Rasanya semua orang suka makan ayam. Tidak kiralah ayam masak apa sekalipun. Kedengaran pelik kalau tiba tiba kita dapat tahu atau kenal dengan seseorang yang memang tidak makan dan tidak suka dengan lauk berasaskan ayam. Ya ada. Tetapi kes ini agak terpencil. Majoritinya pasti suka betul? Dan saya salah seorang darinya. Masakan berasaskan ayam apa yang anda paling suka. Yang paling saya suka adalah masakan kari ayam. Dan selepas itu hidangan ayam masak sup. Ya saya memang suka apa apa masakan yang dimasak secara sup.
Kalau kita suka makan berasaskan lemak seperti kari yang menggunakan santan. Sekali sekala dapat makan berasaskan kuah sup memang akan terasa seperti makan menu yang sihat. Berkuah, menggunakan jumlah minyak masak yang sedikit dan lebihkan sayur sayuran akan membuat menu hidangan yang kita makan akan menjadi lebih berkhasiat. Ini menurut pandangan saya lah. Boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Biasanya kalau masakan sayuran memang saya kurang makan. Kalau di dalam sup ada sayur, saya akan makan. Kenapa?

Resepi ayam masak sup yang paling ringkas
Resepi Ayam Masak Sup Ringkas Dan Mudah
Kalau masakan sayur, ianya 100% sayur. Bagi yang tidak suka atau memang tidak makan sayur akan membuatkan mereka untuk mengelak dari mengambil sayur ketika makan. Tetapi kalau tersebut dimasak seperti kailan ikan masin, rasanya ramai yang tidak makan sayur pun pasti akan makan. Sebab rasa masin telah memotong rasa pahit sayur tersebut. Begitulah halnya dengaan ayam masak sup ini. Kalau anda masukkan sayur sayuran seperti bunga kobis, karot, sayur sawi, taugeh, dan bermacam lagi, biasanya mereka akan boleh makan sedikit.
Ini adalah salah satu sebab kenapa saya suka makan masakan yang berkuahkan sup. Rasa kuah sup yang sedap dapat memudahkan orang yang kurang gemar makan sayur untuk boleh makan sayur walaupun sedikit. Jadi menu sup ayam ini kalau bolehlah, sila masukkan sayur di dalam kuantiti yang sederhana dan membuatkan makanan menjadi lebih sihat dan berkhasiat. Cubalah.
Bahan Bahan
- Ayam
- Bawang Merah
- Cili Api
- Halia
- Garam
- Tomato
Cara Cara Memasak
- Sila rebus ayam dengan hirisan bawang merah, cili api dan halia
- Ketika mula mendidih, masukkan sedikit garam secukup rasa
- Masukkan beberapa potongan tomato pada akhir masakan
Dan pada kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda cara cara untuk membuat dan memasak ayam masak sup yang tidak menggunakan sup bunjut tetapi tetap menghasilkan rasa sup yang sedap dengan bahan bahan yang sedikit. Tidak percaya, cubalah. Malah anda akan dapati yang cara penyediaanya memang sangat sangat ringkas dan cepat.
Kalau anda masih kurang dapat mengikuti resepi ayam masak sup di atas ini, tonton sahaja video di atas ini. Saya pasti anda dapat belajar cara membuat sup ayam dengan mudah dan cepat. Bahan bahan penyediaanya pun memang seringkas yang boleh. Namun ianya telah memberikan rasa sup ayam yang sedap. Ini kerana rasa sup ayam sudah tentu datangnya dari rebusan ayam tersebut. Saya harap anda dapat mengikuti resepi ini dengan jayanya. Selepas itu cubalah hidangan daging masak sup pula. Selamat mencuba.
The post Ayam Masak Sup Simple Tanpa Sup Bunjut appeared first on MyRujukan.