Quantcast
Channel: admin – MyRujukan
Viewing all 971 articles
Browse latest View live

Cheese Tart Buah Buahan Segar Penang

$
0
0

Sejak isteri saya disahkan mengandung, ada beberapa perubahan selera makan yang berlaku. Mula mula beliau kerap berasa lapar, rasa hendak makan, dan nafsu makan semakin naik. Dan tiba tiba beliau teringat dan mahu makan kuih tart yang saya pernah beli sebelum ini pada setahun yang lalu. Beli cheese tart dari orang yang sama. Cumanya pada kali ini isteri mahu cheese tart buah pula. Tidak mahu cheese tart biasa. Mahu yang buah buahan pula katanya. Selain dari rasanya yang sedap sudah pasti ianya lebih berkhasiat menurut beliau. Saya ikutkan sahaja.

Untuk pengetahuan anda, salah satu pembuat dan penjual kuih cheese tart Penang yang saya anggap ianya sebagai berkualiti dan sedap ini adalah dari Puan Marina. Beliau sudah bertahun menjalankan perniagaan menjual kuih cheesetart dari rumah. Ada cheese tart blueberry, telur, inti jem strawberry, buah buahan segar dan banyak lagi. Malah corak hiasan pun ada banyak. Malah anda boleh request custom lagi corak atas tart tersebut.

cheese tart buah dan coklat yang sedap

cheese tart buah dan coklat yang sedap

Tempah Dan Beli Cheese Tart Buah Pulau Pinang

Dan sekarang beliau juga ada menyediakan servis penghantaran (delivery) ke seluruh Pulau Pinang. Oleh kerana beliau tinggal di dalam Pulau Pinang, maka beliau boleh hantar ke seluruh “pulau” tanpa dikenakan apa apa cas tambahan. Kalau luar pulau seperti di kawasan seberang akan dikenakan sedikit cas tambahan. Maklumlah kos minyak perjalanan dan kos toll jambatan Pulau Pinang. Harap maklum ya.

Mesti anda hendak tahu berapa harga cheese tart ini ya. Mengikut dari kata beliau, beliau menyediakan banyak pakej tempahan. Untuk cheese tart inti jem dan cheese tart buah ada berbeza harga. Yang topping potongan buah di atas ini lebih mahal sedikit. Cuma dari apa yang beliau kongsikan, 25pcs cheese tart buah berharga RM35 dan yang 30pcs berharga RM45 siap penghantaran di dalam pulau dan tidak lebih dari 22KM perjalanan.

Gambar pelbagai jenis aneka cheese tart penang halal yang boleh anda beli

Gambar pelbagai jenis aneka cheese tart penang halal yang boleh anda beli

Yang lain lain cheese tart selain buah buahan segar (fresh) itu anda boleh tanya sendiri dengan Puan Marina. Video di bawah ini adalah rupa sebenar packaging dan kuih cheese tart buah itu sendiri. Saya tidak pastilah samada permintaan isteri saya ini akibat beliau mengidam atau apa. Cuma apa yang saya nampak di awal awal fasa kehamilan ini adalah nafsu untuk makan beliau nampak bertambah dan cepat berasa lapar.

Cheese Tart Puan Marina (Penang)

Isteri saya sendiri memang menyukai cheese tart itu sendiri. Tidak hairanlah kalau beliau tidak kisah membazir membeli cheese tart yang mahal di pasaraya iaitu cheese tart Hokkaido yang berharga RM5 setiap satu kalau tidak silap saya. Bagi saya untuk makan “kuih” dan ianya semahal itu untuk satu kuih, saya tidak berapa gemar untuk menghabiskan wang seperti itu. Namun saya faham kenapa ianya berharga mahal.

Kepada anda warga Pulau Pinang dan teringin mencari dan mendapatkan cheese tart halal, boleh hubungi Pn Marina melalui nombor telefon yang tertera di atas ini. Anda juga boleh ke page Instagram dan Facebook beliau untuk melihat sendiri tawaran rekaan kuih cheese tart beliau untuk anda mudah memilih dan membuat keputusan. Kalau anda tanya saya secara jujur berkenaan review dari rasa cheese tart buah buahan yang saya beli ini adalah sedap. Saya kasi skor markah 8/10. Terbaik.

The post Cheese Tart Buah Buahan Segar Penang appeared first on MyRujukan.


Buat Duit Dengan Apps Maybank MONEY MAE-Hem

$
0
0

Maybank Malaysia baru sahaja memperkenal dan melancarkan ewallet mereka yang tersendiri iaitu Maybank Anywhere, Everywhere (MAE). Saya sendiri adalah salah seorang pelanggan mereka yang telah mengaktifkan Maybank MAE wallet beberapa hari lepas. Namun ada satu benda yang saya terlepas pandang ketika itu iaitu terdapat satu game permainan yang ditawarkan bagi menarik lebih ramai mengaktifkan ewallet MAE mereka iaitu melalui games MONEY MAE-Hem. Saya hanya ketahuinya apabila ramai yang share dan mengviralkannya di media sosial seperti Whatsapp. Semua group Whatsapp penuh dengan perkongsian ini.

Sebenarnya apa yang menarik sangat dengan game permainan MONEY MAE-Hem dari wallet MAE Maybank ini? Ada 2 benda yang menarik sebenarnya yang perlu anda ketahui. Saya sendiri telah ditanya oleh isteri tentang MONEY MAE-Hem ini apabila group di dalam Whatsapp beliau penuh dengan perkongsian ini. Beliau bertanya kepada saya samada ianya adalah betul atau tidak. Beliau takut untuk mencubanya kerana beranggapan ianya adalah scam dan tipu. Saya tunjukkan kepada beliau yang game dapat duit ini adalah betul dan beliau terus jatuh hati.

eWallet Maybank memperkenalkan MONEY MAE-Hem

eWallet Maybank memperkenalkan MONEY MAE-Hem

MONEY MAE-Hem – Main Game Dapat Duit Dengan eWallet Maybank

MONEY MAE-Hem ini adalah sebuah games permainan di dalam wallet MAE Maybank. Anda hanya perlu tekan duit syiling (coin) yang turun dari atas ke bawah. Kalau berjaya tekan (clicks), maka anda akan dapat cash rewards dalam bentuk duit. Duit dapat dalam bentuk sen sen seperti 0.03 sen, 0.04 sen, 0.05 sen, 0.07 sen dan sebagainya. Kalau anda berjaya tekan batu permata (diamond), maka duit yang tekan selepas itu akan digandakan sebanyak 2 kali (2X). Semua duit ini akan dimasukkan terus ke dalam ewallet MAE anda. Menarik bukan?

Sebab itulah ramai yang mahu daftar dan mengaktifkan ewallet MAE dari Maybank ini. Siapalah yang tidak mahu main games seronok seronok tetapi boleh dapat duit. TETAPI KENA INGAT!!! Semasa duit (coin) dan baru pertama (diamond) turun, ianya juga menurunkan sekali dengan BOM. Sila jangan tertekan BOM. Kalau anda tertekan BOM, maka game akan tamat serta merta. Untuk anda ulang ulang games ini ada hadnya.

Sebab itulah ramai yang cuba kongsikan (share) MONEY MAE-Hem ini kepada orang lain. Kenapa? Kepada anda yang mendaftar dan mengaktifkan wallet MAE ini, anda perlu untuk memasukkan kod tajaan (invite code). Dan kod tersebut adalah “mab1213“. Dan setiap kali pengaktifan berlaku menggunakan kod tajaan tersebut, maka anda akan mendapat peluang untuk memainkan games MONEY MAE-Hem lebih banyak kali.

Cara Daftar/Aktif E-Wallet Maybank (Untuk Pengguna Maybank2u)

  • Maybank2u Apps (android) – sila install aplikasi Maybank2u ini pada smartphone anda
  • Sila jalankan (run/open) aplikasi Maybank My ini
  • Sila login akaun online banking Maybank anda
  • Akan ada menu “Say Hello To MAE”, sila klik menu tersebut
  • Sila klik pada “Experience MAE Now”
  • Selepas itu sila isi maklumat Email, Negeri dan nombor Invite Code.
  • Pada rungan Invite Code, sila masukkan mab12131 dan kemudian klik CONFIRM
  • Anda diminta untuk topup Maybank E-Wallet minima sebanyak RM10 untuk pengaktifan
  • Sila klik “Savings Account” dan masukkan jumlah RM10 minima dan klik “OK”
  • Kemudian sila klik “Proceed” dan klik sekali lagi “CONFIRM & PAY”. Done
  • Sekarang akaun Maybank MAE E-Wallet sudah diaktifkan. Tahniah
  • Anda boleh klik “My Dashboard” untuk melihat setting penawaran yang ada
  • Selamat mencuba.

Isteri saya baru daftar sebentar tadi. Dan peluang untuk beliau memainkan MONEY MAE-Hem ini hanyalah sekali sahaja. Dan beliau perlu mengajak orang lain aktifkan Maybank ewallet MAE mereka menggunakan kod jemputan tadi. Lebih ramai yang daftar menggunakan kod tersebut, maka anda akan mendapat lebih banyak peluang memainkan MONEY MAE-Hem berulang kali.

Saya sendiri telah share invite code “mab1213” iaitu kepada ramai orang. Saya tidak tahu siapa yang menggunakan invite code saya. Yang pasti saya mempunyai peluang untuk memainkan MONEY MAE-Hem sebanyak 11 kali buat masa ketika artikel ini ditulis. Bagi saya apa yang pihak Maybank buat ini adalah salah satu tindakkan marketing yang sangat bagus. Sudah tentu lebih ramai orang yang sanggup untuk mengaktifkan akaun ewallet Maybank mereka dengan mudah dan cepat. Sebagai peringatan, ewallet MAE dari Maybank ini boleh digunakan oleh pengguna Maybank dan juga yang tiada akaun Maybank. Jelas ya. Bye.

The post Buat Duit Dengan Apps Maybank MONEY MAE-Hem appeared first on MyRujukan.

Beli Bantal Das Abdul Kualiti Hotel Di Lazada

$
0
0

Kalau anda pernah tinggal di hotel, saya pasti anda menikmati tidur malam anda dengan berbantalkan bantal yang lembut, tebal, selesa dan enak ketika tidur. Biasanya bantal yang digunakan untuk bilik hotel adalah bantal yang berkualiti dan boleh dipakai lama. Maksudnya ianya adalah bantal yang tidak mudah menjadi leper. Dan bantal yang ada di hotel kebiasaanya bukan dibuat oleh pihak hotel itu sendiri. Ada pihak luar iaitu supplier bantal yang menjual dan membekalkan kepada mereka. Mereka ini mendapat kontrak membekal bantal yang besar. Dan salah satu jenama besar pembekal bantal berkualiti hotel adalah dari brand bantal Das Abdul. Penah dengar?

Dulu dulu, kalau bantal yang sedap kita pasti mahukan bantal yang di dalamnya mempunyai kekabu. Itulah bantal yang kita anggap sebagai bantal yang berkualiti. Tidak mudah menjadi lembek dan boleh dipakai lama. Berbanding bantal biasa yang menggunakan span murah dan mudah menjadi leper. Tetapi zaman sekarang sudah ada teknologi pembuatan bantal yang berkualiti namun ianya bukanlah dari kekabu. Malah ada fungsi boleh menghindar kutu, bau, sejuk, mempunyai pengaliran udara untuk mudah bernafas, menjaga leher dan sebagainya. Semua ini adalah teknologi yang ada.

Saya beli bantal Das Abdul secara online di Lazada sudah sampai

Saya beli bantal Das Abdul secara online di Lazada sudah sampai

Review Bantal Das Abdul Yang Lembut Seperti Bantal Hotel

Antara jenama bantal yang popular di Malaysia adalah bantal Akemi. Saya belikan khas untuk isteri di dalam masa proses kehamilan ini. Biasalah hendak berikan isteri berasa selesa ketika tidur. Dan ketika sambil sambil membuat carian jenama bantal di Lazada untuk membuat perbandingan harga, saya terjumpa satu lagi brand bantal yang dikatakan “bantal hotel” atau “kualiti hotel”. Tagline tersebut benar benar menarik perhatian saya. Terfikir juga, alangkah baik dan sedap kalau dapat tidur di rumah dengan menggunakan bantal kualiti hotel.

Jadi, atas dasar ingin tahu dan mencuba, maka terus membuat belian bantal Das Abdul. Oleh kerana bantal jenama Akemi saya beli dengan harga hampir RM50 sebiji. Maka saya memilih bantal jenama Das Abdul dari kategori harga yang lebih kurang sama iaitu hampir RM50 sebiji. Tujuannya adalah supaya saya dapat melakukan perbandingan 2 bantal berbeza jenama di dalam kategori yang hampir sama untuk lebih adil.

Bantal kualiti hotel jenama Das Abdul

Bantal kualiti hotel jenama Das Abdul

Website Untuk Beli Bantal Das Abdul

  • Lazada – anda boleh membeli pelbagai jenis bantal jenama Das Abdul di sini
  • 11Street – anda boleh membeli pelbagai jenis bantal dari Das Abdul di sini
  • Shopee – anda boleh membeli pelbagai jenis bantal brand Das Abdul di sini

Sebenarnya sudah beberapa kali terserempak dengan peniaga bantal yang menjual bantal jenama Das Abdul di tepi tepi jalan. Cuma tidak terasa hendak beli kerana belum ada keperluan. Bila isteri sudah meminta bantal baharu iaitu dari Akemi, maka ianya membuatkan saya ingin membeli bantal yang lain brand juga untuk membuat perbandingan misalnya bantal dari brand Das Abdul. Tagline bantal hotel dan kualiti hotel itulah membuatkan saya terasa ingin mencubanya. 

Di atas ini adalah unboxing bantal jenama Das Abdul yang saya beli melalui Lazada. Kalau sukar mencari bantal ini diluar atau di mana mana kedai, sila beli secara online macam saya. Mudah dan senang. Dari review saya, apa pendapat saya berkenaan bantal dari Das Abdul ini adalah bagus atau tidak. Saya tidak boleh cakap dan komen saya ianya terlalu berkualiti atau sangat berbaloi. Ianya sangat bergantung kepada pemilihan jenis bantal yang anda pilih dan beli. Bantal Das Abdul ada yang berharga RM30, RM50, RM100 atau lebih untuk sebiji bantal. Jadi ada bermacam macam kategori. Cuma dari review saya secara peribadi, bantal Das Abdul yang berharga hampir RM50 yang saya beli ini sudah sangat memuaskan hati. Saya beri markah 7/10. Terbaik.

The post Beli Bantal Das Abdul Kualiti Hotel Di Lazada appeared first on MyRujukan.

Pengalaman Isi eFiling Cukai Pendapatan LHDN

$
0
0

Masa mula mula awal kerja sebagai juruteknik (technician) dulu memang tidak pernah dapat surat tentang cukai pendapatan pun. Setiap tahun kerja pasti pada bulan 3-5 akan bising oleh senior senior tentang samada dah “declare” cukai pendapatan atau belum. Memang saya “blur” ketika itu. Mana tidaknya, saya tidak pernah pula sejak kerja dapat apa apa surat dari HR majikan tentang keperluan untuk mengisi borang eFiling secara online. Dengar cakap cakap abang senior ketika itu pula tentang kalau tidak ishtihar pendapatan yang patut kena cukai, dan kalau di dapati bersalah, boleh dikenakan tindakkan seperti denda dan sebagainya.

Selepas beberapa tahun bekerja dan gaji sudah ditangga yang patut kena bayar cukai. Maka saya sudah menerima surat “EA Form”. Borang EA Form ini adalah surat yang dikeluarkan oleh majikan dan diberikan kepada pekerja mereka untuk melihat makumat penuh berkenaan jumlah gaji kasar tahunan, jumlah bonus, jumlah caruman kwsp tahunan, jumlah perkeso tahunan dan berapa jumlah potongan cukai bulanan (PCB) yang telah dibayar kepada LHDN.

Ini adalah borang EA Form untuk anda isi cukai pendapatan di website eFiling LHDN

Ini adalah borang EA Form untuk anda isi cukai pendapatan di website eFiling LHDN

Isi eFiling Cukai Pendapatan Online

Di Malaysia, institusi yang ditugaskan mengutip segala bentuk cukai termasuk cukai pendapatan adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Dan di dalam website rasmi LHDN terdapat link untuk anda mengisi maklumat gaji dan potongan gaji melalui link yang bernama “E-Filing”. Maksudnya anda mengisi dan mengishtiharkan pendapatan anda. Semua ini mudah dilakukan dengan adanya EA Form yang anda terima dari majikan anda jika anda bekerja makan gaji.

Ada 3 perkara besar yang perlu anda isi ke dalam sistem online eFiling LHDN. Yang pertama adalah pendapatan kasar tahunan anda. Yang kedua adalah jumlah perbelanjaan tahunan anda termasuk potongan kwsp + perkeso. Dan yang ketiga adalah jumlah cukai pendapatan tahunan yang telah dikenakan terhadap anda iaitu ditulis sebagai PCB.

Cukai pendapatan individu yang bekerja makan gaji adalah e-BE

Cukai pendapatan individu yang bekerja makan gaji adalah e-BE

Biasanya selepas anda mengisi paling kurang 3 maklumat terbesar ini, sistem eFiling akan terus mengira dan memberikan ringkasan cukai pendapatan anda samada terlebih bayar atau terkurang bayar. Ini adalah bahagian kedua yang paling penting selepas anda mengisi eFiling dengan lengkap. Kenapa?

Kalau anda terkurang bayar, itu bermaksud potongan cukai (PCB) yang dikenakan terhadap pendapatan anda di dalam setahun adalah tidak mencukupi. Maka anda perlu membuat bayaran tambahan sekiranya tidak mencukupi.

Kalau cukai pendapatan (income tax) terlebih bayar, maka baki potongan cukai (PCB) akan dipulangkan semula kepada anda secara online banking. Selepas pengesahan dilakukan oleh LHDN dan mereka akan membuat bayaran kepada anda dan terus masuk ke akaun bank anda.

Semasa anda mengisi eFiling LHDN perlu betul dan tepat. Jika ada mana mana penipuan yang anda lakukan, dan jika anda dipilih untuk disemak oleh LHDN dan anda tiada bukti untuk menyokong penipuan anda, maka anda akan dikenakan tindakkan berupa denda dan sebagainya. Contoh mudah begini, di dalam EA Form anda dituliskan gaji kasar tahunan anda adalah RM50K. Tetapi anda isi eFiling sebagai RM40K. Ini adalah salah satu bentuk kesalahan. Jelas ya.

Pertama kali isi eFiling cukai pendapatan LHDN memang susah pada awalnya. Lama lama jadi mudah sahaja. Boleh dikatakan 50% maklumat yang anda perlu isi di dalam sistem eFiling maklumatnya terdapat dalam borang EA Form anda. Yang selebihnya anda kena isi sendiri berdasarkan perbelanjaan anda seperti bayaran insurans, bayaran internet, belian smartphone, belian komputer, bayaran zakat, perbelanjaan ibu bapa dan sebagainya. Dan semua ini akan dikira oleh eFiling dan membuat keputusan samada ada terlebih bayar atau terkurang bayar PCB. Anda sudah ishtihar cukai pendapatan anda?

The post Pengalaman Isi eFiling Cukai Pendapatan LHDN appeared first on MyRujukan.

Nombor Pin Google Adsense Untuk Sahkan Akaun

$
0
0

Teringin hendak buat duit online dengan program pengiklanan dari Google? Dan iklan dari Google ada untuk paparan di blog/website dan juga di YouTube. Sebab itulah kalau anda ada buka baca blog/website atau tonton video di YouTube pasti anda akan terjumpa iklan bukan? Itulah pendapatan dari Google. Dan program yang mengendalikan pengiklanan Google ini dinamakan sebagai Google Adsense. Dan untuk membolehkan anda menerima bayaran (payment) dari Google Adsense ini, anda akan diminta untuk mengesahkan akaun Adsense anda menggunakan nombor pin Google Adsense. Sudahkah anda menerima nombor pin dari Google Adsense?

Untuk anda membuka dan mendaftar akaun Google Adsense adalah percuma sahaja. Dan selepas akaun anda mula mendapatkan earning minima USD10 kalau tidak silap saya, maka pihak Google akan menghantar kepada anda surat atau kad yang berisi Personal Identification Number (PIN). Dan nombor pin Google Adsense ini perlu anda isi ke dalam akaun Google Adsense anda untuk membuat pengesahan akaun dan barulah pihak Google boleh menghantar wang kepada anda sekiranya ada selepas mencapai minimum pengeluaran yang telah ditetapkan.

Kad Surat Google Adsense Personal Identification Number

Kad Surat Google Adsense Personal Identification Number

Verify Akaun Adsense Dengan Nombor Pin Google Adsense

Mudah cerita begini. Daftar akaun Google Adsense adalah percuma. Selepas akaun anda ada USD10, maka Google akan hantar nombor pin ke alamat rumah anda. Dan selepas dapat surat/kad tersebut, anda perlu sahkan akaun Google Adsense anda dengan nombor pin Google Adsense yang anda terima itu. Dengan itu secara asasnya akaun Adsense anda sudah disahkan. Selepas disahkan itu barulah anda boleh buat setting (setup) payment bank anda. Tujuan set up payment ini pula adalah bagi memudahkan Google transfer wang ke bank akaun anda jika akaun anda berjaya kumpul minima USD100. Jelas?

Nombor pin Google Adsense

Nombor pin Google Adsense

Semalam rakan saya telah menerima surat atau kad yang berisi nombor pin dari Google Adsense. Gambar di atas ini adalah rupa sebenar surat@kad tersebut. Di dalamnya terdapat nombor pin yang dikhaskan untuk akaun Adsense beliau. Memang dalam dashboard akaun Adsense beliau terdapat notifikasi untuk beliau melakukan proses “verify” tersebut. Selepas memasukkan nombor pin Google Adsense dan klik verify. Akaun pun telah disahkan.

Bila sudah sah, maka jika selepas ini di dalam akaun Adsense beliau sudah berjaya terkumpul USD100, pihak Adsense akan transfer wang ke akaun beliau secara wire transfer. Untuk orang Malaysia, saya nasihatkan jangan gunakan kaedah menerima bayaran secara Western Union. Ianya leceh, memenatkan dan membuang masa. Sila setting/set-up payment anda menggunakan kaedah wire transfer. Duit akan terus di kredit masuk akaun bank dengan mudah dan pantas.

Kepada anda yang masih baru dengan Google Adsense, pasti bingung dengan bentuk atau rupa sebenar surat atau kad yang berisi nombor pin yang anda bakal dapat nanti. Video di atas ini saya rakam bagi anda supaya tidak lagi pening pening. Ingat ya, proses ini sangat penting. Ini adalah untuk anda mengesahkan akaun dan membolehkan anda setting pembayaran (payment) kepada anda nanti. Maaf saya tidak berkesempatan untuk berkongsikan kepada anda tentang cara cara untuk mengisi nombor pin Google Adsense di dalam akaun Google Adsense. Harap anda dapat melakukannya sendiri dengan mudah tanpa apa apa masalah. Apa apa pun tahniah buat anda ya. Bye.

The post Nombor Pin Google Adsense Untuk Sahkan Akaun appeared first on MyRujukan.

Semak Tarikh Luput Produk Sebelum Membeli

$
0
0

Sebenarnya saya sendiri berpengalaman telah terbeli beberapa produk makanan yang sebenarnya sudah “expired” iaitu tamat tempoh. Dan kes tersebut telah membuatkan saya menjadi lebih berhati hati selepas itu untuk membeli apa apa barang di kedai runcit. Barang berbentuk bukan makanan misalnya memang kita kena lebih berhati hati. Salah makan, memang boleh kena sakit perut dan keracunan makanan. Malah wang kita pun rugi. Sebab itulah kita sebagai pembeli kena peka dengan barang yang kita beli. Kena senantiasa semak tarikh luput yang terdapat pada produk barangan yang kita beli. 

Saya berpengalaman bekerja di sebuah kedai runcit yang agak besar di Johor sebelum ini. Mereka mempunyai stok tin susu pekat manis yang sangat banyak di stor kedai kami. Entah di mana silapnya. Komunikasi dengan pihak “management” mungkin salah atau terlambat diberitahu, maka hampir ke semua tin susu pekat manis tersebut sudah expired. Pihak pengurus kedai ada memberitahu hal ini kepada pihak atasan dan mereka lambat merespon. Kalau tidak, kami boleh jual murah murah dalam 1 bulan sebelum “expiry date” tamat.

Semak tarikh luput tin susu pekat di sini

Semak tarikh luput tin susu pekat di sini

Panduan Semak Tarikh Luput Produk Barangan

Itu kisah dan pengalaman saya dulu dulu ketika bekerja di kedai runcit selepas habis SPM. Dan kini sebagai pembeli, saya memang agak menitik beratkan hak pelanggan. Kita semua tahu, hampir ke semua kedai memang akan menjadi kualiti produk barangan mereka untuk kepuasan pelanggan. Tetapi ini adalah faktor manusia. Bila namanya manusia, pasti ada buat silap dan terlepas pandang. Walaupun mereka memantau dan semak tarikh luput produk mereka, kadang kita pembeli terbeli juga produk yang sudah expired.

Check expiry date roti gardenia

Check expiry date roti gardenia

Masalah ini berpunca dari 2 keadaan. Salah peniaga yang tidak membuat semakan produk barangan yang mereka jual di kedai mereka. Dan yang kedua adalah salah pelanggan yang tidak peka dengan produk barangan yang mereka beli. Saya pernah terbeli produk yang sudah sampai tarikh luputnya dan saya perasan ketika mahu bayar di kaunter bayaran. Saya tanyakan kepada mereka dan mereka semak tarikh luput dan terus menukar kepada produk yang baru yang belum expired. Terbaik.

Ubat pil tablet juga mempunyai expiry date

Ubat pil tablet juga mempunyai expiry date

Mesti akan ada yang tanya, sebenarnya produk jenis yang bagaimanakah yang mempunyai “expiry date” dan kita perlu semak terlebih dahulu. Yang pertama ke semua produk jenis makanan samada di dalam pek bungkusan, botol dan juga makanan jenis bertin. Bila cakap soal makanan, semua makanan pasti ada jangka hayat dia. Jadi sila semak tarikh luput produk makanan terlebih dahulu ok.

Ubat sapu juga membolehkan anda check tarikh luput

Ubat sapu juga membolehkan anda check tarikh luput

Yang kedua, ke semua produk berbentuk kosmetik dan juga minyak sapu. Produk produk seperti ini akan disapukan pada kulit. Sudah tentulah anda tidak mahu menyapu produk makeup muka yang sudah expired disapu pada kulit muka anda. Boleh rosak nanti kulit muka anda nanti. Saya sudah semak, produk ubat ubatan pun memang ada expiry date mereka walaupun mereka dalam bentuk pil dan juga tablet.

Label tarikh luput pada produk yang anda beli kadang kala menggunakan nama terma berbeza tetapi membawa maksud yang sama. Kadang kala ianya dicetak dan ditulis sebagai tarikh luput, baik sebelum, best before, expiry date, use by, guna sebelum dan bermacam macam lagi. Antara produk yang sangat cepat tamat tarikh luputnya adalah “roti”. Biasanya roti akan bertahan dalam 1-2 minggu sahaja. Selepas itu sudah expired. Jadi kena selalu check dan semak tarikh luput ya. Bye.

The post Semak Tarikh Luput Produk Sebelum Membeli appeared first on MyRujukan.

Cara Menggunakan Kupon Parking Kereta

$
0
0

Dulu dulu kalau kotak parking kenderaan di bawah majlis perbandaran akan menggunakan sistem cas kaedah bayaran parking menggunakan palang meter berbayar. Kena masukkan duit syiling, dan setkan masa tempoh penggunakaan. Di kawasan kawasan lama di bandar masih ada lagi meter jenis ini. Namun kebanyakkan zaman sekarang sudah beralih untuk menggunakan kupon parking kereta kerana ianya lebih murah, lebih praktikal dan kurang kos bagi pihak berkuasa. Masalah palang meter parking kadang tumbang kena langgar, berkarat sebab hujan panas dan bermacam lagi masalah. Jadi penggunakan coupon parking adalah lebih baik.

Biasanya kupon parking kereta perlu digunakan di kawasan lot lot perniagaan, bandar dan juga mana mana kawasan yang mempunyai papan tanda kawasan parking berbayar milik majlis perbandaran. Pernah beberapa kali saya membuat kesalahan dengan tidak mempamerkan kupon letak kereta ketika parking kereta di bandar seperti di depan kedai makan, depan pejabat pos, dan juga di kawasan parking awam. Akibatnya memang dapat surat notis saman parking kereta dari majlis perbandaran.

kupon parking kereta majlis perbandaran

kupon parking kereta majlis perbandaran

Kupon Parking Kereta Majlis Perbandaran

Tidak boleh salahkan pihak majlis perbandaran juga. Mereka telah sediakan kawasan khas untuk kita meletak kereta/kenderaan kita. Kenapa perlu bayar? Sistem bayaran ini adalah untuk memastikan keadaan kawasan petak letak kenderaan dijaga dengan elok dan juga memastikan tidak akan ada orang lain yang sewenang wenangnya meletak kereta/kenderaan mereka sesuka hati tanpa limit masa yang dapat dipatuhi.

Dengan adanya sistem bayaran, orang akan parking kereta mereka mengikut keperluan mereka dan mengalihkan kenderaan mereka setelah selesai urusan dan memberikan orang lain pula untuk menggunakan kawasan petak parking tersebut. Inilah sebab kenapa pihak majlis perbandaran membuat sistem kupon parking kereta.

kupon letak kereta majlis perbandaran

kupon letak kereta majlis perbandaran

Kalau tidak dikenakan apa apa bayaran, rasanya sesiapa sahaja pasti akan mengambil kesempatan meletak kenderaan mereka dari hari ini sehingga esok atau sampai bila bila. Mereka akan buat petak parking mereka sebagai milik mereka selamanya. Sudah tentu akan mengganggu pengguna lain yang ingin menyelesaikan urusan mereka berdekatan kawasan parking berkenaan.

Sebenarnya kupon parking kereta bukanlah mahal mana pun. Contohnya di Pulau Pinang ini. Kos cas sewa parking majlis perbandaran hanyalah 40 sen untuk 1 jam. Kalau anda parking kenderaan anda selama 2 jam pun baru 80 sen sahaja. Biasanya urusan bank, pejabat kerajaan yang lain, urusan orang ramai paling lama pun hanya memakan masa tidak sampai 3 jam betul? Kalau 3 jam pun baru kena bayar RM1.20 sahaja. Rasanya cas parking seperti ini tidaklah membebankan pun.

cara gores kupon parking kenderaan majlis perbandaran

cara gores kupon parking kenderaan majlis perbandaran

Jadi bagi saya, ianya bukanlah satu alasan kalau kita tidak suka atau tidak mahu memakai dan mempamerkan kupon parking kenderaan pada kenderaan anda pun. Bukanlah sesukar mana. Dan bukanlah semahal mana pun. Samada anda terlalu malas atau tidak mengambil endah tentang isu semasa dipersekitaran tempat anda.

Panduan Menggores Kupon Parking Kereta

  • Sila dapatkan kupon letak kereta di mana mana kedai 7 elevan, kedai runcit yang berdekatan dengan kawasan parking kereta anda
  • Sila goreskan Tahun, Bulan, Hari, Jam dan Minit iaitu waktu mula penggunaan
  • Biasanya 1 kupon adalah untuk 30 minit atau 1 jam pengunaan. Kalau anda parking lebih lama dari itu, sila paparkan lebih dari 1 kupon letak kereta dan pastikan kupon seterusnya digores masa selepas berakhirnya masa kupon pertama
  • Sila letakkan kupon letak kereta yang telah digores di atas dashboard kereta anda dan mudah dilihat oleh pegawai majlis perbandaran untuk membuat semakan.

Selepas kupon parking kereta digores. Sila letakkan diatas dashboard kereta anda. Pastikan ianya dipamer dan mudah dilihat oleh pegawai majlis perbandaran. Pegawa majlis perbandaran akan membuat rondaan pada kawasan parking berbayar dikawasan seliaan mereka. Mereka akan melihat kupon letak kereta yang anda letakkan di atas dashboard kereta anda.

Jika masa penggunaan masih di dalam masa yang anda tetapkan. Maka ianya adalah betul. Jika masa penggunaan parking melepasi had masa yang dipaparkan pada kupon parking kereta. Maka surat kompaun akan diletakkan pada cermin kereta anda dan itu bermakna kereta anda sudah kena sama kompaun parking kereta. Jadi bayarlah saman tersebut. Jelas ya.

The post Cara Menggunakan Kupon Parking Kereta appeared first on MyRujukan.

Sebab Kenapa Lazada Murah Ketika Survey Kipas

$
0
0

Berita mengenai “stroke haba” atas sebab cuaca panas ini sememangnya sudah masuk berita di kaca TV. Dengan kata lain, isu pemanasan global ini sebenarnya adalah isu semasa. Rumah saya memang tidak ada penghawa dingin (aircond). Biasanya di dalam bulan bulan lain memang kalau tidur pada waktu malam kami akan buka kipas. Bila terasa sejuk akan alihkan sedikit kipas ke arah yang lain. Namun ketika cuaca panas ini berbeza. Berpeluh kalau tidur walaupun kipas di buka. Atas sebab inilah saya mahu membeli kipas dan berikan bukti kenapa Lazada murah berbanding kalau beli di kedai elektrik biasa.

Sebenarnya saya sudah beberapa kali membeli barang di Lazada pun. Jadi tidak ada masalah tidak yakin, takut ditipu, barang lambat sampai dan sebagainya. Dari pengalaman peribadi, semua pembelian secara online melalui Lazada untuk diri saya adalah positif dan terbaik. Dan ada orang yang tanya, betulkah kalau beli di Lazada lebih murah? Saya tidak boleh mengiyakan ianya adalah 100% tepat dan benar. Cuma berdasarkan pengalaman saya membeli belah di atas talian di Lazada, berkenaan isu harga di Lazada lebih murah adalah 90% benar.

Harga kipas berdiri jenama Panasonic ini di kedai elektrik adalah berharga RM169

Harga kipas berdiri jenama Panasonic ini di kedai elektrik adalah berharga RM169

Kenapa Lazada Murah Dari Beli Di Kedai Biasa

Di atas tadi saya cerita tentang kipas bukan? Saya sebenarnya telah ke kedai elektrik yang menjual barang dan perkakas elektrik rumah. Dan saya mengatakan kepada staff pekerja kedai tersebut tentang hasrat saya mahu membeli kipas jenis berdiri. Beliau pun bawa saya ke kawasan kipas dan menunjukkan model yang ada. Namun sebelum ke sana saya sebenarnya telah membuat survey dan semakan harga di Lazada supaya saya mendapat tahu tentang harga asas yang dijual. Bila ternampak harga yang dipaparkan di kedai elektrik tersebut ianya terus membuatkan saya “sedikit” kecewa. Kenapa?

Harga yang ditawarkan abgi saya adalah RM20-RM30 lebih mahal dari apa yang dijual secara online di Lazada. Mesti akan ada yang tanya, kenapa jual di kedai mahal? Tetapi kita tidak bolehlah salahkan kedai terbabit. Faktor harga sangat bergantung kepada kos operasi yang dijalankan. Biasanya bila buka kedai, pemilik premis kena bayar sewa kedai, kos elektrik, kos air, kos lesen, bayar gaji pekerja, kos lori dan sebagainya. Semua ini adalah KOS. Bila ada kos, maka memang kena jual dengan harga yang lebih tinggi berbanding kalau jual secara online.

Anda boleh dapatkan kipas yang sama dengan harga bawah RM150 adalah sebab kenapa Lazada murah

Anda boleh dapatkan kipas yang sama dengan harga bawah RM150 adalah sebab kenapa Lazada murah

Mesti ada yang tanya, kenapa jual secara online lebih murah? Bila berniaga secara online. Kedai kita hanyalah kos gudang sahaja. Sewa kedai mana kena bayar. Gaji pekerja pun boleh jadi tiada atau sangat kurang. Kos penghantaran pun pihak kurier servis seperti Pos Laju yang tolong hantar. Pembeli hanya bayar hanya yang lebih murah berbanding di kedai dan tambah sedikit kos cas penghantaran. Itu sahaja.

Namun ianya tetap ada pro dan kontra juga. Saya biasanya tidak kisah kalau membeli pampers, baju, seluar, atau apa apa yang dibawah RM1000 di Lazada. Kalau beli barang besar seperti kipas, peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya, saya lebih suka membeli di kedai berbanding di Lazada kerana faktor mudah claim warranty jika rosak. Ini adalah cara saya. Terpulang kepada pilihan anda.

Website eCommerce Terbaik Malaysia

  • Lazada – website yang paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia
  • 11Street – kedua terbaik selepas Lazada
  • Shopee – antara yang mula popular selepas 2 website di atas ini

Saya tunjuk bukti kenapa Lazada murah berbanding kalau beli di kedai supaya anda boleh lihat sendiri perbezaannya. Gambar di atas adalah gambar sebuah kipas berdiri jenama Panasonic di kedai yang menjual barangan perkakas elektrik rumah dan ianya dijual dengan harga RM169. Dan gambar kedua pula adalah gambar kipas dari model yang sama tetapi dijual melalui Lazada. Berapa harganya? Rata rata ianya jual dengan harga bawah RM150. Mungkin sesetengah orang boleh berlebih kurang dengan perbezaan harga sebanyak RM20 ini. Terpulang kepada pilihan anda. Cuma apa yang saya hendak kongsi dan tunjukkan kepada anda yang cerita mengenai kenapa beli di Lazada lebih murah berbanding beli di kedai adalah benar. Itu sahaja. Bye. 

The post Sebab Kenapa Lazada Murah Ketika Survey Kipas appeared first on MyRujukan.


Pelaburan Public Mutual Guna Akaun 1 KWSP

$
0
0

Saya telah di dekati oleh seorang agen Public Mutual. Dan beliau merupakan kenalan kepada rakan sekerja. Di atas cadangan beliau, saya berminat untuk berjumpa agen tersebut dan berbincang mengenai peluang pelaburan public mutual menggunakan sumber kewangan dari akaun 1 kwsp. Rasanya semua kita sedia maklum yang pengeluaran wang kwsp hanya dibolehkan pada akaun 2 sahaja dan itupun dengan syarat syarat pengeluaran yang telah ditetapkan. Akan tetapi, rupa rupanya kita juga boleh membuat pengeluaran akaun 1 kwsp kita dengan syarat ianya digunakan untuk membuat pelaburan yang mana keuntungan dipulang dan dikembalikan ke dalam akaun 1 kwsp semula.

Mudah cerita, pengeluaran akaun 1 kwsp hanyalah pengeluran jenis pelaburan untuk membantu dan memberi peluang kepada pemilik akaun kwsp mengembangkan lagi simpanan persaraan dengan lebih besar. Dan salah satu jenis pengeluaran akaun 1 kwsp untuk pelaburan yang dibenarkan adalah pengeluaran untuk pelaburan di dalam dana terpilih public mutual. Satu cabang pelaburan yang memang menarik minat saya sebenarnya. Siapalah yang tidak mahu mengembangkan simpanan di dalam kwsp dengan menggunakan wang yang ada di dalam kwsp itu sendiri. Sebenarnya tidak terasa terbeban pun. Saya anggap ini adalah peluang.

Contoh pulangan keuntungan dari pelaburan public mutual menggunakan wang akaun 1 kwsp

Contoh pulangan keuntungan dari pelaburan public mutual menggunakan wang akaun 1 kwsp

Pelaburan Public Mutual Guna Duit KWSP (EPF)

Pelaburan public mutual sejujurnya adalah dari jenis pelaburan berisiko sederhana tinggi. Dengan kata lain, ianya bermaksud pelaburan anda mampu memberikan pulangan dividen yang agak tinggi jika berjaya dan mampu untuk rugi jika gagal. Namun jangan bimbang, biasanya bila kita memilih dana yang kita mahu labur di dalam public mutual biasanya agen Public Mutual akan mencadangkan mana mana dana unit amanah yang mempunya prestasi cemerlang di dalam prospek pelaburan minima sepanjang 5 tahun terkini. Anda tidaklah saja saja beli unit amanah yang tidak ketahuan hala tujunya.

Anda kena faham, pelaburan yang dibuat oleh kwsp adalah jenis sederhana dan berisiko rendah. Dengan kata lain simpanan anda tidaklah terlalu terdedah kepada rugi namun potensi keuntungan dari dividen pula tidaklah terlalu tinggi. Maklumlah, duit simpanan anda di kwsp itu adalah simpanan jenis persaraan. Sebab itulah ianya hanya boleh dikeluarkan semuanya pada umur anda 55 tahun nanti iaitu umur persaraan.

Contoh sebenar pengeluaran wang akaun 1 kwsp untuk pelaburan public mutual

Contoh sebenar pengeluaran wang akaun 1 kwsp untuk pelaburan public mutual

Cumanya, kepada anda yang berani mengambil risiko, pihak kwsp benarkan anda membuat pengeluaran akan 1 untuk pelaburan public mutual. Kalau anda pilih dana yang tepat, maka dapatlah anda merasa keuntungan dari unit trust public mutual iaitu kadar dividen yang lebih tinggi dari dividen kwsp. Rasanya anda pun tahu yang kadar dividen kwsp biasanya dalam 5.5%-6.5% sahaja setahun. Sebaliknya, pelaburan di public mutual berpotensi membeli kadar pulangan dividen setinggi 20% setahun kalau dana yang anda pilih itu naik berjaya di dalam pelaburan mereka.

Tetapi pelaburan public mutual ini anda janganlah fikir ianya jangka pendek sahaja. Kita kena lihat prestasi unit amanah yang anda beli dan labur melalui public mutual mestilah memberikan kadar pulangan dividen yang lebih tinggi dari apa yang kwsp beri. Bagi saya kalau pelaburan public mutual mampu memberikan kadar 10%-12% pulangan dividen setahun pun sudah terlebih lebih baik. Mesti ada yang tanya, kalau rugi macam mana? Jangan bimbang, jumlah pengeluaran akaun 1 kwsp untuk pelaburan di public mutual sebenarnya tidaklah besar mana. Bukan keluar semua pun. Kalau ada 60K dalam akaun 1 kwsp anda. Yang dibenarkan untuk pengeluaran pelaburan dalam public mutual mungkin hanya RM5000 sahaja. Kalau pun rugi, ianya tidaklah memberikan kesan besar dalam simpanan kwsp anda. Jangan bimbang. Berminat?


>>> Puan Ina (Penang)017-5392872 <<<

>>> Dapatkan eBook Melabur Unit Trust Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pelaburan Public Mutual Guna Akaun 1 KWSP appeared first on MyRujukan.

Status Video YouTube Dari Limited Jadi Monetized

$
0
0

Setelah setahun serius buat duit dengan video YouTube. Kita akan melalui beberapa fasa yang menyebabkan kita belajar sesuatu. Antara perkara yang saya beberapa kali lalui adalah apabila video yang kita upload tidak dapat menjana duit (not monetize). Biasanya video yang kita berjaya upload akan terus secara automatik memaparkan status berwarna hijau yang ditulis sebagai “ON”. Tetapi bila kita masuk ke YouTube Studio, ianya menunjukkan sesetengah dari video kita ditulis sebagai “LIMITED”. Dengan kata lain video tersebut tidak akan menjana wang kerana video berkenaan berstatus terhad atas sebab sebab tertentu. Jadi bagaimanakah cara untuk kita tukar status video tersebut dari limited jadi monetized?

Mesti ada yang tanya, kenapa boleh jadi “limited” pula betul? Dari apa yang dipaparkan pada video yang ditandakan sebagai limited adalah seperti ini iaitu “This video is running limited or no ads due to content identified as not suitable for most advertisers” dan “It remains fully playable and is eligible to earn subscription revenue from YouTube Premium”. Apa yang anda faham dari apa yang dipaparkan ini? Dari apa yang saya faham, ianya bermaksud yang video saya dianggap sebagai tidak sesuai kepada pengiklan. Bila tidak sesuai sudah tentulah tiada iklan akan dipaparkan pada video tersebut. Bila tiada iklan terpapar, itu bermaksud yang tiada duit yang akan terjana. Betul? Faham?

Ini adalah cara untuk membuka YouTube Studio

Ini adalah cara untuk membuka YouTube Studio

REQUEST REVIEW Untuk Tukar Status Dari Limited Jadi Monetized

Tetapi pada status video tersebut juga ada disediakan menu untuk kita klik pada “REQUEST REVIEW”. Dengan kata lain kita masih ada peluang untuk meminta video kita untuk disemak semula secara manual. Kenapa manual? Dari apa yang saya faham, mana mana video kita yang ditandakan sebagai “limited” adalah dari sistem robot YouTube itu sendiri. Mungkin ianya telah disetting agar untuk menyaring mana mana video yang dianggap kurang sesuai mungkin kerana faktor panjang video, tajuk video, imej pada video, keyword yang masuk kepada video dan sebagainya. Jadi kita boleh minta “request review” dari orang sebenar iaitu pekerja YouTube untuk menyaring secara manual bagi kita. Jika mereka dapati video tersebut sebenarnya adalah ok, maka ianya akan ditukar status dari limited jadi monetized. Jelas?

Anda boleh filter video anda yang limited di bahagian monetization di sini

Anda boleh filter video anda yang limited di bahagian monetization di sini

Nasihat saya, anda yang ada YouTube channel dan memang buat duit dengan YouTube, sila semak semula ke semua video anda. Saya buka YouTube Studio dan semak ke semua video saya. Nampaknya ada beberapa video yang memberikan jumlah view yang banyak tetapi ditandakan sebagai “limited”. Dan video berkenaan rasanya tiada apa apa masalah langsung. Rugilah kalau ada video yang jumlah views tontonan tinggi tetapi tidak memberi hasil kepada kita betul? Jadi cepat cepatlah anda minta “request review” supaya ianya kembali menjadi “ON” dan boleh monetize dari video berkenaan.

Sila klik pada limited dan minta request review sebelum boleh menukar limited jadi monetized

Sila klik pada limited dan minta request review sebelum boleh menukar limited jadi monetized

Cara Request Review YouTube

  • Sila ke YouTube Studio
  • Klik pada Videos
  • Pada Filter sila pilih “Monetization” dan pilih “Limited” dan klik “Apply”
  • Ianya akan memaparkan video yang ditandakan sebagai “Limited”
  • Sila sentuhkan cursor tetikus anda pada “Limited” akan terpapar menu dialog tertulis “REQUEST REVIEW”
  • Sila klik “REQUEST REVIEW” dan tandakan “tick” pada “I have double checked” dan klik “Request Review”
  • Done.

Nasihat saya, jika ada banyak video anda yang berstatus “limited”, sila jangan minta “request review” pada ke semua video berkenaan. Hanya pilih video yang memang anda rasa boleh lepas tapisan. Kalau video berkenaan anda rasa sesuai untuk tontonan dan boleh lepas tapisan, maka anda buatlah “request review” ok.

Video akan dianggap sesuai selepas request review dan boleh monetization

Video akan dianggap sesuai selepas request review dan boleh monetization

Biasanya ianya akan mengambil masa 3 hari mengikut pengalaman saya untuk mereka merespon permintaan kita. Kita akan dapat email yang akan menyatakan samada video kita memang benar benar sesuai atau tidak. Kalau sesuai, video kita tadi akan ditukar status dari limited jadi monetized

Saya suka YouTube punya sumber pendapatan bagi YouTuber. Iklan yang dipaparkan adalah bagus. Tidak akan ada iklan iklan tidak senonoh dan yang haram. Jadi sumber pendapatan pun bagi saya ianya adalah halal dan bersih. Cumanya kita jangan lah hasilkan video yang tidak senonoh. Sudahlah duit dari iklan adalah halal, tetapi video kita yang menarik penonton pula adalah tidak halal. Maka tidak baguslah begitu. Saya harap anda dapat ikuti panduan dan rujukan cara menukar status video YouTube dari limited menjadi monetized dengan mudah ya. Selamat mencuba.


>>> Subscribe YouTube Channel Saya – [ Click Here ] <<<

The post Status Video YouTube Dari Limited Jadi Monetized appeared first on MyRujukan.

Buku Merah Rekod Kesihatan Ibu Mengandung

$
0
0

Apabila seseorang wanita itu mengandung, tindakkan pertama yang perlu dilakukan adalah menghadiri mana mana Klinik Kesihatan Ibu & Anak untuk membuat pendaftaran dan mendapatkan “Buku Merah/Buku Pink”. Ini adalah sangat penting bagi mencatatkan dan merekodkan perkembangan kesihatan ibu mengandung dan juga bayi di dalam kandungan. Akan ada temujanji berkala yang perlu dilakukan. Bukan hanya semata mata mengandung, duduk rumah atau pergi kerja dan hendak hampir 9 bulan pergi hospital beranak. Walaupun boleh tetapi sangat sangat tidak digalakkan kerana ianya akan menyusahkan pihak pentadbiran hospital nanti. Apakah masalah tersebut?

Apabila anda hendak beranak/bersalin di hospital, buku merah/pink akan memberikan maklumat berkenaan perkembangan diri anda selaku ibu dan juga perkembangan bayi di dalam kandungan. Mudah cerita, doktor akan tahu status ibu mengandung tersebut. Sudah sampai masa atau belum. Ada komplikasi atau tidak atau apa apa maklumat yang perlu doktor ketahui tentang keadaan si ibu mengandung dan juga bayi tersebut. Jadi kalau anda pergi mana mana hospital, buku inilah yang akan menjadi rujukan tahap kesihatan ibu dan juga bayi. Jelas?

Bentuk sebenar buku merah pink untuk ibu mengandung

Bentuk sebenar buku merah pink untuk ibu mengandung

Pertama Kali Membuat Buku Merah/Pink

Sebenarnya kami mempunyai temujanji dengan doktor di Klinik Singapore Penang. Tetapi isteri telah menelefon klinik Ibu & Anak untuk bertanyakan bilakah hari yang boleh beliau membuat buku merah. Dan ternyata harinya adalah pada hari kena pergi klinik kerajaan. Jadi kami batalkan pertemuan untuk ke klinik swasta dan terus ke Klinik Ibu & Anak kerana ianya lebih penting iaitu mendapatkan buku merah/buku pink. Dan prosesnya agak lama bagi saya. Ke semua tentang tubuh badan diperiksa untuk mencatit data awal kehamilan.

Buku pink merah untuk mencatat perkembangan ibu dan bayi dalam kandungan

Buku pink merah untuk mencatat perkembangan ibu dan bayi dalam kandungan

Dan setelah selesai, ke esokkan harinya saya dan isteri perlu ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak yang lain untuk membuat pemeriksaan darah berkenaan HIV. Dan selepas itu isteri akan di check semula berkenaan berat badan dan juga tentang trimester umur bayi di dalam kandungan. Alhamdulillah, kandungan bayi pertama kami ketika membuat buku merah sudah berusia 10 minggu. Di dalam bidang kedoktoran, umur bayi di bawah 12 minggu akan dianggap sebagai trimester pertama yang memerlukan sangat sangat penjagaan rapi bagi memastikan proses mengandung pada minggu seterusnya adalah baik dan tanpa masalah.

Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Perai Pulau Pinang

Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Perai Pulau Pinang

Senarai Persediaan Membuat Buku Pink/Merah

  • Kad Pengenalan Isteri
  • Kad Pengenalan Suami
  • Sijil Nikah
  • Bil Air/Elektrik sebagai pengesahan alamat
  • Surat Doktor (Jika ada sebagai panduan)

Saya dan isteri juga perlu melalui pemeriksaan ujian darah iaitu memeriksa samada kami bebas HIV atau tidak. Saya kurang berapa pasti. Tidak silap saya, ujian ini adalah ujian sukarela kerana pihak doktor bertanya kepada saya adakah saya bersetuju untuk melakukan ujian tersebut dan perlu turunkan tanda tangan. Betulkan saya kalau saya tersilap ya. Mungkin ada yang bertanya sebenarnya apakah dokumen yang diperlukan ketika mahu membuka dan membuat buku merah di Klinik Ibu & Anak. Di bawah ini saya kongsikan senarai dokumen yang perlu anda sediakan SEBELUM anda ke klinik atau hospital untuk membuat buku merah/pink ya.

Di atas ini adalah senarai persediaan dokumen yang diperlukan ketika mahu mendaftar dan mendapatkan buku merah. Namun dari pengalaman saya sendiri, pihak klinik hanya mahukan IC suami isteri dan juga surat perakuan nikah. Dua itu sahaja. Tetapi baguslah kalau anda dapat sediakan semua di atas ini. Mana tahu kalau klinik/hospital minta, anda pula terpaksa bersusah payah ulang alik dan perlu fotostat apa semua. Selepas ini rajin rajinlah juga anda sebagai suami menemani isteri ketika isteri pergi buat pemeriksaan berkala tentang kesihatan diri dan bayi yang dikandungnya. Barulah isteri merasa adanya sokongan suami ketika mengandung dan ianya memang memberikan bantuan emosi yang baik kepada isteri. Jom.

The post Buku Merah Rekod Kesihatan Ibu Mengandung appeared first on MyRujukan.

Permohonan UPU Online Pengajian Tinggi Lepasan SPM

$
0
0

Saya mempunyai seorang adik perempuan yang baru sahaja menamatkan pembelajaran SPM pada tahun 2018. Dan telah mendapat keputusan “kepujian” yang baik. Dan kini perlu untuk membuat permohonan upu untuk masuk ke pusat pengajian tinggi. Bagi orang yang lepasan sekolah menengah dan untuk memasuki pengajian tinggi. Ada beberapa perkara yang mereka kurang faham, tidak jelas mengenai cara untuk memohon masuk ke pengajian tinggi. Ini semua adalah perkara baru bagi mereka. Saya dulu pun begitu. Hanya ikut ikut kawan sahaja. Tidak pasti ke mana arah yang sepatutnya “kami” mohon ketika itu.

Bagi anda lepasan pelajar SPM, mari saya kongsikan serba sedikit tentang apa yang perlu anda lakukan selepas tamat belajar sekolah menengah. Akan ada 3 laluan dalam hidup anda yang biasanya orang lakukan. Yang pertama adalah membuat kerja kerja part time. Cari dan tambah duit poket sebelum sambung belajar. Yang kedua adalah terus bekerja samada dalam sektor swasta atau kerajaan. Kalau anda mahu kerja di dalam sektor kerajaan sila daftar dan isi info anda di laman website SPA ya. Yang ketiga adalah untuk terus sambung belajar di peringkat tinggi. Di sinilah anda perlu memohon UPU. Apa itu UPU?

Proses pendaftaran sebelum melakukan permohonan upu online

Proses pendaftaran sebelum melakukan permohonan upu online

Bagaimana Cara Isi Permohonan UPU

Sebelum itu. Apa itu pusat pengajian tinggi? Pusat pengajian tinggi adalah seperti Universiti, Politeknik dan juga Kolej. Kalau anda adalah lepasan SPM, itu bermakna anda perlu untuk masuk ke Universiti atau Politeknik atau Kolej untuk menyambung pendidikan pada tahap Sijil atau Diploma. Biasanya turutan kelayakkan pendidikan adalah seperti ini iaitu UPSR, PMR (PT3), SPM, Diploma, Ijazah, Master dan akhir sekali PHD. Oleh kerana anda adalah lepasan SPM, biasanya orang sambung belajar ke peringkat Diploma di Universiti atau Politeknik atau Kolej.

Sekarang anda sudah faham yang anda adalah lepasan SPM dan memang akan menyampung pengajian tinggi pada tahap Diploma. Maka bagaimana cara untuk anda memohon masuk ke Universiti atau Politeknik atau Kolej mengikut kelayakkan SPM anda? Caranya adalah perlu memohon secara online melalui UPU. UPU adalah portal website untuk anda mendaftar dan memohon masuk ke Universiti, Politeknik dan juga Kolej.

Kalau dulu kalau kami hendak mohon masuk ke Universiti atau Politeknik memang kena mohon ke website asing asing. Memang banyak kerja kena buat. Zaman sekarang sudah senang. Hanya melalui website UPU sahaja kita sudah boleh mohon untuk pelbagai pusat pengajian tinggi dari Universiti, Politeknik, Kolej, Adtec, SKM dan pelbagai lagi dengan mudah. Satu portal website untuk mohon pelbagai bidang. Mudah cerita, tidak kiralah anda mahu masuk ke Universiti, Politeknik, Kolej atau apa, anda kena buat permohonan upu yang sama sahaja. Jelas?

Panduan Mengisi UPU Online

  • Sila beli Nombor ID terlebih dahulu di BSN
  • UPUOnline –  sila klik link ini untuk mendaftar. Sila daftar dahulu dan kemudian baru login untuk mengisi maklumat dan memohon

TETAPI ada syarat dan perkara yang perlu anda lakukan sebelum boleh buat permohonan upu online. Iaitu anda kena beli No ID di Bank Simpanan Nasional (BSN). Kalau tidak silap saya ianya berharga RM15. Dan ketika anda mahu login, daftar dan masuk ke portal UPU Online, ia akan meminta anda mengisi Nombor Pin ID tersebut. Nasihat saya, sila pergi beli No ID dahulu di BSN ya dan barulah anda boleh buka website UPU Online. Jelas?

Macam mana nak isi permohonan upu online? Saya tidak sempat merakam bagaimana saya tolong isi upu online untuk adik saya. Namun saya sempat merakam cara untuk mendaftar upu online melalui video di atas ini. Anda kena daftar akaun upu online terlebih dahulu. Bila sudah ada akaun upu baru boleh login upu online. Mudah macam inilah, anda hendak buka akaun Facebook apa yang perlu anda lakukan. Bukan boleh terus login betul? Anda kena daftar akaun Facebook dahulu dan selepas itu baru boleh login betul? Seperti itulah caranya. Jelas ya. Semua maklumat yang perlu di sini kerana permohonan upu mestilah betul dan tepat. Saya pasti anda boleh lakukannya. Mudah sahaja. Selamat memohon masuk belajar ke pusat pengajian tinggi dan selamat berjaya. Bye.

The post Permohonan UPU Online Pengajian Tinggi Lepasan SPM appeared first on MyRujukan.

Prestasi YouTube Channel Pada Bulan March 2019

$
0
0

Akaun YouTube channel saya sudah mula boleh jana duit (monetize) sejak 19 December 2018. Dan ketika artikel ini ditulis (1 April 2019), itu bermakna akaun YouTube channel saya sudah berumur 3 bulan 20 hari. Dan target sasaran saya adalah saya mampu untuk memperoleh pendapatan dengan akaun YouTube saya sebanyak RM700 sebulan sebelum berakhirnya 31 December 2019 iaitu hujung tahun ini. Jadi bagaimana dengan perkembangan dan prestasi youtube channel saya? Adakah ada kenaikkan atau berlaku kemerosotan? Alhamdulillah, jumlah pendapatan (earnings) yang saya terima pada bulan March 2019 menunjukkan peningkatan. Doakan saya agar saya berjaya mencapai sasaran tersebut ya.

Bagaimana saya melakukannya? Sebenarnya ianya agak mudah bagi saya. Yang susah adalah apabila anda tidak tahu hendak upload video apa. Dan kalau boleh sila jangan upload video yang bukan anda punya (copyright). Kalau boleh biarlah pendapatan yang terhasil adalah dari sumber yang sah iaitu dari video anda sendiri. Dan YA, saya faham masalah anda adalah hendak buat video apa dan bagaimana. Saya dulu pun begitu. Tetapi saya pasti setiap dari anda pasti mempunyai kepakaran dan kelebihan masing masing. Cuma anda tidak gali sahaja.

prestasi youtube channel earning bulan march 2019

prestasi youtube channel earning bulan march 2019

Pendapatan Prestasi YouTube Channel

Anda mungkin suka dan pandai memasak, jadi uploadlah video masakkan. Anda mungkin pandai mengajar, jadi uploadlah video cara belajar. Anda mungkin pandai bertukang, jadi uploadlah video cara bertukang. Video mainan, video bermain games, video review handphone, video haiwan peliharaan anda dan apa apa sahaja video asalkan ianya adalah sah dari anda dan bukannya video yang menyumbang dan membawa kepada yang haram. Saya rasa pasti anda boleh. Saya pasti anda akan ada idea. Cuma rajin atau tidak rajin sahaja.

Yang kedua pula adalah berkenaan pendapat anda yang merasakan yang video anda mungkin tidak ada orang akan tonton. Sangkaan anda mungkin anda benarnya. Tetapi tidaklah tepat 100%. Orang yang buka YouTube akan menonton pelbagai benda. Ada yang suka masakan, suka tutorial, suka kereta, suka motor, suka main game, suka pasal komputer, suka pasal handphone, perkara unik, hobi, aktiviti lasak dan pelbagai lagi. Video anda pasti akan ada yang tonton. Cuma samada ditonton oleh ramai orang atau tidak itu sahaja. Anda pun bukan tahu mana video yang akan mendapat banyak tontonan (views) betul? Jadi tidak usah bimbang. Upload sahaja.

Earning YouTube Setiap Bulan (2019)

  • January – RM 192.80
  • February – RM 187.61
  • March – RM 297.18

Jadi apa saya buat? Saya ikut “resepi” di atas sahaja. Upload apa sahaja video asalkan ianya adalah original dari saya dan bukannya video haram. Dan yang kedua saya tidak mahu fikirkan sangat berkenaan jumlah views yang terhasil. Upload sahaja dan insyaallah akan ada yang view. Cuma banyak atau sedikit sahaja. Saya punya kaedah, kalau saya tidak menang dapat duit dengan views yang banyak, saya akan cuba menang dapat duit dengan jumlah video yang banyak. Itu teknik saya. Anda boleh ikut kalau mahu.

Dan yang terakhir anda pasti mahu tahu akan perkembangan jumlah earning yang saya dapat pada bulan March 2019 kan? Seperti saya ceritakan di atas tadi, ada peningkatan berbanding bulan lepas. Dan jumlah earning yang saya dapat dalam 1 bulan pada bulan March 2019 adalah sebanyak RM297.18 iaitu lebih kurang RM300 lah. Duit dapat macam mana dan bila? Duit dari YouTube akan masuk terus ke akaun bank kita dan biasanya dapat pada 22-23 hari bulan. Dari sini saya boleh cakap yang prestasi youtube channel saya adalah semakin meningkat dari bulan ke bulan. Yang penting adalah usaha. Doakan saya agar saya berjaya mencapai target earning yang saya inginkan. Jom buat duit dengan YouTube.


>>> Subscribe YouTube Channel Saya – [ Click Here ] <<<

The post Prestasi YouTube Channel Pada Bulan March 2019 appeared first on MyRujukan.

Mencari Barangan Bayi Di Baby Expo Pisa Penang

$
0
0

Seperti biasa dan sama macam pasangan berkahwin yang lain. Kalau isteri sudah mengandung, sudah membuka buku merah. Itu tandanya sebagai suami sudah perlu mula memikirkan tentang keperluan yang patut untuk disediakan untuk bayi yang bakal lahir. Dan kebetulan di Pulau Pinang ini ada diadakan “Baby Expo”, maka kami tidak melepaskan peluang untuk ke sana buat pertama kali. Bukan niat hendak beli tetapi lebih kepada survey barang dan harga barangan baby. Biasanya ini adalah bakal anak pertama kami dan ini adalah pengalaman pertama kami untuk belajar tentang keperluan bayi.

Di Pulau Pinang ini, biasanya acara Baby Expo ini akan diadakan dan dijalankan di Penang International Sports Arena (PISA). Tetapi nama tersebut sudah tidak digunakan lagi dan sekarang ianya telah dijenamakan dari PISA kepada SPICE Arena Indoor Stadium atau singkatan kepada Spice Arena. Dan kedua dua nama ini merujuk kepada tempat yang sama sahaja. Kalau anda baru pertama kali ke sini, ianya adalah sebuah stadium tertutup. Dan di dalam stadiumlah pihak baby expo ini menjalankan promosi menjual barang bayi ini. Jadi jangan bimbang dengan keadaan panas. Sudahlah tertutup, ada penghawa dingin (aircond) pula.

Pintu masuk ke TLM Baby Expo Spice Arena Penang

Pintu masuk ke TLM Baby Expo Spice Arena Penang

Apa Yang Menarik Di Baby Expo Penang

Macam yang saya katakan tadi, ini adalah kali pertama kami ke Baby Expo Penang sejak ianya diadakan sejak bertahun tahun lalu. Memang ramai orang yang singgah ke sana. Apa yang mereka promosi di sana? Ada bermacam macam produk dan barangan bayi dijual di sana. Antara produk barangan bayi menarik yang sempat saya lihat adalah seperti mesin penstril botol susu, botol susu, breast pump, kain barut/bedung, lampin, pampers, susu tepung, stroller, katil baby, baju baby, car seat untuk bayi, pentas tangkap gambar bayi, kasut dan lain lain keperluan bayi yang anda inginkan. Bagi saya karnival jualan barangan bayi seperti ini memang patut diadakan setiap tahun.

Ruang dalam di Baby Expo di Spice Arena Pulau Pinang

Ruang dalam di Baby Expo di Spice Arena Pulau Pinang

Apakah jualan di Baby Expo ini murah? Saya tidak pasti. Sebab? Saya tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan “EXPO” ini. Adakah ini karnival acara menjual barangan baby dengan harga murah murah. Atau ini adalah karnival acara yang menyatukan ke semua brand jenama baby untuk memudahkan para ibu bapa mencari barang baby untuk bayi mereka dengan mudah? Jadi ada 2 tujuanlah. Saya tidak pasti acara seperti ini lebih kepada yang mana?

Buaian baby jenis elektrik dan moden ada dijual di expo baby

Buaian baby jenis elektrik dan moden ada dijual di Baby Expo

Kalau Baby Expo ini tujuannya adalah untuk mempromosikan barangan bayi dengan harga murah, maka murahlah produk dan barang bayi yang anda akan beli nanti. Kalau ianya lebih kepada perkumpulan pelbagai jenama barangan bayi bagi memudahkan ibu bapa mencari apa yang mereka mahu, maka harga barang baby tidak akan murah kerana peniaga penjual akan menanggung kos sewa tapak kedai, upah pekerja, upah pengangkutan dan sebagainya. Jadi kita sebagai pembeli pun kena fahamlah.

Antara produk barangan bayi yang dijual melalui karnival barangan bayi

Antara produk barangan bayi yang dijual melalui Baby Expo

Website eCommerce Terbaik Malaysia

  • Lazada – website yang paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia
  • 11Street – kedua terbaik selepas Lazada
  • Shopee – antara yang mula popular selepas 2 website di atas ini

Saya dan isteri sempat di promote barang seperti “breast pump” oleh penjual. Harganya dalam lingkungan RM750. Kami tidak beli, hanya survey sahaja. Dan selepas beredar dari tempat tersebut, saya terus membuat carian produk berkenaan di Lazada melalui smartphone. Anda tahu berapa harganya? Cuma RM480 sahaja. Di sini sudah nampak ketara perbezaan harga. Bagi saya, mungkin saya silap. Baby Expo yang dijalankan ini ditempat saya tidaklah bertujuan menjual barangan bayi dengan harga murah, tetapi lebih kepada lubuk dan pusat perkumpulan pelbagai brand jenama barangan baby untuk memudahkan ibu bapa mencari dan membeli barangan bayi dengan mudah. 

Hasil perbandingan harga di Lazada membuatkan saya sedikit terkejut. Kalau harga barangan yang beratus ringgit dan perbezaan harga dalam RM50 mungkin boleh diterima. Namun perbezaan harga sehingga hampir RM300 adalah terlalu. Namun contoh ini adalah dari satu kedai sahaja. Mungkin lain kedai mereka memang menjual dengan harga munasabah dan lebih murah. Dari nasihat rakan yang pernah mempunyai anak kecil, mereka memang menyarankan kita membeli produk dan barang baby secara online sahaja kerana lebih murah. Contohnya pampers, beli sahaja di Lazada secara banyak banyak lebih murah dan senang. Ada benda yang boleh dibeli secara online dan ada beli patut untuk dibeli di kedai. Terpulang lah. Ini adalah pengalaman saya ke Baby Expo Pulau Pinang ini. Bye.

The post Mencari Barangan Bayi Di Baby Expo Pisa Penang appeared first on MyRujukan.

Kenapa Anda Patut Beli Domain Dan Hosting ServerFreak

$
0
0

Apabila anda ingin membuat blog/website berbayar, itu bermaksud anda perlu membeli domain dan juga web hosting. Dan syarikat yang menyedia dan menjual domain dan juga webhoting ini memang ada banyak di Malaysia. Tetapi untuk bercakap mana satu “web hosting provider” yang terbaik di Malaysia agak sukar kerana ianya lebih kepada pengalaman orang lain yang pernah melanggan servis mereka. Atas sebab itulah kenapa saya ingin berkongsikan sebab kenapa anda patut membeli domain dan hosting dari serverfreak. Perkongsikan ini adalah dari pengalaman saya sendiri memiliki domain dan hosting serverfreak.

Perlu diingat ya, saya tidak mengatakan yang web hosting provider berkenaan tidak ok dan yang ini ok dan sebagainya. Ianya berbalik kepada pengalaman individu. Dan dari pengalaman saya secara peribadi sejak bertahun tahun lalu, web hosting provider dari ServerFreak adalah antara yang terbaik yang pernah saya gunakan. Apabila kita cakap tentang terbaik, apakah perkara yang kita ukur yang digunakan sebagai merujuk maksud “terbaik” tersebut. Baik dari segi apa, kenapa dan bagaimana?

domain dan hosting serverfreak

domain dan hosting serverfreak

Sebab Saya Memilih Domain Dan Hosting ServerFreak

Apabila anda menggunakan domain dan web hosting berbayar. Antara perkara yang akan memberikan impak kepada blog/website anda adalah berkenaan “error” yang berlaku seperti kena malware, tidak boleh login, website tidak betul, web down beberapa jam, lambat loading dan sebagainya. Saya bukan kata apabila anda buat blog/website guna domain sendiri ianya akan jadi seperti ini. Ianya adalah antara beberapa masalah yang boleh berlaku sepanjang anda menggunakan domain dan hosting berbayar sendiri. Dari pengalaman saya guna domain dan hosting serverfreak, masalah yang berlaku dalam 1 tahun hanyalah 1% sahaja. Ianya sangat sangat kecil atau hampir tiada masalah berlaku.

Apa yang paling saya suka sejak menggunakan domain dan hosting dari serverfreak adalah respon mereka terhadap masalah yang kita sedang hadapi dengan blog/website kita adalah pantas. Kebiasaannya urusan komunikasi kita dengan pihak web hosting adalah melalui email. Bila blog/website anda mempunyai masalah, kita akan menghantar “tiket” email kepada mereka. Dan tidak perlu menunggu lama, mereka akan merespon email kita dan bertanya tentang masalah dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Senarai domain yang saya beli melalui Serverfreak

Senarai domain yang saya beli melalui Serverfreak

Website Untuk Membeli Domain/Webhosting

  • NetKL – syarikat penyedia hosting termurah di Malaysia
  • ServerFreak – syarikat penyedia hosting popular di Malaysia (terbaik)
  • Bluehost – syarikat penyedia hosting popular luar negara
  • Hostgator – syarikat penyedia hosting popular luar negara

Baru baru ini blog saya menghadapi masalah blog tidak boleh login kerana serangan hacker. Saya hantar email berkenaan masalah berkenaan pada bahagian “support” dan mereka membalas email tidak sampai 1 jam dan memberikan jalan penyelesaian dan masalah tersebut selesai. Ingat ya, isu ini sangat penting jika kita membeli domain atau web hosting dari mana mana penyedia hosting. Kalau blog anda mempunyai masalah, anda hantar email, berjam jam atau esok baru respon, anda sendiri akan merasakan sendiri payahnya meminta bantuan ketika diperlukan.

Saya tidaklah mempunyai banyak pengalaman menggunakan web hosting provider dari syarikat lain melainkan beberapa sahaja. Dan antara yang paling saya sarankan adalah pembelian domain dan hosting dari serverfreak memang terbaik berdasarkan pengalaman. Sebenarnya hanya 2 isu sahaja perkara terbesar yang patut anda pertimbangkan ketika membeli domain dan hosting dari mana mana penyedia. Yang pertama adalah kelajuan blog anda dan yang kedua adalah sistem support bantuan ketika ada masalah. Inilah yang paling diperlukan sebenarnya. Bukan sebab terlalu murah. Murah tanpa sekuriti keselamatan tidak berguna sebenarnya. Sebab itulah saya memilih domain dan hosting serverfreak. Bye.

The post Kenapa Anda Patut Beli Domain Dan Hosting ServerFreak appeared first on MyRujukan.


Cara Masuk Islam Di Pulau Pinang

$
0
0

Dulu saya kerap dan suka menonton video pengislaman dari non muslim kepada menjadi muslim. Kadang kadang suka tonton video dari luar negara, Indonesia dan juga Malaysia. Sebab utama adalah kerana hendak tahu sebab kenapa mereka masuk dan memilih Islam sebagai agama pilihan mereka. Dan yang lebih saya sukai adalah video mereka mereka yang menjadi muslim selepas mencari dan membuat kajian terhadap ke semua agama di dunia. Memang banyak benda yang boleh saya sendiri belajar dari mereka walaupun kita telah Islam dari kecil. Sebenarnya bagaimana cara masuk islam yang sebetulnya?

Betul kata ustaz, kalau kita lihat orang yang masuk Islam, kebanyakkan mereka menjadi muslim kerana banyak sebab. Antaranya adalah kerana azan, salam (ucapan assalamualaikum), jiran muslim yang baik, suka pakaian sopan muslimah, suka baca Al-Quran dan benda benda yang nampak simple bagi kita yang sudah Islam. Dan antara yang paling menakjubkan adalah non muslim yang masuk Islam selepas mereka membuat kajian mereka tersendiri selama bertahun tahun.

Langkah cara masuk islam yang pertama adalah menyebut dua kalimah syahadah

Langkah cara masuk islam yang pertama adalah menyebut dua kalimah syahadah

Cara Masuk Islam Di Negeri Penang

Ketika ini, agama kedua terbesar selepas Kristian adalah Islam. Dari statistik antarabangsa, jumlah orang yang masuk Islam adalah yang paling ramai di dunia. Memang benar agama Kristian adalah yang paling ramai. Dan Islam adalah yang kedua. Kalau berterusan orang masuk Islam lebih ramai dari Kristian selama berpuluh tahun, maka tidaklah pelik kalau suatu hati nanti agama terbesar di dunia adalah Islam. Alhamdulillah.

Kenapa memilih Islam? Para ulama berkata, sebenarnya seseorang itu menjadi muslim adalah kerana hidayah Allah. Bukan kita yang pilih untuk menjadi Islam, tetapi Allah yang pilih kita untuk menerima Islam. Ianya sebenarnya adalah sebuah hadiah terbesar dari Allah kepada kita.

Video di bawah ini adalah sedutan rakaman video seorang lelaki non muslim berada di Pusat Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Proses untuk “mengucap dua kalimah syahadah” adalah proses wajib untuk seseorang yang bukan Islam untuk menjadi Islam. Ucapan 2 kalimah tersebut adalah untuk menyebut Allah adalah tuhan yang patut disembah, dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Dengan menyebut pada lidah, membenarkan dalam hati dan percaya maka seseorang itu telah dikira masuk Islam. Kalau ada yang tanya bagaimana cara masuk islam, maka mereka hanya perlu menyebut dan percaya 2 kalimah syahadah ini sahaja. Mudah bukan?

Syarat – Syarat Permohonan Menjadi Muslim

  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Pengucapan dua kalimah syahadah dengan kerelaan hati individu itu.
    (Seksyen 107 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004)
  3. Berakal (berfikiran waras).
  4. Mencapai umur 18 tahun.
  5. Individu yang berumur kurang dari 18 tahun perlu mendapat keizinan pemelukan agama Islam daripada ibu dan bapa melalui suatu surat keizinan.
    (Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

Selepas membuat permohonan, anda perlu hadir ke mana-mana pejabat agama daerah seluruh negeri Pulau Pinang atau ke Darul Hidayah bersama-sama dengan dokumen sokongan :

  1. Salinan Kad Pengenalan / Sijil Lahir / Pasport
  2. Gambar berukuran pasport
  3. Saksi

Namun, kalau boleh biarlah acara menyebut dua kalimah syahadah ini dilakukan oleh pihak yang berkuasa seperti Ustaz atau di Pejabat Majlis Agama Islam negeri yang berdekatan dengan tempat anda. Ucapan kena betul, sebutan kena betul, pemahaman kena betul dan menerima 2 kepercayaan dari 2 kalimah tersebut dan akhir sekali di daftarkan sebagai muslim secara undang undang supaya tidak timbul masalah dikemudian hari jika berlaku kematian.

Proses pengislaman non muslim kepada menjadi muslim sebenarnya mudah sahaja. Pergi sahaja kepada mana mana pejabat agama Islam daerah terdekat. Dan katakan yang anda mahu masuk Islam. Islam adalah agama. Muslim adalah orang yang beragama Islam. Bila baru menjadi muslim, anda akan disebut sebagai “Saudara Baru” atau “Mualaf” di Malaysia ini. Biasanya bila sebut dua perkataan ini, orang Islam akan tahulah yang anda baru memeluk agama Islam. Saya harap anda faham akan proses cara masuk islam ini dengan mudah ya. Assalamualaikum.

The post Cara Masuk Islam Di Pulau Pinang appeared first on MyRujukan.

Step By Step Cara Menyiang Ikan Yang Mudah

$
0
0

Rasanya semua orang pasti suka makan ikan. Yang menjadi masalah adalah bukan semua ikan disukai oleh orang kerana rasa yang berbeza. Oleh kerana lidah dan kesukaan orang adalah berbeza, maka sudah pastilah orang akan membeli, memasak dan makan ikan yang hanya disukai oleh mereka sahaja. Di rumah emak masak. Di kedai makan, kedai yang masak. Kalau anda kena masak ikan sendiri yang baru dibeli dari pasar, adakah anda tahu cara menyiang ikan yang betul? Pernah atau tidak pernah menyiang ikan?

Bagi orang yang pernah melihat beberapa kali cara orang menyiang ikan mungkin dapat mengagak cara melakukannya. Tetapi ianya tetap tidak sama kalau anda masih belum pernah menyiang ikan sendiri. Lagi payah kalau anda memang tidak pernah melihat sendiri cara menyiang ikan walaupun dari emak anda. Kalau ini berlaku, memang anda sendiri tidak tahu hendak mula dari mana. Lagi susah kalau baru hendak belajar cara siang ikan selepas berkahwin. Tidak mengapa asalkan anda mahu belajar itu sudah cukup baik.

Proses menyiang ikan yang pertama adalah membuang sirip dan ekor yang tajam

Proses menyiang ikan yang pertama adalah membuang sirip dan ekor yang tajam

Bagaimana Cara Menyiang Ikan

Secara asasnya, proses menyiang ikan adalah proses untuk membuang isi perut ikan. Itu sahaja. Memang jarang orang makan dan masak ikan dengan isi perut dan usus usus ikan sekali yang mungkin ada tahi ikan dan sebagainya. Jadi memang perlu dan patutlah proses menyiang ikan tersebut. Ingat ya, proses untuk siang ikan adalah untuk membuang isi perut ikan termasuk ususnya sekali.

Step Pertama Siang Ikan – buang sirip ikan samada ditepi, atas dan bawah termasuk ekor dengan gunting atau pisau. Biasanya sirip ini bersifat tajam. Kalau tidak, ketika makan dikhuatiri ianya tajam dan melukakan mulut anda. Kalau anak anda makan lagi bahaya.

Selepas itu sila belah perut ikan dari bawah mulut ikan

Selepas itu sila belah perut ikan dari bawah mulut ikan

Step Kedua Siang Ikan – sila potong dari bawah mulut ikan sehingga ke bawah perut ikan. Boleh gunakan gunting atau pisau. Nasihat saya, sila lakukan ini di atas papan pemotong sayur/ikan ya.

Membuang isi perut ikan adalah cara menyiang ikan yang betul

Membuang isi perut ikan adalah cara menyiang ikan yang betul

Step Ketiga Siang Ikan – sila buang insang dan juga isi perut ikan. Proses ini adalah proses membuang mana mana bahagian ikan yang memang tidak akan dimakan selepas dimasak nanti. Selepas anda buang insang dan isi perut ikan, memang akan kosong di bahagian perut ikan. Tidak ada perut, usus dan juga tahi.

Step Keempat Siang Ikan – sila cuci bahagian ikan luar dan dalam (bahagian insang dan isi perut) sehingga bersih dan tiada darah. Selesai.

Proses dan langkah langkah untuk menyiang ikan sebenarnya mudah sahaja. Cumanya ianya mungkin sukar bagi anda yang baru pertama kali hendak belajar cara siang ikan. Lagi lagi kalau anda ada perasaan geli dan takut dengan darah.

Saya telah kongsikan setiap step cara menyiang ikan dengan gambarnya sekali untuk memudahkan anda. Kalau masih belum jelas, tonton sahaja video yang sempat saya rakamkan ini untuk anda di atas ini. Ada yang bertanya, kalau beli ikan dipasar, bolehkah suruh pekerja di sana siangkan ikan sekali? Jawapannya terpulang kepada penjual tersebut. Biasanya mereka boleh siang dan potong ikan kalau anda beli ikan yang besar. Kalau ikan kecil kecil memang mereka tidak akan layan. Biasalah ikan kecil murah harganya, ikan besar mahal harganya. Lagi mahal ikan anda beli, lagi untung mereka. Maka bolehlah mereka layan anda lebih. Biasalah.

The post Step By Step Cara Menyiang Ikan Yang Mudah appeared first on MyRujukan.

Pembekal Mesin Penapis Air Di Pulau Pinang

$
0
0

Kalau anda perasan zaman sekarang di Malaysia terutamanya sangat sangat popular dengan promosi mesin penapis air samada dari brand jenama Coway, Cuckoo dan juga Chungho. Ke semua produk ini adalah dari Korea dan ianya dipasarkan di Malaysia. Soalan pertama, adakah penggunaan mesin penapis air perlu dan sangat penting bagi kegunaan kita? Ianya bukanlah sesuatu yang sangat diperlukan namun kalau anda mementingkan kesihatan, maka ianya memang perlu buat anda. Bukanlah bermaksud orang yang tidak pakai mesin penapis air ini tidak pentingkan kesihatan. Tetapi setiap orang pasti ada keperluan mereka masing masing berdasarkan keadaan.

Jujur cakap, sebenarnya anda boleh mendapatkan produk penapis air dengan harga murah di pasaran dengan mudah. Banyak kedai yang menjual produk seperti ini. Cumanya dari segi kesedaran orang Malaysia secara umumnya masih agak rendah tentang peranan dan kepentingan menggunakan produk penapis air ini. Saya sendiri adalah pengguna produk dari mesin penapis air Coway dan saya boleh ceritakan serba sedikit apakah kelebihan dan kekurangan produk seperti ini.

sistem dalaman mesin penapis air coway

sistem dalaman mesin penapis air coway

Pembekal Mesin Penapis Air Penang

Bila kita sebut “penapis air”, apa yang anda faham tentang peranan penapis air tersebut. Apa yang ditapis? Biasanya air dikira tercemar kerana dua perkara. Yang pertama kerana kandungan keladak dari tanah. Yang kedua kerana kuman/bakteria yang hidup di dalam air. Biasalah paip lalu bawah tanah. Kadang kala melalui paip atau kepala pili paip air yang berkarat dan sebagainya. Kena pula ada kandungan kimia seperti klorin yang tinggi dan pelbagai fakfor lagi. Mudah cerita, kita sebagai pengguna akhir memang akan mendapat air yang kurang bersih.

Tetapi itu tidaklah bermaksud kurang bersih itu tidak selamat untuk diminum. Kita bercerita di dalam konteks air yang lebih keruh, terdedah pada paip bocor, terkena bahan kimia, dan pelbagai lagi. Insyaallah air biasa kita di rumah selamat diminum. Cumanya, bukanlah lebih baik kalau kita mampu untuk memberikan lebih penjagaan terhadap kualiti air yang diminum di rumah dengan penggunaan mesin penapis air?

Pandangan sisi reka bentuk penapis air Coway model Villaem

Pandangan sisi reka bentuk penapis air Coway model Villaem

Badan manusia terdiri dari air. Kalau air yang kita minum lebih sihat, maka sudah tentu badan kita akan lebih sihat. Kita bercakap dalam konteks jangka panjang. Cuma lihat orang yang pakai penapis air. Cuma lihat apabila mereka membuat servis penukaran penapis (filtre) alat penapis air paip mereka? Biasanya memang akan kotor. Dan cuba fikir kalau kotor tersebut kita tidak tapis dan minum air berkenaan berhari hari, berbulan bulan dan bertahun lamanya. Pasti ada kesan bukan?

Website Yang Ada Menjual Produk Penapis Air

  • Lazada – anda boleh mencari pelbagai produk penapis air di sini
  • 11Street – anda boleh mencari pelbagai produk penapis air di sini
  • Shopee – anda boleh mencari pelbagai produk penapis air di sini

Seperti yang saya katakan tadi di atas. Saya adalah pengguna mesin penapis air Coway. Bukan hendak promosi Coway. Ada banyak lagi brand mesin penapis air yang lain seperti Cuckoo, Chungho dan lain lain diluar sana. Terpulang kepada pilihan anda.

Cuma apa yang saya mahu cerita adalah, sejak menggunakan penapis air Coway, kami memang sudah stop memasak air guna (cerek air elektrik) water heater. Hanya tekan samada mahu air sejuk, panas, air biasa dan terus minum. Kehidupan untuk menikmati air minuman menjadi mudah. Dan sudah tentu air lebih sihat. “KALAU” berminat hendak beli mesin penapis air Coway ini, telefon agen Coway Pulau Pinang melalui nombor di bawah ini ya. Selamat menjadi kesihatan.


>>> Agent Coway Penang – [ Fatimi – 016-4446151 ] <<<

The post Pembekal Mesin Penapis Air Di Pulau Pinang appeared first on MyRujukan.

Mengajar Anak Memberi Sedekah Dari Kecil

$
0
0

Satu hari ketika saya menunggu rakan di dalam kereta. Saya terlihatlah seorang peminta sedekah yang sudah tua duduk di tangga di hadapan sebuah pasaraya di Pulau Pinang. Orang yang lalu lalang ada yang memberikan wang dan ada yang mengabaikannya. Tiba tiba terfikir, tiada anakkah yang menjaga orang tua ini. Atau dia memang tiada keluarga. Cuma apa yang menarik perhatian saya adalah, tiba tiba ada seorang kanak kanak kecil memberi sedekah kepada si peminta sedekah. Mungkin bagi sesetengah orang itu adalah hal yang biasa. Bagi saya itu adalah hal yang luar biasa. Kenapa?

Ramai ibu bapa yang mahu anak mereka menjadi seorang yang baik dan pandai betul? Tetapi kebanyakkan ibu bapa hanya menyuruh anak mereka membuat baik hanya dalam bentuk perkataan. Hanya kata kata sahaja. Alangkah bagusnya kalau ibu bapa itu sendiri menunjukkan dihadapan anak mereka bagaimana cara membuat baik dan melakukannya dan kemudian barulah menyuruh anak mereka mengikutinya.

Belajar kebaikkan memberi sedekah kepada orang miskin

Belajar kebaikkan memberi sedekah kepada orang miskin

Amalan Memberi Sedekah Untuk Pahala

Begitulah apa yang saya cuba lakukan. Bukan hendak kata saya baik. Harap jangan salah faham ya. Tetapi pada anggapan saya, ini adalah kaedah yang paling efektif. Contohnya kalau saya ke masjid pada hari jumaat. Saya bawa anak saudara saya yang kecil sekali ke masjid. Dan kemudian saya mengingatkan beliau yang kita kena memberi sedekah untuk dapat pahala lebih lebih lagi pada hari jumaat. Cakap sahaja tidak berkesan. Saya berikan duit kepada beliau, kemudian ketika tabung wang diedarkan, anak kecil akan keluarkan duit dari poket dan dimasukkan ke tabung masjid.

Kalau ini dapat dilakukan dengan kerap, apa yang terjadi? Anak kecil tersebut pasti akan ingat dengan tindakan dan amalan memberi sedekah yang beliau lakukan sejak kecil sampai ke besar. Dan perbuatan memberi sedekah itu akan menjadi tabiat yang baik dan sudah terbiasa. Bila sudah besar dan faham, kemungkinan mereka akan menambah amalan memberi sedekah tadi kepada bentuk yang lain seperti membantu memberi sedekah untuk membina masjid, kelas pengajian, tahfiz dan sebagainya.

Kebaikkan Dan Kelebihan Memberi Sedekah

Mungkin ramai yang lupa tentang satu hadis dari nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Apabila meninggal seseorang muslim itu, maka amalan mereka akan terputus kecuali 3 perkara. Iaitu doa dari anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan juga sedekah amal jariah. Kita semua jangan ego termasuk saya. Semua manusia itu pasti ada dosa. Dan semua akan dihisap amalan mereka setelah mereka mati. Amalan yang boleh membantu ketika kita dihisap di sana adalah amalan dari pahala disebabkan memberi sedekah betul?

Jadi itu amalan memberi sedekah ini bukan perkara kecil. Ianya sangat bermanfaat samada di dunia mahupun akhirat. Ketika di dunia, Allah S.W.T akan menambahkan rezeki kepada yang rajin memberi sedekah. Dan ketika di alam akhirat, pahala yang terus menerus masuk dari amalan memberi sedekah akan membantu mengurangkan seksaan di akhirat.

Bila saya terlihat akan anak kecil itu memberi sedekah kepada si peminta sedekah. Pasti amalan tersebut diajar dan disuruh oleh ibu bapa mereka. Yang anak kecil mendapat pahala. Dan ibu bapa juga pasti mendapat pahala. Nampak kecil sahaja amalan ini. Tetapi besar di sisi Allah S.W.T. Jadi kepada anda yang mempunyai anak, silalah ajar anak anda membuat kebaikkan dari kecil. Sudah pasti ianya akan menyenangkan anda di masa akan datang. Jom kembali kepada Islam.

The post Mengajar Anak Memberi Sedekah Dari Kecil appeared first on MyRujukan.

Menjaga Tekanan Darah Tinggi Di Usia Muda

$
0
0

Zaman sekarang orang terkena penyakit serius bukan lagi sesuatu yang pelik. Orang Malaysia majoritinya akan terkena penyakit 3 serangkai iaitu tekanan Darah Tinggi, Kencing Manis dan Sakit Jantung. Tidak percaya, baca berita dan keratan akhbar. Biasanya 3 penyakit inilah yang biasa orang Malaysia kena. Dan 2 sebab utama kenapa 3 penyakit ini muncul iaitu Gaya Hidup (lifestyle) dan corak Pemakanan. Cuba tanya diri sendiri, adakah orang Malaysia ada 2 sebab ini? Jawapannya memang ada pun. Tidak pernah bersenam dan makan pun banyak minyak dan kurang sihat. Betul?

Saya tidak mahu cerita orang lain. Saya sendiri disahkan oleh doktor mempunyai salah satu dari 3 penyakit di atas iaitu darah tinggi. Bacaan tekanan darah tinggi yang dianggap normal adalah 120/80. Mana mana bacaan tekanan darah tinggi yang mencatatkan bacaan melebihi bacaan normal di atas adalah akan dianggap mempunyai darah tinggi. Bila sudah anda, jangka panjang kepada penyakit ini akan membawa kepada sakit jantung dan juga stroke.

Mesin monitor tekanan darah tinggi jenama OMRON

Mesin monitor tekanan darah tinggi jenama OMRON

Cara Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Dan biasanya masalah darah tinggi penyebabnya adalah dari keturunan, berat badan berlebihan, kandungan kolestrol dalam badan yang tinggi atau corak kehidupan yang stress. Kalau hendak cakap pasal faktor keturunan, memang mak ayah saya pun ada. Kalau hendak cakap pasal berat badan berlebihan, jawapannya adalah YA. BMI saya memang kategori overweight. Kalau hendak cakap pasal kolestrol tinggi, ujian darah beberapa kali menunjukkan saya tidak ada kolestrol tinggi. Kalau hendak cakap pasal stress kerja, rasanya kerja rileks sahaja.

OMRON HEM 7120

OMRON HEM 7120

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat adalah, simptom darah tinggi yang saya alami adalah kerana faktor berat badan. Memang dari dulu lagi BMI saya tidak memuaskan. Saya tanya doktor, kalau saya kurangkan berat badan adakah tekanan darah tinggi saya akan menurun. Jawapan doktor mengatakan YA. TETAPI ramai orang gagal mengurangkan berat badan. Atas alasan tersebut, tindakkan segera bagi menangani dan mengurangkan tekanan darah tinggi adalah dengan memulakan pengambilan ubat darah tinggi.

Dengan memakan ubat dari tinggi setiap hari, maka tekanan darah tinggi akan sedikit lebih rendah dan mengurangkan dari risiko sakit jantung dan stroke. Ujian jantung sebanyak 2 kali menunjukkan jantung saya adalah normal dan masih baik. Ujian kolestrol dalam darah menunjukkan tahap kolestrol juga normal. Ujuan buah pinggang menunjukkan bacaan yang baik juga. Jadi tidak ada isu penyebab dari faktor yang lain. Cuma kena makan ubat darah tinggi dan cuba kurangkan berat badan.

Beli dan dapatkan blood pressure monitor secara online

Beli dan dapatkan blood pressure monitor secara online

Website eCommerce Terbaik Malaysia

  • Lazada – website yang paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia
  • 11Street – kedua terbaik selepas Lazada
  • Shopee – antara yang mula popular selepas 2 website di atas ini

Alhamdulillah perkara perkara lain masih baik. Saya setuju dengan doktor. Ramai orang gagal apabila disuruh mengurangkan berat badan. Saya sendiri mencubanya beberapa kali dan memang gagal. Tetapi saya mengaku yang kesungguhan saya untuk kuruskan badan agak lemah. Hanya buat 50/50 sahaja. Orang cakap, kalau kawal pemakanan tetapi tidak bersenam (exercise) pun tidak boleh juga. Kena maksimal baru berjaya.

Kawal corak pemakanan insyaallah saya boleh. Mula bersenam, inilah yang payah. Nampaknya saya kena mula memikirkan faktor keluarga dan kesihatan diri untuk jangka panjang. Sebagai salah satu tindakkan pertama yang boleh saya lakukan adalah dengan membeli alat periksa tekanan darah (blood pressure monitor). Jadi dapatlah saya usahakan dan lihat kaitan antara mengamalkan corak kehidupan yang sihat dengan bacaan tekanan darah tinggi samada ianya berkaitan secara langsung atau tidak. Doakan saya. Bye.

The post Menjaga Tekanan Darah Tinggi Di Usia Muda appeared first on MyRujukan.

Viewing all 971 articles
Browse latest View live