajwid Al-Quran dan kini memasuki kelas yang baru iaitu kelas talaqqi Al-Quran. Kalau mengikut modul yang mereka (Al-Baghdadi Sungai Ara Penang) sediakan, ini adalah kelas pengajian Al-Quran yang ketiga. Fasa yang pertama adalah kelas Tamhid iaitu kelas belajar membunyikan dan menyebut huruf Al-Quran. Kelas yang kedua adalah kelas Tajwid iaitu belajar hukum sebutan Al-Quran. Dan yang ketika ini adalah kelas talaqqi iaitu kelas membaca Al-Quran dengan panduan ustaz/ustazah. Memang seronok.
Ketika kelas talaqqi Al-Quran ini dimulakan, ustaz/ustazah sudah mengingatkan yang para pelajar harus membawa Al-Quran sendiri masing masing. Semua jenis Al-Quran boleh dibawa. Yang paling digalakkan adalah Al-Quran rasm uthmani. Malaysia memang pakai dan menggunakan rasm uthmani. Tujuannya adalah bagi menyeragamkan jenis Al-Quran dan memudahkan urusan ketika pembelajaran mengetahui hukum tajwid ketika membaca. Lain negara menggunakan “rasm” yang berbeza. Jadi akan ada sedikit perbezaan sekiranya anda mengguna rasm Al-Quran yang berbeza. Cara menyebut dan membunyikan huruf Al-Quran adalah sama. Yang berbeza adalah cara bagaimana ianya dituliskan sahaja.

kelas talaqqi Al-Quran Al-Baghdadi
Kelas Talaqqi Al-Quran Penang Untuk Orang Dewasa
Pernah juga perkara ini ditanyakan kepada ustazah. Kenapa ianya ditulis begitu tetapi dibaca dan dibunyikan lain pula. Jawapan yang diberikan adalah, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril dengan cara sebutan. Maka nabi sampaikan kepada umat melalui sebutan juga. Maka yang betul adalah sebutan. Penulisan adalah “kaedah” bagi memudahkan pembacaan Al-Quran. Sedangkan semasa Al-Quran awal awal diturunkan dahulu memang tiada tanda baris. Tanda baris adalah “kaedah” yang sengaja diletakkan bagi memudahkan orang ramai membaca. Jadi antara tulisan dengan membaca, mana yang lebih penting, sudah tentu membaca lagi penting.
Atas sebab itulah kenapa kita sebenarnya WAJIB belajar tajwid Al-Quran. Dan alhamdulillah, pusat pengajian Al-Quran Al-Baghdadi ini diwujudkan. Ianya bertujuan menyampaikan dan memberi peluang kepada orang ramai terutamanya orang dewasa untuk berpeluang belajar tajwid hukum hakam di dalam membaca Al-Quran dengan adanya kelas talaqqi Al-Quran ini. Saya sendiri baru sahaja menyertai kelas talaqqi Al-Quran ini dan saya sangat menyukainya. Kenapa?

Cara sebutan tajwid jelas dengung dititik beratkan di dalam kelas talaqqi Al-Quran
Kelas talaqqi Al-Quran ini dimulakan dengan surah surah pilihan yang popular. Tujuan utama adalah bagi mendidik diri mampu membawa surah yang menjadi kelaziman orang ramai dan boleh diamalkan bila bila masa selepas pengajian tamat. Dan tujuan yang kedua pula adalah, pada ketika inilah nanti kita akan praktikan teori “Tamhid” dan “Tajwid” yang kita pelajari sebelum ini di dalam bentuk praktikal. Saya suka kerana saya sendiri sudah mula nampak kesannya ketika membawa Al-Quran. Perlu berhati hati dengan hukum tajwid, di mana perlu dengung, panjang harkat dan sebagainya.
Yang paling best, di Pusat Pengajian Al-Quran dewasa ini, tenaga pengajar mengamalkan sikap tidak bertanya kepada para pelajar. Mereka akan bertanya secara kumpulan. Apabila ustaz/ustazah menyuruh membaca, maka kumpulan sebaris, lelaki, wanita atau setiap meja yang perlu membaca beramai ramai. Bukan secara perseorangan. Ini bagi mengelakkan para pelajar berasa malu dan kemungkinan besar tidak datang ke kelas pengajian yang seterusnya. HANYA kelas talaqqi Al-Quran sesi terakhir sekali barulah di adakan sesi membaca Al-Quran secara “face to face” berdepan dengan ustaz untuk membetulkan bacaan kita nanti.

Al-Quran rasm uthmani dengan tajwid berwarna
Website Untuk Membeli Al-Quran Tajwid
- Lazada – anda boleh mencari Al-Quran tajwid di sini
- 11Street – anda boleh mencari Al-Quran tajwid di sini
- Shopee – anda boleh mencari Al-Quran tajwid di sini
Cuma secara peribadi, saya sebagai salah seorang pelajar di dalam kelas talaqqi Al-Quran ada sedikit kecewa. Bukan kecewa dengan tenaga pengajar. Tetapi kecewa dengan para pelajar. Semasa kelas pengajian Al-Quran sesi pertama iaitu Tamhid, ada sangat ramai pelajar. Semasa masuk ke kelas pengajian sesi kedua iaitu Tajwid, bilangan pelajar sudah sedikit mengurang.
Dan pada sesi ke tiga ini pula iaitu kelas talaqqi Al-Quran, bilangan para pelajar semakin berkurang. Dulu awal awal kami sudah belajar “teori”, sekarang kami perlu belajar amalinya pula. Jadi pada saya kelas talaqqi Al-Quran ini sebenarnya terlebih penting. Tetapi saya berfikir positif sahaja. Kelas pengajian Al-Quran ini adalah untuk sesi orang dewasa. Mungkin masing masing ada komitment kerja atau keluarga yang tidak dapat dielakkan. Mungkin. Cuma saya harap, kepada anda yang mahu mengikuti kelas mengaji ini, kalau boleh kekalkan sampai akhir ya. Selamat berjaya.
>>> Kelas Bimbingan Al-Quran Baghdadi Penang – [017-4836797] <<<
The post Kelas Talaqqi Al-Quran Pulau Pinang Dewasa appeared first on MyRujukan.